kesan budaya dan iklim sekolah ke atas disiplin

Upload: zulhaidi-zakaria

Post on 04-Jun-2018

276 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    1/16

    HUBUNGAN BUDAYA DAN IKLIMSEKOLAH DENGAN DISIPLIN

    PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DI

    NEGERI PERAK

    Disediakan Oleh:ZULHAIDI ALIFITRI BIN ZAKARIA

    M20131001069

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    2/16

    Latar Belakang Kajian Sekolah merupakan sebuah institusi formal untuk mendidik kanak-kanak dan remaja

    menghadapi alam dewasa dan seterusnya menjadi insan yang berguna di hari muka.Seseorang kanak-kanak akan menempuhi alam persekolahan sekurang-kurangnyasebelas tahun iaitu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Mereka juga akan menghabiskan sekurang-kurangnya enam jam atau lebih disekolah setiap hari persekolahan tidak termasuk aktiviti kokurikulum dan kelas-kelastambahan. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan sekolah sebagai agen sosialisasikerana sebahagian daripada usia seseorang itu akan dihabiskan di sekolah. Dalamhal ini, suasana dan persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai budaya daniklim sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang.

    Sedar tentang kepentingan memperkenalkan budaya yang baik di sekolah,

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka pelbagai program bagimerealisasikan hasrat ini, contohnya Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)iaitu satu program galakan membaca yang sistematik dan berterusan sepanjangtahun bagi mencapai objektif melahirkan golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegaryang menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya yang berkekalan dalam dirimereka, Disamping itu, program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sejaktahun 1998 ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatifbagi menyemai budaya membaca (Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian

    Pelajaran Malaysia, 1998).

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    3/16

    Menurut Deal dan Peterson (1999) budaya budaya ialah entiti keseluruhan yangkompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan,kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain

    serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan dipraktik oleh manusia sebagaianggota masyrakat. Budaya juga ialah hasil nilai, kepercayaan, keutamaan harapandan norma yang sama-sama dimiliki serta bertindak menyampaikan cara organisasiitu memperlihatkan manifestasinya kepada dunia (John, 2010).

    Budaya sekolah pula ditakrifkan sebagai sistem sosial yang mempunyai budaya yangtersendiri, iaitu terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol,matlamat dan tujuan yang tersendiri Banks dan Banks(1993). Deal dan Peterson

    (1998) pula mengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dantradisi, adat istiadat dan cerita yang terbentuk menerusi jangka panjang yangmembolehkan warganya bekerja dan belajar bersama. Sekolah-sekolah di Malaysiamempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru,dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah danunsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal,1991).

    Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahirdaripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepadanorma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budayasekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagioleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal (Razak 2011).Menurutnya lagi, Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma,pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    4/16

    Budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklimsekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar. Keadaan atau suasanasekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggapsebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Selain itu, Iklim Sekolah ialah sifat dan

    suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dansuasana yang ada di sekolah ini adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakatyang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya. Halpin dan Croft (1963) yangmerupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolahmenggambarkan personality seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusahauntuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974)mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yangmempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981)mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaanpersekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.

    Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu sistem sosialyang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar daripelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkahlakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru. Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur,terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusifkepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif dan bukan suasana yangsebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya. Padakebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolahyang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasanakerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolahyang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflikdan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    5/16

    Mengikut Pelan Pembaguna Pendidikan (PPPM) 2013-2025, kerjaan serius dalam mewujudkaniklim yang lebih baik di sekolah dengan penglibatan secara aktif ibu bapa dan masyarakat dalampendidikan tanpa mengharapkan guru semata-mata. Menurut Tumin (2013), Setiap ibu bapa

    diminta meluangkan masa untuk membantu sekolah seperti terkandung dalam Sarana Ibu Bapamerangkumi sumbangan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan. Tambahnya lagi,sejajar dengan peningkatan akademik ibu bapa, tanggungjawab mendidik anak bukan lagitanggungjawab guru sepenuhnya, tetapi turut membabitkan ibu bapa dan komuniti setempattermasuk syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi bukan kerajaan(NGO).

    Budaya sekolah yang baik serta suasana persekitaran yang bersih, ceria dan kondusifdiharapkan dapat menyumbang kepada penurunan kadar masalah disiplin di sekolah. Pada masa

    ini, masalah disiplin di sekolah berada pada tahap yang membimbangkan. Sebagai contoh,seorang pelajar tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara dipukul kira-kira 25 orang pelajar asramaakibat menyerahkan senarai nama pelajar yang merokok kepada pihak sekolah (UtusanMalaysia, 2013). Juga dalam Utusan Malaysia (2013), 4 orang pelajar berusia antara 11-14 tahunditahan atas kesalahan memecah masuk pejabat sekolah untuk mengambil semula baranganrampasan guru disiplin.

    Maksud disiplin adalah berasal dari perkataan disciple yang mebawa maksud untukmembimbing dan mengajar dan secara keseluruhannya didefinasikan sebagai membantu pelajar

    untuk belajar erti tanggungjawab di atas perlakuan mereka serta dapat membezakan antara yangbaik dan buruk (Field, Perry & Field, 2010). Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), mentakrifkandisiplin sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendirimengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau dendaakan dikenakan. Selain itu, disiplin didefinasikan sebagai kepatuhan untuk menghormati danmelaksanakan sesuatu system yang menharuskan seseorang itu tunduk kepada keputusan(Utusan Publication, 1995)

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    6/16

    Kes disiplin mengikut takrifan Kementerian Pelajaran itu ialah jenayah, kelucahan,kurang sopan, kekemasan diri, ponteng sekolah, kenakalan dan tidak pentingkanmasa dan didapati sebanyak 1.27 peratus daripada kira-kira 5.4 juta pelajar sekolahdi negara ini terbabit dalam kes disiplin (Lee, 2010). Mengikut Sarday (2013),sepanjang tempoh tujuh bulan tahun ini, seramai 15,710 pelajar di negeri Johor

    dikesan terlibat dalam pelbagai kesalahan disiplin melalui Sistem Salahlaku DisiplinMurid (SSDM). Antara kesalahan disiplin yang dikenal pasti termasuk tingkah lakujenayah, penyalahgunaan dadah, buli, merokok dan ponteng sekolah. Selain itu, turutdikesan ialah berkelakuan lucah, tingkah laku biadap, vandalisme, tingkah lakunakal, tidak pentingkan masa, tidak menjaga kekemasan diri dan penglibatan dalampolitik.

    Bagi Kolej Vokasional atau dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional,kes-kes disiplin dilihat saban hari semakin membimbangkan. Ini dapat dilihat

    daripada analisa kes yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik danVokasional (BPTV) sebagai contoh seawal bulan Januari iaitu pada 7 Januari 2013,tujuh orang pelajar senoir memukul seorang pelajar junior di KV Taiping, rusuhanpelajar sehingga merosakkan kediaman dan kenderaan warden pada 27 Februari2013 di KV Seri Iskandar, kes ceroboh asrama perempuan di KV Juaseh pada12/3/2013 dan pada 23/4/2013, berlaku kes homoseksual di KV Shah Alam(BPTV,2013).

    Banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti punca meningkatnya kes-kes

    disiplin di sekolah termasuklah kajian tentang faktor budaya dan iklim sekolah. Jadikajian ini akan memfokuskan mengenai budaya dan iklim Kolej Vokasional danbagaimana ia mempengaruhi tahap disiplin pelajar di kolej tersebut. Kajian inidiharap dapat membantu BPTV untuk mengenal pasti punca masalah disiplin danseterusnya mencari jalan penyelesaian terutama sekali dalam penerapan budayadan penambahbaikan iklim di Kolej Vokasional.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    7/16

    Penyataan Masalah Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia telah melalui beberapa evolusi

    perubahan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Sejarahnya bermula denganpenubuhan Government Trade School oleh kerajaan British pada tahun 1930 bagimelatih tenaga kerja Keretapi Tanah Melayu. Pada Tahun 1968, Government TradeSchool mengalami fasa perubahan dari segi nama dan fungsi melalui pengenalankepada Sekolah Menengan Vokasional dengan objektif memberi latihan vokasionalkepada pelajar-pelajar yang mendapat pengkat S dalam Sijil Rendah Pelajaran bagimengurangkan keciciran pelajar pada peringkat menengah.

    Dengan pengenalan Tranformasi Pendidikan Vokasional pada 6 Januari 2012 olehTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka semua SekolahMenengah Vokasional dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional KPM. Objektifpenubuhan Kolej Vokasional adalah bagi melahirkan tenaga kerja mahir atau separamahir dalam bidang kejuruteraan atau bukan kejuruteraan untuk memenuhi tuntutanindustri masa kini. Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar untukmemperoleh diploma dalam bidang kemahiran bagi tempoh 4 tahun pengajian.

    Bagi negeri Perak pada masa sekarang terdapat 8 buah Kolej Vokasional denganKolej Vokasional Seri Manjung bertindak sebagai perintis diikuti oleh Kolej VokasionalLebuh Cator, Kolej Vokasional Seri Iskandar, Kolej Vokasional Teluk Intan, KolejVokasional Slim River, Kolej Vokasional Kuala Kangsar, Kolej Vokasional Taiping danKolej Vokasional Taiping. Sekolah Menengnah Vokasional Ipoh dan SekolahMenengah Teknik Grik akan dinaik taraf pada tahun hadapan menjadikan 10 buahKolej Vokasional di negeri Perak.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    8/16

    Kolej-kolej Vokasional berpegang kepada prinsip PRIME sebagai budayakerja organisasi iaitu PPerformanceMempertingkatkan pencapaian danprestasi pelajar voctech dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahapyang lebih seimbang dan cemerlang. R RespectabilityMelahirkan pelajarvoctech yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan voctechsupaya institusi voctech diberi pengiktirafan sewajarnya. I ImageMeningkatkan imej dan usaha institusi voctech dimata masyarakat denganmendidik pelajar berdisplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggiberlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta. M

    ManpowerMembantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikariserta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik. E ExpectationMemenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan Negara ke arahmelahirkan generasi insan yang produktif dan bersepadu. (Sumber BPTV).

    Selain itu, semua Kolej-Kolej Vokasional diwajibkan untuk mendapatkanpensijilan 5S iaitu seiri(sisih), seiso(sapu), seiton (susun),

    seiketsu(seragam) dan shitsuke(sentiasa amal) dalam membentuk budayakerja yang lebih sistematik, tersusun dan membentuk iklim sekolah yangkondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Program 5S mampumendidik budaya kerja bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah,memberi kesan yang amat positif terhadap sistem pengurusan dan prosespembelajaran serta membawa perubahan besar dari pelbagai aspek yangmana telah memberikan satu persekitaran yang lebih menarik, selamat dan

    berkualiti (Mohd Salleh, 2012)

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    9/16

    Usaha yang dilakukan oleh BPTV sejajar dengan kepentingan aspekbudaya dan iklim sekolah dalam mengatasi masalah disiplin. Mengikutkajian yang dijalankan mengenai faktor yang mempengaruhi perlakuanagresif di sekolah oleh Yahaya, Boon, Ramli, Hashim dan Idris (2010),

    mendapati bahawa faktor suasana sekolah paling dominan dalam menjuruskepada tingkah laku agresif pelajar. Didapati 76.5 % pelajar tidak suka atautidak selesa dengan suasana sekolah. Pelajar jaga bersetuju sekolahsentiasa aktif dengan pelbagai program untuk menjana pelbagaipengetahuan dan pengalaman dari aspek kurikulum dan kokurikulumkepada pelajar (85.8%).

    Persoalannya, sejauh mana usaha yang dilakukan oleh pihak BPTVberjaya membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Apakahpandangan pelajar Kolej Vokasional mengenai kepentingan budaya daniklim sekolah yang baik terhadap tingkah laku mereka? Dan, sejauh manabudaya dan iklim sekolah, membantu dalam mengurangkan masalahdisiplin di sekolah-sekolah amnya dan Kolej Vokasional di negeri Perakkhasnya.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    10/16

    Persoalan KajianBerikut adalah beberapa persoalan di dalam melaksanakan kajian ini.

    ( i ) Apakah kefahaman pelajar tentang budaya sekolah?

    ( ii ) Apakah kefahaman pelajar tentang iklim sekolah?

    ( iii ) Sejauh mana pelajar peka tentang kepentingan budaya dan iklimsekolah terhadap mereka?

    ( iv ) Apakah faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada masalahdisiplin di Kolej Vokasional?

    ( v ) Sejauh mana budaya sekolah yang baik membantu mengurangkanmasalah disiplin di sekolah

    ( vi ) Sejauh mana iklim sekolah yang baik membantu mengurangkan

    masalah disiplin di sekolah?

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    11/16

    Objektif KajianObjektif Umum

    Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajartentang budaya dan iklim sekolah dan masalah-masalah disiplin yang berlaku diKolej Vokasional Negeri Perak. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti samaada budaya dan iklim sekolah mempengaruhi tingkah laku pelajar terutama sekalipermasalahan disiplin.

    Objektif KhususSecara khususnya objektif kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti:

    ( i )Tahap kefahaman pelajar tentang budaya dan iklim sekolah.

    ( ii )Pelajar-pelajar peka tentang peri pentingnya budaya dan iklim sekolah yangbaik terhadap mereka.

    ( iii ) Mengetahui faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada salah laku pelajarKolej Vokasional.

    ( iv ) Mengetahui sejauh mana budaya dan iklim sekolah mempengaruhi masalah- masalah disiplin di Kolej Vokasional.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    12/16

    Kepentingan Kajian Masalah disiplin di sekolah merupakan fenomena yang tidak asing lagi

    kepada kita dan ia merebak sehingga berlakunya perlakuan jenayah disekolah. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yangmenyumbang kepada terjadinya gejala ini serta langkah-langkah yang perlu

    diambil bagi mengatasinya. Kajian memfokuskan kepada dua faktor iaitubudaya sekolah dan iklim sekolah sebagai teras untuk melihat sejauh manaunsur tersebut berkait rapat dengan masalah disiplin.

    Hasil kajian ini secara umumnya dapat mengenalpasti sama ada masalahdisiplin yang berlaku di sekolah adalah berkaitan dengan budaya yangditerapkan dan iklim persekitaran sama ada fizikal mahupun sosial di KolejVokasional. Lantaran itu, sekiranya faktor budaya dan iklim terbukti pentingdalam mengurangkan masalah disiplin maka usaha yang lebih gigih danberterusan perlu dalam memstikan lebih banyak budaya positif diterapkandi Kolej Vokasional dan lebih banyak program direncanakan dalammewujudkan iklim sekolah yang lebih kondusif.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    13/16

    Maklumat kajian ini boleh dijadikan asas dan panduan dalammelaksanakan lebih banyak kajian mengenai perkaitan antara budaya daniklim sekolah dengan masalah disiplin yang berlaku . Dengan itu, lebihbanyak data dapat diperoleh dalam usaha untuk mengurangkan masalahdisiplin yang semakin menular di kalangan pelajar. Ini dapat membantusekolah-sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahajadari segi akademik malah sahsiah.

    Secara keseluruhannya, hasil maklumat kajian ini sangat penting kepadapihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu sebagaipengurusan tertinggi yang mentadbir semua Kolej-Kolej Vokasional diMalaysia untuk mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan dasar-dasar serta program-program untuk digunapakai di semua Kolej Vokasionaldalam mewujudkan persekitaran, suasana dan budaya yang bukan sahajamenyumbang kepada penurunan masalah disiplin di Kolej Vokasionalmalah meningkatkan motivasi pelajar seterusnya cemerlang dalam bidangakademik dan kokurikulum.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    14/16

    Definisi Konsep Dan Operational Kesan (kata nama)bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan,

    keburukan, efek. Juga bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko.

    Budaya - ialah hasil nilai, kepercayaan, keutamaan harapan dan norma yang sama-

    sama dimiliki serta bertindak menyampaikan cara organisasi itu memperlihatkanmanifestasinya kepada dunia (John, 2010).

    Iklim (kata nama) - bersinonim dengan cuaca, hawa, suhu. Secara kontekskiasannya bersinonim dengan suasana, keadaan.

    Disiplin- sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh

    mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlakusebaliknya hukuman atau denda akan dikenakan

    Kolej Vokasional dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasionalbertujuanbagi melahirkan tenaga kerja mahir atau separa mahir dalam bidang kejuruteraanatau bukan kejuruteraan untuk memenuhi tuntutan industri masa kini. KolejVokasional memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh diploma dalambidang kemahiran bagi tempoh 4 tahun pengajian.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    15/16

    Limitasi Kajian Kajian ini hanya menggunakan kaedah tinjauan

    dan dilakukan hanya di Kolej Vokasional negeri

    perak melibatkan kira-kira 400 respondent.Tinjauan pula hanya dilakukan kepada pelajarsahaja tanpa melibatkan pentadbir sekolah,guru-guru dan ibu bapa. Kajian juga hanyamenumpukan kepada faktor dalaman iaitu

    budaya dan iklim sekolah tanpa melibatkanfaktor-faktor lain yang menyumbang kepadagejala disiplin pelajar. Akhir sekali, kajian tidakmengambil kira demografi murid dari segi

    jantina dan umur pelajar.

  • 8/13/2019 Kesan Budaya Dan Iklim Sekolah Ke Atas Disiplin

    16/16

    Hipotesis KajianHipotesis yang dibentuk dalam kajian ini ialah:

    Ho1: Tidak terdapat perbezaan signifikan pengaruh budaya dan

    iklim sekolah terhadap masalah disiplin yang berlaku disekolah

    Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan pelajarmengenai budaya dan iklim sekolah dengan masalah disiplinyang berlaku

    Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan masalah disiplindengan pengaruh luaran seperti media dan ibu bapa.

    Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan masalah disiplindengan budaya sekolah dan iklim sekolah