kesan

8
Kesan-kesan masalah sosial Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadi pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,masyarakat, dan negara. Akibat terhadap Masyarakat Penyalahgunaan dadah Kesannya terhadap masyarakat adalah imej dan keseluruhan ekonomi Negara terjejas.Ini disebabkan oleh daya pengeluaran ekonomi menurun atas sebab kerugian tenaga dan modal insan kerana ramai pemuda yang merupakan modal negara terlibat dalam pengambilan dadah dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan.Tambahan pula, kos yang tinggi seperti kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta program-program pencegahan terpaksa ditanggungkan oleh negara. Selain itu, imej negara terjejas akibat masalah-masalah yang ditimbulkan olehpengambilan dadah. Ketenteraman sentiasa diganggu kerana orang ramai berasa tidak selesa dengan adanya penagih dalam kalangan anggota masyarakat. Gengsterisme

Upload: shirley-chan

Post on 21-Jul-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan

Kesan-kesan masalah sosial

Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadi pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,masyarakat, dan negara.

Akibat terhadap Masyarakat

Penyalahgunaan dadah

Kesannya terhadap masyarakat adalah imej dan keseluruhan ekonomi Negara terjejas.Ini disebabkan oleh daya pengeluaran ekonomi menurun atas sebab kerugian tenaga dan modal insan kerana ramai pemuda yang merupakan modal negara terlibat dalam pengambilan dadah dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan.Tambahan pula, kos yang tinggi seperti kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta program-program pencegahan terpaksa ditanggungkan oleh negara. Selain itu, imej negara terjejas akibat masalah-masalah yang ditimbulkan olehpengambilan dadah. Ketenteraman sentiasa diganggu kerana orang ramai berasa tidak selesa dengan adanya penagih dalam kalangan anggota masyarakat.

Gengsterisme

Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakat dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatif kepada para pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan pertuturan yang kasar dan lain-lain. Ahli-ahli gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajar lain dan menakutkan mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan seterusnya ialah ahli masyarakat akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng. Gengster-gengster ini berani melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkan telefon awam, merogol dan melumba motosikal secara haram.Gejala ini telah membimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.

Page 2: Kesan

Vandalisme

Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar.Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya, basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. Pihak kerajaan perlu menanggung kerugian kerana menyelenggarakan dan membaiki kemudahan yang disediakan.

Penderaan

Perkara ini boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana nilai-nilai moral sudah tiada lagi dalam diri. Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak. Masyarakat turut bersimpati terhadap mangsa dan juga timbul perasaan benci dan tidak senang dalam kalangan masyarakat.

Pergaulan bebas

Apabila bergaul kita seharusnya bergaul dengan orang-orang yang baik budi pekertinya dan yang mempunyai akhlak mulia. Jika kita bergaul dengan orang yang rendah akhlaknya kita juga akan terpengaruh dan terjerumus dalam perbuatan yang tidak diingini oleh masyarakat dan agama. Pergaulan bebas juga akan menggangu ketenteraman masyarakat.

Penyalahgunaan teknologi

Di Malaysia contohnya,sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah.Individu yang menjadi mangsa akan kerugian. Bukan itu sahaja, individu yang manjadi mangsa akan mendapat aib sekiranya difitnah melalui internet atau perkhidmatan SMS.

kesan

Pada pandangan saya, kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah suatu hari nanti kita akan kehilangan pewaris kepimpinan yang berkaliber sekaligus ia akan mengugatkan keselamatan negara kita dengan kata lain masyarakat kita. Cuba

Page 3: Kesan

bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya remaja-remaja kita yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasinya pada masa depan. Ini dari segi kesan masa hadapan yang akan terjadi terhadap masyarakat.

Bagaimana pula dengan kesan jenayah juvana kepada masyarakat untuk masa sekarang atau here and now? Sebenarnya Kesan here and now Jenayah Juvana kepada masyarakat ada banyak juga, antaranya kerugian harta benda, kerosakkan hubungan silaturahim, kerugian nyawa dan juga kerugian masa.

Masyarakat secara tidak langsung sebenarnya terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku Jenayah Juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai secara mereka sedari, hari demi hari Makin Banyak duit Kerajaan dihabiskan untuk Mengatasi Jenayah Juvana atau dengan erti kata lain Pelaku Jenayah Juvana akan dibiayai oleh masyarakat tanpa mereka sedar, ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi harta benda.

Selain itu, saya ibaratkan Remaja sebagai sebuah kereta yang baru disiapkan dan hendak dijual, cuba bayangkan adakah penjual kereta dapat menjual kereta baru itu sekiranya kereta itu banyak kerosakkan dan kecacatan? Sudah tentu sukar untuk mencari pembelinya walaupun kereta baru tetapi sekiranya Kereta baru itu bebas dari kecacatan dan kerosakkan sudah pasti berebut orang untuk mendapatkanya. Begitu juga remaja, sekiranya remaja ramai remaja yang berpendidikan tinggi dilahirkan, namun akhlaknya rosak ia tidak akan menjadi produk “Best Seller” sebaliknya kita terpaksa melelongnya ini bermakna setaraf mereka dengan Produk yang dilelong di Pasar Malam di mana kualitinya memang boleh dipertikaikan. Secara tidak langsung ia akan memberi kerugian kepada masyarakat, sebab inilah adanya Pemimpin yang korupsi, Pegawai yang rasuah, Orang Kaya Pemberi Rasuah dan bermacam-macam lagi inilah di antara kesan-kesanya terhadap masyarakat.

Page 4: Kesan

1) Pendidikan AwamNGO perlu menjadi mediator antara jabatan agama dengan masyarakat

sivil melalui kaedah penerangan awam mengenai masalah sosial dan hokum-hakam terhadap satu-satu kesalahan jenayah syariah. Sebagai contoh, isu berdua-duaan dikhalayak umum atau melakukan perlakuan tidak sopan dikhalayak umum, Sek. 5 (1), (2), (30) EKJS (Kedah) 1988, minum arak Sek. 25 (1) dan (2) EKJS (Kedah) 1988,  Sek. 136 (Pahang) 1982, Sek. 19 (1) dan (2) AKJS (WP) 1997 dan lain-lain contoh mengikut negeri-negeri di Malaysia. NGO juga mampu menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat sivil mengenai akta-akta dan prosedur  Jenayah Syariah negeri-negeri.وسلم : : عليه الله صلى الله رسول قال قال عنه الله رضى األشعري مالك أبى عن

بالمعازف رؤوسهم على يعزف اسمها بغير يسمونها الخمر أمتى من ناس ليشربنماجه , – ابن رواه والخنازير القردة منهم ويجعل األرض بهم الله يخسف يات والمغن

Daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umat-Ku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. 

Page 5: Kesan

(Mereka meminum) sambil dialunkan dengan muzik dan suara artis-artis.  Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi monyet dan babi.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

2) Terus Kepada MasyarakatNGO memang dikenali oleh masyarakat sebagai salah satu badan yang

akan berurusan dengan masyarakat tanpa melibatkan karenah birokrasi.  Kebanyakan NGO akan turun terus kepada masyarakat bagi menyelami nasib masyarakat dari dekat dan akan sedaya upaya membantu menyelesaikan segala kesulitan yang wujud.  Selaian itu dapat membongkar penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa dalam melaksanakan dasar kerajaan di peringkat agensi agama dan pihak berkuasa tempatan (PBT).Cabaran :

-      Terdapat kesukaran untuk melakukan gerak kerja kerana banyak agensi dilindungi pihak tertentu.

-      Kengkangan modal untuk meneruskan gerak kerja kerana kurang publisiti.-      Perlu ada lesen / support dari pihak berkuasa.         

2) KempenKempen-kempen seperti Kempen Gerakan Menutup Aurat mampu

digerakkan oleh NGO dalam menterjemah satu-satu akta dan prosedur jenayah syariah. Hal ini kerana, NGO yang berada di lapangan mampu menghidupkan kempen-kempen yang sesuai dengan golongan sasaran mereka. Melalui pengalaman UNGGAS MALAYSIA, kaedah kempen secara konsisten mampu memberi impak kepada golongan sasaran dan sebagai satu langkah menerangkan kesalahfahaman terhadap satu-satu hukum berkaitan dengan jenayah syariah.

3) Program latihan atau bengkelMelatih kemahiran komunikasi, membina perspektif masalah sosial,

kaedah bertindak menangani masalah sosial adalah antara isu yang boleh dibengkelkan untuk melatih kelompok masyarakat agar kerja buat dalam menyampaikan mesej syarak boleh berlansung dengan lebih strategik dan efektif. Antara kelompok sasaran yang sesuai mengikuti bengkel latihan ini adalah pegawai agensi kerajaan, agensi agama, pemimpin masyarakat, mahasiswa dan golongan belia dalam kariah.

4) Menjadi badan pendesak dalam menggubal atau memperkasa undang-undang            Peranan NGO dalam menangani jenayah syariah, dengan menjadi badan pendesak dalam menggubal atau memperkasa undang-undang syariah yang sedia ada. Hal ini demikian kerana kebanyakan NGO boleh bersuara lantang mewakili semua pihak.  Jadi NGO boleh menjadi pendesak pada mana-mana badan berwajib tanpa ada usaha untuk menjaga kepentingan sesiapa.Cabaran:

Page 6: Kesan

-      Idea sukar untuk diterima pakai walaupun lantang bersuara kerana umumnya melihat NGO adalah suatu entiti yang kecil dan mempunyai kepentingan masing-masing.

-      Kengkangan dari segi kuasa / lesen dan kurang kerjasama dari pihak berkuasa.