kesahihan tafsiran diksi agama dalam kamus …worldconferences.net/journals/icasic/papericasic/i 042...

10
E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 125 KESAHIHAN TAFSIRAN DIKSI AGAMA DALAM KAMUS ARAB Al-MUNJID FI AL-LUGHAH WA AL-ALAM Mohd Zuhir Bin Abd Rahman Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia [email protected] Che Radiah Binti Mezah (Ph.D) Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesahihan tafsiran istilah agama dalam Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam yang disusun oleh Louis Ma`luf al-Yassu’i. Penggunaan istilah agama adalah penting dalam konteks agama Islam bagi menentukan ketepatan maksud dan tafsiran terhadap sesuatu perkataan khususnya yang melibatkan aspek keagamaan, pegangan, keimanan, dan hukum- hakam dalam kehidupan masyarakat Islam. Kajian ini hanya memfokuskan kepada istilah agama yang terdapat dalam “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”. Sebanyak 20 perkataan yang terdiri daripada istilah agama telah dipilih sebagai korpus untuk dianalisis dalam kajian ini. Manakala perbandingan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada istilah agama yang ditafsirkan dalam “Al- Mu‘jam al-‘Arabi Al-Asasi” dan “Al-Mu‘jam al-Wasit” sebagai kayu pengukur. Kajian ini menggunakan metode perbandingan tafsiran istilah agama yang terdapat dalam ketiga-tiga kamus bahasa Arab. Dapatan kajian ini membuktikan sejauh mana ketepatan tafsiran istilah agama dan menjelaskan relevan atau tidak penggunaan Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam dalam konteks tafsiran istilah agama Islam. Kata kunci: Kesahihan tafsiran, diksi agama, istilah agama Islam, tafsiran istilah, bahasa Arab. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Bahasa merupakan hasil refleksi fikiran, gaya bahasa, dan budaya yang diterjemahkan oleh penuturnya bagi menghasilkan perbendaharaan kata. Allah SWT menciptakan manusia dengan mengurniakan keupayaan bertutur dan memahami ungkapan sesuatu pertuturan yang diujarkan. Kedua-dua aspek ini menjadi perantara dalam berkomunikasi dan memahami apa yang diinginkan atau difikirkan oleh akal manusia bagi tujuan kehidupan. Justeru, setiap perkataan yang diungkapkan oleh penutur dalam komunikasi mempunyai makna, maksud, dan pengertian yang tersendiri dengan harapan perkataan yang digunakan itu dapat difahami maksudnya oleh pendengar atau penerima. Hal ini penting kerana dapat memudahkan kehidupan manusia dan diaplikasikan dalam proses komunikasi yang merangkumi pelbagai bentuk, tema, lokasi, dan situasi. Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama Islam. Hal ini demikian kerana kitab suci al-Quran yang merupakan sumber utama rujukan agama Islam adalah diturunkan dalam bahasa Arab. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 2 yang bermaksud:

Upload: lamdat

Post on 10-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 125

KESAHIHAN TAFSIRAN DIKSI AGAMA DALAM KAMUS ARAB Al-MUNJID FI AL-LUGHAH WA AL-A‘LAM

Mohd Zuhir Bin Abd Rahman Jabatan Bahasa Asing

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia [email protected]

Che Radiah Binti Mezah (Ph.D)

Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesahihan tafsiran istilah agama dalam Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam yang disusun oleh Louis Ma`luf al-Yassu’i. Penggunaan istilah agama adalah penting dalam konteks agama Islam bagi menentukan ketepatan maksud dan tafsiran terhadap sesuatu perkataan khususnya yang melibatkan aspek keagamaan, pegangan, keimanan, dan hukum-hakam dalam kehidupan masyarakat Islam. Kajian ini hanya memfokuskan kepada istilah agama yang terdapat dalam “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”. Sebanyak 20 perkataan yang terdiri daripada istilah agama telah dipilih sebagai korpus untuk dianalisis dalam kajian ini. Manakala perbandingan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada istilah agama yang ditafsirkan dalam “Al-Mu‘jam al-‘Arabi Al-Asasi” dan “Al-Mu‘jam al-Wasit” sebagai kayu pengukur. Kajian ini menggunakan metode perbandingan tafsiran istilah agama yang terdapat dalam ketiga-tiga kamus bahasa Arab. Dapatan kajian ini membuktikan sejauh mana ketepatan tafsiran istilah agama dan menjelaskan relevan atau tidak penggunaan Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam dalam konteks tafsiran istilah agama Islam. Kata kunci: Kesahihan tafsiran, diksi agama, istilah agama Islam, tafsiran istilah, bahasa Arab.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

Bahasa merupakan hasil refleksi fikiran, gaya bahasa, dan budaya yang diterjemahkan oleh penuturnya bagi menghasilkan perbendaharaan kata. Allah SWT menciptakan manusia dengan mengurniakan keupayaan bertutur dan memahami ungkapan sesuatu pertuturan yang diujarkan. Kedua-dua aspek ini menjadi perantara dalam berkomunikasi dan memahami apa yang diinginkan atau difikirkan oleh akal manusia bagi tujuan kehidupan. Justeru, setiap perkataan yang diungkapkan oleh penutur dalam komunikasi mempunyai makna, maksud, dan pengertian yang tersendiri dengan harapan perkataan yang digunakan itu dapat difahami maksudnya oleh pendengar atau penerima. Hal ini penting kerana dapat memudahkan kehidupan manusia dan diaplikasikan dalam proses komunikasi yang merangkumi pelbagai bentuk, tema, lokasi, dan situasi.

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama Islam. Hal ini demikian kerana kitab suci al-Quran yang merupakan sumber utama rujukan agama Islam adalah diturunkan dalam bahasa Arab. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 2 yang bermaksud:

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 126

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu memahaminya” Merujuk kepada sejarah perkembangan tamadun manusia, didapati bahawa tamadun Yunani merupakan tamadun terawal yang telah mencatat pelbagai kajian berkaitan elemen makna sesuatu perkataan. Salah seorang ilmuwan dan ahli falsafah Yunani yang tersohor ialah Aristotle yang banyak membincangkan perihal unsur bunyi dan pengertiannya serta perbezaan antara kedua-duanya (Muhammd Marwan, 2009). Menurut Aristotle, beliau berpandangan bahawa makna bagi sesuatu perkataan adalah sama seperti yang digambarkan oleh seseorang dalam akal fikirannya (Umar, 1992).

Kajian semantik merupakan satu kajian yang mengkaji secara mendalam sesuatu makna yang dihasilkan menerusi pelbagai bentuk penggunaan bahasa berdasarkan konteks situasi penggunaannya. Kajian semantik dapat membantu seseorang memahami makna dan tafsiran daripada sesuatu proses komunikasi bahasa. Manakala kajian semantik dalam kalangan para ilmuwan Arab telah bermula secara tersusun dan terancang sejak tahun 40 Hijrah. Gerakan ini berterusan dan semakin rancak dengan kemunculan para ilmuwan dan pelbagai mazhab atau aliran bahasa. Antara aliran ilmuwan Arab dalam kajian bahasa yang terkenal pada ketika itu ialah aliran “Mazhab Basrah” dan aliran “Mazhab Kufah” (Marwan, 2009).

Dalam kamus Arab “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” yang dihasilkan oleh Louis Ma‘luf al-Yassu‘i, terdapat banyak diksi yang merujuk kepada istilah agama Islam. Kamus Dewan (2007) menjelaskan bahawa perkataan “diksi” membawa maksud pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan. Manakala menurut kamus The Oxford Study Dictionary (Joice M. Hawkins et.al, 1997), perkataan “diksi” adalah berasal daripada perkataan Latin “dictio” yang bermaksud “word” atau perkataan. Kajian ini cuba mengenal pasti istilah-istilah agama tersebut dan melihat ketepatan tafsiran yang diberikan dengan membuat perbandingan melalui dua buah kamus Arab, iaitu “Al-Mu‘jam al-‘Arabi Al-Asasi” dan “Al-Mu‘jam al-Wasit” sebagai kayu pengukur.

2. Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memenuhi objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti ketepatan dan kesahihan tafsiran diksi agama yang terdapat dalam kamus Arab “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”.

ii. Menjelaskan sejauh mana relevan atau tidak penggunaan kamus “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” dalam konteks tafsiran istilah agama Islam.

3. Permasalahan Kajian Penggunaan kamus Arab “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” sudah lama dan masih diguna pakai sehingga hari ini sebagai sumber rujukan dalam memahami perkataan dan istilah dalam bahasa Arab. Namun begitu, terdapat pelbagai kritikan dan ulasan terhadap kekurangan serta kelemahan yang terdapat dalam kamus ini. Antaranya ialah Prof. Ibrahim al-Qhatthan yang telah mengkritik kamus ini melalui karyanya yang berjudul “‘Atsrat al-Munjid fi al-Adab wa al-Ulum wa al-A‘lam” (1392H) dan kitab “Al-Naz‘ah al-Nasraniyah fi Qamus al-Munjid” yang dikarang oleh Dr. Ibrahim Awwad” (1411H). Kritikan yang dinyatakan termasuklah bahawa kamus ini tidak pernah merujuk kepada sumber Islam yang asli, tetapi sebaliknya merujuk kepada sumber barat, dan ini sangat jelas terlihat dalam entri “ibadah” dan penyebutan nama-nama nabi dan rasul yang menggunakan istilah

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 127

Kristian serta banyak terdapat kesalahan penulisan nama-nama tokoh dan kaitannya dengan sejarah (Salafiyunpad, 2009).

Manakala Syeikh Masyhur Hasan Salman dalam fatwanya tentang kamus “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” menjelaskan bahawa kamus ini mengandungi racun yang sangat besar, maka seorang pun tidak diperkenankan untuk membacanya, kecuali orang yang telah menguasai ilmu-ilmu syariah yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya, sehinggalah dia boleh membezakan antara yang benar atau salah, yang baik dan buruk, yang asli atau yang palsu (Salafiyunpad, 2009). Justeru, berlandaskan kepada pernyataan yang telah dinyatakan, maka kajian ini cuba untuk mengenal pasti dan menyingkap aspek kelemahan dan kekurangan terhadap tafsiran diksi agama yang terdapat dalam kamus “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”.

4. Sorotan Kajian

Berdasarkan kepada sorotan yang dijalankan, sejarah awal perkamusan bahasa dalam kalangan ilmuwan Islam telah bermula pada tahun 20 Hijrah. Fenomena ini muncul seiring dengan usaha mentafsir al-Quran al-Karim selepas kewafatan Rasulullah SAW. Pada peringat permulaan, kamus bahasa Arab ini hanyalah berbentuk lembaran-lembaran perbendaharaan kata yang mempunyai bilangan entri yang terhad berkisar tentang lafaz-lafaz yang ganjil diambil daripada al-Quran dan juga al-Hadis. Selain itu, terdapat juga lembaran perbendaharaan kata yang terdiri daripada dialek-dialek Arab, asal usul kejadian manusia, nama-nama haiwan, alatan-alatan , benda-benda, dan sebagainya. (Muhammad Marwan, 2009).

Disebabkan keperluan masyarakat Arab kepada bahan rujukan berkaitan perbendaharaan kata dalam bahasa mereka, maka kajian-kajian bahasa dari aspek makna semakin pesat dan berkembang. Lembaran-lembaran bahasa yang terdapat dalam simpanan masyarakat Arab pada masa itu sudah tidak memadai bagi memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan (Ismail, 1996). Namun begitu, kegawatan situasi ini telah dirungkaikan dengan kemunculan seorang ilmuwan agung dalam sejarah kajian-kajian bahasa Arab, iaitu al-Khalil Ahmad al-Farahidi (100-175H) yang berasal dari negara Oman (al-Dzahabi, 1993). Dalam konteks kajian makna, beliau telah berjaya mencipta nama sebagai seorang ilmuwan Islam terawal menghasilkan sebuah kamus Arab secara lengkap pada ketika itu (Nassr, 1988) yang diberi nama sebagai kitab “al-‘Ain”. Sesungguhnya, kamus ini telah berjaya menjadi pencetus ke arah penghasilan pelbagai kamus bahasa Arab. Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Al-Khalil melalui kamusnya ini telah berjaya meletakkan batu asas kepada aliran perkamusan bahasa Arab yang pertama (Muhammad Marwan, 2009).

Kamus “al-‘Ain” telah berjaya menerangkan makna-maknanya secara terperinci bersama dengan makna secara am yang wujud daripada kitaran huruf-huruf asal. Kebanyakkan makna entri yang diterangkan oleh al-Khalil dibantu dengan bukti-bukti penggunaan bahasa Arab yang diambil daripada al-Quran , al-Hadis, syair Arab, kata-kata hikmah, perumpamaan dan sebagainya. Kamus “al-‘Ain” telah berjaya dicetak setelah dikeluarkan dari manuskrip asalnya pada zaman ini oleh para ilmuan. Antara yang terawal yang terawal ialah Anstas al-Karmali yang merupakan seorang paderi Kristian pada tahun 1914M, dan naskhah asal kamus ini telah dicetak di Banghdad (Nassr, 1988).

Terdapat kamus yang dikarang oleh ilmuan Islam bertujuan untuk menambah baik kamus “al-‘Ain”, antaranya ialah “al-Istidrak ala al-‘Ain” oleh Abu al-Sadusi (810M), “al-Takmilah” oleh al-Khazarnaji (959M). Walau bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat mereka yang mengkritik kamus “al-‘Ain” (Muhammad Marwan, 2009).

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 128

5. Kerangka Teori

Kajian ini menggunakan kerangka “Pendekatan Semantik Kognitif” yang diperkenalkan oleh Lakoff (1987). Linguistik kognitif mempunyai konsep hubungan antara kognitif dan makna. Wadah yang diutamakan dalam aliran ini adalah meaning is embodied, iaitu makna adalah dikonsepsikan daripada pengalaman badaniah (Lakoff, 1987). Konsep pengalaman badaniah dalam menghasilkan makna adalah merujuk kepada elemen kognitif, pengalaman sedia ada, persekitaran, konteks situasi, dan latar belakang kehidupan. Kesemua elemen ini digunakan untuk memahami sesuatu makna dengan mengaitkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dihasilkan. Aliran linguistik kognitif juga menganggap makna tidak wujud secara tersendiri daripada orang yang mencipta atau menggunakannya. Bidang semantik kognitif adalah bidang yang bertunjangkan pengalaman (experientialist approach) yang mengambil kira pengalaman lampau dan alam sekeliling. Makna dilihat sebagai struktur konseptual yang lazim (conventionalized conceptual structure). Menurut Lakoff (1987) lagi, manusia memiliki hubungan yang erat dengan ungkapan bahasa yang diutarakan. Hal ini demikian kerana pengkonsepsian makna dalam mental dapat dicerminkan daripada pengalaman dan interaksinya dengan dunia nyata.

6. Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berdasarkan kepada kaedah analisis kandungan yang dilaksanakan terhadap 20 korpus yang diambil daripada kamus Arab “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” yang ditulis oleh Louis Ma‘luf al-Yassu‘i. Penganalisisan data dijalankan melalui perbandingan dengan dua buah kamus bahasa Arab, iaitu “Al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi” dan “Al-Mu‘jam al-Wasit” yang dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat terjemahan istilah agama yang dipilih. Tafsiran istilah yang mempunyai persamaan makna dan lengkap dalam ketiga-tiga kamus dikategorikan sebagai “persamaan”, manakala tafsiran makna yang kurang lengkap dan berbeza diketegorikan sebagai “perbezaan”. Pengkaji telah memilih korpus daripada kamus “Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” dan membahagikan korpus tersebut kepada tiga kategori bagi melaksanakan penganalisisan data, iaitu kategori istilah akidah, istilah ibadah, dan istilah umum. Dapatan analisis dijelaskan secara deskriptif dan dirumuskan dalam bentuk jadual dengan menyatakan jumlah perkataan atau istilah dan peratusan dapatan analisis. Pemilihan sampel kajian dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan jenis pensampelan bukan kebarangkalian, iaitu kaedah “pensampelan bertujuan”. Pemilihan kaedah ini adalah berdasarkan pandangan bahawa melalui kaedah pensampelan bertujuan ini penyelidik menentukan sampel yang sesuai dengan tujuan kajian dan objektif kajian yang disasarkan (Syed Arabi Idid, 2002).

7. Dapatan dan Perbincangan

Analisis dan perbincangan melibatkan 20 perkataan terdiri daripada istilah agama yang terdapat dalam “Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”. Pemilihan perkataan adalah berdasarkan kepada istilah agama yang terdapat dalam bahasa Melayu dan sedia maklum dalam kalangan masyarakat serta digunakan sebagai bahasa medium penulisan dan percakapan Melayu.

Analisis istilah agama adalah berdasarkan kepada tiga kategori istilah, iaitu istilah akidah, istilah ibadah dan istilah umum. Antara istilah agama tersebut ialah seperti yang diterangkan pada 7.1 hingga 7.3 berdasarkan Jadual 1 -3 di bawah.:

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 129

7.1 Istilah Akidah (مصطلحات العقيدة)

Jadual 1: Analisis Kategori Istilah Akidah

املعاين الرقم الكلمة

يف اللغة واألعالم املنجد املعجم الوسيط األساسيالعريب املعجم

أشهد أ للهه ا »اإلله املعبود حبق وينطههههههق مللهههههه مل امل هههههه هههههه «. هللا

تسبقد الكسرة أو الي ء.

ه املعبود حبق. أصله للهه علم على اإللدخلهههل عليهههه مثأحمث زههه ل تهههه

وأدغم ال .

اسهههههم الههههه ال الوا ههههه الو هههههود. «.اي هللا»أي « اللدم»ويق ح:

1 هللا

ال ين ال ي أن لهه هللا علهى النهل صهلى مل. 010هللا عليههههههههههههههه وسههههههههههههههلم عهههههههههههههه مل

وا سهه مل ديههن عهه مل واسهها ا ن هه ي يههههه عههههه د الههههه ين يههههه ينو هههههه علهههههى

ليو نس . 800

لظدهههه ا وههههول والقبههههوح مل هههه أتههههى ههههه وا سهه مل النههل صههلى هللا عليههه وسههلم.

الهه ين الهه ي هه ء ههه هللا هه صههلى هللا عليه وسلم.

ههههو الههه ين الههه ي ههه ء هههه النهههل العههههههههههرب هللا هههههههههه ههههههههههن عبهههههههههه هللا.

لخهههه د الهههه ين »هههههو وا سهههه مل «.والعقي ة هلل تع ىل

2 ا س مل

ظدههههههههرل سهههههههه ي رقهههههههه يهههههههه اوأق ههل علههم العلههومل العصههر العب سهه

املنطهههههق والقيههههه ه اشهههههدر ندههههه علهههههىاحلسن البصري وواصل ن عط ء و هن

أب احل ي .

رق ن امل كل ني خي ل و أهل السهن عههههههق املع قهههههه ال علههههههى أسههههههدم واصهههههههههل هههههههههن عطههههههههه ء الههههههههه ي اع ههههههههه ح

أبصح ه زلق احلسن البصري.

م اع لههوا ئه ههن الق يه قهه لوا أ ه ئيت الو ل زع دم أي أههل

السن وا وا ج.

3 املع ل

يههن ن » ههو أو صهه الهه ال ا يهه : املسهههيحيو أبلوهيههه املسهههيه و سهههوتي ه

«. ع

هههل ههه ي علهههق :مبعههه عبههه . اإل ي ههه ل ال اإلله وص ته.

هههههو أو صههههه الههههه ال ا يههههه . علههههم يبحهههه عههههن هللا :اإل ي هههه ل

ي علق ه تع ىل.و

4 ألوهي

ههه ه ههههن يههههرحي أ ههههل هههه هههه لإلنس ق قه عليهه أز دهو سه

. مخ

ههه ه ههههن يههههرحي أ ههههل هههه هههه لإلنسهههههه قهههههه قخهههههه عليههههههه أز دههههههو

يه ر. خسيه ر مخ

رقهههه ههههن ههههرو ا سهههه مل يقولههههو ملجله أي أ ا نسه قه ة لههه

هههه ء أو ي ههههه علهههى أ ي عههههل الههه علهههى أزههه مل ادتهههه هههل ههههم حخ

وهو خ ف الق ي . .األ رين

5 اجل ي خ

قههومل ينكههرو قوهه ء هللا وقهه ن ويقولههو ل ل لنس خ لق ل عله إب ادته.

قهههومل ينكهههرو القههه ويقولهههو ل هههل لنس خ لق ل عله.

قههومل دحهه و القهه يقولهههو أ لق هههههل عبههههه هههههن عبههههه د هللا خههههه

ل علههه هه كن ههن ع لههه أو تر ههه إب ادته.

6 الق ي خ

عقي ة ن يرحي أ األع ه ح اإلنسه ني واألزههه ا الكونيههه تسههه و هههق ن ههه مل

أزيل اث ل.

عقي ة ن يرحي أ األع ه ح اإلنسه ني و ههههههه ي تههههههه عليدههههههه هههههههن سهههههههع دة أو شههههق ء و هههه لث األز ديهههه الكونيهههه

تس و ق ن مل أزيل اث ل.

مجهها أقهه ا هه يخقهه ن هللا القهه . ن القو ء و كم ه

القوهههههههههه ء والق

7

Analisis yang telah dijalankan terhadap istilah akidah mendapati bahawa perkataan “هللا” adalah mempunyai persamaan tafsiran dalam ketiga-tiga kamus yang merujuk kepada Tuhan yang wajib disembah oleh makhluknya. Begitu juga tafsiran perkataan “ ألوهية” mempunyai persamaan yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat dan zat Allah SWT. Perkara yang sama juga turut berlaku pada tafsiran perkataan “ القدرية” yang merujuk kepada satu kaum yang menafikan tentang ketentuan hidup manusia adalah daripada Allah SWT, dan golongan ini berpegang bahawa manusia berkuasa dan berupaya untuk mengubah segala ketentuan dan ketetapan hidup mereka. Merujuk kepada perkataan “ االسةم”, tafsiran yang diberikan dalam kamus “al-Munjid” adalah agama yang dibawa oleh nabi Arab Muhammad bin Abdullah yang merupakan akidah ikhlas kepada Allah

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 130

SWT. Secara dasarnya tafsiran ini adalah bersifat umum dan tidak menepati maksud yang sebenar. Begitu juga gelaran “ وسةة ع يةة هللا صةة ” tidak disebut kepada Nabi Muhammad SAW. Perkara bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Prof. Ibrahim Qhatthan yang mengkritik kamus“al-Munjid”. Walau bagaimanapun, dalam kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-Asasi” ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia dan sekalian alam semesta, yang akan membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Perkataan “ الجبرية” dalam ketiga-tiga kamus adalah merujuk kepada tafsiran bahawa setiap manusia tidak berupaya untuk mengubah nasib dan ketentuan hidup, kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak dari azali lagi. Namun begitu, jika diperhatikan dalam kamus “al-Munjid”, kumpulan ini merujuk kepada satu kumpulan orang Islam, manakala dalam kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-Asasi” menyatakan satu kumpulan mazhab yang tidak merujuk kepada orang Islam. Berdasarkan penjelasan ini dapatlah dikatakan bahawa konsep tafsiran makna sesuatu perkataan atau istilah perlu merujuk kepada pengalaman badaniah yang merangkumi elemen kognitif, pengalaman, persekitaran, konteks situasi, serta latar kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kesahihan tafsiran sesuatu perkataan atau istilah yang dihasilkan. Begitu juga perkataan “ والقدر القضاء ” mempunyai tafsiran yang hampir sama dalam kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-Asasi” iaitu yang merujuk kepada akidah manusia yang berpandangan bahawa segala amal manusia dan setiap perkara yang berlaku adalah merupakan hukum alam dan peraturannya yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Walau bagaimanapun, dalam kamus “al-Munjid” tafsiran yang diberikan adalah berbeza dan ringkas merujuk kepada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT dan ketentuannya. Kekurangan dan persamaan yang terdapat dalam penghasilan makna dan tafsiran istilah adalah disebabkan oleh perbezaan pengalaman badaniah yang merujuk kepada pengalaman, persekitaran, konteks situasi, dan latar kehidupan. Analisis yang dijalankan juga telah mengenal pasti satu istilah, iaitu “ المعتزلة” yang mempunyai tafsiran maksud yang sedikit berbeza. Tafsiran kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” adalah merujuk kepada satu kumpulan ahli kalam yang bersalahan dengan ahli sunnah dalam sesetengah pegangan (iktiqad), kumpulan ini diketuai oleh Wasil bin ‘Ata’. Merujuk kepada kamus “al-Mu‘jam al-al-‘Arabi Asasi” pula, tafsiran maksudnya adalah merupakan satu kumpulan ahli kalam yang wujud pada zaman pemerintahan kerajaan Abasiyyah, antara pengikut kumpulan ini ialah al-Hassan al-Basri dan Wasil bin ‘Ata’. Walau bagaimanapun, secara dasarnya kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud dan tafsiran yang sama meskipun terdapat sedikit perbezaan. Manakala kamus “al-Munjid” menjelaskan maksud “ المعتزلة” merupakan kumpulan serpihan daripada mazhab Qadariah. Kumpulan ini yang mendakwa bahawa ahli sunnah dan al-Khawarij berada dalam kesesatan. Tafsiran ini mempunyai perbezaan dengan kedua-dua kamus di atas. Hal ini demikian kerana kepada pengalaman badaniah yang dimiliki oleh pengarang kamus ini adalah berbeza dengan pengalaman yang dimiliki oleh pengarang kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan kamus “al-Mu‘jam al-al-‘Arabi Asasi”.

7.2 Istilah Ibadah (مصطلحات العبادة)

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 131

Jadual 2: Analisis Kategori Istilah Ibadah

املعاين الرقم الكلمة

يف اللغة واألعالم املنجد املعجم الوسيط األساسي العريب املعجم

النهههههههههههههه اء للصهههههههههههههه ة. األ ا : األ ا خ ولق الص ة.

أ »أ ثههههههههههههر اإلعهههههههههههه مل ملل هههههههههههه ء. و دي ملأل ا .«: مللص ة

8 أ ا الإلع مل مللص ة عن املسلي ني

يهه ة. ن عهه مجعههه هه ل: ههل هللا هه ي ة تطلق غ لب على ا روج ال

أو ا حنراف عن ال ين.

مجعهه هه ل: هه أخزه علههى غهه اس خح ال ين وغ ن. ثهههههه ح سهههههه ق. عقيهههههه ة أخزهههههه ل

خت لف ا مي .

9 الب ع

ق هه ح ههن لههيم ههم هه ههن الك ههه الق ح د ع عن ال ين والوطن.

10 اجلد د الق ح هللا ة عن ال ين م ن الك . ق ح ن ليم

ال در ال سا ن السن ا جري )قبلهه شههههههعب و عهههههه ن شههههههواح وهههههههو شههههههدر

.ا س ملالصومل

ال ههههههههدر ال سهههههههها ههههههههن ال ههههههههدو ال در ال سا ن السن ا جري .ال سهههههههها الق ريهههههههه ههههههههني شههههههههعب

يو ههه . 03وشهههواح وعههه د أاي هههه عن املسل ني.هو شدر الصي مل

11 و

مجعههههههه هخههههههرخوهللا. هههههه أو بههههههه هللا علههههههى عب دن ي رضخهخ اإلنس علهى ن سهه

أو غ ن.

مجعههههه ههههراهللا و هخههههرخوهللا. هههه أو بههههه هللا عههههه و هههههل علهههههى عبههههه دن. ههههه ي رضخههههههخ

اإلنس على ن سه.

مجعههه هخههرخوهللا و ههراهللا. هه أو بهههه هللا على عب دن.

12 ال رهللا

ي قههههر ههههه لىل هللا مجعههههه: قههههرا ني. هههه تع ىل ن يح وغ ه .

مجعهههه: قهههرا ني. هههل ههه ي قهههر هههه لىل هللا ع و ل ن يح وغ ه .

مجعههه: قههرا ني. ههل هه ي قههر ههه لىل هللا تع ىل ن يح وغ ه .

13 القخرمل

مجعه صلوال. عب دة مصوص خنق ل وههههههههههههههبوط احلهههههههههههههه ود ال هههههههههههههههريع

امل روضههههههه هههههههم وهههههههه : والصهههههههلوالص ة الصبه ال در العصر املغر

والع ء.

الهه ع ء يقهه ح : صههلى صهه ة . العبهه دة امل صوصههههه املبينههههه زههههه ود أوق ههههه

ال ريع .

مجعههههههه صههههههلوال عنهههههه ن الهههههه ع ء يعهههر ا ت ههه ل العقهههل لىل هللا لكهههى

نسج له ونطل عون ه.

14 الص ة

Analisis yang dijalankan terhadap istilah ibadah turut mendapati bahawa tafsiran perkataan “أذان” adalah mempunyai persamaan dalam ketiga-tiga kamus, iaitu yang merujuk kepada seruan atau panggilan bagi menunaikan ibadah solat. Begitu juga tafsiran perkataan “رمضةةان” mempunyai persamaan yang merujuk kepada bulan kesembilan daripada tahun hijriyyah, dan merupakan bulan umat Islam menunaikan ibadah puasa. Perkara yang sama juga turut berlaku pada tafsiran perkataan yang merujuk kepada perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT dalam bentuk ibadah ”الفرض“dilakukan oleh hambanya. Seterusnya perkataan “القربةان” yang turut mempunyai persamaan tafsiran dalam ketiga-tiga kamus, iaitu merujuk kepada penyembelihan binatang ternakan yang dilaksanakan kerana Allah SWT dalam melaksanakan ibadat. Perkataan “ الجهةا” dalam kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-Asasi” membawa maksud pembunuhan yang dilakukan ke atas orang-orang kafir bukan daripada golongan “zimmi” demi kerana Allah SWT bagi menyelamatkan agama Islam yang suci. Manakala dalam kamus “al-Munjid” tafsiran yang diberikan adalah lebih umum, iaitu merupakan pembunuhan yang dilakukan bagi mempertahankan agama tanpa merujuk kepada orang kafir. Begitu juga perkataan “صالة dalam ”الkamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-Asasi” merupakan doa yang merujuk kepada ibadah khusus dibina atas syariat Islam sebagai tanda pengabdian diri makhluk kepada Allah SWT. Ibadah ini difardukan oleh Allah dengan menetapkan waktu-waktu yang tertentu dalam melaksanakannya. Sedangkan dalam kamus “al-Munjid” tafsiran yang diberikan adalah lebih ringkas dan tidak merangkumi maksud sebenar dalam tafsiran perkataan solat. Manakala merujuk kepada tafsiran

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 132

perkataan “ البدعة” dalam kamus “ Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi” mempunyai persamaan yang merujuk kepada segala ciptaan atau perkara baharu yang dihasilkan dalam agama. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dalam kamus “al-Munjid” yang merujuk kepada ciptaan baru yang berkaitan dengan akidah baharu yang bersalahan dengan keimanan. Kekhilafan yang berlaku dalam memberikan makna adalah merujuk kepada pengalaman badaniah seperti mana konsep pendekatan kognitif semantik dalam menghasilkan sesuatu makna perkataan.

7.3 Istilah Umum ( العامة املصطلحات )

Jadual 3: Analisis Kategori Istilah Umum

املعاين الرقم الكلمة

يف اللغة واألعالم املنجد املعجم الوسيط األساسي العريب املعجم

ههن ا سه مل ه ه عليهه العهر قبهل الو ل وحتكيم العصبي والو بي .

ههن ا سه مل ه ه عليهه العهر قبهل و ل .اجلد ل وال

ز لهههههه اجلدههههههل الو بيهههههه هههههه د العر قبل ا س مل.

15 اجل هلي

مجعهههه خل ههه ء. لقههه زكههه مل املسهههل ني العصو امل ضي )أ املن نني .

سهههههههههه لفخ السههههههههههلط األع ههههههههههمخ. خامل

مجعه: خخل ء وخ ئف.مجعهههههههه خل ههههههه ء وخ ئهههههههف: هههههههن خيلهف غه ن ويقههومل ق هه اإل هه مل

وقهههههههه ل ههههههه مل وههههههههو الههههههه ي لهههههههيم ر.

16 ا لي

عيهههههههههه املسهههههههههههل ني عههههههههههه صهههههههههههومل العي ال ي يعقخ صومل و . العي ال ي يعقخ صومل و . و .

17 عي ال طر

عبههههههه و هههههههل يهههههههل ر ههههههها اجلوانههههههه . الكعبههه : نههه ء كع ههه ال هههكل شهههي ن النهههههل ل هههههراهيم مبكههههه و دتهههههه قهههههري

وتس ى لث البيل احلرامل.

احلهههرامل مبكههه . و هههل يهههل ر ههها البيهههل اجلوان . مجعه: عب ل و ع .

مجهههها عهههه و عبهههه ل: الكعهههه للع م ال ي يلع ه هل يهل ر هها البيههل احلههرامل مبكهه يههل

لث ل يعد .

18 الكعب

الليل اليت أخنه ح يهه القهرإ لىل السه ء ني . ال

ليلههه ب ههه هههن شهههدر وههه لنههه ح الكرمي. يد القرإ

ه از حي اللي يل الع ر ا خ ة هههن وههه الهههيت عههه ده هههرد زوج سههه والسههه ع . قيهههل

لث ل ق ير األ و يد .

ليلهههههههههههههههههههههههههه الق

19

مجعههههههه سهههههه . كهههههه يصههههههل يههههههه الن ه مج ع .

وضههههها الههههه ي صلى اجل ع مجعه س .مجعهههههه سههههه : امل

ب ههه يخسهههج يهههه هههل وضههها يهخ هع يههههه. املسههههج ا : سههههج كهههه

و سج امل ين .

20 املسج

Tafsiran perkataan “ الجاه ية” adalah mempunyai persamaan dalam ketiga-tiga kamus yang merujuk kepada kejahilan sebelum kedatangan ajaran Islam. Umat manusia hidup dalam keadaan kekejaman, kezaliman dan kejahilan sebelum kedatangan Islam. Kedatangan Islam yang dibawa melalui Nabi Muhammad SAW telah membawa sinar bagi memerangi kejahilan dalam masyarakat jahiliyah. Begitu juga tafsiran perkataan “عيةدالفرر” mempunyai persamaan yang merujuk kepada hari raya atau perayaan yang disambut oleh umat Islam selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan. Puasa adalah ibadah yang wajid dilaksanakan kerana ia merupakan salah satu daripada rukun Islam. Perkara yang sama juga turut berlaku pada tafsiran perkataan “ لكعبة ا ” mempunyai persamaan yang merujuk kepada Baitulllah di Mekah yang merupakan tempat umat Islam menunaikan ibadah haji. Ibadah haji merupakan ibadah yang terkandung dalam rukun Islam yang wajib ditunaikan apabila memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oeh syarak.

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 133

Manakala tafsiran perkataan “ الخ يفة” mempunyai persamaan dalam ketiga-tiga kamus yang merujuk kepada ketua atau pemimpin kepada sesuatu bangsa atau sesebuah kerajaan. Walau bagaimanapun Dalam“al-Mu‘jam al-Asasi” terdapat sedikit perbezaan tafsiran dan penjelasan yang dikhususkan kepada pemimpin umat Islam, iaitu “ المسة مي حكةا ” atau “ المةمميي أميةر ”. Tafsiran perkataan “المسةجد” mempunyai persamaan dalam ketiga-tiga kamus, iaitu merujuk kepada tempat beribadah. Dalam kamus “al-Munjid” terdapat penjelasan yang merujuk kepada “ مدييةة ومسةةجد مكةة مسةةجد: المسةةجدان ”. Sepatutnya disebut dengan nama Masjidil Haram di Makkah, kerana masjid makkah itu adalah lafaz umum yang merangkumi mana-mana masjid yang terletak atau terdapat di Makkah. Begitu juga Masjid Madinah yang perlu diberikan atau dinyatakan secara khusus, iaitu Masjid Nabawi di Madinah. Begitu juga tafsiran perkataan “ القةدر لي ة ” mempunyai persamaan maksud yang merujuk kepada salah satu malam yang terdapat di dalam bulan ramadhan al-mubarak. Walau bagaimanapun, terdapat penjelasan tentang malam turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Rasullullah SAW di dalam “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi”, dan kenyataan ini tidak terdapat dalam kamus “al-Munjid”. 8. Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan analisis yang dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa proses penghasilan sesuatu makna perlu merujuk kepada pengalaman badaniah dalam menghasilkan makna yang merujuk kepada elemen kognitif, pengalaman sedia ada, persekitaran, konteks situasi, dan latar belakang kehidupan. Hal ini penting bagi menghasilkan makna yang sahih serta menepati maksud sebenar yang dikehendaki. Secara keseluruhan dapatan analisis diksi agama berdasarkan perbandingan tafsiran makna antara kamus “al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam” dengan kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi” adalah seperti mana yang dinyatakan pada Jadual 4 di bawah:

Jadual 4: Analisis Keseluruhan Istilah Agama

Kategori Persamaan Perbezaan

Istilah Akidah 4 3

Istilah Ibadah 4 3

Istilah Umum 3 3

Jumlah 11 (55%) 9 (45%)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dari aspek kajian bahasa terdapat persamaan dan perbezaan tafsiran makna yang diberikan dalam kamus “al-Munjid” jika dibandingkan dengan tafsiran yang diberikan dalam “al-Mukjam al-wasit” dan “al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi”. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat 11 perkataan, iaitu mewakili (55%) istilah agama yang mempunyai persamaan dari aspek makna dan maksud dalam konteks penggunaan yang sebenar, manakala 9 perkataan, iaitu mewakili (45%) istilah yang hanya mempunyai perbezaan dari aspek huraian dan penjelasan makna atau maksud istilah agama. Dapatan ini menggambarkan bahawa terdapat sejumlah besar istilah agama yang dimuatkan dalam kamus “al-Munjid” mempunyai perbezaan makna dengan kamus “al-Mu‘jam al-Wasit” dan “al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi”. Namun begitu, kajian ini hanya mengambil sebilangan kecil perkataan istilah agama yang terdapat dalam “al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam”. Kajian yang lebih komprehensif dan merangkumi keseluruhan perkataan istilah agama perlu dijalankan bagi mendapat kesahan dan kebolehpercayaan terhadap aspek kesahihan terjemahan diksi agama. Sebagai cadangan dapatlah dinyatakan bahawa

E – JOURNAL OF ARABIC STUDIES AND ISLAMIC CIVILIZATION (E-ISSN: 2289 – 6759) 134

kajian ini boleh dijadikan panduan dan titik permulaan bagi melaksanakan kajian lanjutan dalam kajian bahasa dan linguistik Arab khususnya melibatkan bidang terjemahan dan semantik.

Rujukan

Abdullah Basmeih. (1994). Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Al-Dzahabi, Muhammad bin Ahmad. (1993). Al- A‘lam bi Wafayat al- A‘lam. Dubai: Markaz Jam‘yah

Majid. Al-Ma`luf, Louis Nichola. (1987). Al-Munjid fi al-Lughah wa al-A‘lam. Beirut: Dar al-Mashriq. Anis, Ibrahim et. al. (1972). Al-Mu‘jam al-Wasit. Cetakan kedua. Kaherah: Majma‘ Al-Lughah Al-

‘Arabiyyah. Ismail, ‘Izz al-Din. (1996). Al-Masdar al-Adabiyyah wa al-Lughawiyah fi al-Turath al- ‘Arabiy. Beirut:

Dar al-Nahdhah al- ‘Arabiyyah. Jamaah Kibar al-Lughawiyyin al‘Arab. (1989). Al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi. ISESCO. Joice M. Hawkins, John Weston, Julia C. Swannell. (1997). The Oxford Study Dictionary. Cetakan

ketujuh. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Lakoff, G. (1987). Woman fire and dangerous things: What categories reveal about the mind.

Chicago: Chicago University Press. Md. Nor Hj. Ab. Ghani et al. (2007). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Muhammad Marwan Ismail dan Wan Moharani bin Mohammad. (2009). Kajian Semantik dan Mu‘jam ‘Arabiy. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Nassr, Hussein. (1988). Al-Mu‘jam al-‘Arabiy: Nashatuhu wa Tatawwuruhu. Kaherah: Dar al-Misri. Salafiyunpad. (2009). Fatwa Syaikh Masyhur Hasan Salman Tentang Penggunaan Kamus Bahasa

Arab “Al-Munjid”. http://salafiyunpad. Wordpress.com. Salafiyunpad. (2009). Qamus al-Munjid, kamus Arab Terpopuler Sedunia Ternaya Disusun Pendeta.

http://salafiyunpad. Wordpress.com. Syed Arabi Idid. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Cetakan Keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Umar, Ahmad Mukhtar. (1992). ‘Ilmu al-Dilalah. Kaherah: ‘Alam al-Kutub.