kes

5
Isu konservasi Isu Punca Kesan terhadap alam semula jadi (ke atas kanak- kanak) rujukan Indeks Pencemaran Udara meningkat Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling (1996) masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh sumber bergerak seperti kenderaan bermotor merupakan masalah serius iaitu 81.8% beban pencemaran udara yang dikeluarkan dari tahun 1992 hingga 1996. Peratus beban pencemaran yang tinggi, berikutan pertambahan jumlah kenderaan bermotor terutamnya di bandar-bandar utama negara ini. Stesen janakuasa pula telah menyumbang sebanyak 8.7% daripada beban pencemaran udara yang 3 dikeluarkan Seperti yang dilihat dari pengajaran silam, pencemaran udaran sememangnya membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan manusia dan fizikal atmosfera. Kesan jangka masa panjang pencemaran udara termasuklah penyakit pernafasan yang kronik ( chronic respitory desease ), asma, kanser paru-paru, penyakit jantung sehinggalah kerosakan kepada otak, sistem saraf, hati dan buah pinggang (Kupchella & Hyland 1993). Selain itu ia juga menyebabkan keracunan sistemik akibat

Upload: brandy-morgan

Post on 17-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kes alam

TRANSCRIPT

Isu konservasiIsuPuncaKesan terhadap alam semula jadi(ke atas kanak-kanak)rujukan

Indeks Pencemaran Udara meningkatMenurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling (1996) masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh sumber bergerak seperti kenderaan bermotor merupakan masalah serius iaitu 81.8% beban pencemaran udara yang dikeluarkan dari tahun 1992 hingga 1996. Peratus beban pencemaran yang tinggi, berikutan pertambahan jumlah kenderaan bermotor terutamnya di bandar-bandar utama negara ini. Stesen janakuasa pula telah menyumbang sebanyak 8.7% daripada beban pencemaran udara yang 3 dikeluarkan dari tahun 1992 hingga 1996 yang terdiri daripada sulfur dioksida, nitrogen oksida dan zarah terampai. Selain itu proses perindustrian seperti kilang simen, kilang kimia, kuari dan kerja-kerja berkaitan dengan batu-bata, seramik dan asbeton juga menyumbang kepada pembebasan gas sulfur oksida, partikel terampai, nitrogen oksida dan termasuklah plumbum, raksa dan beberapa lagi sisa yang dihasilkan dalam proses yang melibatkan perindustrian (Sham 1982). Begitu juga dengan industri yang berasaskan kayu yang kebiasanya melupuskan bahan-bahan sisa dengan cara pembakaran. Bahan-bahan sisa bandar berjumlah 3.7 tan setahun telah dibakar secara terbuka (Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1996). Amalan pembakaran terbuka seperti ini akan menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk dan asap bertoksid. Jabatan Alam Sekitar telah menganggarkan kira-kira 3.8% daripada jumlah pencemaran udara telah disumbangkan oleh pembakaran secara terbuka di tempat pelupusan sampah pada tahun 1995 dan menurun sehingga 0.9% pada tahun 1996. Selain itu pembakaran hutan secara besar-besaran boleh menyebabkan udara berjerebu dan mengurangkan tahap kebolehlihatan. Pembakaran hutan ini akan mengeluarkan habuk yang terampai dalam udara, asap, debu-debu dan gas yang boleh menyebabklan kemerosotan kualiti udara.Seperti yang dilihat dari pengajaran silam, pencemaran udaran sememangnya membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan manusia dan fizikal atmosfera. Kesan jangka masa panjang pencemaran udara termasuklah penyakit pernafasan yang kronik (chronic respitory desease), asma, kanser paru-paru, penyakit jantung sehinggalah kerosakan kepada otak, sistem saraf, hati dan buah pinggang (Kupchella & Hyland 1993). Selain itu ia juga menyebabkan keracunan sistemik akibat plumbum dan merkuri. Tindakbalas antara plumbum dan tisu otak akan menyebabkan pembentukan neuro yang tidak sempurna seterusnya menyebabkan pencapaian IQ yang rendah, kelemahan fungsi kognitif setersnya membawa kepada prestasi akedemik yang rendah. Fenomena jerebu juga merupakan kesan daripada pencemaran udara. Jerebu ialah keadaan di mana berlaku peningkatan bahan pencemaran di dalam atmosfera sehingga mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, pencemaran udara juga boleh 3 mengundang hujan asid dan seterusnya mendatangkan kesan buruk ke atas harta benda serta ekosistem air dan hutan. Ini disebakan fenomena hujan asid menambah mobiliti logam-logam dalam tanah dan menambah pangambilan logam-logam oleh tumbuhan dan haiwan seterunya boleh merosakan aktiviti enzim. Selain itu pencemaran udara juga boleh mendatangkan kerugian serius kepada ekonomi negara (Haliza, 2010). Kejadian jerebu di Sarawak pada tahun 1997 dan 1998 telah menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian US$9.3 bilion atau RM36 billion. Kerugian ini jika diperhalusi sebenarnya melibatkan banyak sektor termasuklah sektor pertanian (US$2,750juta), sektor perhutanan (US$5,472 juta), sektor kesihatan (US$148 juta), sektorbangunan dan hartanah (US%1 juta), sektor pengangkutan (US$33 juta), sektor pelancongan (US$111 juta) dan kos memadamkan kebakaran hutan (US$12 juta) (Applegate et.al 2002)

Pantai Batu Ferringhi dicemari bakteria E-Coli

E. coli tersebar melalui gigitan lalat ataupun serangga yang lain ataupun melalui makanan, minuman yang terbiar dan terdedah. Ini boleh mengakibatkan penyakit keracunan makanan.Mengikut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak penyakit daripada pembawa bakteria E.Coli ini yang boleh meragut nyawa adalah wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).Wabak penyakit ini adalah satu sindrom yang bercirikan darah merah pecah dan boleh menyebabkan anemia (kurang jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku (platelet).

Pencemaran di Sungai Semenyih

Pembalakan haram di Sarawak