kertaskerjaperjumpaanibubapapemulihanlinus-120409234518-phpapp01

6
RIDZUAN SK ISKANDAR PERDANA 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS

Upload: anis-suhaily-md-noordin

Post on 07-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

SK ISKANDAR PERDANA32610 BANDAR BARU SERI ISKANDARPERAK DARUL RIDZUANKERTAS KERJAPERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS

SK ISKANDAR PERDANA, 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiranasas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalambidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua muridTahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRAObjektif Program LiterasiPada akhir Program Literasi murid berupaya:i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutupii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudahiv. dengan menggunakan kata hubung dan.Objektif Program Numerasi:Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000iii. bermula daripada sebarang nomboriv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagiv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakanvi. waktu, ukuran dan sukatan.SASARANMurid tahap1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasikecualimurid berkeperluan khasTEMPOHMac November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 7 April 2012Hari : SabtuTempat : Bilik Darjah 5 Cemerlang

SENARAI PENCERAMAH

1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas)2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat( Fasilinus)

TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

9.00 pgPendaftaran Ibu Bapa

9.15 pgUcapan pengerusi

9.20 pgBacaan Doa

9.25 pgUcapan Tuan Guru Besar

9.45 pgTaklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas

10.45 pgSesi soal jawab

11.00 pgJamuan Ringan

11.15 pgBersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi: En Shahari B. Embon (Guru Besar)Timbalan Pengerusi: Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad (Penolong Kanan Pentadbiran)Naib Pengerusi 1: Pn Nor Samsuniah bt Musa (Penolong Kanan HEM)Naib Pengerusi 2: En Abdullah Radzi b. Abbas (Penolong Kanan Kokurikulum)Pengurus: Cik Noraini bt Abdul HamidPen. Pengurus: Pn. Hjh Aniah bt Noh Setiausaha: Pn. Norazita bt JasdiPengacara: Pn. Hjh Aniah bt NohAJK Brosur: Pn. Faridah Anom bt Harun Pn. Fuziah Bt Alang AhmadAJK Siaraya & peralatan: En. Salam Izwan B. Ramly En. Shah Alim b. BaharuddinAJK Makanan: Pn. Siti Haslina bt Syed AliAJK Backdrop: Pn. Arbaayah bt Salleh HoodinAJK Pendaftaran: Pn. Mariam Megat bt Alg MohdAJK Bilik Taklimat: Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah En. Khairil Azam b. Mohd IdrisJuru Foto: Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid

ANGGARAN KEWANGAN

BilPerkaraKos & BilJumlah (RM) Sumber

1Backdrop1 x RM50.0050.00B&Kaunseling

2Jamuan30x RM2.0060.00PIBG

3Hadiah para jemputan3x RM1030.00PK

JUMLAH140.00

SUMBER KEWANGAN1) Panitia Bahasa Malaysia2) Panitia Bimbingan & KaunselingKEPERLUAN PERALATAN 1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputerPENUTUPAdalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjayaselaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Diluluskan Oleh,..........................(SHAHARI EMBON)Guru Besar,SK Iskandar Perdana,Tarikh:.Disemak Oleh,..........................(KHAIRIAH LAHAMAD)PK Pentadbiran,SK Iskandar Perdana,Tarikh:Disediakan Oleh,...........................(NORAINI ABDUL HAMID)Setiausaha Program Pemulihan,SK Iskandar Perdana

Tarikh: