kertaskerjaharisukan-130320033918-phpapp01

Upload: christina-wheeler

Post on 06-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

poji

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN

S.A.B.K MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH, BATU 8, JALAN TRONG, CHANGKAT JERING, PERAK.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE - 15 TAHUN 2013S.A.B.K MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAHPENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum S.A.B.K Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah bagi Tahun 2013. Kejohanan pada tahun ini adalah merupakan kali- 15 pernah diadakan.

MATLAMAT. Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.OBJEKTIF :Adalah diharapkan program ini akan dapat :2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang diceburi.2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan lebih cemerlang.2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan olahraga peringkat daerah.PELAKSANAAN :Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke - 15 Tahun 2013 pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;Tarikh: 15 JUN 2013 (Sabtu) Masa: 8.00 pagiTempat: Padang S.A.B.K Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :

Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 4 pasukan yang terdiri daripada semua murid-murid S.A.B.K Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah. Rumah Kuning Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau2. Acara sukan BilAcaraKategori

1Lari 100m (Individu) LTahap 1

2Lari 100m (Individu) PTahap 1

3Lari 100m (Individu) LTahap 2

4Lari 100m (Individu) PTahap 2

5Lari 100m (Individu) LTahap 3

6Lari 100m (Individu) PTahap 3

7Lari 200m (Individu) LTahap 1

8Lari 200m (Individu) PTahap 1

9Lari 200m (Individu) LTahap 2

10Lari 200m (Individu) PTahap 2

11Lari 200m (Individu) LTahap 3

12Lari 200m (Individu) PTahap 3

154 x 200m (L/Pasukan)Tahap 1

164 x 200m (P/Pasukan)Tahap 1

174 x 200m (L/Pasukan)Tahap 2

184 x 200m (P/Pasukan)Tahap 2

194 x 200m (L/Pasukan)Tahap 3

204 x 200m (P/Pasukan)Tahap 3

214 x 100m (L/Pasukan)Tahap 1

224 x 100m (P/Pasukan)Tahap 1

234 x 100m (L/Pasukan)Tahap 2

244 x 100m (P/Pasukan)Tahap 2

254 x 100m (L/Pasukan)Tahap 3

264 x 100m (P/Pasukan)Tahap 3

27400m (Individu) LTahap 1

284 x 400m (L/Pasukan)Tahap 1

294 x 100m (L/Pasukan)Jemputan Sekolah

304 x 200m (L/Pasukan)Jemputan Sekolah

31Tarik TaliTerbuka antara Firqah

32100mGuru

33200mGuru

344 x 200m Guru

35Tarik TaliIbuBapa

( Tahap 1= Ting. 4&5, Tahap 2= Ting. 3, Tahap 3= Ting. 1&2)ANGGARAN PERBELANJAAN (belum edit)BIL.PERKARAKUANTITIHARGA/UNITJUMLAH(RM)

1.Kanopi4RM 30 x 4 = RM120120.00

2.Hadiah / MedalMedal : RM252.00 (Rujuk Lampiran)Hadiah : RM 720.00 (Rujuk Lampiran)972.00

3.Buku Program120RM 0.20 x 120 = RM2424.00

4. Minuman Pegawai50RM 3 x 50 = RM150150.00

5. Cenderamata Pasukan3RM 50 x 3 = RM150150.00

6.Cenderamata VIP1RM 50 x 1 = RM5050.00

7.Pertandingan Futsal2 (Hamper)RM100 x 2 = RM200200.00

8.Cabutan Bertuah10 (Hamper)RM20 x 10 = RM200200.00

Jumlah Keseluruhan

1876.00

SUMBER KEWANGANBIL.PERKARAPERBELANJAAN (RM)SUMBER KEWANGAN (RM)

1.Kanopi120.00

2.Hadiah / Medal972.00

3.Buku Program24.00

4. Minuman Pegawai150.00

5. Cenderamata Pasukan150.00

6.Cenderamata VIP50.00

7.Pertandingan 200.00

8.Cabutan Bertuah200.00

Jumlah Keseluruhan1876.001876.00

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran sekolah. Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 ( dua ) acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan. Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan. Pembatalan: Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan. Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam acara-acara yang dipertandingkan. Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapat tempat kedudukan.Hadiah-hadiah : Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan. Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah berbentuk cup dan hadiah iringan. Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala pusingan.Bantahan: Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan. Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

JAWATANKUASA PROGRAMRujuk Lampiran di sebelah

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan Oleh,Disemak Oleh,Disokong Oleh,

(Ahmad Fauzi B. Sihabuddin)(Zainuddin B. Anas)(Tn. Hj. Ramli B. Saad)S/U Sukan SABK MTIK/U Kokurikulum SABK MTIPK Kokurikulum SABK MTI

Disahkan Oleh,

..(Tn. Hj. Md. Hata Bin Hj. Imran, AMP)Pengetua SABK MTI