kertas projek guru muda

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA 78100 LUBOK CHINA, MELAKA “SMKLC Terbilang Melahirkan Insan Cemerlang Tahun 2015” KERTAS KERJA 2 KERTAS KERJA 2 PROJEK KECEMERLANGAN PROJEK KECEMERLANGAN PMR & SPM 2011 PMR & SPM 2011 Disediakan oleh : Jawatan Kuasa Projek Kecemerlangan PMR & SPM 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China 78100 Lubok China, Melaka

Upload: cikgu-ayu

Post on 30-Jun-2015

1.410 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas projek guru muda

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOKSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA,CHINA,

78100 LUBOK CHINA, MELAKA78100 LUBOK CHINA, MELAKA

“SMKLC Terbilang MelahirkanInsan Cemerlang Tahun 2015”

KERTAS KERJA 2KERTAS KERJA 2PROJEK KECEMERLANGANPROJEK KECEMERLANGAN

PMR & SPM 2011PMR & SPM 2011

Disediakan oleh :Jawatan Kuasa Projek Kecemerlangan PMR & SPM

2011Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China

78100 Lubok China, Melaka

Page 2: kertas projek guru muda

2

1. NAMA PROGRAM : PROGRAM GURU MUDA

2. PENDAHULUANGuru Muda adalah suatu program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah setiap subjek melalui rakan sebaya mereka yang berprestasi baik bertindak sebagai Guru Muda untuk membimbing mereka. Rasionalnya pemilihan Guru Muda dalam kalangan rakan sebaya adalah kerana hanya mereka yang lebih memahami kebolehan dan minat, daya pemikiran, masalah rakan sebaya, kaedah yang lebih sesuai serta tahap pemahaman mengikut umur mereka.

3. MATLAMATProgram ini bermatlamat untuk:

i. Meningkatkan kuantiti pencapaian cemerlang bagi sesuatu mata pelajaran.ii. Menyediakan pelajar membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi

peperiksaan PMR/SPMiii. Melahirkan golongan pelajar yang benar-benar dapat menguasai topik

setiap mata pelajaran yang diajar.iv. Menjadikan guru muda sebagai tempat rujukan bagi pelajar lain semasa

ketiadaan guru sebenar.

4. OBJEKTIFMelalui program ini diharapkan dapat:

i. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A bagi sesuatu matapelajaran yang terlibat dalam peperiksaan PMR/SPM.

ii. Mengenal pasti dan mengatasi kelemahan pelajar melalui ‘Pembimbing Rakan Sebaya’.

iii. Memupuk semangat pelajar membantu rakan lain atas dasar “Mengajar Sambil Belajar”

iv. Mewujudkan suasana “Tak Faham Sifar” kepada semua pelajar sebelum menduduki peperiksaan PMR/SPM

v. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan memupuk semangat juang yang tinggi antara kumpulan.

5. KONSEPi. Pelajar Guru Muda adalah pelajar pilihan yang mempunyai pencapaian

terbaik bagi mata pelajaran tersebut berdasarkan keputusan ujian mock-up 1/2011.

ii. Seramai 10 orang Guru Muda dipilih bagi setiap mata pelajaran dan setiap Guru Muda akan mempunyai 5 orang pelajar (rakan) yang akan dibimbing.

iii. Guru Muda diberi bimbingan awal oleh guru subjek untuk lebih menguasai topik tertentu.

iv. Guru Muda ditugaskan untuk membimbing rakan-rakan dalam kumpulan semasa sesi bengkel atau sepanjang masa apabila diperlukan.

6. SASARANi. 60 orang pelajar tingkatan 3. ii. 60 orang pelajar tingkatan 5.

Page 3: kertas projek guru muda

3

7. MATA PELAJARAN TERLIBAT.i. PMR – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi,

Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup (Pilihan 1, 2 dan 4)ii. SPM – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah,

Pendidikan Islam

8. JAWATANKUASA KERJA GURU MUDA 2011

PENASIHAT : Tn. Hj.Ab.Lazis bin Jaafar (Pengetua SMKLC)PENGERUSI : En. Hamdan b Hashim (GPK 1)NAIB PENGERUSI 1 : En. A.Halim b Mat Ali (GPK HEM)NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Norazizah bt Alias (GPK KOKU)NAIB PENGERUSI 3 : En. Mohd Som b Baba (GPK Pend.Khas)PENYELARAS : Pn. Sepiah bt Ibrahim (GKMP Teknik & Vokasional)PEN. PENYELARAS : Pn. Norazmi bt Nordin (Penyelaras T3 / GC Sains)SETIAUSAHA : Pn. Rahayu bt Johari (SUP PMR)NAIB SETIAUSAHA : Pn. Hjh.Hadijah bt Sabtu (SUP SPM)BENDAHARI : Pn. Siti Soleha bt Yunus (Naib SUP PMR)

AJK:1. Semua GKMP2. Tn. Hj.Jasni B Abd Rahman (Penyelaras T5 / GC BI)3. Pn. Maimunah bt Kasim (GC BM)4. Cik Nurul Ain bt Norman (Naib SUP SPM)5. Guru-Guru Mata Pelajaran PMR6. Guru-Guru Mata Pelajaran (Teras) SPM

9. PELAKSANAAN

TARIKH : PMR : 01 APRIL 2011 – 30 SEPTEMBER 2011 SPM : 01 APRIL 2011 – 30 OKTOBER 2011

TEMPAT : Kelas Masing-Masing / DewanMASA : Jumaat (3 – 5 petang) & Sabtu (8.30pg – 12.30 tgh)SESI : Ikut Jadual Kelas Tambahan

ATURCARA:i. Sesi dijalankan mengikut jadual kelas tambahan pada hari Jumaat & Sabtu yang

telah ditetapkan oleh AJK Kecemerlangan Akademik.ii. Guru Subjek akan menentukan topik atau bahan edaran bagi setiap sesi yang

akan dijalankan olah Guru Muda.iii. Guru Subjek sebagai pemantau semasa sesi berjalan serta menegur atau

menambah kekurangan.iv. Guru Muda bersama-sama membincangkan topik yang telah ditentukan oleh

Guru Subjek.v. Guru Muda bersama membina Nota Ringkas@Peta Minda di akhir sesi.vi. Guru Subjek menandatangani buku nota tersebut.

Page 4: kertas projek guru muda

4

10. PENUTUP:Semoga dengan adanya Program Guru Muda ini, adalah diharapkan dapat membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri pelajar sendiri dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuai dengan nama Guru Muda, secara tidak langsung pelajar yang dilantik sebagai Guru Muda menyedari tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan menguasai setiap mata pelajaran dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari.

Melalui program ini, pihak sekolah akan memberikan sumbangan kepada Guru Muda dan ahli kumpulan yang berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang dalam setiap ujian atau peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah mahupun di peringkat negeri.

“Kemurahan hati yang sebenar adalah melakukan perkara yang baik untuk seseorang yang tidak pernah dia menyedarinya.”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

...................................... ...........................................Pn.Rahayu binti JohariSetiausaha,Program Guru MudaSMK Lubok China,