kertas penerangan teori bjt

10
KOD NAMA DAN PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME EE-020-2 ASSISTANT SEMICONDUCTOR TECHNICIAN TAHAP/ LEVEL L2 No. DAN TAJUK MODUL/ MODULE No. AND TITLE DES1143 ELECTRONIC 1 No. DAN PERNYATAAN TUGASAN TASK (S) No. AND STATEMENTS 01.01 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT CONDITION CHECK 01.02 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT SAFETY CHECK 01.03 TROUBLESHOOT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT FAILURE 01.04 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT PARTS/COMPONENTS FAILURE REPAIR/REPLACEMENT OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT AND COMPONENTS MAINTENANCE USING STANDARD OPERATING PROCEDURE, EQUIPMENT MANUFACTURER SPECIFICATION, EQUIPMENT DATA BOOK, LOGBOOK, CHECKLIST, HAND TOOLS, REPORT FORMS, PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), RECORDING PROCEDURE SO THATSEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT RECORDED AND REPORTED, FAULTY COMPONENTS REPAIRED, FUNCTIONALITY TESTED AND MAINTENANCE ACTIVITY REPORTED IN ACCORDANCE WITH MANUFACTURER MANUAL. No. KOD / CODE No. EE-020-2/DES1143/ LE01/P Muka : 1 Drp : 8 JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 6 BLOK D4, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62530 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN

Upload: chin-seng-fatt

Post on 30-Nov-2015

385 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

nota BJT

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Penerangan Teori BJT

KOD NAMA DAN PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

EE-020-2 ASSISTANT SEMICONDUCTOR TECHNICIAN

TAHAP/LEVEL

L2

No. DAN TAJUK MODUL/ MODULE No. AND TITLE

DES1143 ELECTRONIC 1

No. DAN PERNYATAAN TUGASAN

TASK (S) No. AND STATEMENTS

01.01 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT CONDITION CHECK01.02 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT SAFETY CHECK01.03 TROUBLESHOOT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT FAILURE01.04 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT PARTS/COMPONENTS FAILURE REPAIR/REPLACEMENT

OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVE

CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT AND COMPONENTS MAINTENANCE USING STANDARD OPERATING PROCEDURE, EQUIPMENT MANUFACTURER SPECIFICATION, EQUIPMENT DATA BOOK, LOGBOOK, CHECKLIST, HAND TOOLS, REPORT FORMS, PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), RECORDING PROCEDURE SO THATSEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT RECORDED AND REPORTED, FAULTY COMPONENTS REPAIRED, FUNCTIONALITY TESTED AND MAINTENANCE ACTIVITY REPORTED IN ACCORDANCE WITH MANUFACTURER MANUAL.

No. KOD /CODE No.

EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka : 1 Drp : 8

JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIAARAS 6 BLOK D4, KOMPLEKS DPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

Page 2: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:2Drp:8

TAJUK : TRANSISTOR DWIKUTUB

TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangkan tentang transistor dwikutub bermula dengan binaan asas diod, tatarajah penyambungan dan jenis pincang transistor dalam litar.

PENERANGAN :

1.0 PENGENALAN KEPADA TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting dalam litar elektronik. Komponen ini

telah direka pada tahun 1948 oleh Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat.

Kebanyakan transistor dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon

dan germanium. Fungsi utama transistor dwikutub ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen

ini juga berfungsi sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa. Rajah 1 menunjukkan

contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

Rajah 1: Contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

Page 3: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:3 Drp:8

2.0 BINAAN ASAS TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai dua

simpang. Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini dinamakan

transistor NPN. Sebaliknya, apabila bahan N diapit di antara dua lapisan bahan P, transistor ini

dinamakan transistor PNP. Oleh sebab komponen ini diperbuat daripada tiga lapisan bahan.,

maka setiap lapisan mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).

Rajah 2: Struktur binaan transistor PNP dan simbol.

Rajah 3: Struktur binaan transistor NPN dan simbol.

Rajah 2 menunjukkan binaan dan symbol transistor dwikutub jenis PNP. Simpang BE terletak di

antara dan pengeluar manakala simpang BC terletak di antara pemungut dan tapak. Rajah 3

menunjukkan struktur binaan dan symbol transistor dwikutub jenis NPN yang mempunyai dua

simpang iaitu BE dan simpang BC. Perhatikan perbezaan antara kedua-dua symbol transistor

pada Rajah 2 dan Rajah 3. Perbezaannya terletak pada arah anak panah di pengeluar.

Transistor PNP mempunyai arah anak panah ke dalam, manakala transistor NPN mempunyai

arah anak panah ke luar.

Page 4: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:4 Drp:8

3.0 TATARAJAH PENYAMBUNGAN TRANSISTOR DWIKUTUB

3.1 TAPAK SEPUNYA

Rajah 4: Tatarajah Tapak Sepunya.

Rajah 4 menunjukkan litar transistor yang disambung secara tapak sepunya. Isyarat masukan

dikenakan antara pengeluar dan tapak manakala isyarat keluaran pula diambil dari pemungut

dan tapak. Arus pengeluar IE dalam litar ini bergantung pada isyarat masukan. Apabila gandaan

arus rendah dan gandaan voltan tinggi, fasa isyarat masukan dan isyarat keluaran adalah sama.

Gandaan kuasa dalam litar tapak sepunya adalah tinggi. Litar jenis ini biasanya digunakan

sebagai penguat pengayun.

3.2 PENGELUAR SEPUNYA

Rajah 5: Tatarajah Pengeluar Sepunya.

Page 5: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:5 Drp:8

Rajah 5 menunjukkan tatarajah pemungut sepunya. Isyarat masukan adalah antara pengeluar

dan tapak. Keluaran diambil melalui perintang beban RL yang disambung antara pengeluar dan

pemungut. Perubahan arus pemungut IC akan menghasilkan perubahan isyarat merentangi

beban. Litar pemungut sepunya ini mempunyai gandaan voltan yang rendah iaitu kurang

daripada 1. Gandaan kuasa tinggi dan tiada pembalikan fasa antara masukan dan keluaran. Litar

jenis ini biasanya digunakan sebagai litar penguat.

3.3 PEMUNGUT SEPUNYA

Rajah 6: Tatarajah Pemungut Sepunya.

Rajah 2-48 menunjukkan tatarajah litar pengeluar sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara

tapak dan pengeluar dan isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut. Dalam litar

pengeluar sepunya, perubahan kecil arus tapak akan menghasilkan voltan dan gandaan kuasa

yang tinggi. Pembalikan fasa 180 berlaku antara masukan dan keluaran.

4.0 JENIS-JENIS PINCANG TRANSISTOR DWIKUTUB

Terdapat tiga jenis pincang yang biasa digunakan dalam litar transistor iaitu pincang :-

1. Arus tetap

2. Pemungut ke tapak

3. Arus pengeluar

Page 6: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:6 Drp:8

4.1 PINCANG ARUS TETAP

Rajah 7: Pincang Arus Tetap.

Pincang arus tetap ialah satu kaedah yang mudah untuk memincang transistor. Pincang ini

menyebabkan kendalian transistor tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Rajah 7

menunjukkan litar penguat pincang arus tetap. Apabila bekalan dikenakan, transistor akan

mengalirkan arus dari tapak ke pengeluar dan pemungut ke pengeluar. Pengaliran arus ini akan

meninggikan suhu transistor. Perubahan suhu akan menambahkan nilai arus IC, IB dan IE.

Perubahan yang tidak terkawal menimbulkan masalah kendalian transistor yang tidak stabil dan

mengeluarkan isyarat herot. Pincang jenis ini jarang digunakan dalam litar elektronik .

4.2 PINCANG PEMUNGUT KE TAPAK

Rajah 8 ialah litar pincang pemungut ke tapak. Perintang tapak RB disambung ke pemungut

transistor. Pada litar ini, voltan merentas RB bergantung pada VCE. Dengan itu, voltan pincang

ditentukan oleh voltan ketika pada pemungut itu. Ini dapat memperbaiki kestabilan voltan AT.

Arus yang mengalir akan menyebabkan suhu bertambah. Ini menyebabkan arus IB dan IC

bertambah manakala voltan VCE berkurangan. Keadaan ini menyebabkan arus kembali ke

keadaan asal dan keluaran menjadi stabil.

Page 7: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:7 Drp:8

Rajah 8: Pincang Pemungut ke Tapak.

4.3 PINCANG ARUS PENGEUAR

Rajah 9: Pincang Arus Pengeluar.

Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 9 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana

dalam Rajah 9 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai

pembahagi voltan. Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah.

Pertambahan voltan susut merentasi RE akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB

berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan keluaran menjadi stabil.

Page 8: Kertas Penerangan Teori BJT

NO KOD / CODE NO EE-020-2/DES1143/LE01/P Muka:8 Drp:8

SOALAN:

1. Lukiskan dan labelkan simbol bagi transistor dwikutub jenis NPN dan PNP.

2. Terangkan dua jenis tatarajah penyambungan transistor dwikutub.

RUJUKAN:

1. W.J Raesch , Discrete component and basic electronic circuit, Leybold didactic, gmbh (1993).