kertas konsep pertandingan bercerita … bahasa cina... · 2.0 objektif 2.1 mencungkil ... (tahun...

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013 1.0 PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. 2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. 2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan. 2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan rangsangan.

Upload: vudieu

Post on 06-Feb-2018

313 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA

BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan

menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya

saing dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan

berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.

2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan

berdasarkan bahan rangsangan.

Page 2: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Bahasa Cina ( Murid Tahap 2 bangsa Melayu atau India sahaja ) dan Kategori Bahasa Tamil ( Murid Tahap 2 bangsa Melayu atau Cina sahaja ) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan sahaja.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu: 4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah

4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh PPD/JPN/KPM

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN 5.1 PERINGKAT DAERAH

5.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat daerah masing-masing.

5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Daerah.

5.1.3 Pertandingan di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan

sebelum pertandingan peringkat negeri.

5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Page 3: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

5.2 PERINGKAT NEGERI

5.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.

5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

5.2.3 Pertandingan di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke

peringkat kebangsaan.

5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU 5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua (Tahun 4,

5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja.

5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili kategori masing-masing dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah dan daerah ke negeri.

5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut

:

5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran 5.3.3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet

5.3.3.4 hasil karya sendiri.

5.3.4 Kualiti cerita 5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur

kemerdekaan, pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta

tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

Page 4: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak

dibenarkan.

5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan.

Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

5.3.11 Peserta tidak dibenarkan memakai kostum. Hanya pakaian sekolah dibenarkan.

5.3.12 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.

* kurang daripada 06.00 minit dipotong 10 markah

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong

05.59 05.30 1 markah

05.29 05.30 2 markah

04.59 04.30 3 markah

04.29 04.00 4 markah

< 04.00 ke bawah 5 markah

* Lebih daripada 08 minit

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong

08.01 08.29 1 markah

08.30 08.59 2 markah

Page 5: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

09.01 09.29 3 markah

09.30 09.59 4 markah

>10.00 ke atas 5 markah

Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim

sahaja.

5.3.13 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama; 5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus

menerus; 5.3.14.3 dibantu oleh orang lain; 5.3.14.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk

menentukan pemenang: i) teknik persembahan ii) bahasa dan pertuturan iii) penghayatan cerita

5.3.17 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang

penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/ Pegawai PPD/ Pengarah Pendidikan Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.18 Bilangan panel hakim di peringkat negeri ialah tiga atau lima

(03 atau 05) orang. Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang menghakimi pertandingan.

5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak

akan diumumkan. 5.3.20 Sebarang pindaan tertakluk kepada Unit Kokurikulum,

Jabatan Pendidikan Negeir Johor.

Page 6: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan gambar tunggal yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.

6.2 Peserta perlu dikuarantin.

6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan

tidak melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.

6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan

tamat. 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. 6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan

penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta

perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan

memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota

badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan

setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU 7.1 Teknik Persembahan 20 markah 7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah 7.3 Penghayatan cerita 20 markah 7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah 7.5 Mesej / nilai dalam cerita 05 markah 7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah 7.7 Kawalan suara 10 markah

Jumlah 100 markah

Page 7: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA ( SPONTAN ) 8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah 8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah 8.3 Penghayatan cerita 20 markah 8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah 8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah

Jumlah 100 markah

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Page 8: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA … Bahasa Cina... · 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil ... (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Kebangsaan sahaja. ... 6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa

BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA CINA DAN TAMIL SEKOLAH RENDAH

PPD : SEKOLAH :

BIL NO KP NAMA GURU KAUM JANTINA NO TEL

BIL NO KP NAMA MURID KAUM JANTINA NO TEL