kertas konsep majlis apresiasi 2015

8
MAJLIS APRESIASI 2014 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta kewangan dari _________________________________ untuk mengadakan Majlis Apresiasi Aktiviti Kokurikulum/Koakademik Tahun 2015 PPD Hulu Terengganu. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusia merupakan sebuah unit yang besar serta mengandungi 5 sub unit yang merangkumi Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Sukan, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Ko Akademik dan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah. Antara matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk memperbaiki serta mempertingkatkan aspek kepimpinan dan kemahiran interpersonal terutama dalam kalangan mahasiswa/i Program Geologi sendiri. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh kelab ini antaranya Hari Keluarga Geologi, Pertandingan Badminton Pangea, Hari Interaksi Geologi, Pameran-pameran Geologi dan beberapa aktiviti akademik yang berkaitan dengan bidang Geologi. Pelaksanaan program-program sedemikian bertujuan melahirkan mahasiswa/i berkredibiliti tinggi, berketerampilan, berkebolehan dan mahir berorganisasi serta berkomunikasi.

Upload: aqelaquberscout

Post on 05-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

majlis

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

MAJLIS APRESIASI 2014

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta kewangan dari

_________________________________ untuk mengadakan Majlis Apresiasi Aktiviti

Kokurikulum/Koakademik Tahun 2015 PPD Hulu Terengganu.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusia merupakan sebuah unit yang besar serta

mengandungi 5 sub unit yang merangkumi Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Sukan,

Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Ko Akademik dan Pengurusan Pendidikan

Pencegahan Dadah. Antara matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk memperbaiki serta

mempertingkatkan aspek kepimpinan dan kemahiran interpersonal terutama dalam

kalangan mahasiswa/i Program Geologi sendiri. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh kelab

ini antaranya Hari Keluarga Geologi, Pertandingan Badminton Pangea, Hari Interaksi

Geologi, Pameran-pameran Geologi dan beberapa aktiviti akademik yang berkaitan dengan

bidang Geologi. Pelaksanaan program-program sedemikian bertujuan melahirkan

mahasiswa/i berkredibiliti tinggi, berketerampilan, berkebolehan dan mahir berorganisasi

serta berkomunikasi.

Justeru bagi menghargai jasa dan sumbangan mahasiswa/i terutama mahasiswa/i tahun

akhir, kakitangan akademik dan Program Geologi ini, Majlis Apresiasi dan Makan Malam

Amal Tahunan Geologi UKM telah diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan sendiri oleh

Kelab Geologi UKM. Majlis ini turut meraikan tetamu khas daripada Pusat Jagaan Kanak-

kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang. Oleh yang demikian, berdasarkan sambutan

yang amat mengalakkan terhadap program seperti ini pada setiap tahun, Sekretariat Majlis

Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM ingin mengambil inisiatif yang

sama untuk menganjurkan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM

bagi tahun 2014 ini.

Page 2: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

3.0 MISI

Menjadikan program ini sebagai wadah penghubung antara mahasiswa/i, pensyarah,

alumni, warga Program Geologi UKM dan tetamu khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak

Yatim/Miskin Darul Rukaiyah untuk bersama dan berinteraksi, di samping ingin memberi

peluang latihan kepada ahli kelab Geologi UKM dalam berorganisasi dan menganjurkan

sebuah program yang dapat memupuk sifat kepimpinan dan kerjasama antara ahli.

4.0 MATLAMAT

4.1 Menjalinkan hubungan baik dan erat antara mahasiswa/i , pensyarah, alumni dan

semua warga geologi UKM

4.2 Menyampaikan kutipan sumbangan ikhlas warga Geologi UKM kepada Pusat Jagaan

Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

4.3 Menyediakan peluang untuk mahasiswa/i Program Geologi UKM untuk melatih diri

dalam berorganisasi dan pengurusan

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menghargai jasa dan sumbangan para pensyarah dan warga Geologi UKM

5.2 Meraikan dan memberi sumbangan kutipan amal kepada tetamu khas daripada

Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

5.3 Mengeratkan tali silaturahim antara para pelajar , pensyarah dan anak-anak yatim

daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

5.4 Meningkatkan interaksi, keaktifan dan kerjasama yang lebih progresif antara

mahasiswa Program Geologi UKM

6.0 TEMA

“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”

Page 3: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

7.0 ANJURAN

Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Hulu Terengganu

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 26 April 2014

9.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang

10.0 PUBLISITI

10.1 Menggantung kain rentang dan ‘bunting’ di premis PPD Hulu Terengganu

10.2 Hebahan melalui media social.

11.0 PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN

11.1 Jumlah mahasiswa/i Program Geologi : (110 orang)

11.2 Penyelia : (1 orang)

11.3 Pensyarah : (10 orang)

11.4 Warga Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah (20 orang)

11.5 Para kakitangan akademik dan sokongan Jabatan Geologi : (5 orang)

11.6 Alumni Geologi : (10 orang)

11.7 Tetamu Kehormat : (3 orang)

12.0 CADANGAN PERASMI

Page 4: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

12.1 Prof. Dr. Sahibin Abdul Rahim

Pengerusi Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA)

12.2 Prof Madya Dr. Azimah Binti Hussin

Ketua Program Geologi

Fakulti Sains & Teknologi

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Universiti Kebangsaan Malaysia

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Perasmian Majlis Apresiasi & Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014

Majlis akan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azimah Binti Hussin, Ketua Program Geologi

Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan

khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Ruqaiyah, Kajang. Pelajar akan

menyambut kehadiran tetamu jemputan iaitu para pensyarah, kakitangan sokongan dan

semua warga geologi UKM. Ucapan pembukaan majlis dan gimik perasmian akan diadakan.

Penyampaian Sumbangan Ikhlas kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul

Ruqaiyah, Kajang

Page 5: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

Kutipan sumbangan ikhlas daripada warga geologi dan sumbangan luar akan disampaikan

kepada wakil Pusat jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Ruqaiyah , Kajang. Kanak-kanak

daripada pusat jagaan ini akan diraikan di dalam majlis ini. Persembahan istimewa daripada

mereka akan dipersembahkan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Penyampaian Anugerah Khas Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia

Tiga penyampaian anugerah khas akan disampaikan kepada warga geologi UKM iaitu

Anugerah Tokoh Pelajar, Anugerah Dekan dan Anugerah “Jasamu Dikenang’ kepada

pensyarah-pensyarah yang telah dan akan bersara pada tahun 2014 ini. Penyampaian

anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada individu-individu yang cemerlang dan

yang telah menabur bakti kepada program geologi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penutupan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014

Persembahan istimewa daripada mahasiswa/i Geologi tahun akhir akan menutup majlis ini.

Persembahan Nyanyian akan dialunkan mereka bagi memperingati segala memori dan

kenangan mereka sepanjang tempoh pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persembahan ini merupakan satu penghormatan kepada segala jasa dan bakti yang mereka

curahkan kepada program geologi Universiti Kebangsaan Malaysia

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi:

ENCIK ESHAM BIN BUSU

Page 6: Kertas Konsep Majlis Apresiasi 2015

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ko Akademik,

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,

21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman

Tel :

E-mel :

18.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi

UKM 2014 anjuran Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan dapat

dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan. Semoga dengan

sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, program ini akan berjaya melahirkan

mahasiswa yang bukan sahaja memiliki modal insan yang berkualiti, malahan mahasiswa

yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan

terima kasih. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan

bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat limpahan kurnia dan

keberkatan oleh Allah S.W.T.