apresiasi seni lam melayu

Upload: maizatul-nabillah

Post on 03-Apr-2018

388 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    1/58

    Apresiasi karya SeniAlam MelayuPSV3110 - Sejarah dan Apresiasi Seni

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    2/58

    DEFINISI

    Kamus Dewan Bahasa Dan Pustakamenyatakan maksud apresiasi ialah

    penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan

    nilai (sesuatu karya) sastera atau seni. kamus Inggeris- Melayu Dewan menjelaskan

    definisi appreciation bermaksud

    penikmatan, penghayatan, tahu menikmati, dantahu menghayati termasuk yang berhubungdengan karya seni

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    3/58

    Academic Dictionary of Arts menjelaskan art

    appreciation sebagai

    The introduction of basic principles of visual literacy

    especially the means to analyzing form whether with orwithout reference to subject matter, symbolism or

    historical context to general audiences for the purpose of

    enhancing their enjoyment of works of art

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    4/58

    1. Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajianmengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai

    hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhimereka, cara mereka bekerja, bagaimana merekamemilih tema dan subjectmatter serta gaya dan stailmereka .

    2. Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahamanmereka dari aspek-aspek kognitif.

    3. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadappenilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu.

    4. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minatdan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapatdengan aspek-aspek afektif.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    5/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    6/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    7/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    8/58

    PENGENALAN

    1. Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampakmasyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia.

    2. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di

    Semenanjung Malaysia dan Sarawak.3. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah.

    4. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunanpua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenaliseni Alam Melayu.

    5. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka danmaknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    9/58

    PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

    Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannyadibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifaksejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi diseluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni

    seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

    Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakanmanisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan

    membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telahmempunyai cara untuk mengekspresi perasaan merekaseperti lukisan-lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun,Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    10/58

    Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkanhubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan

    alam sekitar.

    Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidakbertindih di antara satu sama lain. Penceritaan

    tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan danistimewa seolah-olah dirancang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    11/58

    PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

    Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir keranakeinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagimemudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka.

    Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan

    pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi

    bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah.

    Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya

    menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untukberhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud didalam alam semulajadi.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    12/58

    Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikanhubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangatalam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam

    kehidupan.

    Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkanbeberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alamke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya,

    tidak akan dihasilkan sewenang-wenang olehpenenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang

    untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagaimusibah.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    13/58

    Ukiranhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-

    tradisional.html

    http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.htmlhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html
  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    14/58

    Sejarah Ukiran Kayu

    Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lamawujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagimasyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah danSarawak serta masyarakat Orang Asli.

    Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayuini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza darisegi cara dan teknik pengukirannya.

    Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia

    merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000spesis kayu-kayan di negara kita.

    http://inakrafmin.blogspot.com/2011/01/sejarah-ukiran-kayu.htmlhttp://inakrafmin.blogspot.com/2011/01/sejarah-ukiran-kayu.html
  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    15/58

    Sejarah Ukiran Kayu Melayu

    Tradisional Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seniukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Padaketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang

    istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana danrumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkanperanan penting dalam memperkembang dan menghidupkansuasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lamamemperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang

    diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia,kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaanrumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan NegeriSembilan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    16/58

    Teknik dan Gaya

    Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik danpenggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung padakebolehan dan kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dangaya di dalam seni ukiran Melayu ialah 1) tebuk terus 2) tebuktimbul.

    Tebuk Tembus Tebuk Timbul

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    17/58

    Susunan atau pola ukiran juga

    ada tiga jenis utama iaitu* Pola BujangBentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupunputik buah.

    * Pola PemidangBentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidakberbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.

    Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itikpulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentukpemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam

    rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

    * Pola LengkapBentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk inimenitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun,putik dan sulurnya.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    18/58

    Alat dan Motif Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi

    dan paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapajenis ;Motif flora, sulur dan daun, tampuk manggis, bunga teratai, daun keladi danbunga sukun.

    Motif fauna, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itikpulang petang)

    Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang,matahari, bulan dan bukit bukau

    Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusunberderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan.

    Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirihdan barang-barang tembaga.

    Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Qurandan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surauserta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    19/58

    Penggunaan

    Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukansahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaandan penerapannya terdapat pada istana-istana raja,binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu

    gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alatmuzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja,dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alatsenjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan

    pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dankereta lembu.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    20/58

    TENUNANhttp://artisenivisual.blogspot.com/2011/11/tenunan.html

    http://artisenivisual.blogspot.com/2011/11/tenunan.htmlhttp://artisenivisual.blogspot.com/2011/11/tenunan.html
  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    21/58

    Definisi Tenunan

    Tenunan adalah suatu proses hasil

    jalinan atau sulaman benang-benang

    secara selang-seli antara benangloseng (yang menunggu) dengan

    benang pakan (yang mendatang )

    untuk dijadikan sehelai kain.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    22/58

    Sejarah Tenunan Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus

    mendapat tempat istimewa dalam kebudayaanNusantara.

    Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan inidapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini

    dari segi geografi.

    Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik,Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dariTanah Arab, India dan China.

    Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kaintermasuk kain tenun.

    Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyakdipengaruhi dari negara-negara tersebut.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    23/58

    Di antara tenunan yang paling terkenal ialah

    Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumiBorneo.

    Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan dinegeri Pantai Timur khususnya di negeri

    Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang

    menampakkan keseragaman tekstil Melayu

    Kain tenunan bererti kain atau tekstil yangdihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuatdaripada benang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    24/58

    Tenunan awal yang dihasilkan dengan menggunakanalat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya

    masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat

    tenunan duduk, tetapi berkembang kemudiannyadengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayahbudaya tekstil Meayu pesisir yang lain.

    A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun adalahperusahaan yang tertua yang telah dihasilkan diTerengganu dan Kelantan dengan menggunakan kei

    berkaki.

    Peralatan yang lebih maju berbeza dengan alatan duduksuku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    25/58

    Jenis-jenis Kain

    Tenunan

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    26/58

    Kain Cindai Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada

    kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi.

    Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benangtinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang

    tersendiri.

    Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kainCindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampumenahan tikaman senjata.

    Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera olehpahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusitubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka,dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Suterahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Panah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Panah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sutera
  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    27/58

    Kain cindai

    Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yangtinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itumendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi

    dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    28/58

    Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannyadan digunakan secara menyebat.

    Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badanlawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan.

    Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung kain ini akan diikatdalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagimemudahkan ia disebat.

    Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dandikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dankekuatan sebatan itu.

    Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjatapertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai

    tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaiantradisional pakaian wanita Melayu.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    29/58

    Sejarah Kain Cindai

    Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masukke Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi.

    Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawake negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu.

    Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripadabenang sutera yang sederhana kasar.

    Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup.

    Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dancindai betina.

    Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna lataratau tanahnya.

    Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakalacindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bungakain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat,

    sekawan merpati dan tikar ru.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    30/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    31/58

    Kain Limar Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta

    para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindaidan kain songket.

    Daripada pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limarmula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu

    rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan.

    Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas.

    Kedua-dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket.

    Teknik buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannyasebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan pakaianwanita istana pada zaman dahulu.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    32/58

    Limar

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    33/58

    Tenunan Rungus

    Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaumRungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah.

    Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenunkain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dankain pua.

    Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenundastar dan disebut babaal dalam bahasa Rungus.

    Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih.

    Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak danjalur.

    Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yangberlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang,manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    34/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    35/58

    Tenunan benang kapas Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil

    sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstilMelayu pesisir.

    Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai olehkalangan rakyat biasa.

    Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan danloseng berwarna.

    Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhanaiaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mulamemperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera ataubenang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecilseperti pada kain hujan emas.

    Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan,Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau,Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorakyang seperti ini.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    36/58

    Tenunan Pua Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak.

    Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah.

    Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang.

    Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan tenunandiregangkan dengan menyandangkan pada penenun.

    Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban.

    Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat, penenun mesti akurpada petua dan pantang larang.

    Misalnya, reka corak hantu atau roh yang dikenali sebagai engkeramba

    tidak boleh ditenun di pinggir pua.

    Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh

    rekacorak kemerbai. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan

    mengacau penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetakake atas mereka.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    37/58

    Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah puamata, pua rara dan pua kumbu.

    Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cumapenenun yang mahir dan cekap sahaja sanggup untukmenghasilkannya.

    pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenunyang kurang mahir atau baru belajar.

    Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkantumbuh-tumbuhan dan binatang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    38/58

    Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat

    dan celup. Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-

    tumbuhan seperti kunyit, pinang dan kulit kayu baku.

    Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat,

    kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut

    manakala kain pua yang halus dijadikan kain sarung danjaket untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu.

    Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasandinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    39/58

    Tenunan Pahang

    Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripadaSulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16.

    Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atauKeraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin

    di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang.

    Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan danTerengganu.

    Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali

    sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benangkapas boleh digunakan.

    Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak ataumelintang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    40/58

    Kain tenunan Pahang digunakan sebagai kain sarung, kain sampin, selendang dan

    juga dijahit untuk pakaian tradisional. Kini, penghasilannya telah disesuaikanmengikut permintaan serta kegunaan pereka fesyen tempatan dan luar negeri untukdipadankan pada majlis-majlis makan malam, adat istiadat Diraja, pakaian pengantindan sebagainya. Sebagai satu hasil seni yang bernilai, harganya bergantung pada

    harga dan jenis benang yang digunakan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    41/58

    Tenunan Songket

    Sejarah Songket Dari segi sejarah, tenunan songket hanya dipakai golongan

    bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.

    Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itumenggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorangpembesar.

    Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yanglampau.

    Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisanagung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warnatenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    42/58

    Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, danmempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket

    bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kainatau menenun menggunakan benang emas dan perak.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    43/58

    Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkandaripada jalinan benang loseng (yang menunggu)dengan benang pakan (yang mendatang).

    Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkanciptaan seni tampak yang indah dan menjadikebanggaan bangsa.

    Pusat tenunan di Semenanjung bermula di Terengganu.

    Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusatpengeluaran kain tenunan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    44/58

    Tenunan sutera mempunyai corak yang

    mudah seperti1. corak Muar (susun melintang dan berdiri);2. corak Bugis (susunan bersegi kecil),

    3. corak melintang tapak catur,

    4. kain limar,

    5. kain pelangi,

    6. corak parang,

    7. rosak,

    8. hingga ke tenunan songket dengan corak bintang bertabur,

    9. jong sarat,10.teluk berantai.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    45/58

    Nama kain songket berasal daripada teknik membuatsongket, iaitu menyongket atau menyolek bunga (emas)

    pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu

    tekat tiga dan tekat lima.

    Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan

    lembaran benang sutera dan jarak antara lembaranbenang emas yang disongket.

    Tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima danhasilnya lebih halus.

    Penggunaan benang emas yang dikembar dua yangdilakukan dengan selembar benang sutera akanmenghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segiteknik dan kesan.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    46/58

    Songket adalah lambang kehalusan senitenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.

    Kemahiran dan kreativiti tukang tenunanterselah melalui pengolahan corak dan hasiltenunan yang indah lagi menarik.

    Kedatangan pedagang-pedagang ke TanahMelayu telah mennggalakkan lagiperkembangan tenunan tempatan.

    Tenunan songket mula dibeberapa negeri

    terutama di negeri-negeri Pantai Timur sepertiKelantan, Terengganu dan Pahang.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    47/58

    Dizaman silam, motif dan warna yang terdapatpada tenunan songket melambangkan strataatau kedudukan seseorang.

    Secara tradisi songket ditenun denganmenggunakan benang sutera halus dan benang

    emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayudan golongan Bangsawan.

    Kini songket ditenun dengan benang kapas danmula dipakai oleh golongan rakyat biasa

    sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlistertentu.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    48/58

    Keanggunan kain songket selain dijadikan

    sebagai pakaian tradisi untuk memperaga senibudaya, ia juga turut diilhamkan dalam bentukdimensi baru seperti penghasilan songket dalambentuk bag tangan, kasut, hiasan dinding,kusyen, bingkai gambar dan sebagainya.

    Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan

    tiada berubah sebagaiman seratus tahundahulu.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    49/58

    Corak dan motif

    Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identitiorang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasabudaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yangkaya dengan keindahan dan keunikan.

    Antara corak yang digunakan:

    Susunan bunga penuh

    Susunan bunga bertabur

    Susunan bercorak

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    50/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    51/58

    Motif yang digunakan

    Motif Tumbuh-tumbuhan

    Motif Binatang

    Motif Alam/Benda

    Motif Kuih

    Reka bentuk kain songketmengandungi badan, kepala, pucuk

    rebung, atau bunga lawi ayam (dalambentuk pucuk rebung), diapit di antara

    kepala dan tepi kain.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    52/58

    Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam, bungabaling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai,

    bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, danbuah delima.

    Manakala corak-corak songket yang abstrak dinamakan

    kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bungatiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jongsarat.

    Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar puladinamakan bintang buta, air molek, awan larat, dan telukberantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bungalawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan sisik kelah.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    53/58

    Kain songket menggunakan warna seperti

    merah asam jawa, merah darah ikan, merah jambu,kuning penang masak, kuning lemak ketam, kuningtanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau

    serindit, hijau batang bemban, hijau lumut, hijau terusi,biru air laut, biru manis, ungu biji rembia (butir setar),ungu manis, kelabu asap, dan hitam.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    54/58

    Tenunan Pua Sarawak

    Pua Kumbu merupakankain kapas berpola

    pelbagai warna yangdigunakan oleh kaum Iban

    dihasilkan dan digunakan diSarawak.

    Pua kumbu ditenun olehwanita Dayak dan tenunan

    kain pua dianggap sebagaiobjek suci.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    55/58

    Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak jelasterpancar melalui warisan pelbagai hasil kraftangan

    kaum etnik yang terdapat di Sarawak.

    Pua, tenunan ikat-lungsin yang diwarisi turun-temurunoleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan

    kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    56/58

    Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yangterdapat pada tenunan pua cukup harmonis danmenarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambangmakhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya,

    lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainyamemaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua.Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpukepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan

    dan geometrik.

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    57/58

  • 7/29/2019 apresiasi seni lam melayu

    58/58

    TAMAT