apresiasi pelukis-pelukis malaysia

13
Catan cat Air “ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “ “ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “ Karya Abdullah Ariff Tahun 1960 Cat air 36.4 x 54.1 cm Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang. Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang

Upload: siti-rohayu-rohan

Post on 15-Sep-2015

543 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Assignment seni - apresiasi pelukis-pelukis di Malaysia

TRANSCRIPT

Catan cat Air Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya Karya Abdullah AriffTahun 1960Cat air36.4 x 54.1 cm

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.LATAR RUANG

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.

KECAIRANPenonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

TAY HOOI KEAT

Tay Hooi KeatFishermen Village Oil 1956Karya ini dihasilkan oleh Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya Post-Impresionisme.

Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai.

Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang, Ia juga memberikan penegasan dalam karya ini.

17

Chuah Thean TengDi Tepi Pantai 1952

Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai, Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.

Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut. Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna. Warna yang digunakan dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan suasana ketika itu.

Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi menampakkan keretakkan adalah bertujuan sebagai penarik dalam teknik garisan. Ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.

PETER HARRIS

Pelukis : Peter HarrisTajuk : RUMAH RAKIT, KUALA LIPIS (1956)Media : Cat GuacMedia : Cat GuacTeknik : Sapuan berus spontanCatan gaya: Impresionisme,

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The Art Wednesday Group, Karya beliau menekankan gaya Impresionisme . Tema karya ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai.

Asas seni reka yang digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar. Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,

Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan, Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup angin.15

SHAHRIL BIN AWANG

Shahril Bin AwangRoyal Belum 2009

Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar. Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran Realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-olah hidup.

Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok.

Ruang yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi parasite-parasit kecil.

14

Ismail MustamHang Tuah Dan Hang Jebat (1961)

Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut aliran yang digunakan ialah Impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.

Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut..

Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura.

Mohd SallehuddinMembeli Belah (1958)

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun 1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat pada masa itu. Lima karaktor dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah Realisme. Unsur seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui perspektif.

Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut.

Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.

BIBLIOGRAFI

http://mond0k.blogspot.com/2011/03/aliran-catan.htmlhttp://amienamiyumi.blogspot.com/2012/12/membuat-apresiasi-dan-kritikan-karya.htmlhttp://noorafifahazizan.blogspot.com/2012/10/nota-catan-psv.htmlhttp://artisenivisual.blogspot.com/2011/10/catan.htmlhttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/catan-aliran-seni-catan-barat.htmljiansiong.blogspot.com/.../kritikan-karya-cetakan-luar.