kertas kerja transisi 2012

12
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA JALAN BERINGIN, KUALA LUMPUR LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2012

Upload: zaini-md-saad

Post on 12-Dec-2014

127 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA

JALAN BERINGIN, KUALA LUMPUR

“Minda Cerdas Mata Bercahaya”

LAPORANPROGRAM TRANSISI TAHUN 1

2012

PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI 2012

1. Pendahuluan

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu

program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan

daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan

lebih formal di tahun satu sekolah rendah.

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan

agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang,

pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan

proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir

sama.

2. Pelaksanaan Program Transisi

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke

Tahun Satu ini mengambil masa selama 3 minggu. Program ini

bermula pada minggu pertama sesi persekolahan dan berakhir pada

minggu ketiga. Jangkamasa 3 minggu ini pula telah dibahagikan

kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu.

Walaubagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula

sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi

persekolahn yang baru.

3. TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )

Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti

membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk

pendaftaran murid Tahun 1, taklimat dengan ibu bapa, minggu orientasi,

program pembelajaran dan pengajaran selepas minggu orientasi hingga

tamat program transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih

memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaskanaan Minggu Orientasi ( Minggu Pertama )

Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan prinsip untuk

memperluaskan pengalaman prasekolah dan pengenalan ke sekolah

baru kepada murid-murid tahun satu.

Dalam minggu pertama minggu orientasi beberapa aktiviti perlu

disediakan mengikut objektif seperti suaikenal, hidup bersama,

pembentukan tingkah laku, motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti

kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil meneroka.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

( Minggu ke-2 hingga 3 )

Selepas minggu orientasi selama 1 minggu, diharapakan murid-

murid tahun satu sudah bersedia untuk meneruskan proses

pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang

masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui

aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa 3 minggu

proses transisi.

4. Matlamat

Pada akhir Program Transisi murid dapat mengenali dan

membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak-

kanak dan guru dalam masa singkat. Murid juga dapat didedahkan

dengan suasana dan persekitaran sekolah baru. Murid didedahkan

dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang

menyeronokkan.

Selepas program ini murid juga dapat meningkatkan

perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor

dan fizikal dan sosio- emosi secara beransur-ansur. Murid juga dapat

membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri mereka. Murid

juga dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang

bersepadu melalui pendekatan tematik.

5. Butiran Program

5.1 Tarikh : 04.01.2012 hingga 20.01.2012

5.2 Masa : 07.35 pagi hingga 12.25 tgh.

5.3 Tempat : Dewan Bestari SKBD, kelas Tahun 1

dan sekitar bangunan sekolah.

6. Kumpulan sasaran

Semua murid-murid Tahun 1 seramai 200 orang.

7. Pengisian Program

Sila rujuk lampiran 1.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSISISK BUKIT DAMANSARA

Membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam

keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan

secara formal

Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran baru

Mengurangkan jarak perbezaan yang berlaku di kalangan

kanak-kanak

Meningkatkan keyakinan diri di kalangan kanak-kanak tertentu

Memperkembangkan sosio-emosi kanak-kanak

Membantu kanak-kanak mencapai perkembangan kognitif yang

hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran

Membangkitkan minat kanak-kanak untuk belajar

PROGRAM TRANSISI 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA

PELAN TINDAKAN

TARIKH/MASA AKTIVITI TEMPAT TINDAKAN

SEPT 2011 Taklimat program transisi kepada guru-

guru dan staf sokongan.

Bilik

mesyuarat

Semua

guru dan

staf

Membentuk Jawatankuasa Induk

Orientasi dan minggu Transisi

Bilik

mesyuarat

Semua

guru dan

staf

SEPT 2011 Maklumat kepada ibu bapa berkenaan

pengesahan kemasukan murid ke Tahun

satu 2011,melalui surat.

Pejabat Staf

sokongan

OKT-DIS 2011 Penyediaan senarai nama murid-murid

tahun 1 bagi sesi 2011.

Pejabat Staf

sokongan

NOV 2011 -Taklimat jawatankuasa (kerja )

pelaksanaan orientasi dan transisi.

- Bengkel penyediaan rancangan/aktiviti untuk program transisi dan orientasi 2011.- Penyediaan fail peribadi dan maklumat murid –murid 2011.

-Pembahagian murid-murid mengikut kelas.-menyenaraikan nama murid-murid

Bilik

mesyuarat

Semua

guru yang

terlibat

mengikut kelas.

-menyediakan soalan ujian untuk hari Orientasi.

DIS 2011 -Taklimat untuk Hari Orientasi

-Persiapan bahan/dewan /kelas dan buku program untuk Hari orientasi.

Bilik

mesyuarat

Dewan

kelas

Guru-guru

tahun 1

21 DIS 2011 Hari Orientasi bagi murid-murid Tahun 1

2011. (Rujuk buku program Orientasi)

Penyerahan fail peribadi yang

mengandungi borang-borang berikut:

(Hal Ehwal Murid/Kad Pergigian/Buku

Rekod Kesihatan/Yuran/baju PJK dll.)

Dewan

Kelas

Tahun 1

Semua

guru.

30 DIS 2011 - pemberian buku teks kepada murid-

murid Tahun 1 2012.

Kelas

tahun 1

Bilik buku

teks.

Guru-guru

tahun 1

dan guru

buku teks.

4-20 JAN 2012 Program Transisi dilaksanakan

-program lanjutan

-Pendekatan Bersepadu dan Tematik

Kelas

tahun 1

Semua

guru

Tahun 1

JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM TRANSISI 2011

PENASIHAT : PN.ZARINA BINTI JAMIL PPN. (GURU BESAR)

PENGERUSI : PN HJH.ROHANI BINTI HJ.JAAFAR (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI :EN.ROSEDI BIN HAMID (GPK TAKBIR & KURIKULUM)

EN.MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN (GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS: PN ZAINI BINTI MD SAAD

SETIAUSAHA : PN L KAMALRIZALDIANA BT ZAHARI

AJK : GURU-GURU KELAS TAHUN 1 GURU DISIPLIN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING GURU PUSAT SUMBER SEMUA KETUA PANITIA