kertas kerja taman herba.doc

9
Kertas Kerja Projek Taman Herba dan Taman Bumi Hijau Program 3K Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan “Sehasrat Melestari, Sepakat Bestari, Sekolah Berkualiti” 25 JUN 20 !njuran" P#$%!TU!N &BU B!P! '!N (U$U )P&B(* '!N JKK$ +# '! J#$!N(!U B!$!T, !J& , HU U T#$#N((!NU

Upload: muharini-rozab

Post on 06-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

Kertas Kerja

Projek Taman Herba

dan

Taman Bumi HijauProgram 3K

Kebersihan, Kesihatan dan KeselamatanSehasrat Melestari, Sepakat Bestari, Sekolah Berkualiti

25 JUN 2011Anjuran:PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN JKKRFELDA JERANGAU BARAT, AJIL, HULU TERENGGANUKERTAS KERJA

GOTONG-ROYONG TAMAN HERBA DAN TAMAN BUMI HIJAU SEHASRAT MELESTARI, SEPAKAT BESTARI, SEKOLAH BERKUALITI 1.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta memohon perkenan dan kelulusan pihak yang berkenaan agar dapat menyalurkan sumbangan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan gotong royong yang akan dianjurkan di sekitar kawasan SK FELDA Jerangau Barat.

2.0PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.Projek Taman Herba dan Taman Bumi Hijau ini melibatkan projek menanam dan melabel nama pokokpokok di Taman Herba serta taman-taman di persekitaran sekolah. Ia juga merupakan salah satu projek khas Program 3K bagi tujuan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran terkini di samping memperindah serta menceriakan kawasan sekolah.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes dengan hasrat mewujudkan satu kawasan bebas denggi.Adalah menjadi harapan yang menggunung agar para pelajar, guru, ibu bapa serta warga SK FELDA Jerangau Barat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.3.0 MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk

menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi hebahan dan penyaluran maklumat kepada semua.4.0 MISIMenyediakan murid dengan pelbagai prasarana untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan penerapan nilai-nilai murni ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang.5.0 OBJEKTIF

5.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.5.2 Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.5.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

5.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

5.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SK FELDA Jerangau Barat PIBG, Ibubapa dan Guru-guru, Pelajar-pelajar.7.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAMTarikh cadangan: 25 Jun 2011 (Sabtu)Tempat

: Kawasan sekitar SKFJBMasa

: 8.00 pagi 12.30 tengahariPakaian

: Pakaian sukan

8.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS 8.1Mereka Bentuk Landskap Tugas mereka bentuk landskap dilakukan adalah untuk mencantikkan dan menceriakan tapak projek agar memenuhi konsep yang diinginkan. Reka bentuk landskap tersebut dapat memberi impak positif dan inspirasi kepada warga sekolah khususnya di samping memanfaatkannya secara optimum.8.2Pembersihan Tapak Projek Tapak projek perlu dilakukan pembersihan agar kerja-kerja memperindah kawasan tersebut menjadi lebih lancar. Melalui kerja gotong-royong di kawasan ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kawasan di sekitarnya.

8.3Mengecat dan Memasang papan tanda Bagi memberikan impak keceriaan kepada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar tapak projek akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda nama pokok juga akan dipasang pada pokok-pokok yang ditanam.9.0JAWATANKUASA PELAKSANAAN MENGIKUT BIDANG TUGAS

BIL.BIDANG TUGASKETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1.Mereka Bentuk Landskap1. En. Amran B Arif2. En. Abdul Ghani B Ibrahim

3. En. Ripin B Sulong (Wakil PIBG)4. Pelajar Tahun 6

2.Pembersihan Tapak Projek1. En. Aziz B Mamat 2. En. Mohd Basri B Harun

3. En. Abdul Rahim B Draman

4. En. Zulkifli B Musa (Wakil PIBG)5. Pelajar Tahun 4

3.Mengecat Dan Memasang Papan Tanda1. Y.M. Tengku Abdul Halim B Tengku Mansor

2. En. Yusoff B Ahmad

3. En . Nik Aziz B Nik Mahmud

1. En. Mat Zin B Mat Uyub

(Wakil PIBG)

4. Pelajar Tahun 5

10.0AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

: En. Zubir B Harun (Guru Besar)

Pengerusi

: En. Wan Hussin B Wan Ibrahim (Yang Dipertua PIBG)

Naib Pengerusi

: En. Bukarim B Daud

Setiausaha

: En. Nik Aziz B Nik Mahmud

Penolong Setiausaha

: Cik Rozita Bt Chik

Bendahari

: En. Yusoff B Ahmad

Juruaudit

: En. Aziz B Mamat / Pn. Noorazlinda Bt Mohd Tajudin

Pengerusi Biro Pendidikan

: Pn. Nooriza Bt Ibrahim@Jusoh

Pengerusi Biro Agama

: En. Amran B Arif

Pengerusi Biro Kebajikan

: Pn. Zarma Bt Abd. Wahab

AJK

: En. Ripin B Sulong

En. Zulkifli B Musa

En. Mat Zin B Mat Uyub

Pn. Fatimah Bt Mamat

Pn. Zaleha Bt Yahya

Pn. Rozita Bt Othman

Pn. Siti Fatimah Bt Abdullah

Pn. Hasmah Bt Bidin

Pn. Zalina Bt Abd Rahman

11.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK

Pengerusi

: En. Zubir B Harun

Naib Pengerusi 1

: En. Zulkifli B Mamat

Naib Pengerusi 2

: En. Musa Khan B Kana

Naib Pengerusi 3

: En. Faizo B Mat

Setiausaha

: En. Nik Aziz B Nik Mahmud

JK Penyelaras Tugas

: En. Mohd Basri B Harun

En. Zulkifli B Musa

JK Kelengkapan dan Peralatan: Y.M. Tengku Abdul Halim B Tengku Mansor

En. Mat Zin B Mat Uyub

Rekabentuk Landskap

: En. Amran B Arif

En. Abdul Ghani B Ibrahim

En. Ripin B Sulong

Jamuan

: Pn. Nooriza Bt Ibrahim@Jusoh

Pn. Zainon Bt Ngah

Pn. Rokiah Bt Awang

Pn. Siti Nor Faiza Bt Azhari

Pn. Rozita Bt Othman

Pn. Siti Fatimah Bt Abdullah

Pn. Hasmah Bt Bidin

Pn. Zalina Bt Abd Rahman

Kebajikan dan Keselamatan

: En. Abdul Rahim B Draman

En. Zailan B Adenan

En. Zulkifli B Musa

En. Mat Zin B Mat Uyub

12.0TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

8.00 pagiBerkumpul di tapak perhimpunan

8.15 pagiTaklimat agihan tugas

8.30 pagiGotongroyong bermula

12.00 tengahariHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan oleh YDP PIBG & Guru Besar SKFJB

12.30 tengahariMakan tengahari dan majlis bersurai

13.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATANSumbangan diperolehi daripada:

a) Sumbangan:

Y.B.M. DATO HJ. TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG= RM 2000.00b) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

= RM 2000.00c) Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR)

= RM 700.00d) Sekolah

= RM 500.00

Jumlah

= RM5200.00

14.0 ANGGARAN PERBELANJAANBIL.PERKARAJUMLAH

1Makan tengahari (RM5.00 x 490) RM2450.00

2.Atap (RM20.00 x 10) RM200.00

3.Semen RM200.00

4.Kayu-KayuRM300.00

5.Kerusi Batu (RM250.00 x 2)RM500.00

6.Alat PertukanganRM200.00

7.Batu Pejalan kaki (RM15.00 x 20)RM300.00

8.Air Mineral (RM15.00 x 10 kotak)RM150.00

9.Cat (RM100.00 x 3)RM300.00

10.Peralatan MencuciRM100.00

11.Pokok Bunga (RM5.00 x 20)RM100.00

12.Batu Bata RM200.00

13.Perbelanjaan luar jangkaanRM200.00

JUMLAH RM5200.00

15.0PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan memastikan Taman Herba dan Taman Bumi Hijau sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria serta iklim pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan secara berterusan bagi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam bidang akademik di samping meningkatkan lagi kepentingan tanggungjawab sosial dalam sesebuah komuniti dan seterusnya ke arah pembinaan akhlak serta sahsiah yang terpuji.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

----------------------------------------------- ----------------------------------------------

(ROZITA BINTI CHIK)

(MUSA KHAN BIN KANA@SADARKHAN)Setiausaha PIBG

Guru Penolong Kanan 1

SK Felda Jerangau Barat,

SK Felda Jerangau Barat,

Hulu Terengganu

Hulu Terengganu

Disahkan oleh;

-----------------------------

(ZUBIR BIN HARUN)

Guru Besar

SK Felda Jerangau Barat,

Hulu Terengganu