kertas-kerja-sumbangan

6
SK TAMAN SAMUDRA, JALAN SAMUDRA BARAT 4, 68100 BATU CAVES , TAMAN SAMUDRA, BATU CAVES , SELANGOR. KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

Upload: warie

Post on 08-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kertas-kerja-sumbangan

TRANSCRIPT

SK TAMAN SAMUDRA,JALAN SAMUDRA BARAT 4,

68100 BATU CAVES , TAMAN SAMUDRA,

BATU CAVES , SELANGOR.

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj. Kami: SKTSA: 06/04/004Jld.1.( 1 )/ /13

Tarikh

: 30 Mac 2013EN. MAT SAAT BIN ZAINAL ABIDINYang Dipertuan PIBG,Sk Taman SamudraTuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAHDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Samudra dalam usaha menubuhkan dan menceriakan bilik Disiplin dan Pengawas sekolah kami.

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan atau apa-apa sumbangan lain yang munasabah daripada pihak tuan. Adalah diharapkan dengan sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh pihak sekolah untuk menceriakan bilik khas disiplin yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

4.Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah terlebih dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

______________________________

( TN. HJ OMAR AMIAH B CHE NGAH )GURU BESAR,

SK Taman Samudra68100 Batu Caves SelangorKERTAS KERJA MENCERIAKAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWASTUJUAN Bilik Disiplin dan Pengawas ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan disiplin dijalankan. Bilik ini diwujudkan bertujuan untuk mendedahkan murid murid dan juga ibu bapa tentang kepentingan disiplin sekolah diwujudkan. Dengan adanya bilik khas unit disiplin segala perbincangan dan juga penyelesaian antara guru dan murid serta perjumpaan antara guru dan ibubapa dapat dilaksanakan dengan lebih profesional. Memandangkan disiplin adalah satu kes utama yang perlu di ambil perhatian maka keceriaan bilik khas ini juga memainkan peranan di dalam sesebuah sekolah. Bilik Disiplin dan Pengawas diwujudkan bagi merancang , mengurus, mengelola dan menyelia program, aktiviti pengayaan, pengukuhan, pencegahan dan pemulihan dan meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Penyelarasan disiplin berkaitan isu salah laku murid dapat dilaksanakan dengan lebih baik. MATLAMAT Keceriaan bilik disiplin menjamin keselesaan pengguna yang datang ke bilik berkenaan termasuk ibu bapa, murid dan juga pelawat. Perlaksanaan Kursus Ladap berkaitan Disiplin,Urusan Mesyuarat disiplin dan Pengurusan penyimpanan Fail Disiplin juga menjadi lebih selamat dan teratur . Menjadikan bilik disiplin sebagai bilik yang boleh menangani murid yang bermasalah dan memudahkan guru guru disiplin membuat tindakan susulan terhadap isu isu kes salah laku murid secara lebih teratur. Bilik yang ceria akan menghasilkan Suasana yang kondusif selaras dengan visi dan misi sekolah.Bilik Unit Disiplin dan Pengawas juga diwujudkan bagi memudahkan proses memberi khidmat bimbingan dalam proses rayuan untuk bersekolah semula kepada murid yang digantung atau dibuang sekolah. Menjadikan Bilik Disiplin sebagai bilik yang mesra pengguna dan menjadi contoh kepada bilik khas lain di sekolah. Bilik yang ceria mampu mengubah emosi seseorang kepada emosi yang lebih tenang dan proses bimbingan serta perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. Bilik Disiplin diwujudkan bagi mendorong semangat ibu bapa supaya sering datang ke sekolah untuk bersama-sama membincangkan masalah salah laku anak mereka ke arah penambahbaikan. Interaksi dua hala antara ibu bapa dan guru juga mampu mewujudkan satu hubungan kerjasama yang baik .PERBELANJAAN BAGI MENCERIAKAN BILIK DISIPLIN DAN PENGAWASBILSENARAI JENIS BARANGHARGA SEUNITKUANTITIJUMLAH

1.TIKAR GETAHRM1801 GULUNGRM180

2.CATRM402RM80

3.BERUS CATRM73RM21

4.TEMPAT LETAK CATRM73RM21

5.ALMARI BERKUNCIRM1351RM135

6.ROLLER CATRM133RM39

7. KAYU ROLLERRM83RM24

JUMLAH BESARRM500

Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :Jumlah MarkahTindakan SekolahTindakan Pelajar

3 19Amaran lisan kepada pelajarMenerima amaran lisan

20 30Amaran Pertama (bertulis)Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal

31 40Amaran Kedua (bertulis)Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal

41 59Pemantauan & Bimbingan kpd pelajarSesi kaunseling berterusan

60 70Hukuman GANTUNG SEKOLAHSesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman, membuat akujanji, kerja amal

71 79Bimbingan IntensifSesi kaunseling berterusan dan kerja amal

80 99AMARAN AKHIRMuhasabah diri. Kerja amal, sesi kaunseling intevensi

100 Hukuman BUANG SEKOLAHBuat rayuan dalam masa 30 hari

SK TAMAN SAMUDRA,

JALAN SAMUDRA BARAT 4,

TAMAN SAMUDRA, 68100 BATU CAVES SELANGOR.

KERTAS KERJA

KECERIAAN BILIK UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRAJALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.KOD SEKOLAH : BBA 7227

NO. TEL/FAX : 03-61866649