kertas kerja sudut bercerita

7
SEKOLAH KEBANGSAAN RANGALAU BARU, TUARAN KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET JOUTI PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008 DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.

Upload: harzikah-eykah

Post on 22-Nov-2015

157 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RANGALAU BARU, TUARAN

KERTAS KERJA PROJEK SUDUT BERCERITA PRASEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH JANET JOUTI PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2008DENGAN KERJASAMA PRASKEOLAH SK RANGALAU BARU, TUARAN SABAH.

1.0PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti membina sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut. Di dalam bilik darjah prasekolah, aktiviti bercerita merupakan antara aktiviti yang sangat diminati murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanak-kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru itu, dengan adanya sudut bercerita ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai suasana sebenar pentas bercerita. Sudut bercerita ini juga diwujudkan agar dapat mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah disamping memberi manfaat kepada guru dan kanak-kanak. Diharapkan agar dengan adanya sudut bercerita ini, ia akan menjadikan pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0MATLAMATMewujudkan dan menyediakan persekitaran bilik darjah prasekolah yang menarik dan kondusif.

3.0OBJEKTIFi. Memberi peluang kepada murid merasai suasana pentas bercerita.ii. Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti bercerita.iii. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam bilik darjah prasekolah.iv. Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik darjah prasekolah.

4.0TARIKH22 Ogos hingga 23 Ogos 2011

5.0TEMPATBilik Darjah Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran

6.0AHLI JAWATANKUASA INDUK PRASEKOLAH

PENAUNG Mohamad [email protected]

PENASIHAT I Mailin Yubih

PENASIHAT II Jovita Sarabun

PENGERUSI Rujiatun binti Imar

NAIB PENGERUSI Paineh Juani

6.1Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi Janet Jouti

Mentor Rujiatun binti Imar

AJK Pertukangan Francis

AJK Perhiasan Paineh Juani

7.0PELAN TINDAKANBerikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;BilTarikhAktivitiTindakan

122 Ogos 2011 Menyediakan kawasan sudut bercerita. Membina pentas bercerita. Menghias pentas bercerita.Kerjasama daripada AJK Pertukangan

223 Ogos 2011 Menghias sudut bercerita. Melekatkan papan tanda sudut. Menyusun bahan-bahan bercerita pada rak sudut.Kerjasama daripada AJK Perhiasan

326 Ogos 2011 Aplikasi aktiviti bercerita di sudut bercerita yang telah siap.Guru pelatih

8.0ANGGARAN PERBELANJAANBILITEMUNIT HARGA UNITJUMLAH UNITJUMLAH

1Kain (biru terang)1 meterRM 3.00RM3x2RM6.00

2Kain (biru)1 meterRM 3.00RM3x2RM6.00

3Paku tekan1 kotakRM1.00RM1x1RM1.00

4Mounting Board1 kepingRM7.00RM7x1RM7.00

5Pagar kecil1 buahRM5.00RM5x4RM20.00

6Polistrin 1 kepingRM5.00RM5x1RM5.00

7Double sided1 gulungRM2.50RM2.50x1Rm2.50

8Warna air1 kotakRM3.00RM3x1RM3.00

9Pasu bunga1 buahRM3.00RM3x2RM6.00

TOTALRM56.50

9.0PERALATANITEMUNIT

Meja4 buah

Gergaji1 buah

Tukul1 buah

Pisau lipat1 buah

Paku1 kotak

Dawai0.5 meter

10.0PENUTUPSemoga dengan wujudnya sudut bercerita di dalam bilik darjah prasekolah dapat membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang seronok dan gembira.Bagi pihak guru pelatih, projek membina sudut bercerita di prasekolah ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru prasekolah sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.

Disediakan oleh,......................................... ( JANET JOUTI ) Pengerusi Projek Sudut Bercerita Prasekolah, Guru Pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disemak oleh,.......................................... ( RUJIATUN BINTI IMAR ) Mentor Projek Internship, Guru Prasekolah SK Rangalau Baru, Tuaran.

Disahkan oleh,.......................................................... ( MOHAMAD [email protected]) Guru Besar, SK Rangalau Baru, Tuaran.