kertas kerja senamrobik hari sukan negara

Upload: mohammadshafiq14

Post on 07-Mar-2016

457 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Senamrobik Hari Sukan Negara

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT INDERA MUDAPULAU PINANG

KERTAS KERJA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

TARIKH : 10 OKTOBER 2015 HARI : SABTUMASA : 7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

Disediakan Oleh :SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan.

2.0 RASIONALSenamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah. 2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor 2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat.

.3.0 MATLAMAT Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIFSenamrobik dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;4.2 melibatkan penyertaan semua murid;4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN10 Oktober 2015 (Sabtu)

6.0 MASA8.00 Pagi hingga 9.00 Pagi (Senamrobik)9.00 Pagi hingga 10.30 Pagi (CeramaH Pengurusan Stress)

7.0 TEMPATSekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Pulau Pinang

8.0 KUMPULAN SASARAN 8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut: 8.1.1 Murid/ pelajar Tahap 2 8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 Pagi - 8.00 Pagi : Perhimpunan rasmi sekolah : Bacaan Doa : Perasmian8.00 Pagi - 9.00 Pagi : Senamrobik9.00 Pagi - 10.30Pagi: Ceramah Pengurusan Stress

Carta Gantt Perancangan Aktiviti SenamrobikAktiviti1.0 AKTIVITISENAMROBIKTarikh pelaksanaan

30/91/10

2/105/106/107/108/109/1010/10

1.1 Perancangan Aktiviti

1.2 Latihan Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITIPENASIHAT : EN.MOHD NASIR BIN A.RAHIMPENGERUSI : PN.NORAASIKEN BT DINNAIB PENGERUSI 1 : PN.HASMAH BT MAJIDNAIB PENGERUSI 2 : PN.ZAITON BT AHMADPENYELARASEN.MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUADSETIAUSAHA : CIK.SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI

BACAAN DOAUSTAZ SERAJJUDIN BIN MOKHTAR

PENGACARA MAJLISCIK.EVA PENNELLA PHILIPEN.MOHD HAZARUL AFIQ BIN ROZAHAN

AJK TEKNIKALEN.MOHAMMAD HANIF ASHRAFAJK KAWALAN DISIPLIN MURIDEN.RIZDWAN BIN ZAINAL ABIDINPN.NORHAFIZA BT ISHAKPN.NOR HAYATI BT HUSIN

11.0 ANGGARAN BELANJAWANBil.PerkaraKos (RM)

1.Kertas A4 ( 9 helai x RM0.10 )0.90

2.Mounting board3.20

3.Cenderahati kepada penceramah 30.00

JUMLAH34.10

12.0 SENARAI PERALATAN1. LAPTOP2. PEMBESAR SUARA3. MIKROFON

PENUTUPSenamrobik diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Harapan sepanjang program ini berjalan ianya akan memberi kesan yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat memberi komitmen yang baik serta mengutamakan kesihatan.

Disediakan oleh,

..............................................(CIK SAIDATUN NADHIRAH BINTI ZULKIFLI)Setiausaha,Aktiviti Senamrobik Ceramah Pengurusan StressSekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda,Seberang Perai, Pulau Pinang

Diluluskan/ Tidak Diluluskan oleh :.(EN.MOHD NASIR BIN A.RAHIM)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Bukit Indera MudaSeberang Perai, Pulau Pinang. Disahkan oleh:

(PN.ZAITON BT AHMAD) Penolong Kanan Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Bukit Indera MudaSeberang Perai, Pulau Pinang.