kertas kerja hari sukan negara 2015

12
KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (2) JALAN JUNID, 84000 MUAR JOHOR DARUL TAKZIM KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK SULTAN ABU BAKAR (2) MUAR ms 1

Upload: hawati-hasan

Post on 06-Dec-2015

431 views

Category:

Documents


90 download

DESCRIPTION

Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (2)

JALAN JUNID, 84000 MUAR JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

1.0PENDAHULUANSambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita. 2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.

3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participation dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid. 3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah.4.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum, SK Sultan Abu Bakar (2) Muar

5.0TARIKH DAN TEMPAT

5.1 Tarikh

:10 Oktober 20155.2 Tempat

:Dewan Puteri Emas, SK SAB 26.0 SASARAN

6.1 Semua murid 115 orang6.2 Guru 18 orang

6.3 Pekerja 4 orang

6.4 Pekerja swasta 3 orang

7.0TENTATIF PROGRAM

-Rujuk lampiran 1-

8.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

-Rujuk lampiran 2-9.0

PERBELANJAAN BIL PERKARA PERINCIANBAYARAN(RM)

1.Sukaneka

Tahap 1 :

a.Mengambil getah gelang

berwarna menggunakan

straw

b. Membawa bola ping

pong dengan sudu8 kumpulan x 5 ahli

Tempat pertama-ketiga

15 x RM2.00 30.00

Tahap 2 :

a.Tisu Mumia

b. Pakaian Kreatif8 kumpulan x 6 ahli

Tempat pertama-ketiga

18 x RM2.00 36.00

2.Pertandingan sempena Hari Sukan Negara

Tahap 1 :

Pertandingan MewarnaTahun 1 : 3 pemenang

Tahun 2 : 3 pemenang

Tahun 3 : 3 pemenang

9 x RM2.0018.00

Tahap 2 :

Melukis PosterTahun 4 : 3 pemenang

Tahun 5 : 3 pemenang

Tahun 6 : 3 pemenang

9 x RM2.0018.00

3.Tisu2 x RM10.0020.00

4.Getah gelang1 x RM8.008.00

JUMLAH130.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1Kokurikulum = RM130.0011.0PENUTUP

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK Sultan Abu Bakar (2) Muar.Sekian, terima kasih.Disediakan oleh :

----------------------------------

HAWATI BINTI HASANSetiausaha Sambutan Hari Sukan NegaraSK Sultan Abu Bakar (2)Jalan Junid, Muar Johor

Disemak oleh :

------------------------------------------NURULHUDA BINTI HUSSANPenyelarasSambutan Hari Sukan NegaraSK Sultan Abu Bakar (2)

Jalan Junid, Muar Johor

Disahkan oleh :

-------------------------------

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

10 OKTOBER 2015 (SABTU)MASAAKTIVITI

7.20 pagiMurid, guru dan staf berkumpul di Dewan Puteri Emas, SK SAB (2) Muar

7.30 pagiPendaftaran peserta

8.00 pagiSenamrobik 1Malaysia

9.00 pagiSukanekaTahap 1 dan 2

10.00 pagiREHAT

10.30 pagiIndoor Game - Futsal antara Rumah Pasukan

11.30 pagiAktiviti Mewarna Hari Sukan Negara Tahap 1

Aktiviti Melukis Poster Hari Sukan Negara Tahap 2

12.30 t.hariMajlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

1.10 petangBersurai

LAMPIRAN 2STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PENGANJUR

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

10.10.2015 (SABTU)PENAUNG

: Encik Puniran Bin Denan Pegawai Pendidikan Daerah MuarPENASIHAT 1

: Puan Zariah Binti Mairaj

Guru Besar

SK Sultan Abu Bakar (2) Muar JohorPENASIHAT 2

: Puan Noraini Binti Abu

Penolong Kanan Kokurikulum

SK Sultan Abu Bakar (2) Muar JohorPENASIHAT 3

: Puan Faizah Binti Muhammadun

Penolong Kanan Pentadbiran

SK Sultan Abu Bakar (2) Muar JohorPENASIHAT 4

: Encik Azman Bin Abu Hassan Penolong Kanan HEM

SK Sultan Abu Bakar (2) Muar JohorPENYELARAS

: Puan Nurulhuda Binti HussanSETIAUSAHA

: Puan Hawati Binti HasanBENDAHARI

: Cik Sharini Binti MezelanBIDANG TUGAS JAWATANKUASA

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAHSK Sultan Abu Bakar (2) Muar JohorBILAHLI

JAWATANKUASANAMABIDANG TUGAS

1.PENASIHAT 1

PENASIHAT 2

PENASIHAT 3

PENASIHAT 4

: Puan Zariah Binti Mairaj

: Puan Noraini Binti Abu

: Puan Faizah Binti Muhammadun: Encik Azman Bin Abu Hassan

Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program. Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program.

2.PENYELARAS: Puan Nurulhuda Binti Hussan Bertanggungjawab memastikan perjalanan program dilaksanakan mengikut perancangan.

3.SETIAUSAHA

: Puan Hawati Binti Hasan

Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.

Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.

Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.

Mengambil alih tugas pengerusi atau timbalan pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.

4.BENDAHARI

: Cik Sharini Binti Mezelan

Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program. Menyedikan kewangan untuk membeli hadiah pertandingan.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANAPROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAHSK Sultan Abu Bakar (2) Muar Johor10.10.2015 (Sabtu)BILAJK KERJANAMABIDANG TUGAS

1.Pendaftaran Puan Siti Rashyidah Binti Mohd YasakPuan Siti Hajar Binti Abd Samad Menyediakan borang pendaftaran program untuk semua murid, guru dan staf. Menyediakan meja pendaftaran di bahagian belakang dewan.

Mengambil kehadiran peserta program.

Menyerahkan borang kehadiran yang lengkap kepada jawatankuasa dokumentasi.

2.Keselamatan/ Kawalan MuridEncik Azman Bin Abu Hassan

Cik Fauziah Binti Khalil Memastikan guru berada bersama murid dan disiplin murid berada dalam keadaan terkawal semasa program berlangsung.

Memastikan murid-murid berada di tempat yang ditetapkan semasa program dijalankan.

3.FlyerPuan Hawati Binti Hasan Mendapatkan maklumat perjalanan program. Menyediakan flyer yang sesuai dengan program.

4.Perakam PeristiwaPuan Nurulhuda Binti Hussan Merakam gambar sepanjang program berlangsung.

Menyerahkan gambar kepada jawatankuasa dokumentasi.

5.Hadiah/SijilCik Sharini Binti Mezelan

Puan Hajjah Hafsah Binti A Manan

Puan Marliana Binti Sehamat Berbincang dengan GPK Kokurikulum dan membeli hadiah.

Menyusun hadiah mengikut tentatif program. Menyediakan sijil kepada peserta program.

Bertanggungjawab menyedia dan menyimpan alas meja hadiah dan dulang hadiah.

6.PA SistemEncik Ramli Bin Salamat

Memastikan peralatan audio berfungsi dengan baik.

Memasang peralatan audio lebih awal.

Memainkan lagu-lagu yang bersesuaian sebagai selingan semasa pertandingan Mewarna dan Poster dijalankan.

Bertanggungjawab mengambil dan menyimpan peralatan audio dengan selamat.

7.Makanan dan MinumanPuan Khalijah Binti Mohamed Yasin

Puan Salina Binti Selamat Memastikan makanan dan minuman disediakan untuk peserta program.

Memastikan semua murid berada di kantin semasa rehat.

8.Pengacara ProgramPuan Hajjah Noorzihan Binti

Mohammad Zin Memastikan program berjalan dengan lancar.

Pengendalian program yang menarik dan menghiburkan.

Menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

9.Senamrobik/ Sukaneka/

PermainanTuan Haji Mohd Salleh Bin Azman

Cik Sharini Binti Mezelan

Puan Hawati Binti Hasan Menyediakan video yang bersesuaian dengan program.

Menyediakan peralatan sukaneka/ permainan sebelum program bermula.

Mengendalikan acara sukaneka/ permainan dengan baik.

10.HakimPuan Faizah Binti Muhammadun

Encik Azman Bin Abu Hassan

Puan Noraini Binti Abu Menjadi hakim pertandingan acara sukaneka, Pertandingan Merwarna dan Melukis Poster .

Menyerahkan keputusan sukaneka dan pertandingan kepada pengacara program.

11.Persiapan Tempat/ KebersihanPuan Khadijah Binti Ali

Encik Badrul Hisham Bin Ali

Encik Amran Bin Salleh

Puan Roslinda Binti Mohamed Menyusun kerusi di tepi dewan. Mengemas semula dan membersihkan dewan selepas program selesai.

12.DokumentasiPuan Hawati Binti Hasan Membuat laporan (dokumentasi) program dengan lengkap dan sempurna.

SK SULTAN ABU BAKAR (2) MUARms 9