kertas kerja sehari bersama pdrm

3
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS KERJA PROGRAM SEHARI BERSAMA “POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)” 2016 1.0 PENGENALAN Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Menyedari hakikat ini, pihak Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kadet Polis serta Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, telah merancang sebuah program untuk bersama- sama turun padang dan bertemu dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir. Program yang diberi nama “Sehari Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)” itu dirancang bersama dengan beberapa agensi lain seperi Pusat Kesihatan Sik serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sik. Semoga dengan adanya program seperti ini, maka akan timbullah kesedaran dalam diri setiap pelajar supaya menjauhi segala jenis jenayah yang mungkin berlaku di sekitar merekadan seterusnya mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin. 2.0 MATLAMAT Memberi pendedahan kepada semua pelajar SMK Chepir tentang pendidikan pencegahan jenayah dan kesan-kesan negatif yang berlaku di sekeliling mereka.

Upload: melissa-rosila-mohamad-mahfuz

Post on 11-Jul-2016

684 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Sehari Bersama PDRM

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Sehari Bersama PDRM

KELAB PENCEGAHAN JENAYAHSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA PROGRAM SEHARI BERSAMA “POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)” 2016

1.0 PENGENALANHari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang

melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun.

Menyedari hakikat ini, pihak Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kadet Polis serta Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, telah merancang sebuah program untuk bersama-sama turun padang dan bertemu dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir. Program yang diberi nama “Sehari Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)” itu dirancang bersama dengan beberapa agensi lain seperi Pusat Kesihatan Sik serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sik. Semoga dengan adanya program seperti ini, maka akan timbullah kesedaran dalam diri setiap pelajar supaya menjauhi segala jenis jenayah yang mungkin berlaku di sekitar merekadan seterusnya mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.

2.0 MATLAMATMemberi pendedahan kepada semua pelajar SMK Chepir tentang pendidikan pencegahan jenayah dan kesan-kesan negatif yang berlaku di sekeliling mereka.

3.0 OBJEKTIF3.1 Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar3.2 Memupuk perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar3.3 Memberi kesedaran awal tentang pencegahan jenayah3.4 Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar

4.0 ANJURAN BERSAMAKelab Pencegahan Jenayah (KPJ) SMK ChepirKadet Polis SMK ChepirUnit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya SMK ChepirDengan kerjasama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik

Page 2: Kertas Kerja Sehari Bersama PDRM

5.0 TARIKH / HARI / MASA27 Januari 2016 / Rabu / 10.30 pagi hingga 2.00 petang

6.0 TEMPATCeramah : - Dewan Terbuka

: - Bilik MesyuaratPameran : Tempat Letak Kereta GuruPapan Kenyataan KPJ : Perasmian

7.0 SASARANSemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir, seramai 755 orang.

8.0 PENCERAMAH8.1 Ceramah Jenayah Wanita : 8.2 Ceramah Pusat Kesihatan Sik : 8.3 Ceramah AADK : 8.4 Ceramah PDRM :

9.0 AHLI JAWATANKUASA(Sila Rujuk Lampiran A)

10.0 TENTATIF PROGRAM(Sila Rujuk Lampiran B)

11.0 PENUTUPSemoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan semoga kesemua pihak yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir akan mendapat manfaat dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sekian.

Disediakan oleh,

......................................................(MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ)

Setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir

Disahkan oleh,

.................................................(PN. ZAHARA BINTI ISMAIL)

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir

Page 3: Kertas Kerja Sehari Bersama PDRM