kertas kerja rakit
DESCRIPTION
kertas kerja beb. RARE!TRANSCRIPT
KERTAS KERJA EKSPEDISI BERAKIT SG. PERAK-KUALA KANGSARPERSATUAN WARISAN TRADISIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
TARIKH:
11 & 12 OKTOBER 2013KERTAS KERJA
EKSPEDISI BERAKIT SG. PERAK-KUALA KANGSARPERSATUAN WARISAN TRADISIONALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
MAKLUMAT AKTIVITINama Institut: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Nama Aktiviti: Ekspedisi Berakit Sg. Perak Kuala KangsarTarikh Aktiviti: 11 Oktober 12 Oktober 2013Tempat: Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan Larut Matang,
Selama1.0 PENDAHULUAN
Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama pensyarah dari Unit Ko-Kurikulum telah merancang untuk menjalankan satu program ekspedisi berakit dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar. Ekspedisi ini akan disertai oleh guru pelatih dan pensyarah di bawah Persatuan Warisan Tradisional sebagai satu projek aktiviti kelab bagi semester ini.Motif utama kertas kerja ini dihasilkan dan dikemukakan adalah untuk menunjukkan rangka kerja perancangan dan juga perjalanan projek yang telah dirancang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini. Kertas kerja ini juga dikemukakan bertujuan untuk memohon peruntukan dan juga sumbangan bagi menampung perbelanjaan dan keperluan dalam menjayakan Projek Ekspedisi Berakit Persatuan Warisan Tradisional.2.0 OBJEKTIF EKSPEDISIObjektif ekspedisi ini adalah untuk:-2.1 mengeratkan hubungan silaturrahim antara para guru pelatih dan para pensyarah.
2.2 menimba pengalaman secara praktikal dengan salah satu dari warisan tradisional iaitu berakit.
2.3 mencabar ketahanan fizikal dan mental para guru pelatih dengan aktiviti lasak.3.0PENYERTAANGuru pelatih adalah seramai 21 orang dan 9 orang pensyarah pengiring Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. (Sila rujuk lampiran 1)
4.0TARIKH DAN MASAKajian ini dicadangkan akan dilaksanakan pada:
Tarikh : 11 hingga 12 Oktober 2013 (Jumaat & Sabtu)Masa : 3 petang (11 Oktober) 6 petang (12 Oktober).5.0 TEMPAT
Pusat Kokurikulum Negeri Cawangan Larut Matang, Selama.6.0SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAANPembentukan jawatankuasa program telah dijalankan bagi memastikan perlaksanaan keseluruhan kajian berjalan dengan lancar dan teratur. Berikut adalah ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik:
SENARAI JAWATANKUASA INDUK EKSPEDISI BERAKIT SG. PERAK-KUALA KANGSAR
SENARAI AHLI JAWATANKUASA EKSPEDISI BERAKIT SG. PERAK-KUALA KANGSARAhli jawatankuasaPelaksana
AJK PengangkutanMohd, Afiz Bin KamarudinTan Kok Chun
AJK Keselamatan Nor Najwa Binti Abdul RashidLalitha A/P Hariram
AJK HadiahNur Hafizah Binti Jamasri
AJK Dokumentasi
Nur Azwin Binti Roslan
Siti Nur Atiwah Binti Abu Bakar
7.0MAKLUMAT PERBELANJAANBayaran Makanan RM40 (2 hari) seorangRM40 x 30 orang + 1 orang(pemandu bas) = RM1240
Pengangkutan Lori RM 5 seorangRM5 x 30 orang= RM150
Bayaran untuk tali rakitRM 100
Pengangkutan (Sewa Bas)RM1600 (Anggaran)
Hadiah Wang Tunai JurulatihRM 50 x 6 jurulatih = RM300
Jumlah = RM 3,390.00
Anggaran Seorang Peserta: RM 120.00
8.0KESIMPULAN
Program ekspedisi berakit merupakan satu program yang dirancangkan khusus untuk Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang memilih Persatuan Warisan Tradisional sebagai Kelab/Persatuan Ko-Kurikulum Semester 6 di mana program ini memberi tumpuan dari segi aspek pengelolaan, pembelajaran dan kolaborasi antara guru pelatih, pensyarah dan penduduk tempatan untuk menimba pengalaman. Setelah menjalani program ini, diharap agar bakal pendidik akan dapat menyesuaikan diri di mana sahaja mereka ditempatkan. Program ini juga memberi tumpuan pembelajaran melalui pengalaman serta cabaran yang hadir dari segi mental, fizikal dan rohani yang memunuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan program ekspedisi berakit ini, maka, objektif program yang dijalankan ini dapat dicapai secara holistik. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu memperkembangkan bakat seseorang individu secara maksimum dari segi intelektual, jasmani, rohani, mental dan fizikal.Disediakan Oleh,,
(MOHAMAD NAJMI BIN JAMIL)Setiausaha,
Ekspedisi Berakit Sg.Perak-Kuala Kangsar,
Persatuan Warisan Tradisional,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Cheras, KL.PENGERUSI
THINAGARAN A/L KONASAIGARAN
NAIB PENGERUSI
AMIER HAMZAH BIN ZAINUL ABIDIN
SETIAUSAHA
MOHAMAD NAZMI BIN JAMIL
BENDAHARI
SYARIFAH NURSOLLEHAH BINTI SYED MUHAMAD KHER