kertas-kerja-projek-mural.docx

9
SEKOLAH MENENGAH DATUK HAJI ABDUL KADIR, KEPALA BATAS, PULAU PINANG KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN (LUKISAN MURAL) 13 MAC 2015 – 3 APRIL 2015 TEMPAT : BANGUNAN PEJABAT DAN DEWAN RAFFLESIA, SMK DATUK HJ ABDUL KADIR ANJURAN :

Upload: amalina-zulkiflee

Post on 09-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH DATUK HAJI ABDUL KADIR,KEPALA BATAS, PULAU PINANG

KERTAS KERJAPROJEK KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

13 MAC 2015 3 APRIL 2015

TEMPAT :BANGUNAN PEJABAT DAN DEWAN RAFFLESIA,SMK DATUK HJ ABDUL KADIR

ANJURAN :PERSATUAN DAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BERSAMA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN MORAL SMK DATUK HAJI ABDUL KADIRKERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN (LUKISAN MURAL) SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR

1.0 PENGENALANSekolah merupakan pusat bagi pelajar-pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, di mana sekolah yang mereka tinggal adalah selamat, ceria dan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di sekolah. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari kawasan sekolah yang kondusif. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah antaranya aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau Taman Herba Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya. Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, Panitia Pendidikan Seni Visual dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan guru pelatih telah bersepakat untuk bergotong royong bagi mewujudkan lukisan mural di sekitar kawasan sekolah. 2.0 RASIONALProjek melukis mural ini merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh Persatuan Seni Visual dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan guru pelatih SMK Datuk Haji Abdul Kadir. Projek ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kecintaan terhadap sekolah dalam diri pelajar disamping menceriakan lagi persekitaran sekolah selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.3.0 OBJEKTIFProjek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan sebagai sumber perhatian terutamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.2. Hasil kerja tangan guru pelatih sebagai buah tangan / kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.3. Mengembelengkan pelajar untuk menyayangi sekolah dan dapat memupuk semangat kekitaan antara pelajar dan guru. 4.0 SASARAN 12 Orang pelajar4 Orang guru

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat : Tuan Pengetua Hj Mohamad Fauzi bin AhmadPengerusi : Encik Syed Jaafar bin Syed Abd Aziz (PK Pentadbiran) Puan Zarina binti Zainal (PK Hal Ehwal Murid) Puan Ummi Kalsom binti Mat (PK Kokurikulum) Pemantau Projek : Puan Mazni binti Mat Isa (GK Bahasa) Puan Noor Sayyati binti K.M.Abdul Kadir (GK Sains dan Matematik) Puan Zarina binti Hassan (GK Kemanusiaan) Puan Mazni binti Saad (GK Teknik dan Vokasional)Pengurus Projek: Puan Zaini binti Abdullah (Ketua Persatuan Pendidikan Seni Visual)Penghargaan: Puan Saidatul Nasibah binti Abu Hassan ( Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual) Puan Rosnah binti Awang ( Ketua Panitia Pendidikan Sivik) Unit Bimbingan dan Kaunseling Ahli Jawatankuasa: Guru Guru Persatuan Pendidikan Seni Visual:1. Puan Tg Hasnyra Binti Tg Ibrahim2. Puan Irnie Hazreen Binti Amir 3. Puan Salina Binti Mohamed EndonJawatankuasa Kecil: Guru Guru Pelatih:1. Nor Azila binti Razak (UPSI)2. Nurul Huda binti Ishak (UPSI)3. Hamidah binti Labulo (USM)4. Nor Shahanis binti Mahmood (USM)5. Hazwani binti Mohd Kasri (USM)6. Nurfarahim binti Muhammad (IPGKPP)7. Nur Nabila binti Mokhtar (IPGKPP)8. Siti Nor Wazna binti Abdul Hadi (IPGKPP)9. EmirNama Pelajar Terlibat : Pelajar Pelajar Pembantu1. Chye Jing Wen ( 4 A )2. Kho Chin Jun ( 4 A )3. Lai Jing Min ( 4 A )4. Khor Jen Wee ( 4 A )5. Lai Phooi Tian ( 4 A )6. Lu Jia Won ( 4 D )7. Leong Yee Sien (4 D )8. Ang Wan Yee ( 4 D )9. Ruzana ( 4 I )10. Adam Lay Zhe Yan ( 3 D )11. Nurin Hannani Binti Efendi ( 2 KAA )12. Nur Qisthina Binti Zainal Abidin ( 2 KAA )

6.0 AKTIVITITarikh : 13 Mac Hingga 3 April 2015Masa : 3.00 pm 6.00 pm petang (30 Mac hingga 3 April).Guru yang terlibat : Guru Persatuan Pendidikan Seni Visual (4 Orang) Guru Praktikal / Pelatih (8 Orang) Pelajar Pembantu (12 Orang)Pelan Tindakan Projek:LangkahAktiviti

1.(13/3/2015 25/3/2015) Merancang, berbincang dengan guru Pengurus Projek dan menulis kertas kerja.

2.(25/3/2015 27/3/2015) Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis melalui internet. Mengukur saiz perkataan Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita ukur dan kapur. Melakar perkataan pada kertas lukisan terlebih dahulu.

3.(27/3/2015 30/3/2015) Menyediakan perkakas untuk mengecat mural; cat pelaka dan berus. Mencetak perkataan yang diperlukan untuk mural.

4.(30/3/2015 1/4/2015) Melukis dan mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat

5.(2/4/2015) Memperbaiki perkataan yang dilukis

6.(3/4/2015) Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan

7.0 SUMBER KEWANGANBagi projek ini, antara pihak yang memberikan sumbangan adalah: Unit Kokurikulum (RM 100) Pembelian cat pelaka dan berus. Persatuan Pendidikan Seni Visual (RM 400) Pembelian cat pelaka, berus, plastik (sebagai alas tempat melukis mural). Panitia Pendidikan Sivik (RM 200) Pembelian cat pelaka dan berus. Unit Bimbingan dan Kaunseling (RM 120) Makanan dan minuman untuk pelajar yang terlibat.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN1.0 Sumbangan Unit Kokurikulum, Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan SivikBilPERKARAUNITHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH ( RM )

1.Cat Pelaka ( Putih, Hitam, Merah, Biru, Kuning)5 (tin)100500

2.Berus CatPelbagai saiz-200

JUMLAH KESELURUHAN700

2.0 Sumbangan Bimbingan dan KaunselingBIL.PERKARAUNITHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1. Makanan- 12 orang pelajar122.002424 x 5 = 120 (Seminggu)

JUMLAHRM 120

9.0 PENUTUP Justeru, kami amat berharap apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :.( Siti Nor Wazna Abdul Hadi )Guru Pelatih / Setiausaha Projek Mural,Persatuan Pendidikan Seni Visual.

Disemak oleh :( Puan Zarina Binti Hassan) Guru Kanan Kemanusiaan,SMK Datuk Haji Abdul Kadir

Disahkan oleh:

...............................................(Tuan Haji Mohamad Fauzi bin Ahmad)Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir,13200 Kepala Batas.