kertas kerja projek mural 2011

4
PUSAT SUMBER SMK TAMAN PANGLIMA ASSAM KUMBANG 34000 TAIPING KERTAS KERJA : PROJEK MURAL PUSAT SUMBER DISEDIAKAN OLEH AHMAD KAMAL B HJ SABARUDDIN FEBRUARI 2011

Upload: kamal-sabaruddin

Post on 24-Jan-2018

481 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja   projek mural 2011

PUSAT SUMBER SMK TAMAN PANGLIMA

ASSAM KUMBANG 34000 TAIPING

KERTAS KERJA :PROJEK MURAL PUSAT SUMBER

DISEDIAKAN OLEH

AHMAD KAMAL B HJ SABARUDDIN

FEBRUARI 2011

Page 2: Kertas kerja   projek mural 2011

1. PENDAHULUAN

Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar SMK Taman Panglima dan juga guru-guru. Antara peranan penting Pusat Sumber adalah membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama, membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

Selain itu, Pusat Sumber juga prihatin terhadap persekitaran sekolah. Atas dasar tanggungjawab terhadap persekitaran sekolah, adalah wajar agar Pusat Sumber mempunyai sudut mural supaya kaedah untuk membudayakan ilmu bukan sahaja tertakluk di dalam Pusat Sumber sahaja malah boleh disebarkan di luar terutamanya di persekitaran sekolah. Oleh itu, Pusat Sumber telah mengambil inisiatif untuk menjadi salah satu sudut sekolah iaitu sudut berhampiran dengan tangga di aras dua yang menuju ke Pusat Sumber.

2. RASIONAL

Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SMK Taman Panglima, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik mereka untuk datang ke Pusat Sumber dengan lebih kerap. Keadaan laman angkat yang cantik juga penting untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai salah daya penarik pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber.

3. OBJEKTIF

3.1 Mendekatkan para Pengawas Pusat Sumber dengan Pusat Sumber serta menjadikan khidmat bakti kepada Pusat Sumber sebagai satu rutin asas amalan kehidupan sepanjang hayat.

3.2 Mengubah pandangan warga SMK Taman Panglima terhadap peranan Pusat Sumber.

3.3 Membentuk wajah Pusat Sumber yang lebih baik dan selesa.3.4 Membentuk Taman Mini Sekolah bagi memperlengkapkan suasana

sekolah yang cantik.3.5 Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya-saing dan

semangat berpasukan di kalangan guru pusat sumber, pengawas pusat sumber,ahli kelab pusat sumber dan tukang kebun sekolah.

3.6 Menjadi ‘benchmark’ Pusat Sumber

Page 3: Kertas kerja   projek mural 2011

4. LOKASI SASARAN

Dinding berhampiran tangga aras dua kedua-dua belah kiri dan kanan.

5. TENAGA PELAKSANA

5.1 Guru Perpustakaan & Media

5.2 Guru-Guru Praktikum

5.3 Pengawas Pusat Sumber

6. ANALISIS SWOT

6.1 Strenghts- Mempunyai tenaga kerja (guru-guru praktikum, pembantu pusat sumber

dan lembaga pengawas pusat sumber) yang dedikasi dalam tugasan dan professional.- Sumber kewangan bagi menjayakan “Projek Mural” menggunakan

peruntukan PCG (Per Capital Grant)

6.2 Weaknesses - Kekangan masa

6.3 Opportunities - Kaedah penyebaran ilmu menerusi imejan (grafik) akan menarik minat

kearah peningkatan ilmu dan akademik.

6.4 Threats- Tiada

7. KOS

Bil Perkara Unit Harga

1 Pelaka 10 X RM15-00 RM150-002 Cat (putih & kuning) 2 X RM50-00 RM100-00

3 Berus (1” / 0.5” ) 8 X RM2-50 RM 20-004 Roller 3 X RM5-00 RM 15-005 RM285-00

8. REKA BENTUK MURAL

Page 4: Kertas kerja   projek mural 2011

9. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT

Disediakan oleh

……………………….Ahmad Kamal b Hj SabaruddinGuru Perpustakaan & Media

Disemak oleh Disahkan

…………………………. ……………………….Pn Hjh Intan Azlina bt Abdullah En Azra’ei b Hj IsmailPenolong Kanan Pentadbiran I Pengetua