kertas kerja program olahraga

4
1 KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN OLAHRAGA SK JASIN 2015 PENDAHULUAN : Sukan terutamanya bidang OLAHRAGA memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan olahraga, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri. Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan SK Jasin akan meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah ini dengan mengadakan kegiatan Program Latihan Olahraga Atas kesedaran inilah, Sekolah Kebangsaan Jasin sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan terutamanya sukan Olahraga yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah ini. Pengalaman bersukan penting

Upload: drgiggs

Post on 05-Jan-2016

1.534 views

Category:

Documents


160 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Olahraga

1

KERTAS KERJA

PROGRAM LATIHAN OLAHRAGA

SK JASIN 2015

PENDAHULUAN :

Sukan terutamanya bidang OLAHRAGA memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan individu. Melalui kegiatan olahraga, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat

mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti

sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat

sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara

menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan SK Jasin akan meningkatkan corak

pengurusan sukan di sekolah ini dengan mengadakan kegiatan Program Latihan Olahraga

Atas kesedaran inilah, Sekolah Kebangsaan Jasin sentiasa memberi perhatian

terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan terutamanya sukan Olahraga

yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah ini. Pengalaman bersukan penting sebagai asas

pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

MATLAMAT :

i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan

olahraga.

ii) Dapat memilih atlit-atlit yang berbakat berpotensi untuk diketengahan dalam

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Daerah Jasin/MSSNM

Page 2: Kertas Kerja Program Olahraga

1

iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF :i) Medan bagi memilih peserta yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili

sekolah ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Daerah Jasin

ii) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.

iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

iv) Mendekatkan ibu bapa / penjaga dengan sekolah melalui sukan.

ANJURAN: Unit Kokurikulum dan Kelab Olahraga SK Jasin

JANGKA MASA: Januari hingga Mac 2015

Akan diadakan pada setiap hari Rabu dan Sabtu

Latihan dimulakan pada pukul 7.30 pagi -10.15 pagi

TEMPAT: Padang Sekolah Kebangsaan Jasin

PESERTA DAN SASARAN: Terbuka kepada pelajar-pelajar SK Jasin

Ahli-ahli Kelab Olahraga

Atlit-atlit yang terpilih adalah berdasarkan kepada pencapaian mereka di dalam

Kejohanan Balapan dan Padang sekolah pada tahun 2014

JURULATIH & JADUAL LATIHAN: En. Suasrizan b. Saring

En. Zainal b. Hussain

En. Zainudin b. Md Isa

En. Ahmad Nasim b. Abdul Wahab

Page 3: Kertas Kerja Program Olahraga

1

Rabu - 7.30 pagi – 10.15 pagi

Sabtu - 8.00 pagi - 10.15 pagi

Juru-jurulatih akan melatih, membimbing dan menyediakan pada para atlit yang terpilih

untuk membentuk kontinjen sekolah yang mantap ke Kejohanan Balapan dan Padang.