kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2).docx

16
PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT 3 PPG JUN 2011 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ). Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib institut perguruan yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti dalaman iaitu ceramah dan aktiviti luaran yang melibatkan penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang berguna kepada diri dan masyarakat. Program BIG ini melatih guru bagaimana untuk menghadapi situasi di luar bilik darjah dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan yang sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dan berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

Upload: noraini-huzin

Post on 06-Sep-2015

300 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) PERINGKAT 3 PPG JUN 20111. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ).Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus wajib institut perguruan yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti dalaman iaitu ceramah dan aktiviti luaran yang melibatkan penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu aktiviti yang dapat membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang berguna kepada diri dan masyarakat.

Program BIG ini melatih guru bagaimana untuk menghadapi situasi di luar bilik darjah dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan yang sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai murni dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dan berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.

PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDASEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 2014

1.0 LATAR BELAKANG

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.

Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep Sekolah Penyayang untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

2.0 MATLAMAT Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya. Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.

3.0 PELAKSANAANSekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat. Bagi merealisasikan impian untuk mengurangkan masalah ponteng, pihak sekolah telah memilih untuk melaksanakn elemen persekitaran melalui Program Indahnya Sekolahku.

PROGRAM : INDAHNYA SEKOLAHKU

MatlamatMewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.Indahnya sekolahku bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.

Objektif:1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan warga sekolah. 2. Memupuk perasaan dan minat murid untuk hadir ke sekolah.3. Mendidik murid bagi memupuk sikap bertangungjawab terhadap sekolah.4. Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria,harmonis dan indah.6. Mendidik murid menjadikan sekolah selesa.7. Memupuk murid mewujudkan sikap kerjasama di antara warga sekolah

Di antara aktiviti yang kami pilih untuk program Indahnya Sekolahku ialah aktiviti yang ketiga iaitu Kami Ambil Tahu

Aktiviti 3: Kami Ambil Tahu

3.1 -Sasaran: 30 orang murid yang selalu ponteng sekolah.3.2 - Tarikh: Cadangan tarikh adalah pada 21 Jun 20143.3 -Tempat : Sekitar kawasan sekolah3.4 -Cara Pelaksanaan: -Sekolah memilih beberapa lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-murid seperti kebun sayur-sayuran, taman herba, kolam ikan, taman bunga dan lain-lain yang difikirkan sesuai.-Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat.-Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).-Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.-Pertandingan diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

3.5 Kewangan dan Anggaran Perbelanjaan:

SUMBERJUMLAH

Peruntukan Unit Bimbingan dan KaunselingRM 390.00

JUMLAHRM 390.00

PERBELANJAANJUMLAH

1. Minum pagi : RM 3.00 x 30 orang2. Makan tengahari : RM 5.00 x 30 orang

3. Cenderahati setiap kumpulan (hamper) RM 50.00 x 3 kumpulanRM 90.00

RM 150.00

RM 150.00

JUMLAHRM 390.00

JAWATANKUASA PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU

Pengerusi: Pn. Zaidah binti KamrulzamanNaib Pengerusi 1: En. Mohd. Khaleli bin Abu BakarNaib Pengerusi 2: Tn. Sy. Nizamuddin bin Sy. AhmadNaib Pengerusi 3: En. Mustaffa bin AyubSetiausaha: Pn. Noraini Binti HuzinPen.SU: Pn. Badarinawati binti BasriBendahari: Pn Noor Azian binti AbdullahAhli Jawatankuasa:

Persiapan TempatSiaraya / PeralatanEn. Zahari bin ZabriEn. Nordin bin Md YusofEn. Ahmad Lutfi bin MohammadEn. Marzuki bin Othman En. Mohd. Asri bin YusoffPn. Lisa Rosmeta binti AbdullahPekerja Swasta

PendaftaranJurugambar / RakamanPn. Zuharini binti MunzirPn. Noor Azian binti Abdullah Pn. Alizawati binti Che AliPn. Solehah binti Mansor

Pengurus Program / AktivitiCergas Diri Pn. Badarinawati binti BasriPn. Koh Bee ChoyCik Noorazliza binti Abdul RazakPn. Khairunnisa binti KhairiPn. Noraini binti HuzinEn. Mohd Ridzuan bin Abdullah

MakananKawalan MuridPn. Norliza binti JapilosEn. Mohd. Asri bin YusoffPn. Siti Irawan binti HassanEn. Mohd. Irwan bin IbrahimPn. Nakimah binti Awang TehEn. Azrul bin Rizal AziziPn. Norli binti AbdullahPn. Hazariah binti HashimPn. Uswaton Hasanah binti SallehPn. Suhaila binti Abdul HalimPn. Anita binti IsmailPn. Norul Huda binti Mohd. AlihPn. Zamzila binti IshakPn. Irdawati binti AliasBacaan DoaDokumentasiEn. Khalid bin Ulun AzmiPn. Hanizah binti HamzahPn Noor Azian bin AbdullahPn. Badarinawati binti Basri

TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

8.00 - 9.00Pendaftaran / Cergas Diri / Taklimat

9.00 - 10.00Sayangi Kawasan Sekolah Anda(Penyerahan kawasan angkat dan aktiviti gotong - royong)

10.00 - 10.30Rehat

10.30 - 12.30Sayangi Kawasan Sekolah Anda (Aktiviti gotong- royong)

12.30 - 2.00Makan Tengahari / Solat Zuhur

2.00 - 4.00Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

4.00 - 4.30Rehat

4.30 - 5.00Majlis Penutupan / Penilaian

SENARAI NAMA PESERTAPROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU

BIL.NAMATAHUN

1.ALBERT AK KAYONG6

2.AMAR BIN AZHARI6

3.AMIR HAFIZ BIN YUSMAN6

4.BOONSIT A/L BOON SIN6

5.BRANDON LAWRENCE6

6.KHAIRUL FARHAN BIN ANUAR6

7.MOHD. ASYRAF BIN MOHD. NIZAL6

8.MOHD. NAZARUL SYAMIL BIN OSMAN5

9.MOHD. RASHAHIDAN BIN MOHD. RASHID5

10.MUHD. AMIRUN DANIAL B. MAHATHIR5

11.AHMAD HAIKAL HUSAINI B. ROSLI5

12.MUHAMMAD AMIR B. DZULKIFLI5

13.AMIRUL FIKRI B. SAIFUL BAHRIL5

14.MOHD. HAKIM DANIAL B. AZMAN5

15.BRANDON LAWRANCE DIONOFRIA5

16.MOHD. DANIAL HAKIMI B. ROZAIDI5

17.MOHD. RIZANI B. JAMALUDDIN5

18.WAN NUR ZULAIKHA BT. WAN ABDUL WAHID5

19.MUHD. RIZMAN B. KAMARUDIN4

20.NUR QISTINA BT. AZIZAN4

21.SOM PHONG A/L PRUM TONG4

22.THAWAT PHOTTHIWONG A/L CHIK4

23.NURSYAZWANI BINTI SHATDLI4

24.NURUL AMANINA BINTI ABDULL RANI4

25.MUHD. REDZWAN B. ROHANI4

26.MOHD. SYAMIL ARIF B. KAMARUL ARIFFIN4

27.AFIF SYAKIR AHMAD SUKRI3

28.MUHD. AIZAD FAKIHI MUHD. HASNIZAM3

29.MUHD. ALIF MUNAIM B. ROSZAIDI3

30.MUHD. ARIF B. MUHZAN3

________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU(KAMI AMBIL TAHU)

TEMPAT:PERSEKITARAN SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU

TARIKH:21 JUN 2014

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU 02600 ARAU, PERLIS. TEL: 04-9861672(SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR)

Guru BesarRuj. Kami: Bil (13)02/02/006 Sek. Keb. ArauTarikh: 10 April 201402600 Arau,Perlis.

Tuan,

Mohon Kebenaran dan Peruntukan Program Indahnya Sekolahku

Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.Sukacita dimaklumkan, unit ini ingin memohon kebenaran tuan untuk mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Jun 2014Masa: 8.00 pagi 5.00 petangTempat: Persekitaran Sek. Keb. Arau

3.Sehubungan itu, unit ini ingin memohon peruntukan dari pihak tuan sebanyak RM 390.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sembilan PuluhSahaja) bagi menjayakan program tersebut.

4.Bersama sama ini dilampirkan Kertas Cadangan untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..................................(NORAINI BINTI HUZIN)SetiausahaProgram Indahnya Sekolahku

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU02600 ARAU PERLISSekolah Bestari Luar BandarTEL/FAX : 04-9861672http://perlis.moe.edu.my/skarau

Ruj. Kami :Bil (14)02/02/006Tarikh : 10 April 2014En. Mohd Sidek b. MohamadJurulatih Bahagian (BIG)IPGK Darulaman06000 Jitra, KEDAH.

Tuan,

MAKLUMAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT 3 KUMPULAN PPG JUN 2011

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan untuk mengadakan Program Indahnya Sekolahku bagi melengkapkan modul Kursus Bina Insan Guru Peringkat 3 Semester 6 (Pn. Hanizah Hamzah) pada tarikh dan masa seperti butiran berikut :

TARIKHMASATEMPATAKTVITI

21 Jun 20148.00 pagi 5.00 petang)Persekitaran S. K. ArauProgram Indahnya Sekolahku

3.Bersama ini disertakan Kertas Kerja Cadangan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4.Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................(ZAIDAH KAMARULZAMAN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Arau.

SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU02600 ARAU PERLISSekolah Bestari Luar BandarTEL/FAX : 04-9861672http://perlis.moe.edu.my/skarau

Ruj. Kami :Bil (15)02/02/006Tarikh : 10 April 2014Kepada :

En. Mohd Rodzi Bin AbdullahMentor Kelas MT 1 PPG Jun 2011IPGK Darulaman,06000 Jitra, KEDAH.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PERINGKAT 3 KUMPULAN PPG JUN 2011

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan untuk mengadakan Program Indahnya Sekolahku bagi melengkapkan modul Kursus Bina Insan Guru Peringkat 3 Semester 6 (Pn.Hanizah Hamzah) dan menjemput tuan untuk turut sama hadir pada tarikh dan masa seperti butiran berikut :

TARIKHMASATEMPATAKTVITI

21 Jun 20148.00 pagi 5.00 petang)Persekitaran S. K. ArauProgram Indahnya Sekolahku

3.Bersama ini disertakan Kertas Kerja Cadangan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4.Kerjasama dan kesudian tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................(ZAIDAH KAMARULZAMAN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Arau.