kertas kerja program ihya ramadhan

5
June 21, 2015 (KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN) KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK SENGKANG TAHUN 2015 1.0 PENDAHULUAN Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan ke hadhrat Ilahi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Setiap tahun kita akan menanti kedatangan dan tibanya Ramadhan yang penuh kemuliaan. Setiap dari kita akan pasti tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah dengan kelebihan ini. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyatakan “Jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan lain”. Bertolak dari sini Panitia Pendidikan Islam Sk Sengkang mengambil peluang ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan lagi penghayatan bulan yang mulia ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Meningkatkan penghayatan Ramadhan dikalangan warga pendidik dan pelajar. 2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesame warga sekolah. 2.3 Menjadikan sambutan sebagai wahana untuk mengisi kerohanian sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang. 2.4 Membaiki dan melancarkan bacaan al-quran dikalangan murid 2.5 Menambahkan pengetahuan murid tentang ibadah puasa dan fadhilat ramadhan. 2.6 Membantu mendidik murid bersedekah dengan anak yatim dan orang susah. 3.0 SASARAN Semua warga sekolah dan murid-murid JBA9012 | SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG, BUKIT GAMBIR LEDANG, JOHOR 1

Upload: sk-sengkang

Post on 04-Sep-2015

1.572 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

June 21, 2015

(kertas kerja program ihya ramadhan)

KERTAS KERJA PROGRAM IHYA RAMADHAN SK SENGKANG TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan ke hadhrat Ilahi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Setiap tahun kita akan menanti kedatangan dan tibanya Ramadhan yang penuh kemuliaan. Setiap dari kita akan pasti tidak melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah dengan kelebihan ini.

Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyatakan Jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan lain. Bertolak dari sini Panitia Pendidikan Islam Sk Sengkang mengambil peluang ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan lagi penghayatan bulan yang mulia ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penghayatan Ramadhan dikalangan warga pendidik dan pelajar.

2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesame warga sekolah.

2.3 Menjadikan sambutan sebagai wahana untuk mengisi kerohanian sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang.

2.4 Membaiki dan melancarkan bacaan al-quran dikalangan murid

2.5 Menambahkan pengetahuan murid tentang ibadah puasa dan fadhilat ramadhan.

2.6 Membantu mendidik murid bersedekah dengan anak yatim dan orang susah.

3.0 SASARAN

Semua warga sekolah dan murid-murid

4.0 TEMA

Ramadhan dihati, amalan dihayati

5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Sepanjang bulan ramadhan (21 Jun 2015 15 Julai 2015)

6.0 AKTIVITI PROGRAM SEBULAN (LAMPIRAN 1)

BIL

PERKARA

MASA

Tindakan & Sasaran

1

Pelancaran Program Ihya Ramadhan

7.30 pagi

Jawatankuasa Pelaksana

1

Tadarrus Al-Quran

Waktu Kokurikulum Selasa dan Rabu

7.20 8.20 pagi

Semua guru dan murid

-jadual akan diedar.

2

Hafazan

Rehat

9.50 10.10 pagi

Semua murid

3

Tazkirah Ramadhan

Isnin, Selasa dan Rabu

7.00 7.20 pagi

Semua murid

3

Majlis Khatam Al-Quran

15 Julai 2015

Semua guru dan murid

4

Memperkasakan Jawi

Waktu pdp Pendidikan Islam

GPI

6

Mewarna

Waktu pdp PSV

Guru Matapelajaran

7

Salam Lebaran & Sumbangan Raya

15 Julai 2015

Semua murid dan guru

8

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat

9 Julai 2015 (Khamis)

Semua murid dan guru

7.0 AJK PELAKSANA (LAMPIRAN 2)

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM IHYA RAMADHAN 2015

Pengerusi: En Zainal b Ahmad

Naib Pengerusi 1: En Sulaiman b Wagiman

Naib Pengerusi 2: En Abd Ghani b Ibrahim

Naib Pengerusi 3: En Shamsul Kamar b Md Yassin

Setiausaha: Cik Masriyah bt Muhamed Senin

Bendahari: Pn Siti Hawa bt Abd Kadir

Ahli Jawatankuasa Kecil

Tadarrus Al-QuranPerakam Peristiwa

Ustaz Ahmad Fathi b Abd RazakEn Ahmad Ubaidillah b S. Salleh

Semua Guru

-Kumpulan akan dimaklumkanMajlis Khatam Al-Quran

Semua guru dan murid

Hafazan

Cik Masriyah bt Muhamed SeninSalam Lebaran & Sumbangan Raya

Semua guru dan Murid

Tazkirah

Pn Siti Suhaila bt Sanip

Pn Siti KhadijahMajlis Berbuka Puasa & Solat Hajat

Semua guru dan murid

Mewarna

Pn Ruzita bt Ali

Pn Mimi Norita bt Sulaiman

Guru-guru PSV dan DSV

Perkasakan Jawi

Semua Guru GPI

Pelancaran Program Ihya Ramadhan

Pengerusi Majlis : Guru Bertugas

Perasmi : Guru Besar

Semua guru dan murid

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN (LAMPIRAN 3)

Perkara

Butiran

Jumlah

Majlis Berbuka Puasa

RM 5 x 100 orang murid

RM 500.00

Hafazan

RM 4 x 30 orang

RM 120.00

Mewarna

RM 4 x 15 orang

RM 60.00

Jawi

RM 4 x 30 orang

RM 120.00

Jumlah

RM 800.00

9.0 PENUTUP

Semoga program ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

(MASRIYAH BT MUHAMED SENIN)

Setiausaha Panitia Pendidikan Islam

SK Sengkang, Bukit Gambir Ledang

Disahkan oleh,

..

JBA9012 | SEKOLAH KEBANGSAAN SENGKANG, BUKIT GAMBIR LEDANG, JOHOR

4