panduan ihya ramadhan smka sabk 2014

Upload: bulan1407

Post on 12-Feb-2018

355 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    1/18

    Disediakan olehSektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam

    Bahagian Pendidikan Islam

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAAPRIL 2014

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    2/18

    2

    Kata Kata Aluan

    PengarahBahagian Pendidikan Islam

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan

    penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda

    Muhammad SAW, penghulu para anbiya wal mursalin, pemberi syafaatkepada insan

    dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati.

    Ramadhan al-Mubarak merupakan institusi pendidikan rabbani khusus untuk

    ummah akhir zaman. Kerahmatan dan keberkatannya amat ditunggu-tunggu oleh

    semua yang bergelar makhluk ciptaan Allah Azza wa Jalla. Hadis-hadis Nabi SAW telah

    banyak menceritakan bagaimana ummah awwalin dalam kalangan sahabat amat

    merindui kehadirannya dan sedih pilu apabila tiba saat perpisahan dengannya

    Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pengurusan

    Dakwah dan Syiar Islam, berhasrat menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan

    tarbiah untuk mendidik jiwa. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan

    seluruh warga SMKA dan SABK dapat menjejaki kembali kegemilangan generasi al-

    awwalin. Panduan Program Ihya Ramadhan SMKA dan SABK yang disusun adalah

    merupakan satu panduan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan

    di semua sekolah berkenaan.

    Semoga dengan satu acuan, visi dan misi ke arah kecemerlangan SMKA dan SABK

    akan dapat disatu dan direalisasikan. Kunci kecemerlangan SMKA dan SABK hanyaada pada kecemerlangan sahsiah diri warganya. Maka rebutlah peluang kehadiran

    Ramadahan untuk menjana kecemerlangan dan keunggulan sahsiah diri.

    Akhir kata, saya doakan seluruh warga SMKA dan SABK cemerlang dunia dan akhirat.

    Labbaika Ya Ramadhan.

    Sekian, wassalam.

    (HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    3/18

    3

    PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN

    SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)1435H/2014M

    1. PENGENALAN

    Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagimenambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalansunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah danseumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhanal-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulanRamadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi programpengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SMKA/SABK.

    2. MATLAMATMenjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua SMKA/SABK agarpenghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibilitiwarga SMKA/SABK supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummahtercapai.

    3. OBJEKTIF3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi

    pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan alMubarak.

    3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalambulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang

    dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di

    kalangan warga SMKA/SABK serta turut sama bersimpati memberi sumbanganuntuk mereka yang kurang bernasib baik.

    3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalammenghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjangRamadhan.

    3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SMKA/SABKdengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

    4. SASARAN

    4.1 Pelajar-pelajar4.2 Guru dan staf sokongan4.3 Ibu Bapa Pelajar4.4 Sekolah-sekolah Sekitar4.5 PegawaiPegawai BPI KPM, JPN dan PPD4.6 Pimpinan Masyarakat Setempat

    5. TEMPAT

    Premis sekolah dan kawasan sekitar

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    4/18

    4

    6. PROGRAM IHYA RAMADHAN

    6.1. Aktiviti Utamaa. Program Di Ambang Ramadhanb. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang

    Bulan Ramadhan)c. Ceramah Perdana / Forum Perdanad. Majlis Khatam Al-Qurane. Solat Tarawihf. Qiamullailg. Sumbangan Fakir Miskinh. Iftar Jamaiei. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan)j. Majlis Perutusan Aidil Fitrik. Risalah Ramadhanl. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap, teka

    silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyamanketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri

    6.2. Aktiviti Elektifa. Kuliah Zohorb. Kuliah Subuhc. Tazkirah Muridd. Usrahe. Bacaan Mathuratf. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubrag. Gotong Royong / Keceriaan Surau

    h. Majlis Tahlili. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagij. Kelas tafaqquh stafk. Forum pelajarl. Tayangan DVDm. Penghayatan Dhuhan. Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )

    7. PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN SMKA/SABK

    7.1 Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :a. Forum Perdana / Ceramah Perdanab. Iftar Jamaiec. Tadarus al-Quran / Khatam al-Qurand. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk, BBQ

    dll jika sesuai )e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai )f. Solat Tarawihg. Qiamullailh. Kuliah subuhi. Penyampaian hadiah pertandingan

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    5/18

    5

    7.2 Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :a. Pegawai BPI / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerahb. Pimpinan masyarakat setempatc. Pengetua atau wakil sekolah yang berhampirand. PIBG sekolahe. Warga SMKA / SABK seluruhnya

    7.3 Sumber Kewangan :Bahagian Pendidikan Islam KPM melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islammenyediakan peruntukan khas untuk program ini.

    7.4 TarikhIa ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

    8. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

    8.1 Semua SMKA/SABK diminta melaksanakan Program Perdana IhyaRamadhan dengan peruntukan yang diberi.

    8.2 Semua SMKA/SABK diminta memberi keutamaan dalam melaksanakanaktiviti utama Program Ihya Ramadhan.

    8.3 Semua SMKA/SABK disarankan melaksanakan aktiviti elektif programRamadhan mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah.

    9. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN

    9.1 Jawatankuasa Induk

    9.1.1 PengerusiPengetua SMKA/SABK

    9.1.2 Timbalan PengerusiPenolong Kanan Pentadbiran

    9.1.3 Naib Pengerusi 1Penolong Kanan HEM

    9.1.4 Naib Pengerusi 11Penolong Kanan Ko-Kurikulum

    9.1.5 SetiausahaKetua Bidang

    9.1.6 Penolong Setiausaha

    Ketua Panitia Pendidikan Islam

    9.2 Ahli Jawatankuasa

    9.2.1 JK Urusetia9.2.2 JK Protokol dan Sambutan9.2.3 JK Tadarus al-Quran9.2.4 JK Majlis Khatam al-Quran9.2.5 JK Majlis Qiamulail9.2.6 JK Solat Tarawih9.2.7 JK Ceramah Perdana9.2.8 JK Rakaman & Dokumentasi

    9.2.9 JK Pengacaraan dan Bacaan Doa9.2.10 JK Persiapan Dewan dan Khemah

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    6/18

    6

    9.2.11 JK Hiasan Pentas9.2.12 JK Keselamatan dan Kebajikan9.2.13 JK Seranta dan Siaraya9.2.14 JK Jamuan9.2.15 JK Hadiah dan Cenderamata9.2.16 JK Cenderahati9.2.17 JK Risalah dan Broucher9.2.18 JK Pertandingan9.2.19 JK Penyambut Tetamu9.2.20 JK Tugas-Tugas Khas

    10.FAEDAH-FAEDAH YANG DIJANGKA DIPEROLEHI

    10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara wargaSMKA/SABK.

    10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan

    beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga SMKA/SABK kepada orang

    yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam

    slot rawdhtul ilmi seketika bersama ilmuan.10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara

    warga SMKA/SABK.10.6 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga

    Kementerian Pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar di SMKA/SABK.

    11.PENILAIAN

    Dokumentasi dan laporan lengkap pelaksanaan program hendaklah disediakan dandihantar ke:Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia,

    Aras Bawah & Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya, Selangor D.Eu.p (Ustaz Abd Rahman bin Che Soh)@ Emel:[email protected] /[email protected]. : 03-8321 7275 /019-9390400Faks: 03-8321 7293 / 7201 / 7337(Sila rujuk kepada Lampiran 2)

    12. PERKARA YANG DIPOHON

    Bahagian ini memohon semua Pengetua dan warga SMKA/SABK mengambil maklumdan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya RamadhanSMKA/SABK 1435H/2014M.

    Disediakan oleh:

    Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar IslamPengurusan Dakwah dan Syiar Islam

    Bahagian Pendidikan IslamKementerian Pendidikan Malaysia

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    7/18

    7

    Lampiran 1

    KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADHAN

    1. Program Di Ambang Ramadhan

    Tarikh :Ditentukan oleh sekolah

    Tempat :Dewan Besar Sekolah

    Tempoh Masa :30 minit

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK

    Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan

    menambat jiwa raga warga SMKA/SABK rasa seronok untuk beramal ibadatsepanjang Ramadhan.

    2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan danamalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.

    3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk maklumansemua warga SMKA/SABK

    Kaedah Pelaksanaan :1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SABK3. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

    2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf SMKA/SABK

    Tarikh :Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan

    Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan

    dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.

    3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untukdiamalkan dalam kehidupan.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    8/18

    8

    Kaedah Pelaksanaan :1. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh

    urusetia.2. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan3. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator4. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah

    bersama pelajar di Surau.

    3. Tadarrus Al-Quran Pelajar

    Tarikh :Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan

    Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersamakeluarga.

    Sasaran:Pelajar yang tinggal di asrama dan yang tinggal bersama keluarga.

    Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang

    fasilitator atau guru3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk

    diamalkan dalam kehidupan.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.3. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.4. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.5. Selesai tadarrus semua pelajar dikehendaki solat berjemaah di Surau.

    4. Ceramah Perdana / Forum Perdana

    Tarikh:Ditetapkan oleh pihak sekolah

    Masa :2 jam

    Sasaran :Seluruh warga SMKA/SABK

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    9/18

    9

    Objektif :

    Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayatikeberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan.2. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.3. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya

    Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian.4. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. ( ikut kesesuaian pihak

    sekolah )5. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang.6. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :

    a. Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidupb. Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan

    c. Mencontohi Kehidupan Generasi Quranid. Lain-lain tajuk yang sesuai.

    5. Majlis Khatam Al-Quran

    Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah

    Sasaran :Seluruh warga SMKA/SABK

    Objektif :1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di

    bulan mubarak.2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-

    Quran.3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat

    secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.

    2. Pilih pelajar mengikut kelas atau dorm asrama sebagai peserta Khatam al-Quran.3. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dikalangan pelajar Tingkatan 1 yang

    belum pernah Khatam al-Quran.4. Semua warga SMKA/SABK dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.5. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telor

    dan paluan kumpulan kompang.6. Majlis dipimpin oleh guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-

    quran sehingga selesai.7. Bacaan doa khatam dipimpin oleh guru pembimbing.8. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan bunga telor dan bunga

    rampai diedarkan kepada semua hadirin.

    9. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    10/18

    10

    6. Qiamullail

    Tarikh :Sekali setiap cuti hujung minggu

    Tempat :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersamakeluarga.

    Sasaran:Keutamaan Pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersamakeluarga digalakkan terlibat.

    Objektif :

    1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadatqiamullail.

    2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail.3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatui

    Qadr.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk

    2. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail.3. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir.4. Qiamullail diakhiri dengan doa.5. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.

    7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin

    Tarikh :Sepanjang Ramadhan

    Tempat/Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK

    Objektif :Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalanganwarga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untukmereka yang kurang bernasib baik.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    11/18

    11

    Kaedah Pelaksanaan :1. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama

    persekolahan di bulan Ramadhan2. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi

    atau selepas solat.3. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.4. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas5. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh

    Pengetua.

    8. Iftar Jamaie

    Tarikh :Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan

    Tempat/Masa :Ditetapkan oleh pihak urusetia

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK.

    Objektif :1. Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri yang mulia,

    berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalamRamadhan al Mubarak.

    2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam

    bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbangdalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

    Kaedah Pelaksanaan :Pelaksanaannya sempena Program Perdana Ihya Ramadhan.

    9. Banner / Seranta

    Tarikh :

    Akhir Syaaban

    Tempat:Ditetapkan oleh urusetia

    Masa :Sepanjang Ramadhan.

    Objektif :Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    12/18

    12

    Kaedah Pelaksanaan :1. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain

    banner.2. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga

    SMKA/SABK.3. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana

    Ramadhan.

    10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua

    Tarikh :Ditentukan oleh sekolah

    Tempat :Dewan Besar Sekolah

    Tempoh Masa :1 jam

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SMKA

    Objektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat

    sepanjang Ramadhan.2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.

    3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulansyawal.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SMKA.3. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.4. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.

    11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )

    Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK

    Objektif :Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulanRamadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalammengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    13/18

    13

    Kaedah Pelaksanaan :

    1. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik2. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam

    bidang tersebut.

    3. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.

    12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya Ramadhan

    Tarikh/Masa/Tempat :Ditetapkan oleh pihak sekolah

    Sasaran:Seluruh warga SMKA/SABK

    Objektif :1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat.

    2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek.

    Kaedah Pelaksanaan :1. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut

    kesesuaian pihak sekolah.2. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.3. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan

    melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat4. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktifuntuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    14/18

    14

    Lampiran 2

    Contoh Format LaporanProgram Ihya Ramdahan

    SMKA/SABK ___________________Tahun _______

    1. Pengenalan

    Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambahamalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalansunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie,sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya didalam bulan Ramadhan al-Mubarak.

    2. Carta Organisasi

    3. Objektif

    3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia,berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.

    3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan,tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan dll

    4. Aktiviti

    a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan

    (i ) Kelas Tadarrus al-Quran(ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran(iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar

    manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

    b. Aktiviti Elektif

    (i ) Pertandingan hafaz al-Quran(ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

    c. Program Perdana

    5. Data

    ( i ) Tadarrus al-Qurana. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatanb. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll

    ( ii ) Majlis Khatam al-Qurana. Telah diadakan pada 10 Ramadhan 1429Hb. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan dll.

    6. Gambar/ photografi

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    15/18

    15

    Borang Maklum BalasProgram Ihya Ramadhan SMKA/SABK 2014M/1435H

    Nama Sekolah :

    Alamat Sekolah :

    No. Telefon :

    E-mail Sekolah :

    Bil AktivitiTarikh

    PelaksanaanKumpulanSasaran

    JumlahTerlibat

    Cadangan / Komentar

    Tandatangan Pengetua Cop Sekolah

    ( )

    Tarikh : ..

    Nota: Sila isi dan kembalikan sebelum atau pada 30 Ogos 2014ke alamat:Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia,

    Aras Bawah & Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya, Selangor D.Eu.p (Ustaz Abd Rahman bin Che Soh)@ Emel:[email protected] /[email protected]

    Tel. : 03-8321 7275 /019-9390400Faks: 03-8321 7293 / 7201 / 7337

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    16/18

    16

    PANDUAN TUGAS JAWATANKUASAProgram Ihya Ramadhan SMKA/SABK

    1. Setiausaha dan UrusetiaTugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana

    -Mengurus surat menyurat-Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa-Mengadakan raptai

    2. Protokol dan SambutanTugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan pasukan kompang dan silat.- Menguruskan penyediaan bunga manggar, telur, pulut kuning,Roset dan lain-lain yang diperlukan.

    - Memastikan protokol majlis berjalan lancar.

    3. Tadarrus al- QuranTugas - Melantik AJK Kecil

    - Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus.- Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus- Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf- Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.

    4. Majlis Khatam al-QuranTugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran

    - Mengetuai Majlis Khatam al-Quran- Memimpin bacaan doa khatam al-Quran.

    5. Majlis QiamullailTugas - Melantik AJK Kecil

    - Memilih imam Qiamullail- Mengurus dan menyediakan bahan edaran- Menguruskan persiapan majlis

    6. Ceramah Perdana / Forum PerdanaTugas - Melantik AJK Kecil

    -Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum-Menyediakan Pengerusi Forum

    -Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel-Menyediakan tempat forum-Memastikan peralatan yang diperlukan

    7. Rakaman & DokumentasiTugas - Melantik AJK Keci;

    - Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan- Menguruskan petugas photografi- Mengurus dan menyimpan bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.

    8. Pengacaraan dan Bacaan Doa

    Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis- Memimpin bacaan doa

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    17/18

    17

    - Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha- Menyediakan skrip pengacaraan majlis- Melantik juru acara majlis- Memastikan majlis berjalan lancar.

    9. Persiapan Tempat dan KhemahTugas - Melantik AJK Kecil

    -Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan-Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan-Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis-Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis berjalan dan

    mencukupi-Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik

    10. Hiasan PentasTugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan hiasan pentas- Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop )- Hias meja dan tempat duduk VVIP

    11. Keselamatan dan KebajikanTugas

    -Melantik AJK Kecil-Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai.-Mengurus taklimat kepada petugas-Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.

    12. Seranta dan SiarayaTugas - Melantik AJK Kecil

    -Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu-Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu

    13. JamuanTugas - Melantik AJK Kecil

    -Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta-Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan-Menentukan tempat dan bentuk jamuan-Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu

    -Memastikan bekalan jamuan mencukupi-Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ.-Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak

    bertangunggjawab.

    14. Hadiah dan CendermataTugas - Melantikk AJK Kecil

    -Menyediakan cenderamata kepada VVIP-Mengurus door gift kepada tetamu jika disediakan.-Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan pelajar

    sepanjang Ramadhan.-Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel forum-Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

  • 7/23/2019 Panduan Ihya Ramadhan Smka Sabk 2014

    18/18

    18

    15. Bubur Lambuk dan BBQTugas - Melantik AJK Kecil

    - Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan buburlambuk dan BBQ

    - Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk danBBQ

    16. Jemputan dan SambutanTugas - Melantik AJK Kecil

    -Mengurus jemputan Tetamu Kehormat-Menyediakan kad jemputan-Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK Urusetia-Membuat jemputan kepada para tetamu-Mengurus sambutan Tetamu Kehormat-Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat-Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan tempat

    duduk mengikut susun atur keutamaan-Membuat penyelarasan dengan urusetia-Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat-Mengedar Buku Program kepada para jemputan

    17. Risalah dan BrosurTugas - Melantik AJK Kecil

    -Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz-Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja-Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher-Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.

    18. PertandinganTugas - Melantik AJK Kecil

    - Membuat promosi kategori pertandingan- Menyediakan borang penyertaan pertandingan- Melantik hakim setiap pertandingan- Mengurus pemenang setiap pertandingan- Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiappemenang

    19. Penyambut tetamu

    Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan.- Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat dudukyang disediakan

    - Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis.

    20. Tugas-Tugas KhasTugas - Membantu Urusetia dalam melancarkan lagi persiapan dan penyediaan

    majlis.-Membantu melaksanakan tugas-tugas khas.-Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh

    Pengerusi.