kertas kerja pondok pss

5
KERTAS KERJA PONDOK BACAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SK JELAI 3 (F)

Upload: eiza-alias

Post on 21-Jun-2015

4.817 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja pondok pss

KERTAS KERJAPONDOK BACAAN

DISEDIAKAN OLEH:PN. AZIAH BINTI OTHMAN

PENYELARAS PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAHSK JELAI 3 (F)

Page 2: Kertas kerja pondok pss

PUSAT SUMBER SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F)73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJAPONDOK BACAAN

1.0 Nama Program

Pondok Bacaan

2.0 Rasional

Pondok Bacaan adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan bagi mengalakkan murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan. Pondok Bacaan akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi kepustakaan.Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa mengganggu murid yang lain. Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam mereka.

3.0 Objektif.

i. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

ii. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih bersemangat untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.

iii. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.iv. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan

yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan murid.

4.0 Modus Operandi Pondok Bacaan

i. Terbuka kepada semua murid dan guru.ii. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul.iii. Pondok Bacaan diwujudkan di wakaf sebelah kantin sekolah.iv. Para murid bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat

pada pukul 10.10 pagi hingga 11.00 pagi. v. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah

untuk kemudahan murid. vi. Di Pondok Bacaan para murid dibolehkan makan dan minum semasa

mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan.

5.0 Kumpulan Sasaran.

Murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F).

6.0 Tarikh Perlaksanaan

Penggal kedua ( Jun hingga November 2013 )

Page 3: Kertas kerja pondok pss

7.0 Implikasi Kewangan

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)

1 Bakul (6 x RM5) 30.002 Riben 50.003 Kain langsir (8 meter x RM5) 40.004 Cat 50.005 Runcit 30.00

JUMLAH 200.00

8.0 Sumber kewangan

Peruntukan PSS RM 50.00Keperluan pembiayaan/sumbangan RM150.00

RM200.00

9.0 Pelaksanaan

Pengerusi : En. Adam Bin Hj. Omar, Guru Besar

Naib Pengerusi : En. Zahari Bin Hj. Mokhtar, GPK 1

Penyelaras : Pn. Aziah Binti Othman

Setiausaha : Pn. Zaini Binti Ramli

AJK : Pn. Samsila Binti Sulaiman

Pn. Maziah Binti Malek

Pengawas Perpustakaan SK Jelai 3 (F)

i. AJK guru akan memastikan persiapan Pondok Bacaan dan perjalanan program berjalan seperti yang dirancang.

ii. AJK murid akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

iii. Tugas AJK merangkumi membawa bahan bacaan ke pondok bacaan dan merekodkan penggunaan bahan bacaan kedalam fail yang disediakan.

10.0 Penutup

Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……….……………………………………….

Page 4: Kertas kerja pondok pss

Pn. Aziah Binti OthmanGuru Perpustakaan & MediaSK Jelai 3 (F)

REKOD PENGGUNAAN BAHAN BACAANPROGRAM PONDOK BACAAN

SK JELAI 3 (F)

BULAN : _________________________

NO TARIKH BILANGAN BAHAN

BILANGAN PENGGUNA

PENGAWAS BERTUGAS