kertas kerja pmd 2015

21
SEKOLAH KEBANGSAAN (DUA) TENGKU BENDAHARA AZMAN LORONG SABAH, PANDAMARAN 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR MODUL PROGRAM MAJU DIRI TAHAP 2 2015 DISEDIAKAN OLEH: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN

Upload: noor-hidayu-buliami

Post on 18-Sep-2015

299 views

Category:

Documents


45 download

DESCRIPTION

pmd

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN (DUA) TENGKU BENDAHARA AZMANLORONG SABAH, PANDAMARAN42000 PELABUHAN KLANG, SELANGORMODUL PROGRAM MAJU DIRITAHAP 2 2015DISEDIAKAN OLEH:UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN

PROGRAM MAJU DIRI 20151.0TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid terutama murid Tahap 2 untuk bersedia kea rah strategi pembelajaran terarah UPSR agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini. Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran S.K. (2) Tengku Bendahara Azman untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada murid-murid di samping meningkatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam sahsiah dan akademik 2015.

2.0 PENGENALAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar di Tahap 2 sahaja. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Program Maju Diri (PMD) perlu diadakan bagi memastikan murid-murid bersedia ke arah pembelajaran kendiri dan terarah UPSR.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Afektif:Menjadikan Program Maju Diri (PMD) ini sebagai batu loncatan kepada murid untuk memberikan kesedaran pelajaran sangat penting untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam hidup serta dapat menjamin kelangsungan hidup.

3.2 Kognitif:Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi peperiksaan dan kehidupan sebagai murid cemerlang dengan tenang dan bersemangat.

3.3 Psikomotor:Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 13 hingga 15 Januari 2015Hari: Selasa hingga Khamis Tempat Program : Dewan SK (2) Tengku Bendahara Azman

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN 5.1 Bina kertas kerja 5.2 Perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kerja 5.3 Perlaksanaan program 5.4 Post Mortem dan Penyediaan laporan 5.5 Hantar laporan ke pejabat.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)6.2 Aktiviti Hands On6.3 Pembentangan

7.0 SENARAI GURU TERLIBAT

7.1 Guru Besar SK (2) Tengku Bendahara Azman7.2 Semua Guru SK (2) Tengku Bendahara Azman7.3 Semua fasilitator

8.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

8.1 Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6

9.0TENTATIF PROGRAM

HARI/ MASA12.40 1.101.10 1.401.40 2.102.10 2.402.40 3.103.10 3.303.30 4.004.00 4.304.30 5.005.00 5.305.30 6.006.00 6.30

ISNINRPER

SELASAICE BREAKING(MODUL SEMUT GILA)EPEMBENTUKAN KUMPULAN(AGIH KUMPULAN, MENCIPTA BENDERA, LOGO, LAGU KUMPULAN DAN SESI PEMBENTANGAN)

RABUSI BUTA SAYANG(AKTIVITI LDK)HPERMAINAN PEKAENGINEERING GAMES(PARACHUTING EGGS)

KHAMISTERBANG JAUHASESI MOTIVASI DAN TAYANGAN VIDEOBULAN-BULAN KELAHIRAN

JUMAATT

10.0JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA INDUKPROGRAM MAJU DIRI TAHAP DUA 2015PENGERUSIHJ MOHSIN B. MOHD AMINGURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1

PN.NORHASHIMAH BT ADNANGPK HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI 2

PN. SURAYA BT GHAZALIGPK KURIKULUM

NAIB PENGERUSI 3

EN. TAN ENG MOOGPK KOKURIKULUM

SETIAUSAHA

PN. NOOR HAYATI BT HARUNGURU BIMBINGAN & KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA

AJK BIMBINGAN & KAUNSELINGDANSEMUA GURU TAHAP DUA

11.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN BELANJAWAN11.1 Sumber KewanganBILSUMBERJUMLAH

1PERUNTUKAN PCG KAUNSELINGRM 210.00

JUMLAHRM 210.00

11.2Anggaran PerbelanjaanBILPERKARAKUANTITIJUMLAH

1Kain putih10 meterRM40.00

2Gula-gula1 balangRM10.00

3Batang Mop10 batangRM10.00

4Kertas A4 1 RimRM10.00

5Marker Pen Permanent 4 Warna10 RM35.00

6Masking Tape10RM25.00

7Kertas Mahjong30 helaiRM10.00

8Tali20 MeterRM16.00

9Telur10 bijiRM 4.00

10Hamper (Kumpulan)1RM50.00

11RM210.00

Disediakan oleh :Disemak oleh:Disahkan dan diluluskan oleh :

Noor Hidayu bt BuliamiNoor Hayati bt HarunHaji Mohsin b Mohd AminPengarah Program Guru KaunselingGuru BesarMotivasi Pelajar 2015SK (2) Tengku Bendahara AzmanMODUL 1 - SEMUT GILAMasa : 1 jam 15 minitSesi : Ice Breaking (1.30 3.10 petang)Objektif :1. Memberi peluang kepada guru dan murid untuk mengenali antara satu sama lain.2. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan murid lain.3. Peka dan fokus dalam melaksanakan aktiviti Alatan :Gula-gula (mengikut bilangan murid), kotak (di belakang ditulis GULA-GULA INI BERACUN), plastik, wisel.PELAKSANAAN:1. Fasilitator memasukkan gula-gula mengikut bilangan peserta ke dalam plastik dan meletakkan ke dalam kotak tisu.2. Apabila wisel dibunyikan setiap peserta diminta mengambil sebiji gula-gula.(peserta akan berebut untuk mendapatkan gula-gula)3. Fasilitator membuat kesimpulan mengapa mesti berebut sedangkan bilangan gula-gula cukup untuk setiap orang.Apabila berebut, plastik koyak, kotak rosak dan kerusi hampir patah.4. Kemudian, peserta dikehendaki memilih pasangan mereka, dan fasilitator meminta mereka menyuapkan gula-gula tersebut kepada pasangan mereka. 5.Setelah itu, fasilitator menunjukkan kotak itu yg tercatat Gula-gula ini beracun. 6. Fasilitator membuat kesimpulan mengapa sanggup memberi racun kepada sahabat mereka? 7.Fasilitator menggambarkan seperti berikut:Kotak: Harapan PelajarPlastik=Hati Mak AyahKerusi= Masa depan PelajarGula-Gula= keseronokkan bermain sehingga mengabaikan pelajaran

Fasilitatator membuat kesimpulan bahawa jangan hanya terlalu mengejar keseronokan sehingga abaikan perkara lain.MODUL 2 SESI SUAI KENAL & PEMBENTUKAN KUMPULANMasa : 2 jam 25 minitSesi : SESI KEDUA (3.30 6.30 Petang)Objektif :1. Memberi keyakinan kepada murid-murid agar berani meyampaikan idea di hadapan rakan yang lain.2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli kumpulan.3. Memupuk perasaan perasaan percaya di antara ahli-ahli kumpulan.4. Meyemai sifat tolenransi di antara ahli kumpulan.5. Membentuk talian komunikasi yang berkesan sesama ahli kumpulan.Peralatan:1. Kain putih (2 x 2)2. Marker pen Permanent ( 4 warna bagi setiap ahli kumpulan: merah, hitam, biru dan hijau)3. Kertas Mahjong (3 helai untuk setiap kumpulan)4. Batang Mop (kayu) sebatang setiap kumpulanTenaga Kerja:Fasilitator Setiap KumpulanPelaksanaan:1. Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing di mana seorang guru akan ditugaskan menjadi fasilitator bagi setiap kumpulan.2. Setiap kumpulan akan diberi masa 30 minit untuk menyiapkan:a. Nama kumpulan serta melantik Ketua Kumpulan dan Penolong Ketua Kumpulan.b. Bendera kumpulan dilukis di atas kain yang diberi dengan menggunakan pen marker.Bendera kumpulan mengandungi logo kumpulan, nama kumpulan dan motto kumpulan.c. Motto dan logo sekolah TBA2 masing-masing ditulis/dilukis di atas kertas berdasarkan daya kreativiti masing-masing.d. Lagu kumpulan dicipta dan ditulis di atas kertas mahjong.e. Setiap kumpulan akan membuat penerangan dan taklimat mengenai bendera, logo dan motto kumpulan masing-masing serta mendendangkan lagu kumpulan di hadapan kumpulan yang lain.

Pembahagian Masa : Pembahagian kumpulan : 20 minitSesi suai kenal :15 minitMembuat bendera, motto dan lagu:20 minitPembentangan oleh setiap kumpulan (5 minit): 50 minitSesi soal jawab (3 minit):30 minitPenggulungan:10 minit3. Ketua Fasilitator akan membuat sesi penggulungan.

MODUL 3 SI BUTA SAYANGModul 3 : SI BUTA SAYANG Masa : 1 jam (1.40 3.10 Petang)

Objektif :1. Memupuk ciri-ciri pemimpin dalam diri murid2. Menyemai rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang dipimpin

Alatan : Kain tutup mata

Langkah-langkah:

1. Lantik seorang ketua dan seorang pemerhati (Fasilitator).

2. Tutup mata ahli-ahli lain dalam kumpulan (kecuali ketua).

3. Ketua kumpulan diarahkan untuk membawa ahli-ahlinya yang buta ke suatu destinasi yang tertentu.

4. Hanya arahan verbal sahaja dibenarkan. Cara memimpin terpulang kepada kebijaksanaan ketua.

5. Apabila balik, ketua diminta menutup mata juga dan seorang ketua baru dilantik untuk memimpin ahli-ahli balik.

6. Pemerhati dikehendaki memerhatikan apa yang berlaku dan akan membuat laporan apabila diminta.

Perbincangan : Pengalaman setiap ahli dalam aktiviti ini.

Pengajaran :

1. Penting untuk mematuhi arahan ketua.

2. Arahan pemimpin hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami.

3. Seorang pemimpin yang berkesan harus jujur, ikhlas dan amanah tanpa mengambil kesempatan kelemahan orang yang dipimpin.

4. Seorang pemimpin perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap ahli-ahli yang dipimpinnya.

5. Kepimpinan kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

6. Adalah penting untuk pemimpin mendapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum membuat keputusan untuk bergerak.

MODUL 4 PERMAINAN PEKAModul 4 :AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)Masa :1 jam (3.30 4.30 Petang)

Objektif:1. Mengetahui dengan terperinci masalah/situasi yang diberikan2. Menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan masalah3. Tidak terlalu ghairah untuk menyelesaikan masalah4. Membuat perancangan yang teliti sebelum bertindak

Alatan:Satu set soalan (Lampiran 1)

Tenaga Kerja :Semua fasilitator (guru)

Pelaksanaan:1. Murid diminta masuk ke dalam dewan dan duduk mengikut kumpulan masing-masing.2. Murid disusun supaya mereka berada dalam keadaan untuk mengambil peperiksaan.3. Edarkan kertas soalan dan minta supaya murid tidak bercakap atau berbincang di antara satu sama lain.4. Murid diminta untuk menyelesaikan setiap soalan dalam masa 10 minit.5. Penerangan akan diberikan oleh seorang koordinator.

LAMPIRAN 1

SILA GUNAKAN PENSEL UNTUK MENJAWAB SOALAN DI BAWAH.

Arahan am:Setiap soalan diperuntukkan 3 markah. Anda diberikan masa 15 minit sahaja untuk menjawab semua soalan.No. SoalanSoalanJawapan

1Eja nama anda secara terbalik

2Berapa bilangan gigi anda sekarang?

3Cari hasil tambah di antara 4, 444 dan 5,555

4Senaraikan 3 warna kegemaran andai. ..................................ii. ..................................iii. ..................................

5Berapakah tinggi anda?

6Nyatakan nama guru kesayangan kamu.

7Nyatakan haiwan peliharaan yang menjadi agen penyiasat dalam cerita Phineas and Ferb.

8Tuliskan lima Rukun Islam (bagi murid Islam)Tuliskan lima Rukun Negara (bagi murid bukan Islam)

i. ....................................................ii. ....................................................iii. ....................................................iv. ....................................................v. ....................................................

9Dapatkan tandatangan dua orang guru anda.i. ....................................................ii. ....................................................

10Untuk semua soalan, anda dikehendaki menjawab soalan 5, 8 dan 11 sahaja

11Setelah selesai menjawab soalan-soalan 5, 8 dan 11 jerit ....Horey!!!!

12Lengkapkan peribahasa Inggeris di bawah:Time and tide ...............................

MODUL 5 ENGINEERING GAMESModul 5:AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)Tajuk:Parachuting Eggs dan Menara TegarMasa :1 jam (3.30 4.30 Petang)

Objektif :1. Membentuk pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.2. Melahirkan semangat setiakawan dan kerjasama yang utuh di kalangan ahli kumpulan.3. Mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

PARACHUTING EGGSAlatan:Kertas mahjong (3 helai), tali (1 meter), pita pelekat, telur (1 biji)Pelaksanaan:1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 helai kertas mahjong, satu meter tali dan pita pelekat.2. Ketua fasilitator mengarahkan agar setiap kumpulan membuat satu rekaan yang boleh menurunkan telur setinggi 20 kaki tanpa pecah.3. Pemenang dinilai berdasarkan kepada ketahanan parachute tersebut dan kreativiti para peserta.4. Masa diberikan selama 30 minit.

MENARA TEGARAlatan:Straw, surat khabar lama, kotak (1 bagi setiap kumpulan), masking tapePelaksanaan:1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan senaskah surat khabar lama, sebuah kotak, straw dan masking tape.2. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu struktur yang paling kukuh dan paling tinggi dalam masa 10 minit.3. Pemenang ditentukan berdasarkan binaan yang paling teguh dan paling tinggi dengan mengunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan.

MODUL 6 TERBANG JAUHModul 6:AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)Tajuk:TERBANG JAUHMasa :1 jam 30 minit (1.30 3.10 Petang)

Aktiviti: Modul kapal terbangObjektif: 1.Menerangkan pelbagai cara untuk mencapai sesuatu matlamat2. Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar dalam menghasilkan sesuatu model.Alatan: -Kertas -Lagu Westlife I have a dreamMasa: 45 minitProsedur: 1. Pelajar menulis 5 impian mereka pada sehelai kertas.2. pelajar-pelajar diberikan masa 10 minit untuk mereka bentuk kapal terbang secara individu mengikut pemikiran kreatif setiap pelajar.2. Fasilitator akan meminta pelajar-pelajar untuk melancarkan kapal Terbang masing-masing, tetapi hendaklah tidak melepasi tali putih.3. Pelajar yang paling berjaya mendaratkan kapal terbang paling jauh diumumkan sebagai pemenang.Perbincangan: 1. Terdapat 99 cara untuk mencapai matlamat, jadi terserah kepada pelajarbagi menentukan kaedah yang bersesuaian dengan diri mereka supaya berjaya.2. Orang yang pandai mencari jalan, manakala orang yang bodoh mencari alasan.

MODUL 7 MOTIVASI DIRIModul 7:AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)Tajuk:MOTIVASIMasa :2 jam 30 minit (3.30 6.30 Petang)

Alatan :Video motivasi Nick Vujijic dan Basketball GirlLagu D Masiv Jangan Menyerah

Objektif:1. Jangan melihat kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya2. Meneroka kelebihan diri yang ada pada mereka3. Menanam kepentingan menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pelaksanaan:1. Murid menonton video Nick Vujijic dan Basketball Girl.2. Di dalam kumpulan LDK, Fasilitator bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah mereka peroleh daripada video yang telah ditonton sebentar tadi.3. Fasilitator membuat kesimpulan bahawa tiada impian yang tidak akan tertunai jika diiringi dengan usaha yang tidak mengenal erti jemu.4. Murid juga patut bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dikecapi mereka dan mereka perlu merebut peluang yang ada untuk terus berjaya.5. Fasilitator menyedarkan murid tentang kepentingan menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan bangsa.