kertas kerja plc_2016.pdf

Upload: azizah-abdullah

Post on 24-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kertas Kerja PLC_2016.pdf

    1/2

    KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DI

    SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAHUN 2016

    1.0 PENGENALAN

    Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara majuadalah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan

    pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Pelbagai aktiviti

    dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh

    masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya adalah pengajaran

    bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson

    demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support

    system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar

    sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).Lesson

    Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara

    kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.

    Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, penswastaan amalan yang

    dicadangkan untuk diamalkan di sekolah-sekolah adalah Belajar

    Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study), Belajar Secara

    Berjalan (Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya Guru/Pembimbing Instruksi

    (Peer Coaching/Instructional Coaches) dan Sesi Perkongsian Guru (Teacher

    Sharing Sessions).

    Program ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Kualiti Guru (TQI) yang

    telah dipertanggungjawabkan pelaksanaannya kepada Bahagian PendidikanGuru (BPG). Pelaksanaan program ini terus diperkembangkan selari dengan

    keperluan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CDP) yang perlu dikuasai

    oleh para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

    2.0 RASIONAL

    Pelaksanaan program ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru

    kepada nilai tambah untuk meningkatkan prestasi panitia, pembelajaran dan

    pengajaran guru-guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolahdalam peperiksaan awam serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.

  • 7/25/2019 Kertas Kerja PLC_2016.pdf

    2/2

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru

    3.2 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran

    dan bekerjasama dalam kalangan guru

    3.3 Mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru panitia3.4 Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk

    membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus mata

    pelajaran yang lain yang bertindak sebagai coaching partnership

    3.5 Mempopular dan membudayakan PLC sebagai strategi pelaksanaan

    kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di

    sekolah

    4.0 KUMPULAN SASAR

    4.1 Semua guru panitia mata pelajaran peperiksaan dan bukan peperiksaan.

    5.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

    5.1 Rujuk Lampiran 1

    6.0 PENUTUP

    Pelaksanaan PLC di sekolah-sekolah menerusi kesepaduan 3 prinsip asas dan 6dimensi dalam program ini diharapkan dapat memperlihatkan anjakan

    pradigma yang menyentuh kepada budaya guru bekerja secara menyendiri

    berubah kepada budaya kerja kolaboratif dalam usaha mencapai

    kecemerlangan akademik para pelajar.