kertas kerja pertandingan bowling

5
TARIKH: 13 JULAI 2011 (RABU) TEMPAT: OLE-OLE SUPERBOWL LANDMARK CENTER,KULIM ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN KHAS SK SELAMA

Upload: ai-jay

Post on 04-Aug-2015

845 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Bowling

TARIKH:

13 JULAI 2011 (RABU)

TEMPAT:

OLE-OLE SUPERBOWL LANDMARK CENTER,KULIM

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN KHAS SK SELAMA

PENGENALAN

Pertandingan bowling dalam Program Pendidikan Khas merupakan satu aktiviti riadah

dan rekreasi yang boleh menggembirakan peserta. Disamping itu pertandingan ini dapat

mencungkil bakat-bakat baru dalam diri insan –insan yang pada asalnya mempunyai

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Bowling

sikap rendah diri. Walaupun keupayaan mereka tidak setanding insan normal tetapi

kebolehan mereka tidak harus diperkecilkan kerana mereka masih mempunyai sisa-sisa

tenaga untuk dicurahkan dan ditunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka juga boleh

mencuba seperti insan yang lain. Justeru itu pertandingan bowling ini dilaksanakan untuk

mereka bergembira bersama-sama dengan masyarakat dipersekitaran mereka.

MATLAMAT :

Aktiviti yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membina kecerdasan fizikal dengan

melibatkan diri secara aktif mengikut kebolehan dan kemampuan diri pelajar. Kemahiran

yang diajar juga dapat membantu murid membentuk keyakinan diri, semangat kerjasama

dan meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

OBJEKTIF:

Pada akhir program ini murid boleh :

a. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan.

b. Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani.

c. Mewujudkan semangat bekerjasama.

d. Melahirkan sifat-sifat berdaya saing.

e. Membentuk keyakinan diri.

f. Berdisiplin.

RASIONAL:

Terapi Bowling merupakan satu kemahiran yang terdapat dalam Sukatan Matapelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Khas dan sewajarnya ia perlu dikuasai oleh murid-murid walaupun memerlukan jangka masa yang panjang

TARIKH PERLAKSANAAN:

17 Oktober 2012

TEMPAT

Ole-Ole Superbowl Giant Landmark Centre,Kulim

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Bowling

JANGKAMASA

8.30 pagi – 1.00 tengahari

KUMPULAN SASARAN:

Murid pendidikan Khas Daerah Kulim Bandar Baharu

Guru-Guru dan Pembantu pengurusan Murid

PELAKSANA:

Panitia Pendidikan Khas SK Sungai Kob

STRATEGI:

Bagi menjayakan program ini, beberapa strategi telah diatur iaitu:

1. Perbincangan bersama-sama AJK program.

2. Melantik jawatankuasa terlibat

3. Perancangan aktiviti secara terperinci.

4. Menjalankan aktiviti mengikut perancangan

PIHAK YANG TERLIBAT

Semua guru Pendidikan Khas : 2 orangSemua murid Pendidikan Khas : 10 orang

JUMLAH : 12 orang

PERBELANJAAN

Bil Perkara RM1 Sewa Gelanggang RM 5 x 20 100.001 Hadiah Penyertaan RM 8 x 20 Orang

Kumpulan RM 15 x 4 OrangIndividu RM 40 x 2 Orang

120.0060.0080.00

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Bowling

2 Makan

Tengah hari RM 12 x 20 Orang 240.00JUMLAH RM 600.00

TENTATIF PROGRAM

8.00 - 9.00 pagi : Sarapan pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Kob.

9.00 - 9.30 pagi : Bertolak ke Pusat Bowling Giant Kulim

9.30 - 9.45 pagi : Pembahagian kumpulan

9.45 -11.30 pagi : Pertandingan Bowling

11.30-12.30 t/hari : Penyampaian hadiah

Makan tengah hari

12.30-1.00 petang : Bertolak pulang ke sekolah

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………… ……………………..

(Nurul Izzati binti Ismail) (Zakaria bin Mohamad)

Setiausaha Penyelaras

Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas

Integrasi

Disahkan oleh:

………………………….

(Pn Wan Soraiya binti Wan Yahaya)

Pengerusi PIBG

SK Sungai Kob