kertas kerja pertandingan

12
KERTAS KERJA PERTANDINGAN “MENJANA MINDA KREATIF” ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK. SRI PETALING DENGAN KERJASAMA : UNIT HAL EHWAL MURID TARIKH : 17 JULAI 2012 TEMPAT : SK. SRI PETALING 1

Upload: intan-meeyor

Post on 25-Jul-2015

136 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN “MENJANA MINDA KREATIF”

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SK. SRI PETALING

DENGAN KERJASAMA :

UNIT HAL EHWAL MURID

TARIKH :

17 JULAI 2012

TEMPAT :

SK. SRI PETALING

KERTAS KERJA PERTANDINGAN “MENJANA MINDA KREATIF”

1

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan dan dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan

daripada pihak Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Petaling supaya mendapat kelulusan

daripada pihak tuan untuk melaksanakan pertandingan menjana minda kreatif di kelas bersama-

sama dengan murid-murid di Sekolah Kebangasaan Sri Petaling.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk memperolehi pengalaman

dalam pengelolaan aktiviti serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dalam

penganjuran,

2.2 Mengeratkan silaturahim guru pelatih dengan warga sekolah atau antara guru pelatih

dengan murid-murid sekolah rendah.

2.3 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperkenalkan pelbagai jenis

aktiviti yang menjana kreativiti kepada murid-murid.

2.4 Guru pelatih dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan,

bekerjasama, daya saing yang sihat dan kebolehan memimpin pasukan dalam

diri pelajar.

2.5 Para guru pelatih dapat menimba ilmu dari pelbagai sumber untuk mencipta satu

pertandingan menjana kreativiti yang sesuai dengan tahap murid yang dipilih.

2.6 Peluang yang baik untuk mencungkil bakat terpendam dan menjana kreativiti

dalam kalangan murid-murid.

3.0 CADANGAN BUTIRAN PERTANDINGAN

Untuk mencapai dan merealisasikan pengelolaan aktiviti pertandingan “Menjana Minda

Kreatif” dengan kerjasama pihak sekolah SK Sri Petaling mengiku ketetapan berikut:

4.0 TARIKH :

17 Julai 2012

2

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan

5.0 HARI :

Selasa

6.0 KUMPULAN SASARAN :

Murid-murid tahun 4 dan 5

7.0 TEMPAT :

Bilik Darjah Sekolah Kebangsaan Sri Petaling

8.0 JUMLAH GURU TERLIBAT:

Semua guru Sk. Sri Petaling

9.0 PROGRAM TENTATIF DAN MODUL :

( Rujuk Lampiran 1 & Lampiran 2 )

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

( Rujuk Lampiran 3 )

3

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan

11.0 JAWATANKUASA INDUK PENGELOLAAN PERTANDINGAN SENI

JAWATANKUASA INDUK PENGELOLAAN PERTANDINGAN

“MENJANA MINDA KREATIF ”

SK. SRI PETALING 2012.

Pengerusi : Pn. Anum Zakiah binti Haji Gam ( Guru Besar )

Naib Pengerusi : Pn. Pauline Tan ( PK Kokurikulum )

Pn. Roshima binti Ibrahim ( PK Hem )

Pn. Che Masni binti Shaari ( PK Kurikulum )

Pn. Chee Yit Ling ( PK Petang )

Setiausaha : Cik Siti Norwani binti Haris Fathillah

Bendahari : Cik Siti Norwani binti Haris Fathillah

Surat Menyurat : Cik Jamie Lai Pei Wen

Kertas Kerja : Cik Jamie Lai Pei Wen

Displin : En. Md Razman bin Samaon

Hadiah : Cik Siti Norfadhilah binti Mior Pendawa

Cik Jamie Lai Pei Wen

Dokumentasi : Cik Siti Norfadhilah Binti Mior Pendawa

Cik Jamie Lai Pei Wen

4

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar pengelolaan pertandingan menjana minda kreatif dirancang dapat

dijalankan dengan lancar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, mengembangkan daya

kreativiti murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok. Sokongan sepenuhnya

daripada pihak pengurusan dan semua guru diharapkan agar semua objektif dan matlamatnya

tercapai. Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Disediakan oleh,

(JAMIE LAI PEI WEN)

Pengelola,

Pertandingan “Menjana Minda Kreatif”,

Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.

Disemak oleh,

( PN PAULINE LAI CHOY LIAN )

Penolong Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Sri Petaling.

5

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan

LAMPIRAN 1

PROGRAM TENTATIF

TARIKH MASA TAHUN 4 TAHUN 5

17 Julai

2012

10.00 am – 10.30 am - Taklimat ringkas (Guru)

berkaitan aktiviti kolaj

- Persediaan bahan

-Taklimat ringkas (Guru)

berkaitan aktiviti “great

egg drop”

-Pembahagian kumpulan

dan persediaan bahan

10.30 – 12.30 tengah

hari

- Aktiviti dijalankan

berdasarkan modul

- Aktiviti dijalankan

berdasarkan modul

12.30 – 12.40 tengah

hari

- Guru memungut hasil kerja

murid dan memilih pemenang

-Guru memungut hasil

kerja murid dan memilih

pemenang

6

Page 7: Kertas Kerja Pertandingan

LAMPIRAN 2

MODUL TAHUN 4: (Kolaj Hidupan Laut)

Arahan

1) Guru menerangkan tema aktiviti kolaj bertemakan Hidupan Laut.

2) Murid boleh menghasilkan lukisan berdasarkan tema yang diberi.

3) Kertas warna,kulit majalah, kertas surat khabar atau apa-apa bahan lain yang digunakan

boleh dikoyak atau digunting sebelum ditampal pada lukisan mengikut kreativiti murid.

4) Murid diberi masa selama 2 jam untuk menyelesaikan tugasan.

5) Guru akan memungut hasil kerja murid dan memilih seorang pemenang.

6) Pemenang dipilih berdasarkan hasil kerja yang sesuai dengan tema, kreativiti murid dan

kesesuaian warna yang digunakan.

7

Page 8: Kertas Kerja Pertandingan

MODUL TAHUN 5 ( AKTIVITI “GREAT EGG DROP” )

“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu

aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya

adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli

setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi

menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.

Arahan :

1) Guru meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

2) Guru memberikan arahan kepada setiap kumpulan untuk mereka cipta sebuah menara di

mana menara tersebut mampu mencegah telur daripada pecah .

3) Telur mestilah berada di bahagian paling atas pada replika yang dibina.

4) Tinggi replika menara mestilah tidak kurang dari 60 cm.

5) Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk berbincang mengenai bahan yang

akan digunakan dan reka bentuk menara yang akan dibina.

6) Selepas 20 minit, setiap kumpulan boleh memulakan aktiviti membina menara. Murid-murid

dibenarkan untuk mengunakan bahan tambahan dari luar dalam proses pembinaan.

7) Guru memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (1 jam 40 minit)

8) Setelah masa tamat, guru akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap

kumpulan..

9) Guru akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.

10) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.

8

Page 9: Kertas Kerja Pertandingan

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN

GURU PELATIH RM 40.00

Jumlah RM 40.00

PERBELANJAAN

HADIAH

RM 40.00

Jumlah RM 40.00

9