kertas kerja perkhemahan sk sungala ( sponsor proton)

10
03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO] SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA 71050 SIRUSA, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA TEMPAT : AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA , PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN TARIKH : 12 – 13 NOVEMBER 2010

Upload: norazliana-nadri

Post on 29-Jun-2015

289 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA

71050 SIRUSA, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN

BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA

TEMPAT :

AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA ,

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TARIKH :

12 – 13 NOVEMBER 2010

ANJURAN:

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA,

SIRUSA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Page 2: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

MENGADAKAN PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA, PORT DICKSON

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan

oleh Sekolah Kebangsaan Sungala, SiRusa, Port Dickson. Program ini akan

disertai oleh ahli – ahli setiap badan-badan unit beruniform Sekolah Kebangsaan

Sungala, SiRusa, Port Dickson. Ia akan diadakan di Akademi Pembangunan

Belia Malaysia ( APBM ), Port Dickson, Negeri Sembilan pada 12 hingga 13

November 2010. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang

kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk

menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan

yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini

diharap dapat menyerlahkan potensi individu agar dapat dijadikan bekalan oleh

mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan

dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk

meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam

diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran

yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk

Page 3: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal

insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai

program perkhemahan.

3.2 Membentuk murid - murid yang mampu berdikari dan menyesuaikan

diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih murid - murid untuk memupuk sikap bertolak ansur,

bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

3.5 Melahirkan murid - murid yang berupaya menyerlahkan potensi diri

dan bakat terpendam semasa mereka menyertai aktiviti dalam

kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan murid - murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 12 – 13 November 2010 iaitu pada hari

Jumaat sehingga hari Sabtu.

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

Page 4: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Akademi Pembangunan Belia

Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan ;

5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi persisiran pantai

yang sesuai untuk aktiviti.

5.2 Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana.

5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.

5.4 Kedudukan berdekatan dengan perkampungan nelayan tetapi sedikit

jauh dari kawasan tumpuan pelancong.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh En. Mahadi bin Hj.

Majid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungala dalam Majlis Perasmian

Penutup Perkhemahan Tahunan. Ia akan berlangsung di dewan yang disediakan

berdekatan dengan tapak perkhemahan.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 100 orang (pelajar Tahun 4, 5 dan Tahun 6)

7.2 Jumlah fasilitator : 27 orang

Page 5: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Mahadi bin Majid ( Guru Besar )

: En. Bahrudin bin Hj. Yusoff ( YDP PIBG )

Pengerusi : Pn. Zuraidah binti Ahmad ( GPK Kokurikulum )

Naib pengerusi : En. Abdullah bin Udin ( GPK 1 )

: Pn. Fatimah binti Ismail ( GPK HEM )

Setiausaha : Pn. Norazliana binti Nadri

Bendahari : Pn. Zuraini binti Che Yang

Kem Komandan : En. Mohd. Affandi bin Samsudin

AHLI JAWATANKUASA

Pengakap : Pn. Raikhan binti Mustapha

Pers. Bulan Sabit Merah : Pn. Norasyikin binti Othman

Tunas Puteri : Cik Idliana binti Ahmad

Ketua fasilitator : En. Mohd. Bahudin bin Md. Sharif

Fasilitator : (i) En. Mohd. Fadzli bin Mohd. Ali

(ii) En. Izwan Nizam bin Mohd. Baroja

(iii) En. Mustalmizan bin Wan Mustapha

(iv) Pn. Norazliana binti Nadri

AJK Makan/ minum : Pn. Zaiti binti Md. Akil

AJK Kerohanian : En. Mohd. Fadzli bin Mohd. Ali

AJK Hadiah dan Sijil : Pn. Noor Munirah binti Hasan

AJK Disiplin : Pn. Putri Yatimah binti Megat Yahaya

AJK Kebajikan : Pn. Roslinda binti Mohd. Kamel

AJK Dokumentasi : Pn. Faridah Mansor

Page 6: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Baju perkhemahan bersepadu 110 orang x RM 15 1650.00

2 Cenderahati perasmi 1orang X RM 50 50.00

3 Hadiah 10 buah X RM 20 200.00

4 Makan/ minum ( 5 kali ) 110 orang X RM 18 1,980.00

5 Penginapan peserta ( 1 hari ) 100 orang x RM 7 700.00

6 Penginapan fasilitator 10 orang x RM 10 100.00

7 Dobi 110 orang x RM 5 550.00

8 Rencam (belanja tak terduga) 100 orang X RM 4 400.00

Jumlah 5,630.00

Page 7: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

03 OGOS 2010 [KERTAS KERJA GERKO]

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam

aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian

mereka demi untuk melahirkan modal insan yang menyeluruh seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, kerjasama daripada pihak

Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

..............................................

( Pn. Norazliana binti Nadri )

Setiausaha Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Sungala,

71050 SiRusa, Port Dickson,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Diluluskan oleh,

.......................................

( En. Mahadi bin Majid )

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungala,

71050 SiRusa, Port Dickson,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Page 8: Kertas Kerja perkhemahan SK SUNGALA ( sponsor  proton)

LAMPIRAN 1

JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN

BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA, SIRUSA, PORT DICKSON

MASA06.00 –

08.00

08.00 –

10.00

10.00 -

10.30

10.30 –

12.30

12.30 –

2.00

02.00 –

04.00

04.00 –

06.00

06.00 –

08.00

08.00 –

11.00

11.00 –

12.00

JUMAAT

12/11/ 2010

BERTOLAK

DARI SK

SUNGALA

KE APBM

TAKLIMAT

& KRAF

PERKHE-

MAHAN

PENGURU-

SAN DIRI,

SOLAT &

TAZKIRAH

PERSEM-

BAHAN

KEBUDA-

YAAN &

BBQ

‘NIGHT

WALK’

SABTU

13/11/2010

PENGURU-

SAN DIRI,

SOLAT,

SENAMAN

PAGI &

SARAPAN

PAGI

FLYING

FOX &

IKATAN

MINUM

PAGI

PERASMIAN

PENUTUP

DAN

PENYAMPAI

HADIAH

DAN SIJIL

MAKAN

TENGAHARI

& BERSIAP

UNTUK

PULANG

PULANG

KE SK

SUNGALA