kertas kerja pengurusan jenazah

6
SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA’IDIYYAH KERTAS KERJA PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN PANITIA DINIYYAH DAN SPPIM 2012 DISEDIAKAN OLEH PANITIA DINIYYAH SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA’IDIYYAH

Upload: fazilah-bt-mohd-reba

Post on 01-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

belajar cara buat kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pengurusan Jenazah

SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA’IDIYYAH

KERTAS KERJA PENGURUSAN JENAZAH

ANJURAN

PANITIA DINIYYAH DAN SPPIM 2012

DISEDIAKAN OLEH

PANITIA DINIYYAHSEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA’IDIYYAH

Page 2: Kertas Kerja Pengurusan Jenazah

1. MUQADDIMAHPengurusan jenazah adalah fardu kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam.Perkara ini tidak hanya boleh diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.Dengan kesedaran inilah Unit SPIS Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah bersama-sama SPPIM mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada para pelajar untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian berketetapan dengan silibus yang telah diterapkan oleh IKRAM-MUSLEH.Inilah insan yang cuba dibina supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan aura kendiri yang positif. Program ini diharapkan mendapat perhatian dari semua pihak untuk membantu dari segi pembiayaan dan kelancaran tentatifnya.

2. VISIMembentuk pelajar Islam beriman dan bertaqwa sebagai aset insan cemerlang dunia dan akhirat.

3. OBJEKTIF Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan

jenazah. Memenuhi tuntutan fardu kifayah dan menjalani kehidupan seharian. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat

pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah. Mmberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring

dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik. Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggungjawab para pelajar .

4. TARIKH14 September 2012 (Jumaat)

5. TEMPATDewan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

6. MASA7.40 pagi - 12.00 tgh.

7. ANJURANI. Unit SPIS Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

II. SPPIM Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah

8. SASARANSemua pelajar tahun 4,5 dan 6.

Page 3: Kertas Kerja Pengurusan Jenazah

9. TENTATIF PROGRAM7.40 – 8.00 pg : Berhimpun di dataran8.00 – 8.30 pg : Taklimat Pengurusan Jenazah / Teori8.30 – 9.30 pg : Ceramah 9.30 – 10.40 pg : Bengkel 110.40 – 11.00 pg : Rehat11.00 – 11.55 pg : Bengkel 2 / soal jawab11.55 – 12.00 pg : Bersurai

10. AHLI JAWATANKUASA PROGRAMPenasihat : Mlmh Norhayati Bt BaharumPengerusi : Mlm Muhd Farhan Bin Abdul Rahman NazriPenyelaras : Unit SPIS

11. KEWANGAN

SUMBER KEWANGANI. Yuran Pendaftaran Murid RM2.00 x 294 orang = RM 1110.00

II. Sumbangan SPPIM = RM300.00

Pengarah Program Zadiah Bt Che Ghani

Setiuasaha Mas Ayu Bt Abdul Rahman

Pengerusi Majlis Fahmi Bin Md Fisol

AJK Modul @ Bahan Azizah Bt Othman

AJK Backdrop & Rakaman

Ahmad Rifaei Bin Noorrizar

AJK Hadiah Norsaliza Bt Mohd Zain

AJK Penceramah Noor Ariff Irwantoo Bin Hamzah

AJK Kawalan Murid Omar Mohd Fiqri Bin Mohd Othman

Page 4: Kertas Kerja Pengurusan Jenazah

12. PERBELANJAAN

BAHAN Set Kelengkapan Kapan 6 set x RM170.00 = RM1020.00

CENDERAHATISaguhati Penceramah 2 org = RM400.00

(4 org pembantu)

HADIAHBerkumpulan 4 x RM20.00 = RM80.00

RENCAM = RM50.00

Jumlah = RM1550.00

13. PENUTUPKursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu amali praktikal yang penting sebagai persediaan kepada mereka.Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________(Mas Ayu Bt Abdul Rahman) (Zarina Bt Saad) Setiausaha program Penyelaras SPPIM

Diluluskan oleh,

________________________(Pn Norhayati Bt Baharum) Guru Besar Sek Ren Islam As-Sa’idiyyah