49254519 kertas kerja pengurusan jenazah 2007

46
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN KELAB AGAMA ISLAM DAN MORAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUKADDIMAH Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SKPBD dengan kerjasama Sekolah Agama Parit Bakar Darat bagi memenuhi aktiviti aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Parit Bakar Darat, Muar. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka. ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan bagi memenuhi aktiviti aktiviti semasa minggu Karnival Akademik Gemilang yang julung kali diadakan di SMK Pasir Putih. OBJEKTIF 1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah

Upload: zulkhaime-aleakhber

Post on 24-Jul-2015

2.629 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

ANJURAN

KELAB AGAMA ISLAM DAN MORAL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

MUKADDIMAH

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim

kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah

memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini

merupakan program yang dirancang oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

SKPBD dengan kerjasama Sekolah Agama Parit Bakar Darat bagi memenuhi aktiviti –

aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Parit Bakar Darat, Muar. Usaha

ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah

sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara

untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang

mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan

mereka.

ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama

Bidang Kemanusiaan bagi memenuhi aktiviti –aktiviti semasa minggu Karnival

Akademik Gemilang yang julung kali diadakan di SMK Pasir Putih.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara

pengurusan jenazah

2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.

Page 2: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih

mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang

baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul .

TARIKH

27 APRIL 2007 ( JUMAAT)

TEMPAT

DEWAN SERBAGUNA SMK PASIR PUTIH

MASA

9.00 PAGI - 12.00 TGH

ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SMKA (P) AlMashoor

Page 3: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 3 , 4 DAN 5

PELAKSANAAN PROGRAM & ATURCARA PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu

amali praktikal yang penting sebagai persediaan kepada mereka .Semoga program ini

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Page 4: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007
Page 5: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Lampiran 1

PELAKSANAAN PROGRAM

JADUAL PRA PERTANDINGAN PENGURUSAN JENAZAH

HARI /TARIKH MASA KUMPULAN HAKIM

Semua pertandingan akan di adili oleh hakim di dewan

Kumpulan yang terbaik akan di pilih untuk mengadakan demostransasi menguruskan

jenazah dan persembahan pentomem semasa Minggu Karnival Akademik Gemilang

2007.

ATURCARA PROGRAM

7.00 - 7.30 pagi - Guru dan Pelajar mengambil tempat di dalam dewan

7.30 - 8. 15 pagi - Demostransi Pengurusan Jenazah

Page 6: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

8.15 – 8.30 pagi - Soal jawab agama

8.30- 9.00 pagi - Persembahan Pentomem

9.00pagi -Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Pn Alizizah Hj Sipil

Pengerusi :En Dzulkifli B Darus

Penasihat I: Ustaz Abdul Hamit Mohammadin

Penasihat II: Pn Latipa Sahat

Pengarah Program :

Setiausaha : Ustazah Nurul Asyikin Mustapa

Bendahari :

Page 7: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

PENGARAH PROGRAM

Uustaz Johan Bin Ishak

SETIAUSAHA Ustazah Nurul Asyikin Mustapa

BENDAHARI

KETUA KOMANDO

AJK MODUL @ BAHAN LDK

AJK BACKDROP &

RAKAMAN

AJK HADIAH

AJK KEROHANIAN

AJK RIADAH / SUKAN

AJK MAKANAN

Page 8: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

SMKA (P) ALMASHOOR

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

6 MEI 2006

BORANG RUMUSAN PENILAIAN PROGRAM

Bulatkan pada yang berkenaan 1 = KURANG BAIK

2 = MEMUASKAN

3 = BAIK

4 = SANGAT BAIK

AKTIVITI 1 2 3 4 KOMEN

CERAMAH 1

MAKANAN

PENCERAMAH

AMALI 1

AMALI 2

Page 9: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Cadangan

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_____________________________________________________________

/-asyik

SUMBER KEWANGAN

WANG PANITIA - RM 300.00

YURAN PENYERTAAN –RM 2.00 X 210 = RM 420.00

Page 10: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

PERBELANJAAN

BAHAN

KAIN PUTIH = 15 METER X 6.50 = RM 97.50

MAKANAN

PELAJAR 210 X RM 1.50 = RM 315.00

VIP (MKN PAGI) 6 X RM 3.00 =RM 18.00

(MKN TGH) 6X RM 3.50 =RM 21.00

CENDERAHATI

SAGUHATI PENCERAMAH =RM300.00

JUMLAH RM 751.50

Page 11: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

LAPORAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2006

HARI : SABTU

TARIKH :6 MEI 2006

MASA : 8.00 PAGI – 12.30 TGH

TEMPAT : DEWAN SMKA (P) ALMASHOOR

JUMLAH PESERTA : 210 ORANG

KEHADIRAN : 178 ORANG

TIDAK HADIR: 32ORANG

1. CERAMAH

TAJUK : PENGURUSAN JENAZAH

Page 12: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

PENCERAMAH : USTAZAH AZIZAH BT SAMSUDIN

KAFA AZ-ZAHRAWAN , TMN TUN DR ISMAIL , 6000 KUALA LUMPUR

PENGERUSI : NUR FARHANA

Kursus Pengurusan Jenazah ini dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk

Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Azizah Bt Samsudin . Saudari

Nur Farhana telah mempengerusikan majlis ceramah ini dengan baik.Ceramah yang di

sampaikan oleh ustazah bermula dari jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 10.15

pagi.Kemudian , pengerusi membuka sesi soal-jawab kepada para peserta sekiranya ada

kemusykilan

2. KUDAPAN

Pada jam 10. 15 pagi , semua peserta diberi masa untuk makan makanan yang telah di

sediakan di kantin dan mereka dikehendaki masuk ke dalam dewan semula pada jam

10.45 pagi untuk pelaksanaan Amali 1 & Amali 2

3. AMALI 1 ( CARA MEMANDIKAN MAYAT )

Alhamdulillah , bagi melibatkan semua peserta dalam amali ini, pihak urusetia telah

membahagikan beberapa kumpulan bagi menyediakan bahan –bahan untuk memandikan

mayat.Penyediaan bahan –bahan tersebut dibantu oleh ustazah Azizah sendiri. Seorang

pelajar telah dipilih untuk dijadikan model bagi pelaksanaan amali ini supaya para peserta

boleh nampak cara bagaimana mayat dimandikan.

Page 13: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

4. AMALI 2 ( MENGKAFANKAN MAYAT)

Setelah mayat dimandikan, para peserta diberi pendedahan bagaimana cara

mengkafankan mayat.Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting , kain , dan kapas

bagi menyempurnakan mengkafan mayat

ULASAN KESELURUHAN :

KELEMAHAN :

- Terdapat sebahagian para pelajar yang tidak dapat melihat sepenuhnya cara

mengkafan dan memandikan mayat kerana tempat yang kurang strategik dan

bilangan pelajar yang ramai.

- Selain itu , pelajar tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan kerana

makanan yang disediakan kurang memuaskan .

- Terdapat para pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah seperti program

motivasi dan program perkhemahan.

KEKUATAN :

- Penceramah jemputan dapat menarik perhatian pelajar di dalam sesi ceramah

yang diadakan pada awal majlis.

- Kebanyakan pelajar berminat dengan cara penyampaian penceramah jemputan

dan meminta pihak urusetia untuk menjemput beliau untuk aktiviti yang

seumpamanya.

Page 14: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

- Alhamdulillah, kebanyakan pelajar memberi sepenuh perhatian semasa ceramah

dan mereka membawa buku catatan dan menyediakan soalan-soalan yang baik

untuk dikongsi bersama peserta-peserta lain.

CADANGAN :

- Mengadakan kursus amali ini ditempat yang lebih startegik untuk memudahkan

semua peserta menyaksikan cara memandikan mayat

- Setiap peserta di sediakan fail serta bahan –bahan yang berkaitan dengan kursus

yang di jalankan.

LAPORAN KEWANGAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SUMBER KEWANGAN

YURAN PENYERTAAN : RM 420.00 ( RM2.00 X 210 )

Page 15: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

WANG PANITIA : RM 397.50

BIL PERKARA WANG

PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN

1. MAKANAN

PELAJAR 210 X RM 1.50

VIP (MKN PAGI 6 X RM

3.00

(MKN TGH) 6X RM 3.50

JUMLAH

RM 315.00

RM 18.00

RM 21.00

RM354.00

YURAN PENYERTAAN

RM 420.00

2.

3.

SAGUHATI PENCERAMAH

KAIN KAPAN

JUMLAH

RM300.00

RM 97.50

RM397.50

WANG PANITIA

RM 397.50

JUMLAH KESELURUHAN RM751.50 RM 817.50

ULASAN :

SUMBER KEWANGAN : RM 817.50

WANG BELANJA : RM751.50

Page 16: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

_________

BAKI AKHIR : RM 76.00

TARIKH : 6 MEI 2006

HARI :SABTU

MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TGH

Page 17: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

TEMPAT : DEWAN SMKA(P) ALMASHOOR

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SMKA (P) ALMASHOOR

Ustazah Azizah Bt Samsudin

KAFA Az-Zahrawan

Tmn Tun Dr Ismail

60000 Kuala Lumpur

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN

Page 18: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Assalamualaikum w.b.t

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

2. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

ustazah kerana menerima jemputan penceramah bagi Kursus Jenazah yang telah

dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Segala kerjasama dari pihak ustazah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

………………………………

HJH ZAINAB BT MD SAMAN

Pengetua

SMKA (P) AlMashoor

Pulau Pinang

/-asyik

Page 19: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

TAJHIZ JENAZAH

Page 20: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Makluman: Bahan ini adalah terbitan Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Hal

Ehwal Agama Islam Sabah dan diolah semula oleh panitia agama Islam

SMK untuk disesuaikan dalam kursus pengurusan jenazah yang

dianjurkan oleh pihak sekolah.

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah .......................................................

iii

Kata Pengantar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah .......................................................

iv

Mukaddimah.......................................................

1

Perkara yang dilakukan semasa sakit.......................................................

1

Perkara yang dilarang dilakukan semasa sakit.......................................................

2

Melawat orang yang sakit dan hikmahnya.......................................................

2

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi seseorang yang nazak .......................................................

3

Orang mati.......................................................

4

Perkara yang dilarang dilakukan terhadap mayat.......................................................

4

Fardhu Kifayah terhadap mayat.......................................................

5

Syarat wajib mandi.......................................................

5

Memandikan mayat.......................................................

5

Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah .......................................................

5

Cara memandikan.......................................................

5

Perkara yang disuruh sewaktu memandikan mayat.......................................................

8

Page 21: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Perkara yang dilarang sewaktu memandikan mayat.......................................................

8

Mengkafankan mayat.......................................................

9

Perkara yang dilarang semasa menggunting kain kafan .......................................................

10

Solat jenazah.......................................................

10

Rukun solat jenazah.......................................................

10

Cara solat jenazah.......................................................

10

Perkara yang disuruh sewaktu melakukan solat jenazah .......................................................

13

Perkara yang dilarang dilakukan semasa solat jenazah .......................................................

13

Mengebumikan jenazah.......................................................

13

Perkara yang disuruh dalam pengebumian jenazah.......................................................

15

Perkara yang dilarang sewaktu pengebumian jenazah .......................................................

15

Penutup (Khatimah).......................................................

15

Rujukan.......................................................

16

Page 22: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

KATA ALU-ALUAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan inayah-Nya Buku Tajhiz Jenazah dapat

diterbitkan jua. Ini membuktikan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah sentiasa mengambil berat perkembangan dan kemajuan saudara kita di

negeri Sabah.

Saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh

saudara-saudara kita. Semoga terpahat di hati sanubari mereka dengan akidah

dan pegangan agama yang kukuh sehingga memperoleh kejayaan dunia dan

akhirat.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis, MUIS, Percetakan

Negeri Sabah serta mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini. Semoga

Allah meredhai segala amal baik yang kita lakukan. Amin.

Safar 1426

Mac 2005

Datuk Hj. Pg. Nohin Pg. Rauf

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Page 23: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

KATA PENGANTAR

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana buku ini dapat diterbitkan untuk

dimanfaatkan oleh saudara kita di negeri Sabah. Buku ini diterbitkan bertujuan

mempertingkatkan kefahaman Islam saudara kita serta dapat melancarkan

perjalanan kelas-kelas Agama dengan lebih teratur mengikut tahap serta kokurikulum

yang telah disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah.

Saya berharap agar buku ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya

objektif kita bagi melahirkan umat Islam yang cemerlang, beriman dan bertakwa

akan terlaksana hendaknya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam

menerbitkan buku ini. Semoga usaha murni yang diberikan akan mendapat

ganjaran dari Allah S.W.T. hendaknya. Amin.

Safar 1426

Mac 2005

Ust. Baharudin Hj. Alwi

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah

Page 24: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

1. MUKADDIMAH

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran ayat 185 terjemahannya:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari Kiamat

sahajalah disempurnakan pahala mu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan

dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia

itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ambiya ayat 35 terjemahannya:

“Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Kami menguji kamu dengan keburukan

dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kami kamu akan kembali”

Kematian pasti akan berlaku ke atas diri masing-masing dan tidak ada pemberitahuan

sebelumnya, sama ada bersedia atau tidak untuk bekalan akhirat, apabila sudah sampai

masa dan saat mati tidak dapat dilambatkan dan dipercepatkan walau satu saat.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl ayat 61 terjemahannya:

“Apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat

mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula)mendahulukannya”

2. PERKARA YANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT

1. Berubat atau berjumpa doktor atau bomoh yang sesuai dengan syariat Islam.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Asy-Syu’aro ayat 80 terjemahannya:

Page 25: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”

Hadis diriwayatkan dari Abu Daud dari Abu Darda’ bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap

penyakit ada ubat, maka berubatlah kamu, dan jangan berubat yang haram”

2. Memperbanyakkan istighfar.

3. Sentiasa berzikir kalimat Laa ilaha Illallah.

4. Berwasiat.

5. Membaca Surah Yassin.

3. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT

1. Berubat dengan benda-benda haram walaupun sedikit.

2. Berjumpa bomoh yang FASIK.

3. Tidak boleh bercakap bahawa doktor, bomoh dan alat lain penyebab penyembuh

penyakit.

4. MELAWAT ORANG SAKIT DAN HIKMAHNYA

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya

mengandungi hikmah. Antaranya ialah:

Page 26: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak

mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan sama ada secara sedar

atau tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah

kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad pernah bersabda

yang bermaksud “Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati”.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

“Daripada Ali ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W.: siapa yang

menziarahi saudaranya yang muslim, maka sentiasa ia jalan di kebun syurga sampai

duduk, apabila ia telah duduk, dinaungi rahmat, jika waktu pagi maka tujuh puluh ribu

malaikat akan mendoakan sampai petang, dan jika waktu petang maka tujuh puluh ribu

malaikat akan mendoakannya sampai pagi”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

5. APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENGHADAPI SESEORANG

YANG DALAM KEADAAN NAZAK?

1. Perlu berada disisinya.

2. Mengajar dan memastikan mengucap kalimah tauhid iaitu :

Sewaktu si sakit masih sedar. Pastikan lidah si sakit menyebut kalimah tauhid

sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. seperti berikut:

Page 27: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata ia: Telah mendengar Rasulullah S.A.W.:

Ajarkanlah orang yang hampir meninggal dunia di kalangan kamu dengan kalimah

tauhid: LAA ILAAHA ILLALLAH”

(Riwayat Muslim)

“Daripada Mu’az r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang mengakhiri

percakapannya sebelum ia meninggal dunia dengan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH

masuk syurga”

(H.R. Abu Daud dan Al-Hakim)

Manakala rakan-rakan lain membaca Al-Quran atau Surah Yassin:

“Dari mu’qoli bin Yasar r.a. bahawa Nabi S.A.W. berkata: Bacakanlah Surah Yassin

kepada mayatmu (orang yang hampir mati)”

(Riwayat Abu Daud dan Nasaai)

6. ORANG MATI

Apabila seseorang Islam telah mati, sunat dilakukan seperti berikut:

1. Hendaklah kita ucapkan:

2. Menutup kedua matanya dan serta meminta ampun kepada Allah keatas dosanya.

3. Menutupkan mulutnya, apabila tidak mahu tertutup, ambil kain ringan dan ikatkan.

4. Bersihkan qubul dan dubur supaya jangan tercium bau najis. Semua pakaiannya

hendaklah ditanggalkan dan tutup seluruh badannya dari kaki hingga ke kepala dengan

kain yang tidak begitu tebal.

Page 28: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

5. Pindahkan atau letakkan ke tilam yang bersih.

6. Letakkan benda di atas pusat supaya boleh menahan perut daripada kembung. Jangan

diletakkan di atasnya Al-Quran atau Al-Hadis.

7. Bagi perempuan pakaikan telekung supaya tidak nampak rambut ketika orang

menziarahinya (buka). Kemudian tutup mayat dengan kain dari kepala hingga ke kaki.

8. Menghadapkannya ke arah kiblat iaitu menelentangkan kakinya ke arah kiblat dan

letak bantal di bawah kepalanya.

9. Meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas dada seperti tangan semasa

sembahyang.

10. Menyegerakan mengurus jenazahnya seperti memandikan, mengkapankan,

mensolatkan dan mengebumikannya.

11. Menyegerakan membayar hutangnya.

12. Menunaikan wasiatnya.

7. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN TERHADAP MAYAT

1. Meratapi mayat.

2. Meletakkan cermin, Al-Quran dan cincin di atas jenazah yang tidak ada faedahnya.

3. Menginaikan jenazah seperti pengantin.

4. Mengikat kaki iaitu ibu jari jenazah, walaupun tujuannya untuk merapatkan kaki

jenazah.

8. FARDHU KIFAYAH TERHADAP MAYAT

Page 29: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Apabila seorang Islam wafat/ meninggal, maka diwajibkan (fardhu kifayah) atas orang

Islam menyelenggarakan jenazah tersebut dengan melakukan empat perkara:

1. Memandikan.

2. Mengapani atau membungkusnya.

3. Mensolatkan.

4. Mengebumikan.

9. SYARAT WAJIB MANDI

1. Mayat orang Islam.

2. Ada didapati tubuhnya.

3. Mayat itu bukan mati syahid.

10. MEMANDIKAN MAYAT

Memandikan mayat ialah menyampaikan air mutlak (air suci lagi meyucikan)

keseluruhan tubuh badan mayat sehingga bersih daripada najis. Sunat hukumnya

menyiramkan tiga jenis air iaitu:

1. Air bidara atau air sabun.

2. Air mutlak.

3. Air yang bercampur dengan kapur barus.

11. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH

Page 30: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

1. Sediakan tempat mandi (tempat yang mudah air jatuh/mengalir).

2. Air sabun atau air daun bidara.

3. Air bersih (air mutlak).

4. Air kapur barus.

5. Sarung tangan-4 unit (2 pasang)

6. Sedikit kapas.

7. Baldi serta gayung.

8. Kain panjang dan tuala.

12. CARA MEMANDIKAN

1. Jenazah ditelentangkan dan sunat berniat memandikan iaitu:-

a) Lafaz niat memandikan jenazah lelaki:

“Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Ta’ala”

b) Lafaz niat memandikan jenazah perempuan:

Page 31: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Ta’ala”

2. Ratakan air sabun ke seluruh badan sambil gosok.

3. Ratakan air sabun dan gosok ke sebelah kanan mayat dari bahu hingga ke kaki.

4. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke

kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:-

“Memohon keampunan dari engkau Ya Allah dan kepada engkau tempat kembali”

5. Setelah selesai sampai semua air sabun sebelah kanan kemudian berpindah sebelah

kiri mayat. Sampaikan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke kaki.

6. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke

kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:-

“Memohon keampunan daripadaMu wahai pemurah Ya Tuhan kami kepadaMu jua

tempat kembali”

7. Setelah selesai membasuh badan sebelah kiri, kemudian mayat ditelentangkan serta

ratakan air sabun dan gosok serta sunat membaca

Page 32: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Memohon keampunan-Mu Ya Allah yang amat mengasihani, Ya Allah kepada Mu jua

tempat kembali. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-

Nya, bagi-Nya jua kerajaan dan kemuliaan dan menghidupkan dan mematikan dan Ia

berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu”

8. Kemudian urut sedikit perutnya sambil gosok qubul dan duburnya sehingga tiada

najis keluar dari qubul dan duburnya atau orang yang memandikan merasa yakin

(dzon) akan kebersihan qubul dan dubur mayat itu daripada najis. Dan niat istinja

dengan air mutlak.

9. Kemudian sampaikan air mutlak ke seluruh tubuh badan mayat sebagaimana air

sabun.

10. Setelah mayat bersih daripada najis dan sudah yakin kebersihannya, barulah

diwudu’kan ke atas mayat itu.

a) Lafaz niat mewudu’kan jenazah lelaki:

“Sahaja aku berniat mewudu’kan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Ta’ala”

b) Lafaz niat mewudu’kan jenazah perempuan:

“Sahaja aku berniat mewudu’kan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Ta’ala”

Page 33: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

11. Doa lepas diwudu’kan dalam Kitab Sahibul Muhtadin hal 68 iaitu:-

Bagi perempuan:-[ ]

12. Setelah selesai wudu’ kemudian sampaikan/siramkan air kapur barus tiga kali

sebelah kanan dari kepala hingga ke hujung kaki kemudian sebelah kiri mulai dari

hujung kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali. Kemudian telentangkan

jenazah siram mulai dari kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali.

Ertinya: Dari Ummi Athiyah r.a. berkata ia: Telah meninggal salah seorang anak

perempuan Rasulullah S.A.W. lalu ia datang kepada kami dan berkata:

“Mandikanlah ia dengan sidir mengikut bilangan yang ganjil,” hingga katanya “Dan

jadikanlah di akhir mandinya air kafur atau sedikit daripada kafur”

(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Page 34: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

13. Setelah selesai siraman air kapur barus kemudian jenazah di lap kering agar kain

kapan tidak basah.

13. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT

1. Menutup aurat jenazah.

2. Orang yang memandikan jenazah sunat dari keluarga yang terdekat dengan si mayat.

Hadis Rasulullah S.A.W.:

“Dari ‘Aisyah bersabda Rasulullah S.A.W.: “Barang siapa memandikan mayat dan

dijaganya kepercayaan, dan tidak membuka (rahsia) sesuatu cacat pada si mayat kepada

orang lain, maka keluarlah ia dari segala dosa sebagaimana keadaannya sewaktu baru

dilahirkan dari ibunya. Sabda Nabi lagi: “Hendaklah yang mengaturkannya keluarga

sendiri yang terdekat jika mereka dapat memandikan mayat. Tetapi jika tidak dapat,

maka siapa sahaja yang berhak, kerana wara’nya dan amanahnya”

(H.R. Ahmad)

3. Orang yang memandikan mayat di bahagian aurat hendaklah memakai sarung

tangan.

4. Mendoakan jenazah agar dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T.

5. Tempat mandi yang mudah jatuh air atau najis.

6. Tempat yang tidak terdedah kepada orang ramai.

14. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT

Page 35: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

1. Membuka aurat jenazah.

2. Melihat aurat jenazah.

3. Membuat senaman kepada jenazah seperti memaksa meluruskan anggota badan

jenazah iaitu melembutkan kaki dan tangan mayat.

4. Menyentuh aurat jenazah dari pusat sampai ke lutut dengan tidak memakai sarung

tangan (alas tangan).

5. Menekan atau mengurut perut jenazah kuat-kuat.

6. Menggosok qubul dan dubur sampai melampaui batas.

7. Panggilan air sembilan hanya ada pada adat tidak pada Hadis dan Al-Quran.

8. Memakai air yang berlebihan.

9. Beramai-ramai memandikan jenazah.

10. Menyebarkan aib jenazah.

15. MENGKAFANKAN MAYAT

Mengkafani mayat ialah membalut seluruh tubuhnya dengan kain atau lainnya wajib satu

lapis. Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan

mengkafankan mayat telah disediakan. Seperti:

1. Kain putih (bidang 45”)- 18 meter bagi orang dewasa.

2. Gunting.

3. Kapas.

4. Cendana.

Page 36: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

5. Kapur barus.

6. Minyak wangi (minyak attar).

7. Tikar.

Mayat lelaki sunat dikafani tiga lapis:-

1. Tiga lapis kain yang menutupi seluruh badannya.

2. Boleh ditambah sehelai baju dan serban.

Mayat perempuan sunat dikafankan lima lapis:-

1. Kain.

2. Baju.

3. Tudung (tidak berjahit).

4. Lapisan keempat dan kelima menutupi seluruh tubuh dari hujung kepala hingga ke

hujung kaki.

Mayat lelaki yang ihram haji atau umrah baginya tidak boleh ditutup kepalanya.

Demikian juga mayat perempuan yang sedang ihram haji atau umrah tidak boleh ditutup

mukanya.

16. PERKARA YANG DILARANG SEMASA MENGGUNTING KAIN KAPAN

1. Menggunting semua tepi (siring) kain yang tidak ada faedahnya, hanya perlu untuk

jenazah lima ikatan sahaja.

2. Menyimpan daun inai di atas lapisan kain kapan.

Page 37: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

3. Menambah lapisan kain dari yang disunatkan.

17. SOLAT JENAZAH

Mayat orang Islam baik lelaki atau perempuan wajib disolatkan, kecuali orang mati

syahid kerana berperang membela agama Allah, dan anak yang gugur yang tidak jelas

tanda-tanda hidup dan belum sempurna bentuk kejadiannya.

18. RUKUN SOLAT JENAZAH

1. Niat.

2. Berdiri bagi orang yang sanggup.

3. Empat kali membaca takbir.

4. Membaca Surah Al-Fatihah (selepas takbir pertama).

5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (selepas takbir kedua).

6. Doa bagi mayat (selepas takbir ketiga).

7. Memberi salam (selepas takbir keempat).

19. CARA SOLAT JENAZAH

1. Niat-niat solat jenazah adalah seperti:

a) Niat bagi jenazah lelaki:

Page 38: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Sahaja aku solat jenazah (lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah

(menjadi/mengikut imam) kerana Allah Ta’ala”

b) Niat bagi jenazah perempuan:

“Sahaja aku solat ke atas jenazah (perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah

(menjadi/mengikut imam) kerana Allah Ta’ala”

c) Niat bagi jenazah kanak-kanak lelaki:

“Sahaja aku solat ke atas jenazah (kanak-kanak lelaki) ini dengan empat takbir fadhu

kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Ta’ala”

d) Niat bagi jenazah kanak-kanak perempuan:

Page 39: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

“Sahaja aku solat ke atas jenazah(kanak-kanak perempuan) ini empat takbir fardhu

kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Ta’ala”

e) Niat bagi mayat lelaki ghoib:

“Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ghoib empat takbir fardhu kifayah mengikut

imam kerana Allah Ta’ala”

f) Niat bagi perempuan ghoib:

“Sahaja aku solat jenazah perempuan ghoib empat takbir mengikut imam kerana Allah

Ta’ala”

2. Membaca Surah Al-Fatihah.

3. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

“Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad S.A.W. dan ke atas

keluarganya”

Nota:- lebih sempurna membaca selawat seperti bacaan selawat di Tahiyat Akhir

sembahyang.

4. Mendoakan jenazah sekurang-kurangnya:

Page 40: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

a) Lelaki:

b) Perempuan:

c) Sebaik-baiknya doa yang lebih lengkap:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah

dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya

(kuburnya) dan bersihkanlah ia dengan air salju dan embun, bersihkanlah ia dari segala

dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran dan gantikanlah

baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik

dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang baik dari keluarganya dan peliharalah

(hindarkan) dia dari seksa kubur dan seksa neraka”

Nota:- Bagi mayat perempuan [ ] bagi mayat lelaki [ ]

d) Jika jenazah adalah kanak-kanak (belum baligh) hendaklah dibaca doa pada takbir

ketiga:-

“Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai simpanan pendahuluan bagi ibu bapanya dan sebagai

titipan, kebajikan yang didahulukan dan menjadi pengajaran dan iktibar syafa’at bagi

orang tuanya. Dan beratkan timbangan ibubapanya kerananya serta berilah kesabaran

dalam hati kedua ibubapanya. Dan janganlah menjadikan fitnah bagi ayah bondanya

sepeninggalannya dan janganlah Engkau menghalangi pahala kedua ibu bapanya”

Page 41: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

5. Memberi salam ke kanan. Sebelum salam sunat dibaca doa ini:

“Ya Allah! Janganlah kiranya pahala tidak sampai kepada kami dan janganlah Engkau

memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi

saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah

menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah!

Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

20. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MELAKUKAN SOLAT JENAZAH

1. Mendirikan solat jenazah beramai-ramai.

2. Perempuan boleh mengikut solat jenazah.

3. Mendirikan solat jenazah di masjid atau surau yang berdekatan.

4. Ahli warisnya lebih afdhal ikut serta dan mengimamkan solat jenazah tersebut.

21. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEWAKTU SOLAT JENAZAH

1. Memberi sampul surat (sedekah) di khalayak ramai.

2. Memilih orang yang tertentu sahaja untuk solat jenazah.

23. MENGEBUMIKAN JENAZAH

Menanam jenazah ialah menguburkannya, sekurang-kurangnya dalam kuburan itu tidak

tercium baunya dan tidak terbongkar oleh binatang.

Page 42: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Kuburan itu digali melintang ke arah kiblat dan sunat memakai liang lahad apabila

tanahnya keras. Liang lahad ialah menggali lubang di sebelah dalam (kanan) kuburan

arah kiblat untuk meletakkan jenazah/mayat.

“Ibnu Abbas r.a. dari Nabi S.A.W. bersabda ia: lahad itu untuk kita (orang Islam) dan

lubang itu bukanlah untuk kita (orang Islam)”

(H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Waktu memasukkan jenazah ke dalam kubur sunat membaca:

“Dari Ibnu Umar r.a. berkata ia: Adalah Nabi S.A.W. apabila ia memasukkan mayat ke

dalam kubur, berkata ia dengan nama ALLAH dan di atas sunnah Rasulullah S.A.W.”

(H.R. At-Tarmizi)

Kemudian ambil tanah dekat mayat sekadar tiga genggam diletakkan di kepala, bahu dan

pinggang.

Pada genggaman pertama sunat dibaca:-

Page 43: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

Pada genggaman kedua dibaca:-

Pada genggaman ketiga dibaca:-

Kemudian diletakkan papan sebagai pendinding supaya tanah penimbus tidak terkena

mayat. Lubang pun ditimbus sampai rata dan ditinggikan sedikit dari tanah asal. Setelah

selesai jenazah dikebumikan, sunat berdiri sebentar untuk mendoakan mayat.

Hadis Rasulullah S.A.W.:

“Dari Uthman bin Affan r.a. berkata ia adalah Nabi SAW bila ia telah selesai

menguburkan mayat berdirilah ia sebentar di dekat kubur itu, dan berkata, mintalah

ampun(berdoa) bagi saudara mu ini dan mohonlah kelapangan baginya di dalam kubur

(supaya ia tetap di dalam kalimah Tauhid maka sesungguhnya ia sekarang sedang

ditanya”

(H.R. Abu Daud)

23. PERKARA YANG DISURUH DALAM PENGEBUMIAN JENAZAH

1. Membuat liang lahad bagi tanah yang boleh membuat liang lahad.

2. Membuka semua ikatan si mayat.

3. Menghadapkan mayat ke kiblat, pipi kanan tersentuh pada tanah.

Page 44: 49254519 Kertas Kerja Pengurusan Jenazah 2007

24. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU PENGKEBUMIAN JENAZAH

1. Mengambil tali ikatan si mayat.

2. Azan sewaktu memasukkan mayat ke liang lahad.

3. Membelah kelapa di atas kuburan jenazah.

25. PENUTUP (KHATIMAH)

1. Mengurus atau menyempurnakan terhadap jenazah, lebih afdhal keluarga yang paling

dekat.

2. Apabila seseorang telah meninggal dunia di samping wajib, banyak lagi perkara sunat

yang dilakukan, justeru itu sempurnakanlah ia dengan mengerjakan perkara-perkara

sunat.

3. Kain kafan sekurang-kurangnya satu lapis dan warna putih adalah yang terbaik

(sunat).

4. Apabila tiba masa solat jenazah, lakukanlah beramai-ramai dalam hadis dikatakan

semakin banyak orang yang mensolatkannya lebih baik.

5. Buatlah liang lahad dalam kuburan, apabila tanahnya keras (tanah merah).