kertas kerja penggunaan pantun bm dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah jenis...

23
1.0 PENGENALAN Dalam memperkukuhkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, didapati beberapa perkara yang harus dikuasai oleh murid. Diantaranya adalah kemahiran berbahasa khususnya yang melibatkan kemahiran menulis. Dan kemahiran menulis sungguh penting untuk diterapkan dalam kemahiran berbahasa murid. Ini kerana melaluinya, murid mampu menghasilkan idea ke dalam bentuk penulisan yang lebih baik. Penulisan yang baik dan berkualiti ini merangkumi aspek-aspek bahasa. Walaupun begitu pengetahuan yang baik dalam aspek kebahasaan ini perlulah berlandaskan prinsip- prinsip dan peraturan-peraturan kebahasaan yang ada, supaya ia tidak terpesong daripada ketatabahasaan itu sendiri. Bagi mengapai hasrat ini, pantun mampu membantu pelajar ke arah kemahiran berbahasa yang melibatkan penulisan. Bagi membicarakan penggunaan puisi klasik seperti pantun dalam aspek kemahiran menulis ini juga, Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan bahawa pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi sesuatu karya sastera, dapat mengetahui ilmu sastera secara ringkas, dapat mengenali penulis serta sejarah perkembangan negara, ia berdasarkan karya yang dibaca serta dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa murid dari segi kemahiran mendengar dan juga bertutur, membaca serta menulis. Dalam keinginan memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kamaruzaman Abdullah (2000:20) menyatakan 1

Upload: johari

Post on 28-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Penggunaan pantun bahasa melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan cina, rancangan mengajar harian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

1.0 PENGENALAN

Dalam memperkukuhkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,

didapati beberapa perkara yang harus dikuasai oleh murid. Diantaranya adalah kemahiran

berbahasa khususnya yang melibatkan kemahiran menulis. Dan kemahiran menulis sungguh

penting untuk diterapkan dalam kemahiran berbahasa murid. Ini kerana melaluinya, murid

mampu menghasilkan idea ke dalam bentuk penulisan yang lebih baik. Penulisan yang baik

dan berkualiti ini merangkumi aspek-aspek bahasa. Walaupun begitu pengetahuan yang baik

dalam aspek kebahasaan ini perlulah berlandaskan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan

kebahasaan yang ada, supaya ia tidak terpesong daripada ketatabahasaan itu sendiri. Bagi

mengapai hasrat ini, pantun mampu membantu pelajar ke arah kemahiran berbahasa yang

melibatkan penulisan.

Bagi membicarakan penggunaan puisi klasik seperti pantun dalam aspek kemahiran

menulis ini juga, Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan bahawa

pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi sesuatu

karya sastera, dapat mengetahui ilmu sastera secara ringkas, dapat mengenali penulis serta

sejarah perkembangan negara, ia berdasarkan karya yang dibaca serta dapat mengukuhkan

kemahiran berbahasa murid dari segi kemahiran mendengar dan juga bertutur, membaca serta

menulis.

Dalam keinginan memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa

Melayu, Kamaruzaman Abdullah (2000:20) menyatakan pendapatnya iaitu, pelaksanaan

komponen sastera ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati serta

menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan kemahiran dan meningkatkan ketrampilan

berbahasa di kalangan pelajar.

Manakala pernyataan yang diberikan oleh Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj

Abdul Aziz (1998:108) lebih melihat ke arah pengajaran. Menurut mereka, perhatian

pengajaran adalah kepada tujuan yang khusus untuk meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu

membaca, menulis dan bertutur di samping penekanan kepada peribahasa dan tatabahasa.

1

Page 2: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

2.0 DEFINISI PANTUN DAN JENIS-JENIS PANTUN

2.1 Definisi Pantun

Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan

keperihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang persekitaran budayanya.

Ruang persekitaran budaya masyarakat Melayu dahulu bukan sekadar berkisar tentang dalam

diri, antara lainnya seperti hiba , sedih, kasih, sayu dan benci tetapi melebar kepada soal-soal

kiasan serta sindiran.

Penyusunan sesuatu pantun itu dapat dilihat dari segi kemahiran penciptanya

melahirkan rima dengan baris-baris maksud pantun tersebut. Ini kerana, keelokan bentuk

pantun adalah bergantung pada rima tengah dan rima akhir seperti dalam contoh ini.

Bakar gaharu dalam taman

Asamkan karat si pisau raut

Kalau berguru salah pedoman

Sesat di darat karam di laut.

( Bunga Gerimis, 1986:3)

Menurut Zainal Abidin bin Ahmad ( za’ba) dalam buku Pelita Bahasa Melayu

Penggal III (1957:164) bahawa pantun adalah hak milik masyarakat Melayu. Menurut beliau,

pantun ini ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-

betul mengandungi semangat orang Melayu. Malahan ianya kaedah Malaya yang sejati bagi

menggubahkan alun perasaan ‘syair’ yang sebenar iaitu menggambarkan suasana hiba, sedih,

sayu, suka, giat, sindir dan warna-warna perasaan yang indah seperti hal ehwal berkasih-

kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan kekasihnya.”

Ramai pengkaji telah membuat kajian yang mendalam tentang pantun. Antaranya

ialah Hoessin Djajadiningrat, Pijnapp, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Winstedt, Wilkinson,

Ophuijsen dan Harun Mat Piah. Terdapat juga pendapat di kalangan mereka yang

mengatakan bahawa pantun mempunyai pelbagai bahasa di Nusantara seperti toen (bahasa

Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun

2

Page 3: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

(bahasa Jawa), panton (bahasa Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Namun begitu, pengertian

kata-kata tersebut dalam bahasa-bahasa yang berlainan itu tidak jauh berbeza.

Menurut (Kamus Dewan Edisi Ketiga:977) pantun ialah puisi lama yang biasanya

terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan

pembayang dan dua baris lagi adalah maksudnya).

Menurut kamus Ensiklopedia Malaysiana (Jilid 9:377) mengatakan pantun ialah puisi

tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum mengenal

membaca dan menulis. Pantunlah yang menjadi pengucapan untuk menyampaikan fikiran

yang sayu, sedih, hiba, gembira, rindu dan marah serta lain-lain perasaan terhadap seseorang

atau mengenai sesuatu perkara.

2.2 Jenis-jenis Pantun

Pantun terdiri daripada banyak bentuk dan jenis. Antara jenis pantun ialah pantun 2

kerat, pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat dan pantun 10 kerat. Manakala pantun

yang lebih daripada 4 kerat disebut juga sebagai talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat

sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Selain itu, bentuk-bentuk pantun ini pula

bermacam-macam. Terdapat pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki",

"jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam

pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu tradisional. Pantun dikenali sebagai jenis

puisi Melayu tradisional yang tertua dan asli amat diminati. Ia terbukti apabila pantun

digunakan secara melata dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat

Melayu lama, seperti dalam acara hiburan, permainan, majlis keraian, adat istiadat atau

upacara serta majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada

umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas

bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan

meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang

pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Misalnya, persoalan adat yang ada

3

Page 4: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

berkaitan dengan norma-norma masyarakat, peraturan masyarakat atau undang-undang dan

persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali melalui penyampaian isinya

menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun

"kias dan ibarat" pula, ia sesuai dengan namanya maka dengan itu setiap isi yang

disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Oleh

seba itu, pernyataan isi lazimnya ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran

pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan

jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara

spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran

keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan

sindirannya di dalamnya.

Jadual di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti

dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun : Dua Kerat

Buah beluluk buah kepayang,

Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki

Fungsi : Bagi berseronok serta menduga

kebolehan dalam berfikir

Kelip-kelip disangka api,

Kalau api di mana puntungnya;

Hilang ghaib disangka mati,

Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat - Jenaka

Fungsi : Semata-mata untuk hiburan

Orang Rengat menanam betik,

Betik disiram air berlinang;

Hilang semangat penghulu itik,

4

Page 5: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Melihat ayam lumba berenang

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

Burung merbuk membuat sarang,

Anak enggang meniti di paya;

Tembaga buruk di mata orang,

Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat

Air melurut ke tepian mandi,

Kembang berseri bunga senduduk;

Elok diturut resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

Payang retak tali bersimpul,

Kendi lokan airnya tumpah;

Hidup tidak kerana kaul,

Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau

Pungut teritip di tiang batu,

Batu pecah dilanda karang;

Beginilah nasib dagang piatu,

Kain basah kering di pinggang.

5

Page 6: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

Buah berangan di rumpun pinang,

Limau kasturi berdaun muda;

Kalau berkenan masuklah meminang,

Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang,

Batang meranti rimbun berjejal;

Langkah pahlawan di tengah gelanggang,

Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa

Punggur rebah puyuh mendengut,

Dengut melata di tengah padang;

Sedangkan bah kapal tak hanyut,

Inikan pula kemarau panjang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat

Gesek biola tiup serunai,

Sayu dara berhati walang;

Putih mata si burung punai,

Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama

Letak bunga di atas dulang,

Sisipkan daun hiasan tepinya;

Banyak berdoa selepas sembahyang,

Mohon diampun dosa di dunia.

6

Page 7: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanak

Fungsi : Untuk lagu sedih serta

bersuka-ria

Anak rusa nani,

Baru kembang ekor;

Apa dosa kami,

Lalu tidak tegur.

Jenis-jenis pantun lain;

Jenis Pantun : Pantun Enam Kerat

Belayar perahu membawa kuini,

Ke tanjung Jati mengadap Paduka,

Bunga kemboja sembah berkarang;

Kalaulah tahu jadi begini,

Tidaklah hati dibawa berduka,

Ku pilih saja orang lain.

Jenis Pantun : Lapan Kerat

Dini hari melawat pusara,

Bawa merbah bersama emas,

Nenas terletak tepi belana,

Belanga China bersalut arang;

Benihku cari disemai mesra,

Semaian bercambah menjelma tunas,

Kemudian subur indah berbunga,

Malangnya bunga di getu orang.

Jenis Pantun : Sepuluh Kerat

Baju dastar kesumba,

Seluar gunting petani,

Jahitan nyonya kampung Erah,

7

Page 8: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Di hilir pasar Kampung Melaka,

Singgah di rumah nahkodanya;

Batang emas dahan suasa,

Buahnya intan dengan padi,

Bunga diisap burung merak,

Pipit hendak hinggap di rantingnya,

Adakah boleh oleh yang punya.

Jenis Pantun : Dua Belas Kerat

Rotan sepatah dua patah,

Tarik kerakap batang padi,

Dibawa sultan dari Judah,

Padi yang jangan digemparkan,

Kalau gempar antara gugur,

Bila gugur masuk perigi;

Tuan di Mekah di Madinah,

Naik akhirat batu haji,

Tegak berdiri Rasululah,

Kami yang jangan dilupakan,

Kalau lupa antara tidur,

Dalam tidur menjadi mimpi.

Di bawah merupakan contoh pantun berkait;

Jenis Pantun : Pantun Berkait

- Kebiasaannya terdiri dari empat kerat juga,

namun antara satu pantun dengan satu pantun

berkait-kait pembayang dan maksudnya.

Seterusnya. pembayang kedua untuk pantun

pertama dijadikan pembayang pertama pada pantun

Pergi kehulu menjala ikan,

Belayar sampan ke Tanjung Jati;

Masa lalu jangan ditangiskan,

Masa depan jangan ditakuti.

Belayar sampan ke Tanjung Jati,

8

Page 9: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

kedua dan maksud kedua dalam pantun pertama

dijadikan maksud pertama

bagi pantun kedua.

Cuaca redup di tepi muara;

Masa depan jangan ditakuti,

Bahtera hidup kemudinya usaha.

Cuaca redup di tepi muara,

Angin Barat bertiup nyaman;

Bahtera hidup kemudinya usaha,

Tanamkan kudrat pada keazaman.

Angin Barat bertiup nyaman,

Burung gagak terbang ke rimba;

Tanamkan kudrat pada keazaman,

Bulan tidak jatuh ke riba.

3.0 RANCANGAN PELAJARAN KOMSAS

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SJKC DAMANSARA

TAHUN 5B

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5B

Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)

Masa : 60 Minit (7.50 pagi - 8.50 pagi)

Bilangan Murid : 38 orang

Tema : Kesusasteraan (Pantun)

Tajuk : Buah-buahan Tempatan

Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara

secara bertatasusila.

9

Page 10: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

(i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang

sesuatu perkara dengan menggunakan soalan

pelbagai aras.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan

sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta

memahami perkara yang dibaca.

(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera

dengan sebutan dan intonasi yang betul serta

gaya yang sesuai.

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:

(i) menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

secara bertatasusila.

(ii) membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi

kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan gaya yang sesuai.

Sistem Bahasa : Tatabahasa - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.

Kosa Kata - Kolek, menoreh

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kemasyarakatan, kesusasteraan

Nilai Murni - Patriotisme, bekerjasama

Kemahiran bernilai tambah : Menjana idea, menghubungkait, mengenal pasti.

Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik

Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis

Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid,

lembaran kerja.

Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

10

Page 11: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Set

Induksi

(5 minit)

Video lagu :

Buah-buahan

tempatan.

Soalan

- Apakah yang

ditunjukkan dalam

video?

- Buah apakah

yang ditunjukkan?

- Dari negara

manakah kita

boleh dapat buah-

buahan ini?

1. Guru menayangkan video lagu

buah-buahan tempatan

2. Murid memerhati tayangan

video buah-buahan tempatan.

3. Guru bersoal jawab dengan

murid tentang video.

4. Murid meneka tajuk pelajaran.

5. Guru memberitahu tajuk

pelajaran hari ini.

Teknik :

- Soal jawab

Nilai :

- Kerjasama

BBM :

- video

Langkah

1

(10 minit)

Slaid

Pantun teka-teki

bertajuk “Kenali

Buah-buahan

Tempatan”.

Teks pantun

Pantun teka-teki

bertajuk “Kenali

Buah-buahan

Tempatan”.

1. Setiap kumpulan diberikan 1

teks pantun.

2. Guru membuat demonstrasi

pembacaan pantun di hadapan

kelas.

3. Murid diminta meneliti cara

sebutan, intonasi serta gaya guru

ketika guru berpantun.

4. Wakil setiap kumpulan diminta

membaca pantun dengan

menggunakan sebutan intonasi

Teknik :

- Tunjuk cara

Nilai :

- Kerjasama

- Tekun

BBM :

- Slaid dan teks

pantun teka-teki

11

Page 12: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

dan gaya yang betul.

Langkah

2

(15 Minit)

Teks Pantun

Teka-teki bertajuk

“Kenali Buah-

buahan

Tempatan”.

Soalan:

- Apakah

perkataan yang

kamu tidak faham

dalam pantun

rangkap (pertama,

kedua, ketiga,

keempat kelima

dan keenam)

- Perkataan:

Belanga

(periuk tanah)

Meranduk

(mengharungi)

Paras

(rupa muka)

Kolek

(sampan kecil)

Jawapan pantun:

1. Rambutan

2. Durian

1. Soal jawab antara guru

dan murid berkaitan perkataan

yang tidak difahami.

2. Secara berkumpulan

murid diminta menyenaraikan

nama buah-buahan yang tersirat

di berdasarkan teka-teki, di atas

lembaran kerja yang disediakan.

3. Murid diminta menyebut

kembali nama buah-buahan

tersebut secara lisan.

4. Guru memberikan jawapan

bagi pantun teka-teki yang

diberikan.

Teknik :

- Soal jawab

- Perbincangan

- Sumbangsaran

Nilai :

Kerjasama

Teguh

BBM :

Lembaran Kerja

Teks pantun

Slaid

12

Page 13: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

3. Nenas

4. Manggis

5. Kelapa

6. betik

Langkah

3

(15 Minit)

Pengajaran

Kata Adjektif

Contoh :

- cantik

- tajam

- manis

- merah

- hitam

-

1. Guru menerangkan secara

ringkas definisi kata

adjektif.

2. Murid dikehendaki

membaca secara

berkumpulan efinisi kata

adjektif secara kuat.

3. Murid diminta mencari

dan membulatkan kata

adjektif yang terdapat

dalam rangkap pantun

teka-teki. Kemudian

menulis semula dalam

kotak yang disediakan.

4. Perbincangan antara guru

dan murid menegani kata

adjektif yang terdapat

dalam teks pantun.

5. Wakil murid setiap

kumpulan diminta

membuat ayat lain

berdasarkan kata adjektif.

Teknik :

- Tunjuk cara

- Soal jawab

Nilai :

- Kerjasama

- Tekun

- Mendengar

arahan

BBM :

Teks pantaun teka-

teki, lembaran kerja

dan slaid

13

Page 14: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Langkah

4

(5 minit)

Nyanyian lagu.

Pantun teka-teki

berdasarkan rentak

lagu ikan kekek

1. Murid diperdengarkan terlebih

dahulu rentak lagu „Ikan Kekek”.

2. Guru membuat demonstrasi

terlebih dahulu cara nyanyian

menggunakan rentak lagu “Ikan

Kekek” dan rangkap pantun

sebagai lirik lagu.

3. Murid diminta menyanyi

beramai-ramai seperti nyanyian

yang telah ditunjuk oleh guru.

Teknik :

- Soal jawab

Nilai :

- Kerjasama

- Tekun

Penutup

(10 minit)

Nilai murni:

- Kesyukuran

- Patriotisme

- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca

pantun dengan

betul.

2.Konsep Kata

adjektif

1. Guru menyimpulkan pelajaran.

2. Soal jawab antara guru dan

murid berkaitan isi pelajaran dan

nilai murni berdasarkan teks

pantun teka-teki, secara lisan.

3. Guru memberikan aktiviti

latihan pengukuhan.

Teknik :

- Soal jawab

Nilai :

- Kerjasama

- Teku

BBM :

Lembaran kerja

4.0 RUMUSAN

14

Page 15: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Melalui pengajaran Bahasa Melayu menggunakan puisi klasik ini murid dapat

diperkenalkan dengan berbagai-bagai jenis perbendaharaan kata, misalnya yang

menggambarkan kegembiraan, kesedihan, nasihat, jenaka, keagamaan dan sebagainya.

Dalam membicarakan perluasan perbendaharaan kata ini, Sharifah Maimunah Syed

Zin (2000:23) mengatakan bahawa pendedahan Kesusasteraan Melayu dapat

memperkembangkan perbendaharaan kata, struktur ayat, gaya bahasa, jalinan idea dan

sebagainya.

Ini bermakna dengan unsur-unsur kesusasteraan dalam bahasa Melayu seperti

KOMSAS sekarang ini sedikit sebanyak ia dapat memperkayakan perbendaharan kata

pelajar. Pendedahan ini juga adalah bertujuan untuk menarik minta membaca di kalangan

para pelajar dan sekaligus dapat memperkayakan perbendaharan kata, gaya bahasa , struktur

ayat dan sebagainya. Ini adalah kerana di dalam KOMSAS terdapat pelbagai bahan yang

boleh membantu pelajar-pelajar menambahkan perbendaharan kata mereka seperti sajak,

pantun, drama, cerpen , novel dan sebagainya. Melalui pembacaan pantun sedikit sebanyak

dapat menambahkan perbendaharaan kata murid di samping dapat memperkukuhkan lagi

struktur bahasa dan gaya bahasa yang terdapat dalam bahan tersebut.

Penggunaan bahan sastera seperti pantun dan sebagainya dalam pengajaran

pembelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung dapat memberikan kefahaman kepada

pelajar tentang laras dan gaya bahasa sastera dan keindahan bahasa itu sendiri. Walau

bagaimanapun, pemilihan bahan perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa

perkara secara menyeluruh.

Menurut Asmah Hj Omar (e.d) (1984:107), pengambilan dan pemilihan bahan sastera

teruatamanya pantun perlu dilihat dari tiga aspek iaitu:

i) Pandangan guru bahasa Melayu , apakah tujuan dia memilih sesuatu petikan

itu?

ii) Kemampuan murid yang bergantung pada umur mereka, tingkat kesedaran

mereka, pengalaman mereka, pencapaian bahasa mereka dan jantina mereka..

iii) Linguistik dan pedagogi. Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras bahasa

yang akan diajarkan?

15

Page 16: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998:105) menegaskan

bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penggunaan bahan puisi adalah

untuk memberi penekanan kepada aspek-aspek bahasa dan bukan kepada aspek-aspek

kesusasteraan. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid juga seharusnya bertujuan

untuk menguji dan mengajar kebolehan murid bagi menulis semula isi-isi tersurat dan tersirat

dengan bahasa yang betul.

Pendekatan kreatif merupakan pendekatan estetik dalam pengajaran pantun yang

memusatkan kegiatan pelajar dalam bilik darjah kepada usaha membawa, melibatkan dan

membimbing murid supaya dapat bersama-sama menikmati, merasai, menghayati

estetikanya, memahami isi dan maksud serta menilai pantun sebagai sebuah karya seni.

Manakala pendekatan tradisional pula ialah pendekatan yang menumpukan kegiatan di dalam

bilik darjah dan dalam usaha menerangkan dan menghuraikan pantun yang dipelajari kepada

murid-murid.

Dari sudut kaedah pengajaran, Dharmawijaya (1998:260-261) telah mencadangkan

tiga kaedah pengajaran kesusasteraan iaitu “kaedah Struktural” Kaedah Mengalami-

Menghayati” dan Kaedah Berfokus” yang sesuai digunakan. Ini kerana menurut beliau

pengajaran puisi ke arah pemupukan nilai-nilai kewarganegaraan lebih mengutamakan

memahami dan menikmati penyataan, perasaan , pemikran serta sikap dalam sesebuah puisi

sebagi objektifnya.

Tegas beliau lagi, dalam proses pengajaran para murid perlu lebih aktif atau lebih

banyak mengambil peranan. Para murid perlu lebih aktif atau lebbih bnayak mengambil

bahagian dan memainkan peranan. Murid-murid juga diminta membaca puisi (pantun) yang

dipilih sebagai bahan pengajaran. Setelah itu, mereka akan diminta menyatakan pandangan

mereka terhadap pantun berkenaan sama ada ia memberi satu gambaran yang positif dalam

jiwa murid berkenaan atau sebaliknya. Seelok-eloknya murid diberikan keluwesan dan

kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka dengan seikhlas hati mereka.

Dalam memperkatakan kesan penggunaan kaedah terhadap pembelajaran puisi,

Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan semasa

16

Page 17: Kertas Kerja Penggunaan Pantun BM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina

penggunaan pantun dalam pegajaran Bahasa Melayu. Cadangan yang akan dikemukakan ini

ialah rumusan hasil penyelidikan beliau tentang pembelajaran pantun.

Antaranya, beliau mengatakan teknik penerangan yang berlebihan daripada guru

semat-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang

mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak melibatkan dan menggerakkan

penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak mengaitkan isi pelajaran dengan

pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang menggunakan cara ini menggambarkan yang

dia kurang berminat membuat persediaan dan perancangan untuk mengajar. Akibatnya

pengendalian pelajaran tidak tersusun dan kabur, kesannya pelajar tidak dapat mengikuti isi

pelajaran dengan baik dan tidak memupuk terhadap pelajaran pantun.

17