kertas kerja pemimpin pengakap 2014

Upload: anonymous-ntjf3c0in

Post on 10-Feb-2018

356 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    1/7

    KERTAS KERJA

    BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME

    PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH KLANG

    ANJURAN:

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KLANG

    Tarikh : 27 Januari 2014

    Masa : Sepenuh masa

    Hari : Isnin

    Tempat : Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    2/7

    KERTAS KERJA

    BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME

    PEMIMPIN PENGKAKAP DAERAH KLANG

    Program : KERTAS CADANGAN BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISMEPEMIMPIN PENGKAKAP DAERAH KLANG

    Tarikh : 27 Januari 2014Hari : IsninTempat : SAMT Sultan Hisamuddin, Jalan Kota Raja, Klang.

    1.0 PENDAHULUAN

    Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang sangat berbangga dengan perkembangan

    aktiviti berpengakap pada masa ini dan berharap ahli-ahli pengakap dapat mengambil peluang

    menimba ilmu pengakap dengan gigih sehingga bukan sahaja tercapai hasrat untuk menjadi Pengakap

    Raja tetapi apa yang paling penting adalah menjadi seorang rakyat Malaysia yang baik dan berjasa

    kepada Bangsa, Negara dan Agama.

    Menjadi tanggungjawab Persekutuan Pengakap Malaysia mengajar dan mendidik ahlinya

    dengan ilmu, kemahiran, sikap dan jati diri. Sehubungan itu Persekutuan Pengakap Daerah Klang

    berhasrat menganjurkan kursus ini sebagai lanjutan pelbagai kursus yang terdahulu.

    2.0 RASIONAL

    Persekutuan Pengakap Daerah Klang sangat sedar bahawa latihan kepimpinan kepada

    Pemimpin Pengakap sangat penting untuk mengukur dan memberi ilmu kepengakapan kepadamereka. Dengan mengadakan bengkel sebegini dapat membantu ahli pengakap meningkatkan lag

    ilmu dan kemahiran sebagai seorang ahli pengakap di samping melengkapkan keperluan untuk melatih

    ahli-ahli pengakap di sekolah.

    Pemimpin pengakap perlu didedahkan dengan kursus ini nanti diharapkan akan dapat

    memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan kata lain mereka berkeupayaan serta dapat

    mengendalikan aktiviti dengan berkesan terutamanya apabila mereka berhadapan dengan pengurusan

    pentadbiran di sekolah. Bengkel ini dapat menjadi titik tolak kepada pemimpin pengakap menimba

    ilmu dan pengalaman

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    3/7

    3.0 MATLAMAT

    1. Melengkapkan ilmu kepengakapan dalam kalangan pemimpin Pengakap Kanak-kanak, Muda

    dan Remaja.

    2. Menguji tahap kemahiran pemimpin pengakap untuk membimbing pelajar ke arah Pengakap

    Raja.

    3. Mewujudkan hubungan dan semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan pemimpin

    pengakap dalam melaksanakan segala aktiviti di sekolah.

    4.0 OBJEKTIF

    1. Memberikan latihan modul latihan pengakap secara teori dan amali kepada pemimpin

    pengakap.

    2. Meningkatkan kualiti dan kemahiran pemimpin pengakap dalam bidang pengurusan

    pentadbiran, bantumMula dan pengurusan aktiviti mingguan.

    3. Meningkatkan pengetahuan kepada guru-guru/pemimpin pengakap.

    4. Mewujudkan hubungan persefahaman dan kerjasama dua hala dengan PPM Daerah Klang dan

    sekolah.

    5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

    Lihat Lampiran

    6.0 SASARAN PESERTA

    PEMIMPIN PENGAKAP SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

    7.0 JAWATANKUASA INDUK

    PENASIHAT

    Pn. Hajah Adliah binti Ramli Pegawai Pelajaran Daerah KlangTn Hj Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaip Pengetua SAMT Sultan Hisamuddin

    PENGERUSI

    Pn Hjh Sidah bt Sedek - Pesuruhjaya Daerah Klang

    NAIB PENGERUSI

    En Mohd Redzuan b Shahadan - Penolong Pesuruhjaya PPM Klang

    SETIAUSAHA BERSAMACik Sharena binti Mohd Basir - Penolong Pesuruhjaya PPM KlangPn Humaira bt - SAMT Sultan Hisamuddin

    PENOLONG SETIAUSAHA

    Pn Faridah binti Ibrahim - Penolong Pesuruhjaya PPM Klang

    BENDAHARI

    En Muhd Mustafa Kamal bin A.Bidin - Penolong Pesuruhjaya PPM Klang

    Ex-officio

    En. Mohd Khudzairi b Mohd Nor - Penyelia Kokurikulum PPD Klang

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    4/7

    8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

    KETUA KURSUS:En Mohd Hafiz bin HamdanPen. Pesuruhjaya PPM Selangor (Tugas Khas PK)

    PENOLONG KETUA KURSUSPn. Sidah bt Sedek - Pesuruhjaya PPM Daerah KlangEn Mohd Redzuan b Shahadan - Penolong Pesuruhjaya Program

    PENYELARAS DAN PENGURUSAN AKTIVITIEn. Lew Kok Keong - Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanakEn. Muhd Mustaffa Kamal b. A.Bidin - Penolong Pesuruhjaya Pengakap Muda

    Cik Noor Azidah bt Ali - Penolong Pesuruhjaya Pengakap Remaja

    URUSETIA/PENDAFTARANPn Faridah binti Ibrahim - Penolong Pesuruhjaya Pentadbiran dan

    Pendaftaran

    PENGURUSAN MAKANANPn Noraidah bt Malek - Penolong Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas

    Pn. Aasarah bt Ahmad Suki - Penolong Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas

    PENGURUSAN RISIKO/KESELAMATAN/KEBAJIKAN/KECEMASAN

    Pn Yosnita binti Md Yasin - Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Risiko

    PEMBACA PERSETIAAN

    En Shahrul Azuwan b Mohd Aris - Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kelana

    PENGURUSAN PERALATAN

    En Mohd Redzuan b Shahadan -Penolong Pesuruhjaya ProgramPn. Norly Arnita bt Haironi - Penolong Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas

    PERASMIAN / PENUTUPAN

    Sharena binti Mohd Basir - Penolong Pesuruhjaya Biro Wanita

    SIARAYA DAN TEKNIKAL DEWAN

    Mohd Fadzil bin Samangon - Pemimpin SAMT Sultan Hisamuddin

    PERSIAPAN TEMPAT

    En. Suthagar a/l R.Subramonie - Penolong Pesuruhjaya Kerohanian

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    5/7

    9.0 TENTATIF PROGRAM

    HARI RABU ( 15 JANUARI 2014 )

    Masa

    Aktiviti

    Pengakap Kanak - Kanak Pengakap Muda Pengakap Remaja

    8.00 8.30 Pendaftaran

    8.30 10.00 Perasmian Mesyuarat Pemimpin10.00- 12.00 Sidang 1 : Skim Latihan

    Pengakap Kanak

    Kanak & Pencapaian

    Sidang 1 : Skim LatihanPengakap Muda &

    Pencapaian

    Sidang 1 : Skim LatihanPengakap Remaja &

    Pencapaian

    1.00 2.00 Makan Tengahari / Solat / Rehat

    2.00 3.00 Sidang 2 : Pengurusan Kumpulan

    3.00 4.00 Sidang 3 : Pengurusan Program

    4.00 5.00 Praktikal : Laung Agung Praktikal : Istiadat Pembukaan & Penutupan aktivitiperjumpaan

    9.2 PERINCIAN PROGRAM

    1. Skim Latihan Pengakap

    Slot ini menerangkan Skim Latihan Pengakap.. Antara perkara yang disentuh di dalam slot ini :

    i) Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap

    Remaja

    ii) Rambu Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja

    Slot disampaikan oleh jurulatih negeri Kaedah penyampaian adalah penerangan

    2. Pengurusan Kumpulan

    Slot ini akan memfokuskan perihal urus tadbir sesebuah kumpulan.

    Antara perkara yang ditekankan:

    i) Pendaftaran kumpulan , keahlian dan tauliah pemimpin.

    ii) Penerangan mengenai struktur organisasi di dalam sesebuah kumpulan iaitu Majlis

    Kumpulan dan Majlis Ketua Patrol.

    iii) Pelaksanaan Ujian, Pemberian Sijil dan Rekod Keahlian

    iv) Pengurusan sIstem fail sesebuah kumpulan dan Rekod Lencana dan Log Kumpulan

    Slot akan disampaikan oleh jurulatih / fasilatator.

    Keadah penyampaian adalah penerangan.

    3. Pengurusan Program

    Slot ini memfokuskan tentang pengurusan perjumpaan mingguan dan perancangan program.

    Antara perkara yang ditekankan adalah:

    i) Pengurusan Perancangan aktiviti Mingguan / setiap perjumpaan.

    ii) Pelaksanaan Aktiviti Mingguan.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    6/7

    iii) Perancangan Kertas Kerja untuk program khas

    Slot akan dikendalikan oleh fasilitator

    Kaedah bengkel.

    4. Pratikal Perjumpaan

    Slot ini menjalani amali perjumpaan. Antara pratikal dalam slot ini :

    i) Pelaksannaan Perjumpaan Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda dan Pengakap

    Remaja

    iii) Rambu Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja

    Slot dikendali oleh Penolong Pesuruhjaya

    Kaedah secara simulasi

    11.0 PENUTUP

    Pihak PPM Daerah Klang sangat berharap segala aktiviti yang dirancang akan dapat

    dilaksanakan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, pihak PPM Daerah Klang sangat memerlukan

    segala sokongan sama ada kewangan, material mahupun moral dari semua pihak untuk membantu

    pihak PPM menjalankan aktiviti ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kami sanga

    hargai dan ucapkan jutaan terima kasih.

  • 7/22/2019 Kertas Kerja Pemimpin Pengakap 2014

    7/7

    10. KEPERLUAN LAIN

    Bil Perkara Catatan Tindakan1. Sijil dan Cenderahati

    2. Surat-menyurat

    3. LCD Projektor

    4. komputer riba

    5. Surat mohon jurulatih

    6. PA sistem

    7. Banner / bunting8. Makanan

    9. Alatan tambahan10. Keperluan tempat

    a) Dewan Al Bukharib) Bilik Seminarc) Bilik Mesyuaratd) Bilik VVIPe) Dataran

    11.

    5.0 ANGGARAN KEWANGAN

    i) Anggaran perbelanjaan

    BIL PERKARA KOS(RM)

    1 Makan dan minum peserta & urusetia 80 x RM 10.00 800.00

    2 Sijil 80 x 1.00 80.00

    3 Cendaramata dan Majlis Perasmian 200.00

    4 Banner 1 x RM 100.00 100.00

    5 Ubatan/Kecemasan - 50.00

    6 Perbelanjaan runcit - 150.00

    7 Alatulis / urusetia - 150.00

    8 Saguhati kepada jurulatih Jemputan 3 x RM100 300.00

    10 Bahan Bengkel (Buku Skim Latihan Pengakap) 80 x RM 6.00 480.00

    12 Saguhati tuan rumah 200.00

    Jumlah 2,510.00