kertas kerja pembelian pakaian tarian dan pengubahsuaian bilik muzik murid

Upload: yus-muhamad

Post on 17-Jul-2015

2.576 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PEMBELIAN PAKAIAN TARIAN DAN PENGUBAHSUAIAN BILIK MUZIK MURID-MURID SK SERI SEKAMAT BATU 12 JALAN CHERAS 43000 KAJANG SELANGORPENDAHULUAN Aktiviti kesenian contohnya bidang tarian dan nyanyian merupakan satu aktiviti kokurikulum yang mampu meningkatkan lagi potensi murid-murid dalam aspek jasmani, emosi dan sahsiah. Ia mampu membentuk disiplin diri yang tinggi di kalangan murid-murid serta memupuk semangat kerjasama berpasukan. Oleh itu, kumpulan tarian SK Seri Sekamat yang dianggotai oleh murid-murid sering membuat persembahan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, pihak sekolah ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk memberi sumbangan kewangan dalam pengubahsuaian bilik muzik dengan memasang cermin dinding bilik diletakkan cermin kaca dari paras lantai setinggi sekurang-kurangnya 7 kaki dan dipasang dibelakang dinding bilik muzik. Ini memudahkan murid-murid mejalani latihan yang sempurna terutamanya dalam tarian dan aktiviti lain . RASIONAL Pakaian dan kelengkapan persembahan tarian yang lengkap dan sempurna mampu meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk lebih tekun berlatih seterusnya membuat persembahan dengan lebih menarik. Selain itu, iamampu meningkatkan l agi kecemerlangan kokurikulum di kalangan murid-murid SK Seri Sekamat seterusnya membantu mencapai misi dan visi sekolah iaitu menjadi antara sekolah yang terbaik di dalam daerah Kajang. OBJEKTIF 1.Membentuk keyakinan diri dan kemahiran sosial di kalangan murid-murid. 2.Membentuk semangat kerjasama berpasukan. 3.Meningkatkan lagi mutu persembahan dan aktiviti seni murid-murid. 4.Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum SK Seri Sekamat.

1

AHLI JAWATANKUASA ZULKIFLI BIN MOHD TAHIR GURU BESAR NOR AINI BT ABD GHANI GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM MOHD YUSRY BIN MUHAMAD KETUA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK MAHANI BINTI SULAIMAN SETIAUSAHA AHLI AJK SEMUA GURU MUZIK SK SERI SEKAMAT JURULATIH TARI IDAAZNIM BINTI AKASAH NURUL AINI BINTI DELFI UMI RUWAIDA BINTI ZOL

2

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1. Sepasang baju kurung 6 Helai 2. Kain songket 3. Aksesori tambahan Kain tudung Rantai Tengkolok 4. Set alat solek 5. Cermin dinding bilik muzik UNIT RM 35 x 8 RM45 x 8 RM 50 x 8 JUMLAH RM 280.00 RM 360.00 RM 400.00

RM 100 RM 18 x 1 kaki 24 x 7 = 186 stf

RM 100.00 RM3,024.00

JUMLAH PENUTUP

RM4,164.00

Diharapkan dengan pembelian peralatan aktiviti kesenian ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan kokurikulum terutamanya dalam bidang kesenian dikalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Disediakan oleh,

. (MOHDYUSRY BIN MUHAMAD) Ketua Panitia Muzik SK Seri Sekamat Diluluskan / Tidak diluluskan, ............................................. (EN ZUKIFLI BIN MOHD TAHIR) Guru Besar SK Seri Sekamat

3

Lampiran 1 GAMBAR AKTIVITI TARIAN DALAM BILIK MUZIK

4

5

AKTIVITI KEBUDAYAAN DI SEKOLAH SK SERI SEKAMAT

CONTOH BAJU TARIAN

6