kertas kerja pbp 2015

Upload: sitti-khadeeja

Post on 07-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja PBP 2015

TRANSCRIPT

lehah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, JALAN LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PEMBELAJARAN SEJARAH BERASASKAN PROJEK (SJH3073) RANCANGAN MAKLUMAT KURSUS PISMP SEMESTER 4

TARIKH : 06.08.2014 TEMPAT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TAJUK : PROGRAM SERONOKNYA DUNIA SEJARAH

1.0 PENGENALANProgram Seronoknya Dunia Sejarah berasaskan projek bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman awal kepada guru pelatih major Sejarah dalam menyiapkan diri dengan pengetahuan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek sebagai salah satu kaedah mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Di samping itu, program ini adalah bertepatan dan selaras dengan kandungan Jadual 3 kursus mata pelajaran SJH 3073 iaitu pembelajaran berasaskan projek bagi mata pelajaran Sejarah. Justeru, tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai semangat jati guru yang utuh di samping membantu meningkatkan kualiti peribadi dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti mengadakan ceramah untuk tips mengingat Sejarah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan aktiviti Treasure Hunt. Program pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah pengajaran yang sangat dituntut untuk diaplikasikan oleh guru kerana kaedah ini sangat relevan pada masa ini dan mampu memaksimumkan input pembelajaran murid.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memaklumkan dan mendapat kelulusan pihak pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu, untuk membolehkan program ini dilaksanakan pada 6 Ogos 2015 di Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa Melayu.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pembelajaran Sejarah berasaskan projek ini bagi guru pelatih major Sejarah adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang kaedah pengajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sejarah. Di samping itu, membantu melestarikan mata pelajaran Sejarah di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dengan memperkenalkan pelbagai kaedah mengajar mata pelajaran Sejarah kepada murid-murid dan guru yang hadir ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

4.0 OBJEKTIFProgram pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sejarah bagi guru pelatih major Sejarah bertujuan untuk:4.1 Mengaplikasi pembelajaran Sejarah berasaskan projek di sekolah.4.2 Membolehkan setiap pelajar PISMP Major Sejarah dinilai melalui penghasilan projek.4.3 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman dan ilmu baharu tentang pendidikan Sejarah dari pelbagai tempat.4.4 Mendapatkan penilaian daripada pensyarah pembimbing.

5.0 KANDUNGAN RANCANGAN MAKLUMAT KHUSUS KURSUS MAJOR SEJARAH

Dalam Rancangan Maklumat Kursus SJH 3073, terdapat 60 jam waktu kuliah termasuk 30 jam amali bagi pembelajaran berasaskan projek bagi mata pelajaran Sejarah. Pembelajaran berasaskan projek merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid membina kemahiran dan mendapat ilmu pengetahuan melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik hands on. Pembelajaran berasaskan projek menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambah rasa ingin tahu kepada murid, selain dekat dengan konteks dunia sebenar. Selain itu, kursus ini dapat mendedahkan guru pelatih kepada pembelajaran berasaskan projek dan pelaksanaannya di samping membimbing guru pelatih pada langkah-langkah pembelajaran berasaskan projek.

6.0 CADANGAN

Pelajar major Sejarah PISMP Semester 4A telah membuat ketetapan seperti berikut:

Tarikh :6 Ogos 2014 (Khamis)Tempat:Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa MelayuTajuk :Program Seronoknya Dunia Sejarah

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BILPERKARA

1.Pengangkutan murid pergi dan balik ke IPG Kampus Bahasa Melayu disediakan oleh pihak IPG Kampus.

2. Makanan dan minuman murid di IPG Kampus Bahasa Melayu disediakan sepenuhnya oleh guru pelatih Kelas PISMP 4A melalui dana yang dikumpul.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM SERONOKNYA DUNIA SEJARAHJAWATANKUASA INDUK

Penasihat : YBhg. Dr Hajah Maridah Bt Haji Alias Pengarah, IPG Kampus Bahasa MelayuPenyelaras : Puan Noriza binti Sulaiman Ketua Jabatan Sains SosialPensyarah Pembimbing : Encik Emyzul bin Ismail (Pensyarah SJH 3073)Pengerusi : Sitti Khadijah binti BachoSetiausaha : Wak Suraina A/P JimiBendahari : Ivan Ting Xiao Xiang

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK AKTIVITI :Siti Haridah binti JaaparNoor Amalina binti JunetHanson Ang Ping Ting

AJK PERALATAN:Frederic SinganLouis Pulong

AJK DOKUMENTASI:Aznur Nizza Yucque binti AzralRaja Yong Zahariah binti Raja BadaruddinMuhammad Asyraf Safwan bin Ahmad Zukri

AJK CENDERAMATA:Nurul Huda binti Maha Liddin

AJK MAKANAN:Nur Kamalia binti SubohSalmiah binti Sallehajih

AJK PENGANGKUTAN :Nur Fatin Izzati binti Othman

AJK PERHUBUNGAN LUAR:Muhammad Faiz Hatim bin RahimAngeline Anak Stephen

AJK kEBAJIKAN:Linda Eu Hai Lun

AJK PUBLISITI:Nur Sofia Izzati binti ShafeaiLoh Ming Wen

9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 06 OGOS 2015TAJUK : SERONOKNYA DUNIA SEJARAHMASAAKTIVITI

8.15 8.30 pagi- Ketibaan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

8.30 9.00 pagi- Ucapan

9.00 9.20 pagi- Senaman Pagi Senamrobik

9.20 9.30 pagi - Sarapan Pagi

9.30 10.00 pagi - Aktiviti 1 ( Ceramah Motivasi) Tips Mudah Mengingati Sejarah

10.00 11.30 pagi - Aktiviti 2 ( Lakonan ) Parameswara sebagai Pengasas Melaka

11.30 12.00 tengah hari- Makan Tengah Hari

12.00 1.30 petang- Aktiviti 3 (Eksplorasi Sejarah) Treasure Hunt

1.30 2.00 petang- Sesi Refleksi Murid

2.00 2.30 petang- Penyerahan Sijil

10.0 SYORi. Cadangan Program Pembelajaran Berasaskan Projek bagi mata pelajaran Sejarah ini diharap mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan IPG Kampus Bahasa Melayu.ii. Dapat meluluskan 1 buah bas institut dengan 2 orang pemandu sepanjang program ini.iii. Dapat meluluskan permohonan untuk bekalan makanan dan minuman.

11.0 PENUTUP

Program ini diharap dapat mencapai objektif utama bagi menerapkan guru Sejarah yang efektif, berpengetahuan, berfikiran progresif dan saintifik. Selain itu, dapat memupuk dan menanam minat pelajar untuk merancang dan melaksana aktiviti, serta dapat memupuk semangat berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama.

Disediakan oleh,

______________________(WAK SURAINA A/P JIMI)Setiausaha Program Program Pembelajaran Berasaskan Projek bagi Mata Pelajaran Sejarah

Disemak/disokong oleh,

_____________________(ENCIK EMYZUL BIN ISMAIL)PensyarahPISMP 4A Ambilan Januari 2014Disahkan oleh,

______________________(PUAN NORIZA BINTI SULAIMAN)Ketua Jabatan Sains SosialIPG Kampus Bahasa Melayu

Diluluskan oleh,

______________________(DR. HAJAH MARIDAH BINTI HAJI ALIAS)PengarahIPG Kampus Bahasa Melayu