kertas kerja pameran sains

14
SCIENCE DEPARTMENT IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR PAMERAN PENEROKAAN SAINS (SCE 3103) Tema: Membawa industri ke dalam Institut Tarikh : 20 September 2011 (Selasa ) Tempat : Makmal Biologi, Balai Kerapatan, Dataran Melewar, IPGM Kampus Raja Melewar

Upload: mynamesarah

Post on 30-Dec-2014

430 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

kertas kerja pameran sains pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pameran Sains

SCIENCE DEPARTMENTIPGM KAMPUS RAJA MELEWAR

PAMERAN PENEROKAAN SAINS

(SCE 3103)

Tema:

Membawa industri ke dalam Institut

Tarikh :

20 September 2011 (Selasa )

Tempat :

Makmal Biologi, Balai Kerapatan,

Dataran Melewar,

IPGM Kampus Raja Melewar

Anjuran :

PISMP Sains Semester 2

Page 2: Kertas Kerja Pameran Sains

1. Pengenalan

Pameran Penerokaan Sains merupakan satu aktiviti pameran sains

bagi melengkapkan keperluan kursus subjek SCE 3103 (Exploring Materials),

PISMP Sains Semester 2. Pameran yang berskala kecil ini merupakan

kesinambungan dari lawatan sambil belajar ke kilang-kilang iaitu kilang

Beryl’s Chocolate and Confectionery Sdn Bhd, Royale Pewter Selangor Sdn

Bhd, Jotun Paint Sdn Bhd dan Yakult Sdn Bhd dan program ini akan

dianjurkan oleh pelajar-pelajar PISMP Sains Semester 2 ambilan Januari

2011. Pameran ini adalah wadah bagi pelajar-pelajar untuk membantu

meningkatkan lagi imej IPGM Kampus Raja Melewar dengan penganjuran

suatu program ilmu yang bukan sahaja melibatkan warga kampus malah

melibatkan murid-murid sekolah rendah sekitar Seremban. Penganjuran

pameran ini telah menggariskan enam matlamat utama;

i. Melengkapkan keperluan kursus SCE 3103 (Kimia) dalam Kerja

Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi Program Ijazah Sajana Muda

Perguruan

ii. Memperkembangkan lagi pengetahuan sains dan inovasi dalam

kalangan pelajar sekolah rendah sekitar Seremban dan warga IPGM

Kampus Raja Melewar.

iii. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang metadologi penganjuran

pameran Sains dari segi perancangan mahupun pelaksanaan.

iv. Mewujudkan semangat kerjasama antara ahli di dalam satu organisasi

yang berlainan kohort dalam usaha bagi mencapai satu matlamat yang

sama iaitu kejayaan organisasi.

v. Membentuk satu rangkaian kerjasama dengan sekolah-sekolah rendah

sekitar Seremban terutamanya sekolah angkat IPGM Kampus Raja

Melewar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Seremban.

vi. Menggunakan segala maklumat yang telah diperolehi daripada lawatan

untuk dipamerkan dalam pameran ini.

Page 3: Kertas Kerja Pameran Sains

2. Rasional

Kursus Meneroka Bahan (Kimia), SCE 3103 ini memberi pengetahuan

tentang penerokaan bahan-bahan. Ia meneroka tentang bahan-bahan semula

jadi dan bahan-bahan buatan manusia, bahan bakar, bijih dan galian, aloi,

sebatian beraroma, alkohol, eter dan amina, aldehid dan keton, asid

karboksilik, ester dan amida, polimer tiruan dan plastik, perusahaan

penyediaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik, bahan komposit, sabun

dan detergen, getah, polimer semulajadi dan kertas.

Maka, Pameran Penerokaan Sains merupakan satu usaha untuk

memperkembangkan penerokaan ilmu sains terhadap bahan-bahan

semulajadi dan buatan manusia serta bagaimana ia diadaptasikan dalam

silibus pendidikan rendah. Pameran ini juga memberi peluang dan ruang

kepada penuntut untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam mereka cipta hand-

on activities yang menarik minat pelajar.

3. Objektif

a) Melengkapkan keperluan kursus SCE3103 serta memberi peluang dan

ruang kepada pelatih untuk lebih kreatif dalam menyediakan Bahan

bantu Mengajar (BBM) yang lebih menarik dan berpusatkan pelajar.

b) Melahirkan warga kampus yang celik sains dan peka tentang

perkembangan ilmu sains semasa serta isu-isu terkini.

c) Meneruskan tradisi penganjuran program dan aktiviti yang berunsurkan

sains serta kepelbagaian kaji hayat.

d) Mengeratkan ikatan kemesraan dan berpasukan dalam kalangan

pelajar-pelajar Jabatan Sains.

e) Meluaskan lagi pengetahuan sains pelajar melalui pendedahan kepada

bahan-bahan pameran dan demonstrasi yang berunsurkan ilmu sains.

Page 4: Kertas Kerja Pameran Sains

4. Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 20 Ogos 2011

Masa : Jam 8.00 am – 4.00 pm

Tempat : Makmal Biologi (C1.6),Balai kerapatan, Dataran Melewar &

Balai Ilmu

5. Pengelolaan

PISMP Sains Semester 2 (Ambilan Januari 2011)

6. Pengisian Program

1. Eksperimen Sains Dan Demonstrasi

6 Stesyen Eksperimen Sains.

2. Siar Kaki Sains

6 Stesyen Aktiviti Luar Jangka

3. Pameran Agensi Luar

8 Stesyen Daripada Agensi Luar

4. Pertandingan Inovasi Sains.

Pertandingan Melancakan Roket

Kuiz-Kuiz Sains

5. Ceramah

Ceramah Sains Merentasi Masa.

Page 5: Kertas Kerja Pameran Sains

7. Golongan Sasaran

Warga IPGM Kampus Raja Melewar

1. Staf-staf Akademik

2. Staf-staf Sokongan

3. Pelajar-pelajar (PPISMP, PISMP, KPLI, dll)

4. Pra Sekolah IPGM KRM

Warga Sekolah Sekitar

1. SK Seri Kelana (40 orang pelajar)

2. SK Sikamat (40 orang pelajar)

8. Ahli Jawatankuasa Induk & Pelaksana

Lampiran B

9. Belanjawan

Lampiran C

10.Penutup

Bagi mencapai hasrat untuk menjadikan pameran ini sebagai satu

pameran ilmu bagi melengkapkan kursus SCE3103 yang bukan sahaja

menjana pemikiran secara teori malah mampu diterjemahkan secara

praktikal. Adalah menjadi harapan pihak ahli jawatankuasa penganjur agar

pihak pengurusan tertinggi IPGM Kampus Raja Melewar memberi seberapa

banyak bantuan kepada ahli jawatankuasa sama ada dalam bentuk

kewangan, logistik, dan bekerjasama dengan sekolah-sekolah rendah sekitar

kampus dengan harapan supaya hasil pameran ini mampu dimanfaatkan oleh

seluruh warga kampus dan pelajar sekolah sekitar.

Page 6: Kertas Kerja Pameran Sains

Disediakan Oleh:

Muhammad Raheimy Bin Abd Rahman Setiausaha ProgramPameran Meneroka Alam Bahan

Muhammad Dzulfikar bin Mohd Laili Pengarah Program Pameran Meneroka Alam Bahan

Page 7: Kertas Kerja Pameran Sains

LAMPIRAN A

TENTATIF PAMERAN SAINS 2011

Hari : Selasa

Tarikh : 20 September 2011

Tempat : Balai Kerapatan , IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

08.00 am Pameran di buka kepada orang ramai. Balai Kerapatan

09.00 am Malis Perasmian Program

Pameran Penerokaan Sains

Nyanyian Lagu IPGM KRM & Lagu Rasmi

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Ucapan alu-aluan Ketua Jabatan Sains

Ucapan alu-aluan dan Perasmian oleh

Pengarah IPGM KRM – Tn Haji Musa Bin

Abdullah

Gimik Perasmian

Penyampaian cenderahati kepada Pengarah

& Ketua Jabatan Sains IPGM KRM

Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

& Lagu Negaraku.

Lawatan Pengarah & MPPP ke tapak-tapak

pameran dan demonstrasi.

Balai Kerapatan

Dataran Melewar

10.00 am Masa Lawatan Pelajar SK Seri Kelana, SK

Sikamat, Pra Sekolah IPGM KRM.

i. Ceramah Sains meneroka inovasi

Page 8: Kertas Kerja Pameran Sains

ii. Lawatan ke steseyen-stesyen yang

telah disediakan

01.00 pm Jamuan Makan Tengahari & Solat

02.30 pm Pertandingan Inovasi sains

i. Pelancaran roket

ii. Kuiz sains Dataran Melewar &

Makmal Jabatan

04.30 pm Program tamat.

05.00 pm Minum petang dan bersurai. Bilik Biduanda

Page 9: Kertas Kerja Pameran Sains

LAMPIRAN BBELANJAWAN PROGAM

Perbelanjaan

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. Banner x 2 140.00

2. Makan & Persegaran

Minum Pagi = RM 2

Makan Tengahari = RM 3

Jumlah = RM 5 x 1 hari x 25 orang

125.00

3. Hadiah Pertandingan (Hamper)

RM 10 x 24 unit

150.00

5. Penceramah 300

4. Bahan Pameran & Demonstrasi 285.00

6. Barangan Alatulis (Stor Pusat IPGM KRM) *

Jumlah 1000.00

Peruntukan

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. IPGM Kampus Raja Melewar

Banner = RM 140.00

Makan & Persegaran = RM 125.00

Barangan Alatulis (Stor Pusat IPGM KRM)*

215.00

2. Tabung Amanah PISMP Sains Semester 2

Kutipan RM 20.00 x 18 orang

360.00

Jumlah 575.00

Page 10: Kertas Kerja Pameran Sains

LAMPIRAN CJAWATANKUASA INDUK

PenaungTn Haji Musa Bin Abdullah

Pengarah IPGM Kampus Raja Melewar

Ketua PenasihatDr. Zainol Badli bin Budiman

Ketua Jabatan Sains

PenasihatPuan Hajjah Rugayah binti Tambi

Pensyarah SCE3103

PengarahMuhammad Dzulfikar Bin Mohd Laili

Timbalan PengarahKarimah Binti Othman

SetiausahaMuhammad Raheimy Bin Abd Rahman

BendahariNurul Ain Zafirah Binti Nor Aizi

Page 11: Kertas Kerja Pameran Sains

JAWATANKUASA PELAKSANA

Jk Pameran & Demonstrasi

Wan Nur Fadhlin Sakina bt Wan Razuli

Ainin Sofia bt Ahmad Sukri

Nurul Ain Zafirah bt Nor Aizi

Amri bin Zakaria

Karimah bt Othman

Jk Protokol & Jemputan

Ananthan A/L T. Nadarajan

Jk Promosi & Dokumentasi

Mohammad Fitri Bin Mohamad

Jk Makanan & Persegaran

Nurul Nadiah Binti Che Adnan

Jk Logistik & Penajaan

Ahmad Zuhairi Bin Asli

Jk Perhubungan LuarNor Affandi bin Khiruddin

Siti Sarah bt SekeriAimi Najwa bt Mohd Ghazali

Punnithann A/L SubramaniamAmri Bin Zakaria

Jk Tugas-tugas KhasNuradilah Binti Sharifuddin

Fatin Azimah Binti Norazaman