kertas kerja nuzul quran

Upload: hidzlisme

Post on 03-Apr-2018

445 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    1/8

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU,75400 DURIAN DAUN, MELAKA.

    TAJUK:

    KERTAS KERJAPROGRAM SAMBUTAN NUZUL QURAN TAHUN 1434 H

    TEMPAT:

    SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

    TARIKH :

    26 JULAI 2013(17 Ramadan 1434 H)

    ANJURAN :

    GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010

    Dengan kerjasama

    PANITIA AGAMA ISLAMSEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    2/8

    1.0 PENGENALAN

    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan,

    ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya

    dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Seperti yang

    kita ketahui, dalam bulan Ramadhan kita, umat Islam diwajibkan berpuasa,

    ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai

    peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra

    dan Nuzul Quran. Sehubungan dengan itu, guru pelatih dengan kerjasama

    Panitia Agama Islam merangka program pentarbiyahan sempena bulan

    Ramadhan Al-Mubarak ini.

    Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat

    membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai

    objektif-objektif yang di rancang.

    2.0 RASIONAL

    Tugasan yang diberi melalui pengalaman yang boleh mengintegrasikan

    antara teori, pengalaman sebenar dan latihan amali yang dapat memberi

    impak positif ke atas pemahaman guru pelatih berkaitan pengurusan dalam

    melaksanakan program di sekolah.

    Program sambutan ini bermatlamat memberi pengetahuan mengenai

    peristiwa Nuzul Quran dan melahirkan murid yang seimbang dari segi

    jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah PendidikanKebangsaan.

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    3/8

    3.0 MATLAMAT

    Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru

    pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan

    kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Antara matlamat

    yang ingin dicapai melalui program ini ialah :

    1. Memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan Al-

    Quran.

    2. Melahirkan generasi yang bertaqwa dan kasih kepada Al-Quran .

    3. Mendidik para pelajar supaya sentiasa mendampingi Al-Quran dan

    dibaca setiap hari.

    4.0 OBJEKTIF

    Objektif utama program ini ialah :

    1. Melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-

    bulan kebesaran Allah dan peristiwanya.

    2. Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri pelajar seperti

    para mukminin.

    3. Melahirkan pelajar yang mengetahui serba serbi tentang sejarah Islam.

    4. Menyuburkan lagi perasaan untuk merebut kelebihan Ramadhan.

    5.0 TARIKH PROJEK

    26 Julai 2013 ( 17 Ramadan 1434 H)

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    4/8

    6.0 LOKASI PROJEK

    Dewan Samudera, SK Pantai Kundor, Melaka

    7.0 ANJURANGuru Pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Panitia

    Agama Islam SK Pantai Kundor, Melaka

    8.0 KATEGORI AKTIVITI

    1. Ceramah mengenai Nuzul Quran.

    2. Kuiz Nuzul Quran

    9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

    Penasihat : Puan Saleha binti Osman

    Pengerusi : Pn. Romaini bt Mamat

    Naib Pengerusi : En. Ehsanuddin bin Abd Jalil (PK HEM)

    Pn. Masrah binti Ahmad (PK KK)

    Pn. Maryani binti Omar (PK KOKU)

    Ketua Program : Noor Hidayah binti Mohammad Maskuri

    Setiausaha : Anis Syuhada binti Abdullah

    Bendahari : Pn. Nor Hasnizah binti Mohd Nasir

    AJK Dokumentasi : En. Wan Mohsin bin Wan Mohd

    AJK Buku Program : Pn. Norakerah binti Mohammad

    AJK P.A Sistem : Ustaz Zairul Aizan bin Zaidan

    AJK Persiapan : Cik Norhashimah binti Ramli

    Pn. Suhaila binti Abu Bakar

    AJK Hadiah : Puan Yusnizal binti Ismail

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    5/8

    10.0 KUMPULAN SASARAN

    Semua guru dan kakitangan beragama Islam.

    Guru dan kakitangan bukan Islam digalakan hadir.

    Semua murid SK Pantai Kundor

    11.0 TENTATIF PROGRAM

    Masa Aktiviti7.40 pagi - Murid berkumpul di Dewan

    Samudera, SKPK

    7.45 pagi - Bacaan Yasin (diketuai Ustaz Zairul

    Aizan)8.00 pagi - Ucapan Guru Besar SK Pantai

    Kundor,

    Puan Saleha binti Osman8.10 pagi - Ceramah Nuzul Quran

    Tajuk : Peristiwa Nuzul Quran

    Penceramah:Ustaz Mohd Rizuan Hj

    Abd Rasip

    (Pensyarah IPGKPM)8.50 pagi - Kuiz Nuzul Quran

    - Penyampaian Hadiah pemenang

    kuiz9.00 pagi - Majlis bersurai

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    6/8

    12.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN ANGGARAN PERALATAN

    DIPERLUKAN

    12.1 ANGGARAN KEWANGAN

    Bil. Perbelanjaan Peruntukan/orang (RM) Jumlah(RM)1.0 Bayaran penceramah RM 100.00 x 1 RM100.002.0 Hadiah kuiz RM 2.00 x 10 RM20.00

    Jumlah keseluruhan RM 120.00

    12.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN

    13.0 PENUTUP

    Bil. KEPERLUAN KUANTITI1. LCD Projektor 1 buah2. Kerusi VIP 4 buah3. Hadiah kuiz (Alat Tulis) 5 buah4. Kertas (Brosur) 50 helai

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    7/8

    Kesimpulannya, diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan

    jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan

    penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang

    bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah

    membalas semua usaha kita sebaiknya.

    Disediakan oleh,

    ________________________________

    ( NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD MASKURI)

    Guru Pelatih

    IPG Kampus Perempuan Melayu.

    Disahkan oleh,

    ____________________________(PN. ROMAINI BINTI MAMAT)

    Ketua Panitia Agama Islam,

    SK Pantai Kundor, Melaka.

    Diluluskan oleh,

    ____________________________

    (PUAN SALEHA BINTI OSMAN)

    Guru Besar,

    SK Pantai Kundor, Melaka.

  • 7/28/2019 Kertas Kerja Nuzul Quran

    8/8