kertas kerja-mural

8
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA, MUAR, JOHOR AKTIVITI : PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL) TEMPAT : RUANG TANGGA LALUAN BANGUNAN PENTADBIRAN, SKPJ TARIKH : 27 JUN 2012 HINGGA 10 JULAI 2012 ANJURAN : GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2009

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 16-Jan-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA,

MUAR, JOHOR

AKTIVITI :

PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

TEMPAT :

RUANG TANGGA LALUAN BANGUNAN PENTADBIRAN, SKPJ

TARIKH :

27 JUN 2012 HINGGA 10 JULAI 2012

ANJURAN :

GURU PELATIH PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2009

1. PENGENALAN

Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh para guru

pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 Unit Pendidikan Khas 5 dalam memenuhi

terma dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus

dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru

peltih dalam menjayakan sesuatu projek.

2. TUJUAN

2.1 Memperindah dan menceriakan dinding ruang tangga laluan bangunan

pentadbiran sekolah dengan lukisan mural yang bertemakan angkasa lepas.

3. OBJEKTIF

3.1Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk

melaksanakan sesuatu projek .

3.2Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan

guru-guru pelatih dan warga sekolah.

3.3Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala

kemahiran yang telah dipelajari di IPG .

3.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan

aktiviti di sekolah.

3.5Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih

dalam program yang dilaksanakan

4. MATLAMAT

4.1 Memperindah dan menceriakan dinding ruang tangga dengan lukisan mural yang memuatkan nilai-nilai murni.

4.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara guru-guru pelatih IPG dengan warga Sekolah Kebangsaan Parit Jawa.

5. TEMPAT

5.1 Dinding ruang tangga laluan bangunan pentadbiran SK Parit Jawa

6. TARIKH

6.1 27 Jun 2012 hingga 10 Julai 2012 ( 2 Minggu )

7. JAWATANKUASA PROJEK

7.1 Rujuk lampiran.

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH

(RM) KUANTITI

1 Cat Pelaka

- Biru

- Hitam

- Kuning

- Putih

RM18.00 4 X 18.00 RM 72.00

3 Berus Cat

- Berus besar

- Berus kecil

RM 8.50

RM 2.00

4 x RM 8.50

4 x RM 2.00

RM 42.00

Jumlah RM

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

9. IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Sumbangan sekolah dan dana dari orang perseorangan.

10. KESIMPULAN

Pihak Sekolah Kebangsaan Parit Jawa dipohon agar meluluskan kertas kerja ini agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman pahit getir yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu sanadaran atau pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru

Disediakan oleh ,

...............................................

(CIK ANIS ADIBAH BINTI ZURKIPILI )

Setiausaha, ,

Program Keceriaan Lukisan Mural,

Sekolah Kebangsaan Parit Jawa,

Muar, Johor.

Disemak oleh ,

...............................................

( PUAN NORIAH BINTI OTHMAN )

Disahkan oleh :

................................................

( ENCIK HARON BIN HARIS )

LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN LUKISAN MURAL

PENASIHAT :

Encik Haron bin Haris

PENGERUSI :

Puan Noriah binti Othman

SETIAUSAHA :

Cik Anis Adibah binti Zurkipili

BENDAHARI :

Cik Nur Atikah binti Mahadzir

AJK DOKUMENTASI

Cik Aisyah Nadzirah binti Zakaria

LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL

HARI PERKARA

27 Jun 2012 Mengambil gambar sebelum dan

membuat cat asas di dinding

28 Jun 2012 – 5 Julai 2012 Melukis dan mewarna dinding

6 Julai 2012 – 10 Julai 2012 Melakukan kemasan terakhir

serta mengambil gambar