kertas kerja mural

7
PROJEK: DINDING GEOMETRI TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SENTEBU D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BAHAGIAN SARIKEI 96100, SARIKEI, SARAWAK TEMPOH : SEPTEMBER – OKTOBER 2015 ANJURAN : GURU PELATIH PISMP 2015 KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

Upload: aqmalhaqim92

Post on 04-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja internship mural

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Mural

PROJEK:

DINDING GEOMETRI

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SENTEBU D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN BAHAGIAN SARIKEI 96100, SARIKEI, SARAWAK

TEMPOH : SEPTEMBER – OKTOBER 2015

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP 2015

(INTERNSHIP IPGM KAMPUS PERLIS)

BERSAMA PENTADBIR SK SUNGAI SENTEBU)

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP

Page 2: Kertas Kerja Mural

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah

kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang

kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah

sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum

atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik

darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat

dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh

itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran

sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan

guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda

utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang

perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada

guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa

dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan

persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum

supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan

kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif

digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan

mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan

sekolah akan berasa tenang serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural

yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Mural

OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan kelas Pemulihan sebagai satu tempat yang menarik

bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui

oleh pihak sekolah.

iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan

terhadap sekolah.

iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani

internship di sekolah ini.

v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan

keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami

bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : September – Oktober 2015

Tempat : Luar Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu

4.0 SASARAN

Pelawat dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu.

Page 4: Kertas Kerja Mural

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Puan Nazlina Bt. Sahari

Pengerusi : Puan Noor Lyianina binti Ahamad Tarjudin

Naib Pengerusi : Encik Awang Spawi bin Awang Bakar

Penyelaras Projek : Mohd. Aqmal Nurhaqim bin Ramli

Penolong Penyelaras : Mohd. Aqmal Nurhaqim bin Ramli

Setiausaha : Mohd. Aqmal Nurhaqim bin Ramli

Reka Grafik : Mohd Aqmal Nurhaqim bin Ramli

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 10.00

2 Cat pelaka RM 107.50

3 Cat Dinding RM 20.00

4 Masking tape RM 10.00

Jumlah RM 147.50

Page 5: Kertas Kerja Mural

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu, Sarikei, Sarawak.

8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan

1Perbincangan mengenai idea

mural bertemakan bentuk geometri

Gambar bentuk

geometri

- Semua guru

pelatih

2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja -Setiausaha

3

Perbincangan dan pemilihan

bersama pihak pentadbiran untuk

khidmat nasihat bagi mendapat

kelulusan daripada Guru Besar.

Kertas Cadangan

-Pengurus Projek

-AJK

-Pengerusi Projek

-Guru Besar

4 Projek dimulakanBahan dan alatan

melukis mural

- Semua guru

pelatih

5 Refleksi dan dokumentasiKertas

Dokumentasi- Pengurus projek

9.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang

akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Perlis. Kami berharap projek

melukis mural ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan

menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai

pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara

guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu. Semoga

projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah

Kebangsaan Sungai Sentebu.

Page 6: Kertas Kerja Mural

Disediakan oleh:

.......................................

(MOHD. AQMAL NURHAQIM BIN RAMLI)

Setiausaha Projek.

Disemak oleh:

........................................

(PUAN NOOR LYIANINA AHAMAD TARJUDIN)

Guru Pemulihan,

Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu,

Sarikei.

Disahkan oleh:

.........................................

(PUAN NAZLINA BT SAHARI)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Sentebu,

Sarikei.