kertas kerja mural

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA. TAJUK: KERTAS KERJA PROJEK PENGURUSAN BILIK SAINS DAN PROJEK MURAL BILIK SAINS TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA TARIKH : 8 JULAI 2013 – 26 JULAI 2013 ANJURAN : GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010 Dengan kerjasama PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

Upload: hidzlisme

Post on 03-Jan-2016

103 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mural sains

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Mural

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,75400 DURIAN DAUN, MELAKA.

TAJUK:

KERTAS KERJAPROJEK PENGURUSAN BILIK SAINS DAN PROJEK MURAL BILIK SAINS

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

TARIKH :

8 JULAI 2013 – 26 JULAI 2013

ANJURAN :

GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010 Dengan kerjasama

PANITIA SAINSSEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

Page 2: Kertas Kerja Mural

1.0 PENGENALAN

Bilik Sains merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dalam

pengetahuan saintifik. Bilik Sains yang baik ialah Bilik Sains yang mempunyai iklim yang

kondusif, dimana berada keadaan selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Dalam mewujudkan bilik sains yang kondusif, pihak sekolah perlu

mewujudkan suasana ceria di bilik sains itu. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk

menceriakan bilik sains antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini

atau taman Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.

Menyedari kepentingan keceriaan di bilik sains, guru pelatih Internship telah bersepakat untuk

membuat mural yang bertemakan alam di dalam bilik sains sekolah dan membuat pembersihan

susuan semula bilik sains untuk kemudahan semua warga Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor.

2.0 RASIONAL

Tugasan yang diberi melalui pengalaman yang boleh mengintegrasikan antara teori,

pengalaman sebenar dan latihan amali yang dapat memberi impak positif ke atas pemahaman

guru pelatih berkaitan pengurusan makmal sains dan sumber. Program ini merupakan satu

medium untuk memberi pendedahan yang lebih global kepada guru pelatih mengenai

pengurusan makmal sains dan sumber.

Projek keceriaan bilik sains bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai

persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah iaitu

mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.

Page 3: Kertas Kerja Mural

3.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki

melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang

dijalankan di sekolah. Projek melaksanakan mural dan pengurusan bilik sains ini bermatlamat

untuk melahirkan guru yang mempunyai kefahaman dan pengalaman dalam pengurusan bilik

sains dan membuka minda guru pelatih agar mengetahui lebih mendalam tentang cara sebenar

pengurusan bilik sains di sekolah.

4.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah :

1) Untuk mempelajari dan mengukuhkan fahaman tentang konsep pengurusan makmal sains

dan sumber melalui tugasan projek yang diberikan.

2) Dapat menjadikan mural sebagai suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan

murid yang menggunakan bilik sains sekolah.

3) Sebagai salah satu wadah untuk guru pelatih merasai sendiri pengalaman menguruskan

sebuah bilik sains dari segi pengurusan yang sistematik.

4) Hasil kerja guru sebagai buah tangan/ kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah

kelak.

5.0 TARIKH PROJEK

8 Julai 2013 – 26 Julai 2013

6.0 LOKASI PROJEK

Bilik Sains SK Pantai Kundor, Melaka

Page 4: Kertas Kerja Mural

7.0 ANJURAN

Guru Pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama unit Panitia Sains SK Pantai

Kundor, Melaka.

8.0 KATEGORI AKTIVITI

1. Menghasilkan mural dinding bilik sains

2. Pembersihan dan susunan semula alatan bilik sains

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat : Puan Saleha binti Osman

Pengerusi : En. Zaharizal bin Zakaria

Naib Pengerusi: En. Ehsanuddin bin Abd Jalil (PK HEM)

Pn. Masrah binti Ahmad (PK KK)

Pn. Maryani binti Omae (PK KOKU)

Ketua Projek : Noor Hidayah binti Mohammad Maskuri

Setiausaha : Anis Syuhada binti Abdullah

Bendahari : Pn. Norwati binti Md. Nor

Page 5: Kertas Kerja Mural

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN ANGGARAN PERALATAN DIPERLUKAN

10.1 ANGGARAN KEWANGAN

Bil. Perbelanjaan Peruntukan/orang (RM) Jumlah(RM)

1.0 Cat PELAKA ( putih, biru,

hijau, coklat, hitam, kuning,

merah

RM 14.80 x 7 RM103.60

2.0 Berus cat ( besar, sederhana,

kecil)

RM 3 x 6 RM18

3.0 Pen marker ( hitam ) RM 2 x 3 RM6

4.0 Pallet cat RM 2 x 2 RM 4

5.0 Plastik laminate

6.0 Double sided tape RM 2 x 2 RM 4

Jumlah keseluruhan RM 135.60

10.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Bil. KEPERLUAN KUANTITI

1. Cat PELAKA 7 tin

2. Berus cat 6 batang

3. Pen marker 3 batang

4. Pallet cat 2 buah

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

Disediakan oleh,

Page 6: Kertas Kerja Mural

________________________________( NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD MASKURI) Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu.

Disahkan oleh,

____________________________(EN. ZAHARIZAL BIN ZAKARIA) Ketua Panitia Sains,SK Pantai Kundor, Melaka.

Diluluskan oleh,

____________________________(PUAN SALEHA BINTI OSMAN) Guru Besar,SK Pantai Kundor, Melaka.