kertas kerja mohon sumb

11
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN FIZIKAL MAKMAL KOMPUTER SK AMPANG CAMPURAN Dengan kerjasama: JKKKP Kg. Tasek Campuran dan PIBG SK Ampang Campuran

Upload: -han

Post on 19-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN FIZIKAL MAKMAL KOMPUTER

SK AMPANG CAMPURAN

Dengan kerjasama:

JKKKP Kg. Tasek Campuran dan PIBG SK Ampang Campuran

1. Pendahuluan

1.1 Seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan bidang teknologi terutama dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

menerapkan kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam sistem pembelajaran

masa kini bagi menyediakan produk-produk yang boleh bersaing secara global. Selain itu, KPM

juga berhasrat agar pelaksanaan kurikulum TMK ini dapat membantu menyediakan tenaga kerja

dan masyarakat yang berkemahiran tinggi, di samping memiliki fikiran aras tinggi. Demi

melaksanakan hasrat ini, SK Ampang Campuran sentiasa berusaha dalam menyediakan platform

yang terbaik kepada setiap pelajar untuk mencapai matlamat KPM. Platform ini merangkumi

segala bidang samada dari segi fizikal, mental dan fasiliti sekolah. Hal ini termasuk dalam

menyediakan guru yang berkebolehan serta menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif,

selesa dan selamat bagi menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu TMK serta dapat

mengaplikasikan segala yang telah dipelajari. Selain itu, usaha ini juga dapat mengeratkan lagi

hubungan di antara masyarakat, khususnya JKKKP Kampung Tasek Campuran selaku wakil

masyarakat dengan komuniti sekolah. Dengan adanya bantuan dan kerjasama dua pihak ini,

diharap pendidikan di sekolah ini akan lebih maju dan berjaya.s

2. Objektif dan matlamat

2.1 Objektif utama Program Penambahbaikan Makmal Komputer ini adalah untuk menambah baik

infrastruktur dalaman makmal komputer dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada

pengguna makmal.

2.2 Matlamat:

a) Menarik minat pelajar dan guru untuk melawat dan menggunakan makmal komputer.

b) Menjadikan suasana makmal yang kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

c) Memudahkan akses murid kepada internet sekaligus menerapkan pembudayaan ICT.

d) Mempermudahkan unit ICT untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

3. Kumpulan sasaran

Kumpulan Bilangan

Guru 84

Murid

Tahun 1 = 210

Tahun 2 = 185

Tahun 3 = 178

Tahun 4 = 196

Tahun 5 = 185

Tahun 6 = 217

4. Ahli Jawatankuasa ICT SK Ampang Campuran

5. Rancangan penambahbaikan Makmal Komputer SK Ampang Campuran

5.1 Berikut merupakan antara perkara utama dalam menambahbaik Makmal Komputer SK Ampang

Campuran bagi memaksimumkan penggunaan dan penghayatan TMK.

5.1.1 Membaiki fizikal Makmal Komputer.

Bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, unit ICT SK Ampang

Campuran berhasrat untuk menukarkan karpet lantai makmal kepada pemasangan tiles

(marmar). Penambahbaikan ini adalah untuk mengurangkan masalah habuk, bau yang kurang

menyenangkan dan paling utama; ruang dan keadaan yang selesa kepada pengguna.

5.1.2 Menambah bilangan penyaman udara.

Sejajar dengan konsep pembelajaran alaf baru dan konsep makmal komputer, penggunaan

penyaman udara adalah amat penting untuk memastikan komputer dan peralatan ICT berada

dalam keadaan yang baik. Ini kerana penggunaan penyaman udara dapat mengurangkan

masalah habuk dan dapat memastikan pengaliran udara yang baik bagi peralatan ICT. Selain

itu, penggunaan penyaman udara juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna dan yang

terutama dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan makmal.

5.1.3 Memasang langsir tingkap.

Pencahayaan dan pengudaraan dalam sesebuah makmal komputer adalah amat penting bagi

menyediakan ruang yang kondusif bagi pengguna. Sehubungan dengan itu, pemasangan

langsir setiap tingkap makmal komputer boleh membantu untuk mengurangkan pengudaraan

yang berhabuk dan juga membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari

aspek pencahayaan.

6. Kewangan dan perbelanjaan

Bil.

Perkara Bil. UnitJumlah kos(Bil. Unit × Kos seunit)

1

Membaiki fizikal Makmal Komputer:

Memasang tiles + kos pemasangan

(tiles=1×1 kaki)

Ukuran makmal:

24×49 kaki persegiRujuk sebut

harga

2Menambah bilangan penyaman udara:

Penyaman udara + kos pemasangan

2

Spesifikasi penyaman udara :

2.5 hp

Rujuk sebut

harga

3 Langsir RM 1200.00

Skrin

Meja guru Meja guru

Bilik server

Kaunter

Pelan makmal komputer

49 kaki

24 kaki

7. Implikasi program

Diharap dengan pelaksanaan penambahbaikan ini, sistem pembelajaran di SK Ampang Campuran

dapat dipertingkatkan terutama penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran serta mengeratkan lagi masyarakat dengan komuniti sekolah. Selain itu,

dengan wujudnya sebuah makmal komputer yang selesa, penggunaan TMK atau ICT dalam kalangan

guru dan juga murid dapat dipertingkatkan seiring denga matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam melahirkan insan yang celik IT. Dan diharapkan juga pelaksanaan penambahbaikan ini dapat

membantu dasar-dasar dan program-program kendalian KPM untuk dijalankan dengan jayanya.

8. Penutup

Penggunaan TMK dalam bidang pendidikan masa kini sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi.

Jesteru itu, dengan adanya usaha-usaha seperti ini, diharap segala program dan proses pembelajaran

dapat ditingkatkan dan mendapat hasil yang cemerlang. Di samping itu juga, dengan terlaksananya

perancangan ini, diharap hubungan antara ibu bapa dan masyarakat, terutamanya ketua komuniti

masyarakat dengan pihak sekolah dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.

Disediakan oleh:

……………………………………En. Muhammad Hanafi Bin Mohd GhazaliPenyelaras Makmal KomputerSK Ampang Campuran

Disemak oleh:

……………………………………Pn. Hjh. Che Hatijah Bt. Mohd IbrahimGuru BesarSK Ampang Campuran

Disahkan oleh:

……………………………………En Shuhaimi BYDP PIBGSK Ampang Campuran

9. Lampiran