kertas kerja makan malam pibg

9
KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS MAKAN MALAM SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI PADA 21 NOVEMBER 2009 bersamaan dengan 04 ZULHIJJAH 1430 1. PENGENALAN MAJLIS MAKAN MALAM SKBTP 2009 dengan bertemakan “ Sayangmu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori ” adalah merupakan salah satu projek yang dirancangkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri ( SKBTP ) bagi penggal 2009/10. Ia berlandaskan konsep menawarkan meja makan malam kepada kumpulan sasaran tertentu seperti ibubapa, guru-guru, orang perseorangan, sektor swasta dan institusi tertentu. Pendapatan yang diperolehi hasil daripada penawaran meja tadi adalah datangnya daripada pembelian meja, penajaan dan sumbangan ikhlas daripada kumpulan sasaran tadi. Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabung kewangan yang kukuh demi untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan meningkatkan pembangunan prasarana sekolah serta mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa/ penjaga. Dalam sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik, kedudukan kewangan yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Tanpa wang, cita-cita hanyalah sebuah khayalan. Selama ini PIBG SKBTP mengisi tabung dengan menerima sumbangan daripada ibubapa dan penjaga murid-murid. Latar belakang keluarga yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sedeerhana, membatasi kemampuan kewangan persatuan. Oleh itu, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu serta bersungguh-sungguh, matlamat untuk mengukuhkan kewangan PIBG SKBTP melalui program makan malam ini akan tercapai. Keutuhan dan kestabilan tabungan ini membolehkan PIBG SKBTP bergerak cergas dalam usaha membantu sekolah dan murid-murid dari aspek pembangunan intelek, rohani dan jasmani. 1

Upload: mohdnizamsaidin

Post on 20-Jan-2016

151 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

KERTAS KERJA PROGRAMMAJLIS MAKAN MALAM

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERIPADA 21 NOVEMBER 2009 bersamaan dengan 04 ZULHIJJAH 1430

1. PENGENALAN

MAJLIS MAKAN MALAM SKBTP 2009 dengan bertemakan “ Sayangmu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori ” adalah merupakan salah satu projek yang dirancangkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri ( SKBTP ) bagi penggal 2009/10.

Ia berlandaskan konsep menawarkan meja makan malam kepada kumpulan sasaran tertentu seperti ibubapa, guru-guru, orang perseorangan, sektor swasta dan institusi tertentu. Pendapatan yang diperolehi hasil daripada penawaran meja tadi adalah datangnya daripada pembelian meja, penajaan dan sumbangan ikhlas daripada kumpulan sasaran tadi.

Projek ini dirangka bagi menyediakan satu tabung kewangan yang kukuh demi untuk membiayai pelbagai aktiviti murid dan meningkatkan pembangunan prasarana sekolah serta mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa/ penjaga. Dalam sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik, kedudukan kewangan yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Tanpa wang, cita-cita hanyalah sebuah khayalan.

Selama ini PIBG SKBTP mengisi tabung dengan menerima sumbangan daripada ibubapa dan penjaga murid-murid. Latar belakang keluarga yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sedeerhana, membatasi kemampuan kewangan persatuan.

Oleh itu, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu serta bersungguh-sungguh, matlamat untuk mengukuhkan kewangan PIBG SKBTP melalui program makan malam ini akan tercapai.

Keutuhan dan kestabilan tabungan ini membolehkan PIBG SKBTP bergerak cergas dalam usaha membantu sekolah dan murid-murid dari aspek pembangunan intelek, rohani dan jasmani.

Dalam kejayaan yang ingin dicapai maka setiap individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak, mestilah benar-benar memahami , menghayati dan melaksanakan setiap peranan yang dipertanggungjawabkan di bahu masing-masing dengan sempurna dan berkesan.

Faktor keprihatinan diri dan “accountability” yang mendalam mampu memotivasikan setiap individu yang terlibat bergerak ke hadapan ke arah memaksimakan usaha demi menjamin kejayaan program ini.

1

Page 2: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

2. OBJEKTIF

2.1 20% - untuk menambah keperluan perkhidmatan PSS sekolah.

2.2 20% - untuk pembiayaan pelbagai aktiviti berteraskan murid.

2.3 20% - untuk meningkatkan prasarana Bilik Muzik Sekolah.

2.4 20% - untuk menambah dana tabungan Kelab Guru ( KKGK )

2.5 20% - untuk menambah dana tabungan PIBG SKBTP

2.6 Disamping itu, program ini juga bertujuan memupuk hubungan dengan lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan antara pihak sekolah dengan ibubapa.

3. RASIONAL

3.1 Sikap ingin memajukan diri dapat diwujudkan melalui kemudahan yang diterapkan dalam insfrakstruktur Pusat Sumber Sekolah.

3.2 Kerjasama yang terjalin melalui pelaksanaan program dapat dieratkan antara ibubapa dan guru-guru.

3.3 Perpaduan antara dua pihak dapat dikukuhkan dengan persefahaman yang terjalin.

4. TARIKH PELAKSANAAN

21 NOVEMBER 2009 ( SABTU ) bersamaan dengan 04 ZULHIJJAH 1430

5. TEMPAT PELAKSANAAN

PERSADA GEMILANG SKBTP

6. MASA PELAKSANAAN

08.00 malam hingga 11.30 malam

7. PENGLIBATAN

6.1 AJK PIBG6.2 Guru-guru6.3 Murid-murid6.4 Ibubapa-ibubapa6.5 Orang Perseorangan 6.6 Institusi-institusi swasta.

2

Page 3: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

8. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA

PENASIHATPn. Siti Aisah bt. KarmanGuru BesarSK Bandar Tasik Puteri

PENGERUSIEn. Zaidy b. Abdul TalibYang Di Pertua PIBGSesi 2009/10

NAIB PENGERUSIEn. Zulkefli b. MohamedNaib Yang Di Pertua PIBGSesi 2009/10

SETIAUSAHAEn. Mazly Shah b. Muhammad Jamil( Setiausaha PIBG sesi 2009/10)

BENDAHARIPn. Wan Norizan bt. Wan Yusoff( Bendahari PIBG sesi 2009/10 )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penyelaras ProjekEn Zaidy bin Abdul TalibYDP PIBG SKBTP 2009/10

Naib Penyelaras ProjekPn. Hajjah Noriah bt. Mohd NorGPK Pentadbiran & Kurikulum

AJK PemasaranEn. Esa bin Abd. SamadPn. Ellah bt. SenuPn. Siti Maizura bt. IsmailPn. Mahfudzah bt. MansurEn. Mekah b. JaisPn. Shidah bt. MustafaPn. Robeah bt. dagapPn. Esmariza bt. Ayob AzariPn. Aida Suhaila bt. Abu BakarPn. Nurul Asyikin bt. Ahmad

AJK Sambutan & ProtokolEn. Eadil bin MatPn. Nor Azizah bt. LamijanPn. Surtini bt. BashriPn. Zaini Shawati bt. Mat ZinPn. Zainam bt. HashimPn. Norain bt. Yahya

AJK MakananPn. Norlaily Yap bt. AbdullahPn. Hafizaturrafiah bt. SupeniPn. Norain bt. SulaimanPn. Shuhaizon bt. Zainal AbidinPn. Hamimi bt. Hishamuddin Pn. Hamilah bt. Nordin Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn.

AJK Buku Program/ DokumentasiEn. Junnai b. Talip Cik Nor Azlinda bt. AbdullahPn. Sayani bt. Markam Pn. Idayu bt. AbuPn. Raihan Rahayu bt. Mohd Fadzil

AJK PenajaanEn. Zulkefli b. Mohamed(K)Pn. Roshida bt. IsaPn.Rahmah bt. AhmadPn. Siti Eshah bt. Hj. TahirPn. Muhaini bt. Md. JaniPn. Nora bt. YusoffPn. Rosnah bt. ShafiePn. Johasnizal bt. NordinPn. Noorhuda bt. Abd. SamadPn. Saadiah bt. Husni

3

Page 4: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

AJK Cenderamata & Nombor BertuahPn. Suhana bt. AriffinPn. Nurul Fitri bt. SapingiPn. Aina bt. Abdul RahmanCik Syarifah Nurkhalilah bt. Syed A. BakarCik Siti Surfina bt. Mohd SubkiCik Salmah bt. YaacobCik Salsabilah bt. MasriPn. Salimah bt. Ismail

AJK PersembahanEn. Izman b. SaroniPn. Mariati bt. Mohammaed MokhtarPn. Normala Rosleeza bt. ShamsuriPn. Mastura bt. HarunPn. Norhayati bt. HassanPn. Ruhaya bt. HusinPn. Norfaradillah bt. AbdullahPn. Siti Nooraisyah bt. Abd. Rahaman

AJK Logistik & Persiapan PentasEn. Mazlan bin MoinEn. Zaidi b. Abdullah En. Nazri b. HassanEn. Borhan b. IbrahimEn. Hadi b. AznanEn. Wan Ismadi b. Wan IsmailEn. Syazriel Ariff b. Mohd KamilPn. Kamariah bt. MatPn. Rosmawati bt. BuangEn. Johari b. Mohamed ZawawiEn. Suhairi b. Abu BakarEn. Shahrizal b. SahjanEn. Hasrul b. Hassan

Bacaan DoaUstaz Junnai b. Talip Ustaz Eddyanto b. Sutijo

Pengacara majlisEn. Mazlan b. Abd. HamidPn. Nureta Azlina bt. AhmadEn. Izham b. HasniPn. Noor Azyana bt. Surim

AJK KebersihanPn. Norzitah bt. Mat RaisPn. Siti Marliza bt. AliasPn. Syahida bt. NgahPn. Aziroh bt. PutehPn. Rafidah bt. KassimPn. Masliza bt. Khalin

AJK Seranta En. Nordin b. OsmanEn. Wan Mohd Rizal b. Wan AhmadEn. Syazril Arief b. Mohamed KamilEn. Syed Mohd Saiful Akram b. Syed AgilEn. Eddyanto b. SutijoEn. Muhammad Nazim b. Shaharuddin

4

Page 5: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

9. TENTATIF ATURCARA ROGRAM

8.00 malam Para tetamu mengambil tempat8.15 malam Ketibaan VVIP,VIP dan tetamu8.30 malam Ucapan Pengerusi Majlis

Bacaan DoaUcapan Guru BesarUcapan Yang Di Pertua PIBGUcapan Perasmian oleh PenaungPenyampaian CenderahatiJamuanPersembahan Murid-muridCabutan Nombor BertuahPenyampaian CenderahatiMenyanyi dan bergambar beramai-ramai

11.00 malam Majlis Bersurai

10. ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN PROGRAM

10.1 Pendapatan

Jumlah mejaa) Meja VVIP 1 meja - 10 orang x RM1000.00 RM10,000.00b) Meja VIP 10 meja - 100 orang x RM 100.00 RM10,000.00c) Meja Biasa 80 meja - 800 orang x RM 30.00 RM24,000.00

Jumlah Pendapatan RM44000.00

10.2 Perbelanjaan Makanan

a) Menu Utama 910 x RM15.00 RM6,370.00

Jumlah Perbelanjaan Makanan RM13,650.00

10.3 Bahan Pelbagai

a) Bannerb) Cenderamatac) Persembahand) Khemah

Jumlah Perbelanjaan Pelbagai RM4,000.00

5

Page 6: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

10.4 Buku Program

i. Penajaan RM400.00 x 5 ms RM2000.00ii. Percetakan Buku RM5.00 x 1000 buah RM5000.00

10.5 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan RM17,650.00

10.6 Pendapatan – Perbelanjaan ( Untung Bersih )

RM44,000.00 – RM17,650.00 = RM26350.00

11. PENUTUP

Dalam teori Pengurusan Projek, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil berat oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, pengarahan, pengawalan, penilaian dan pelaporan. Semua aspek yang disebutkan tadi adalah berkaitan antara satu sama lain. Tercicir salah satu daripadanya maka akan pincanglah perjalanan projek yang dirancang.

Selain daripada ciri-ciri tadi, kita juga mestilah berkemampuan bekerja secara kolektif dan bersungguh-sungguh dalam segala hal. Pepatah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ mestilah sentiasa mengiringi jiwa setiap daripada kita. Setiap masalah mestilah diambil berat dan dihalusi serta dirundingi sebelum sesuatu keputusan dibuat. Setiap tindakan mestilah cepat,tepat dan bersesuaian.

Dalam hal ini, ‘Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Seandainya kita sahaja yang bersungguh-sungguh tetapi kumpulan sasaran iaitu ibubapa, orang perseorangan, guru-guru dan syarikat swasta yang diharapkan membantu kita bersikap negatif maka semua akan menemui kebuntuan.

Oleh itu adalah sangat penting, kumpulan sasaran perlu bersama-sama bergerak cergas menghulurkan tangan memberikan sumbangan dalam bentuk sokongan moral dan material. Ini adalah kerana sebagai sebuah komuniti, setiap orang daripada kita berkewajipan membantu membina asas kecemerlangan bagi anak-anak yang bakal mewarisi kepimpinan Negara. Aspirasi kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan melahirkan ‘Masyarakat Penyayang’ tidak akan tercapai tanpa adanya penyertaan aktif semua pihak.

Akhir kata, saya percaya sekiranya kita mampu menghapuskan fahaman ‘presentisme’ yang merantai kita daripada bersikap proaktif maka tidak mustahil, objektif kita untuk memperolehi pendapatan demi kecemerlangan pembangunan rohani dan jasmani diri murid-murid serta keutuhan hubungan antara pihak PIBG, Guru-guru, ibubapa-ibubapa dan pihak sekolah akan tercapai melalui Projek Malam Amal ini.

Saya juga yakin dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t serta usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak akan membolehkan setiap orang daripada kita mampu menghela nafas lega dan mengukir senyuman berjela di akhir projek ini nanti. InsyaAllah.

6

Page 7: Kertas Kerja Makan Malam PIBG

Disediakan oleh, Disemak dan diluluskan oleh,

(MAZLY SHAH B. MUHAMMAD JAMIL) ( ZAIDY BIN ABDUL TALIB )Setiausaha Persatuan Ibubapa dan Guru Yang Di Pertua Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri Persatuan Ibubapa dan Guru

48000 Rawang, Selangor Sek. Keb. Bandar Tasik PuteriBagi sesi 2009/10 48000 Rawang, Selangor

Sesi 2009/10

7