panduan tuntutan perjalanan bulan ramadan, elaun makan adalah seperti berikut:- bersahur adalah...
TRANSCRIPT
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 1
PANDUAN TUNTUTAN PERJALANAN
Disediakan Oleh : Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Sarawak
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 2
PENDAHULUAN
Buku Panduan Tuntutan Perjalanan ini disediakan dengan tujuan: a) Memberi penerangan secara jelas berkenaan kaedah pembayaran tuntutan perjalanan. b) Sebagai panduan bertulis untuk isu-isu yang selama ini hanya dilaksanakan mengikut kelaziman dan tiada penjelasan lanjut dari pekeliling yang sedia ada. c) Mengurangkan kesilapan staf semasa memohon dan menyemak tuntutan perjalanan. d) Sebagai satu piawai yang digunapakai oleh universiti. Dengan adanya buku panduan ini, diharap ia dapat memberi manfaat dan menjadi panduan berguna untuk mencapai objektif tersebut. Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan buku panduan ini selengkap yang mungkin tetapi pengemaskinian akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 3
KANDUNGAN:
PENGIRAAN HARI KELAYAKAN ............................................................................................. 4
TUNTUTAN ELAUN .............................................................................................................. 12
ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN ............................................................................ 12 ELAUN HOTEL/LOJING .................................................................................................. 14 PERATURAN LAIN ......................................................................................................... 15
TUNTUTAN KM ................................................................................................................... 17 PANDUAN AM .................................................................................................................... 19 ELAUN PERJALANAN KENDERAAN/TEKSI ........................................................................... 21 TAMBANG GANTIAN .......................................................................................................... 24 PERJALANAN KE LUAR NEGARA.......................................................................................... 25 PENDAHULUAN DIRI ........................................................................................................... 32 KURSUS DALAM NEGERI ..................................................................................................... 33 KURSUS LUAR NEGARA ...................................................................................................... 35 PEKELILING BERKUATKUASA .............................................................................................. 39 KADAR-KADAR .................................................................................................................... 40
DALAM NEGERI - LAMPIRAN A ..................................................................................... 40
LUAR NEGARA - LAMPIRAN B ....................................................................................... 41
LAMPIRAN A2 .............................................................................................................. 42
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 4
PENGIRAAN HARI KELAYAKAN
1. Tarikh sebenar atau tarikh rasmi atau tarikh/hari kejadian merujuk pada tarikh sesuatu urusan rasmi atau berkursus berlaku.
2. Seseorang pegawai yang bertugas rasmi atau menghadiri kursus di luar ibu pejabat adalah dibenarkan untuk pergi sehari sebelum sesuatu tugas rasmi/kursus bermula dan balik sehari selepas tugas rasmi/kursus tersebut tamat.
3. Pengiraan hari yang layak dituntut mestilah untuk tempoh 24 jam iaitu
bersamaan dengan satu (1) hari.
4. Pengiraan sehari sebelum adalah masa bertolak dari rumah/tempat kediaman manakala pengiraan sehari selepas adalah masa tiba ke rumah/tempat kediaman.
Contoh:-
Tarikh Masa Perjalanan Catatan
12/5
8.30 am Bertolak dari rumah
Sehari sebelum
Layak dituntut 1 hari = 24 jam 13/5 8.30 am Mesyuarat
14/5 8.30 am 4.30 pm
Tiba di rumah
Sehari selepas Layak dituntut 1 hari = 24 jam
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 5
5. Pemberian sehari sebelum dan sehari selepas ini tertakluk pada tarikh sebenar sesuatu tugas rasmi/kursus tersebut bermula dan berakhir. Oleh itu, persediaan atau persiapan untuk mesyuarat atau menghadiri pendaftaran untuk sesuatu kursus tidak diambilkira di dalam pengiraan tersebut.
Contoh:-
Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Menghadiri mesyuarat
Tarikh Perjalanan Catatan
12/5
Bertolak Sehari sebelum
13/5 Persediaan
Tidak layak dituntut Layak 1 hari
14/5 Mesyuarat
Hari Kejadian
15/5 Tidak layak dituntut
Layak 1 hari
16/5 Balik
Sehari selepas
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari
Menghadiri Kursus
Tarikh Perjalanan Catatan
12/5
Bertolak Sehari sebelum
13/5 Pendaftaran
Tidak layak dituntut
Layak 1 hari
14/5 Kursus
Hari Kejadian
15/5 Tidak layak dituntut
Layak 1 hari
16/5 Balik
Sehari selepas
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 6
6. Pegawai yang pergi lebih awal atau balik lebih lewat dari tarikh rasmi yang dibenarkan dan menggunakan tarikh sehari sebelum atau sehari selepas untuk membuat tuntutan atas alasan hendak menggunakan sepenuhnya kemudahan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Contoh:-
Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
28/6
Bertolak Sehari sebelum
29/6
Tidak layak dituntut walaupun dengan alasan untuk menggunakan kemudahan sehari selepas tetapi digunakan lebih awal
30/6 Mesyuarat bermula/balik
Jumlah hari layak = 1 hari sahaja
Tarikh Perjalanan
12/4
Bertolak/Mesyuarat bermula
13/4
Tidak layak dituntut walaupun dengan alasan untuk menggunakan kemudahan sehari sebelum tetapi digunakan kemudian
14/4 Balik
Sehari selepas
Jumlah hari layak = 1 hari sahaja
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 7
7. Urusetia sesuatu mesyuarat atau kursus adalah tidak tertakluk kepada pemberian sehari sebelum dan sehari selepas ini. Jumlah hari yang dibenarkan untuk membuat persiapan/persediaan samada sebelum atau selepas sesuatu tugas rasmi/kursus adalah tertakluk kepada kelulusan secara bertulis jumlah hari yang dibenarkan untuk membuat persediaan tersebut oleh ketua PTJ masing-masing. Contoh:- Untuk persiapan peperiksaan FPSK di Hospital Sibu, kakitangan FPSK telah diarah bertolak tiga hari lebih awal dari tarikh peperiksaan dan balik 3 hari kemudian dari tarikh peperiksaan tamat. Pegawai layak menuntut untuk tarikh-tarikh tersebut dengan syarat disertakan surat kelulusan dari ketua PTJ yang membenarkan pegawai bertolak dan balik pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
8. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi/berkursus pada dua atau lebih tarikh berbeza tetapi dalam satu tempoh masa dan beliau terus menginap di tempat tersebut kerana hendak menjimatkan kos tiket penerbangan. Pengiraan jumlah hari yang layak dituntut adalah berdasarkan konsep sehari sebelum dan sehari selepas ini juga.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 8
9. Untuk tujuan perjalanan yang berbeza, pengiraan sehari sebelum dan sehari selepas adalah seperti di bawah.
Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
21/7 Bertolak
1 hari
Sehari sebelum
22/7 Mesyuarat 1
23/7 Sehari selepas Mesyuarat 1 Sehari sebelum Seminar
1 hari
Dibenarkan kerana mengambilkira sehari selepas mesyuarat 1 dan sehari sebelum menghadiri seminar
24/7 Menghadiri seminar
1 hari
25/7 Sehari selepas seminar
1 hari Layak kerana sehari selepas menghadiri seminar
26/7
Tidak layak
27/7 Sehari sebelum mesyuarat 2
1 hari Layak kerana sehari sebelum Mesyuarat 2
28/7 Mesyuarat 2
1 hari
29/7 Balik
1 hari Layak sehari selepas
Jumlah hari layak = 7 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 9
10. Untuk tujuan perjalanan yang sama, pengiraan sehari sebelum dan sehari selepas adalah seperti di bawah.
Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
21/7 Bertolak
1 hari
Sehari sebelum
22/7 Mesyuarat
1 hari
23/7 Sehari selepas
24/7 1 hari
Tidak layak dituntut
25/7
1 hari
Sehari sebelum
26/7 Sambungan Mesyuarat
27/7 1 hari
28/7
29/7 Balik
Sehari selepas
Jumlah hari layak = 5 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 10
11. Untuk masa dalam perjalanan yang melibatkan perjalanan di dalam Malaysia dan melibatkan beberapa tempat berlainan, pegawai layak menuntut hari-hari dalam perjalanan tersebut. Pengiraan adalah seperti di bawah:-
Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
21/7 Bertolak
1 hari
Sehari sebelum
22/7 Mesyuarat di Perak
1 hari
23/7 Perjalanan ke Pahang
1 hari
Layak dituntut/sehari selepas mesyuarat di Perak/sehari sebelum mesyuarat di Pahang
24/7 Mesyuarat di Pahang
1 hari
25/7 Perjalanan ke KL
1 hari
Layak dituntut/sehari selepas mesyuarat di Pahang/sehari sebelum mesyuarat di KL
26/7 Mesyuarat di KL
1 hari
27/7 Balik Sehari selepas
Jumlah hari layak = 6 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 11
12. Kursus/tugas rasmi yang terhenti disebabkan cuti umum atau hari
kelepasan am, maka pengiraan hari yang layak dituntut adalah berdasarkan pengiraan sehari sebelum dan sehari selepas juga dan tempoh hari cuti tidak melayakkan beliau menuntut secara otomatik.
Contoh:-
Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
12/5
Bertolak 1 hari
Sehari sebelum
13/5 Mesyuarat
Layak dituntut
14/5 Cuti umum
1 hari Sehari selepas
15/5 Kelepasan am 1 hari
Sehari sebelum
16/5 Mesyuarat
1 hari
17/5 Cuti umum
1 hari
18/5 Balik
Sehari selepas
Jumlah hari layak = 5 hari
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 12
TUNTUTAN ELAUN ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN
1. Tuntutan sebahagian kemudahan elaun makan yang disediakan penganjur
adalah berdasarkan kadar seperti berikut:-
i) Sarapan pagi 20% daripada elaun makan ii) Makan tengah hari 40% daripada elaun makan iii) Makan malam 40% daripada elaun makan
Cara-cara pengiraan:
i) Tentukan jumlah hari yang sebenarnya layak dituntut iaitu 1 HARI = 24 JAM
ii) Seorang pegawai layak mendapat tiga jenis kemudahan makan dalam satu hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pegawai hendaklah memaklumkan jenis kemudahan makan yang telah didapati dan berapa kali kemudahan makan tersebut diperolehi di sepanjang tempoh beliau bertugas rasmi/berkursus.
iii) Hanya bahagian kemudahan makan yang tidak diperolehi sahaja layak dituntut.
Contoh:-
Seorang pegawai berkursus pada 12/6/2009 – 16/6/2009. Beliau bertolak pada 11/6/2009 jam 8 pagi dan balik ke rumah pada 17/6/2009 jam 7 malam. Beliau diberi kemudahan makan pada hari-hari berikut:- Sarapan pagi 12 – 16/6 (Ditanda √) Makan tengah hari 13,15 dan 16/6 (Ditanda √) Makan malam 13 dan 14/6 sahaja (Ditanda √)
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 13
Tarikh Masa Hari Layak
Sarapan Pagi
Makan Tgh hari
Makan malam
Hari ke-
11/6 8 am 1
12/6 8 am 1 √ × × 1
13/6 8 am 1 √ √ √ 2
14/6 8 am 1 √ × √ 3
15/6 8 am 1 √ √ × 4
16/6 8 am 1 √ √ × 5
17/6 7 pm EH × × × 6
Beliau layak 6 hari Elaun makan dan 1 Elaun Harian Dari contoh di atas, pegawai hanya layak menuntut bahagian elaun makan yang tidak didapati iaitu bahagian yang bertanda × sahaja. 2. Pengiraan elaun harian mestilah melebihi 8 jam iaitu 8 jam 1 minit.
3. Seorang pegawai layak mendapat elaun harian iaitu ½ daripada elaun makan
walaupun beliau mendapat kemudahan makan dalam tempoh tersebut. Pembahagian 20%, 40% dan 40% seperti di atas tidak digunakan untuk pengiraan elaun harian.
4. Pengiraan pembahagian 20%, 40% dan 40% hanya digunakan untuk elaun makan sahaja.
5. Sarapan pagi yang disediakan bersama dengan sewa hotel (complimentary breakfast) tidak dianggap sebagai kemudahan makan yang disediakan penganjur dan pegawai layak untuk menuntut.
6. Sarapan pagi yang dibayar/tambahan kepada sewa hotel adalah termasuk dalam definisi kemudahan makan yang disediakan penganjur.
7. Pegawai yang tidak mengambil kemudahan makan yang disediakan oleh penganjur atas apa alasan sekali pun tidak boleh menuntut elaun makan yang tidak diambil tersebut.
8. Untuk Bulan Ramadan, elaun makan adalah seperti berikut:- Bersahur adalah disamakan dengan sarapan pagi = 20% Berbuka puasa disamakan dengan makan malam = 40% Makan tengah hari boleh dituntut tanpa prejudis
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 14
ELAUN HOTEL/LOJING 1. Pemberian hari yang layak adalah berdasarkan hari-hari seseorang pegawai bermalam
tetapi tidak melebihi dari jumlah hari yang layak dituntut.
2. Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan adalah pada kadar 15% sahaja ke atas kadar kelayakan sewa hotel.
3. Seseorang pegawai yang menghadiri kursus/bertugas rasmi di kawasan Kuching dan kawasan di persekitaran nya adalah tidak layak untuk menuntut bayaran sewa hotel/lojing. Beliau hanya layak menuntut elaun makan/harian jika tiada kemudahan makan disediakan oleh penganjur dan elaun perjalanan kenderaan pergi dan balik sekali sahaja. Pegawai hanya layak menuntut bayaran sewa hotel sekiranya beliau dimestikan bermalam kerana keperluan tugas rasmi/kursus tersebut.
4. Pegawai yang penerbangan ditangguhkan sehingga beliau terpaksa bermalam adalah layak menuntut elaun lojing/hotel tertakluk kepada pemberian kadar sehari sebelum dan sehari selepas sahaja.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 15
PERATURAN LAIN 1. Pegawai yang bercuti dan kemudiannya diarah menjalankan sesuatu tugas
rasmi/berkursus. Jika pegawai yang sedang bercuti diarahkan untuk bertugas rasmi, perjalanan/tambang pengangkutan awam yang layak ialah
jika balik ke tempat bercuti
a. perjalanan dari tempat bercuti ke tempat bertugas rasmi/berkursus (pergi dan balik sekali sahaja)
jika balik ke tempat asal ibupejabat
a. perjalanan dari tempat bercuti ke tempat bertugas rasmi/berkursus dan balik ke ibupejabat sahaja.
Contoh:-
Pegawai sedang bercuti di Kedah tetapi diarahkan untuk bermesyuarat di KL.
a. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke Kedah.
Beliau hanya layak menuntut perjalanan dari Kedah ke KL dan balik ke Kedah sahaja.
b. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke ibupejabat di Kuching. Beliau layak menuntut perjalanan dari Kedah ke KL dan balik ke Kuching
sahaja.
Contoh:-
Pegawai sedang bercuti di KL tetapi diarahkan untuk bermesyuarat di KL.
a. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke tempat penginapan di KL. Beliau hanya layak menuntut perjalanan dari tempat penginapan di KL ke tempat mesyuarat di KL dan balik sekali sahaja.
b. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke ibupejabat di Kuching. Beliau layak menuntut perjalanan dari tempat penginapan di KL ke tempat mesyuarat di KL dan balik ke Kuching sahaja.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 16
2. Seseorang pegawai yang diarahkan untuk melapor diri atau ditempatkan secara tetap ke kawasan ibupejabat lain tidak layak untuk menuntut sebarang elaun bertugas rasmi atau perjalanan kenderaan. Contoh:- Seseorang pegawai yang beribupejabat di X tetapi ditempatkan secara tetap di ibupejabat Y adalah tidak layak menuntut sebarang elaun bertugas rasmi atau perjalanan kenderaan.
Pegawai A yang mengganti sementara pegawai B kerana bercuti dan sebagainya adalah layak menuntut elaun perjalanan kenderaan dari ibupejabat X pegawai A ke ibupejabat Y (sementara) sekiranya pegawai A perlu melaporkan diri di ibupejabat X (asal) beliau terlebih dahulu. Jika pegawai A bertolak dari rumah kediaman, maka beliau dibenarkan untuk menuntut elaun perjalanan kenderaan dari rumah ke ibupejabat Y (sementara).
Seseorang pegawai yang beribupejabat di X tetapi diarahkan menjalankan sesuatu tugas rasmi di ibupejabat Y adalah layak menuntut:-
Elaun harian jika bertugas melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam Perjalanan kenderaan dari tempat X ke tempat Y dan balik sahaja jika
melebihi 25 km untuk perjalanan satu hala.
i)
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 17
TUNTUTAN KM 1. 2.
Jika disediakan kemudahan penginapan, kelayakan tuntutan KM dari rumah/tempat penginapan ke tempat bertugas rasmi/tempat bertolak/berkursus (pergi balik) dibenarkan sekali sahaja dalam sesuatu tempoh tersebut.
Contoh:-
Pegawai yang berkursus di Damai Beach Resort hanya dibenarkan menuntut sekali untuk pergi dan sekali untuk balik di sepanjang tempoh berkursus walaupun beliau berulang alik setiap hari dari rumah ke Damai Beach Resort.
Jika tidak disediakan kemudahan penginapan atau tiada keperluan untuk menginap, jumlah perjalanan pergi dan balik dari rumah/tempat penginapan ke tempat bertugas rasmi/tempat bertolak/berkursus sekali sehari dan tidak melebihi enam hari.
Perjalanan dari rumah ke lapangan terbang dibenarkan sekali sahaja manakala perjalanan pulang dari lapangan terbang ke rumah adalah dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh bertugas rasmi/berkursus tersebut.
3. Penggunaan perisian Google Map adalah dibenarkan sebagai perbandingan/ penentuan jumlah KM yang boleh dituntut oleh pegawai.
4. Jika tuntutan KM pegawai kurang daripada jarak KM dalam Google Map, tuntutan KM yang dibenarkan adalah mengikut kadar terendah. Contoh:-
Jarak KM yang dituntut oleh seorang pegawai = 29KM Jarak KM dalam Google Map = 32 KM Tuntutan KM yang dibenarkan adalah mengikut kadar terendah iaitu 29KM
5. Jika tuntutan KM pegawai lebih tinggi daripada jarak KM dalam Google Map, julat
perbezaan yang dibenarkan ialah dalam lingkungan tertinggi terendah 2 KM sahaja (plus minus 2KM). Contoh:-
Jarak KM yang dituntut oleh seorang pegawai = 45KM Jarak KM dalam Google Map = 38KM Tuntutan KM yang dibenarkan adalah mengikut kadar 38KM + 2KM (julat perbezaan dibenarkan) =40KM
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 18
6. Perjalanan yang dibenarkan untuk dituntut untuk sesuatu tugas rasmi/berkursus adalah dari tempat kediaman/rumah ke tempat pengangkutan yang akan digunakan ke hotel/lojing ke tempat bertugas rasmi/berkursus (pergi dan balik). Contoh:-
Pegawai yang menggunakan kenderaan Unimas dan perlu ke Unimas untuk menaiki kenderaan tersebut. Beliau dibolehkan menuntut dari rumah kediaman ke Unimas.
7. Elaun perjalanan kenderaan/tuntutan KM hanya layak dituntut untuk tugas
rasmi di luar ibu pejabat sahaja. Oleh itu tuntutan pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi semasa berada di dalam kawasan ibu pejabat termasuk perjalanan antara kampus barat dan timur tidak dibenarkan. (Rujuk Pekeliling Bendahari Bil 6/2010)
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 19
PANDUAN AM 1. Tempoh untuk mengemukakan tuntutan ialah 30 hari dari tarikh kembali urusan rasmi
atau kursus seseorang pegawai tamat manakala untuk tuntutan luar Negara paling lewat ialah 3 bulan dari tarikh kembali sesuatu perjalanan tersebut. Ketua PTJ hendaklah mengemukakan surat kelulusan supaya tuntutan yang melebihi tempoh tersebut boleh dibayar.
2. Bayaran tempat letak kereta di lapangan terbang hanya dibenarkan kepada pegawai yang pergi dan balik pada hari yang sama (day trip) dan hendaklah untuk tempat letak kereta di lapangan terbang Kuching sahaja. Bayaran ini tidak tertakluk kepada jumlah jam/caj yang dikenakan oleh pihak lapangan terbang. Pejabat Bendahari berhak untuk membuat pemotongan dan membayar caj yang dirasakan bersesuaian sahaja.
3. Jumlah besar yang terdapat di dalam ruangan pengakuan hendaklah sama seperti
yang dituntut di dalam borang tuntutan. Jika tidak, tuntutan tersebut adalah layak untuk tidak dibayar.
4. Salinan fotokopi untuk semua dokumen (cth: resit, tiket penerbangan) hendaklah disahkan oleh ketua PTJ. Jika resit asal digamkan di atas kertas kosong, Ketua PTJ boleh menandatangani satu kertas tersebut sahaja.
5. Sebarang tuntutan pembelian tiket kapalterbang hendaklah disertakan dengan resit asal/salinan penyata kad kredit/resit pembayaran kad kredit. Jika tidak, pejabat ini berhak untuk tidak membuat sebarang bayaran.
6. Insentif untuk atlit-atlit yang mewakili UNIMAS berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ke 77 pada 22/1/2002. Elaun makan untuk staf pada hari pertandingan sahaja termasuk hari perasmian dan penutupan dan yang mendapat pingat adalah mengikut kadar kelayakan elaun makan bertugas rasmi di luar pejabat. Elaun makan untuk hari bukan bertanding ialah RM15 sehari. Elaun harian adalah berdasarkan kadar separuh dari kelayakan elaun makan untuk hari bukan bertanding. Elaun makan untuk pelajar ialah sebanyak RM10 sehari.
7. Pelajar tidak layak membuat tuntutan bayaran balik untuk pembelian kad telefon pra bayar atau penyewaan kenderaan. Hanya staf sahaja dibenarkan untuk membuat tuntutan bayaran balik ini dengan kelulusan Ketua PTJ dan disertakan dengan resit pembelian.
8. Kemudahan Mengurus Jenazah bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk menghargai bakti mereka kepada negara. Kemudahan ini diberi seperti berikut:
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 20
Jumlah sebanyak RM1,000 diberi kepada keluarga anggota bagi tujuan
menguruskan jenazah;
Kemudahan yang diperuntukkan untuk tambang pengangkutan jenazah seperti dalam perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, dipanjangkan juga kepada semua anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Kaedah pengangkutan jenazah yang sesuai dan berpatutan hendaklah digunakan; dan
Kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia dan juga tambang untuk pengiring;
Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1991
9. Bayaran Balik Letak Kereta diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang disahkan oleh Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan menyewa ruang letak kereta di pejabat. Jumlah tuntutan Bayaran Balik Letak Kereta dihadkan kepada RM30.00 sebulan berdasarkan resit. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1991 & Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1992.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 21
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN/TEKSI 1. Pegawai yang menggunakan perkhidmatan kenderaan yang disediakan untuk
menjalankan tugas rasmi/berkursus dan perlu ke tempat kenderaan tersebut menunggu adalah layak untuk menuntut elaun perjalanan kenderaan/teksi dari tempat kediaman ke tempat kenderaan menunggu pergi dan balik sahaja. Contoh:- Seorang pegawai menggunakan kenderaan Universiti untuk menjalankan tugas rasmi di Sibu. Beliau perlu menaiki kenderaan di Unimas. Pegawai adalah layak menuntut elaun perjalanan kenderaan dari rumah ke Unimas pergi dan balik sahaja.
2. Pegawai yang berkursus dan perlu bermalam di tempat yang telah disediakan oleh penganjur, elaun perjalanan kenderaan yang layak dituntut adalah perjalanan dari tempat kediaman ke tempat bermalam pergi dan balik sekali sahaja. Contoh:- Seorang pegawai yang berkursus telah bermalam di Hotel Holiday Inn Damai Beach. Elaun perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah perjalanan dari rumah ke hotel dan balik sekali sahaja.
3. Seorang pegawai menuntut elaun perjalanan kenderaan dari tempat kediaman ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan untuk tugas rasmi/kursus dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke ibupejabat. Hanya perjalanan dari tempat kediaman ke destinasi terakhir (tempat terakhir) dia perlu melaksanakan tugas rasmi/berkursus sahaja layak dituntut. Perjalanan dari destinasi terakhir ke ibupejabat adalah tidak layak dituntut kerana ia merupakan perjalanan biasa ke pejabat. Sebaliknya, perjalanan kenderaan dari ibupejabat ke destinasi terakhir beliau perlu bertugas rasmi/berkursus adalah layak dituntut. Perjalanan dari destinasi terakhir ke tempat kediaman adalah tidak layak dituntut kerana dianggap pulang ke rumah.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 22
Contoh:- Rumah 10 km A 7km B 13km Unimas Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Rumah ke A ke B = 17km Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut ialah dari B ke Unimas = 13km (dianggap pergi kerja) Unimas 17 km D 4 km E 8 m Rumah Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Unimas ke D ke E = 21km Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut ialah dari E ke Rumah = 8km (dianggap pulang ke rumah)
Rumah 5 km A 12 km B 8 km Rumah Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Rumah ke Rumah = 25 km Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut = tiada Unimas 5 km D 12 km E 8 km Unimas Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah = 25 km Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut = tiada
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 23
4. Pegawai yang menjalankan tugas rasmi/berkursus dikehendaki menggunakan kapalterbang atau keretapi. Jika tiada kedua-dua perkhidmatan ini, pegawai boleh menuntut elaun perjalanan kenderaan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah. Sekiranya pegawai menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun perjalanan kenderaan, ia hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:- Pegawai menggunakan kenderaan sendiri mesti memohon kelulusan Ketua PTJ (surat kelulusan) dan memenuhi mana-mana syarat berikut terlebih dahulu:-
Perlu singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan.
Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri – sila beri justifikasi
Mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi (bukan untuk tujuan peribadi)
Pegawai yang mematuhi perkara tersebut boleh memohon elaun
perjalanan kenderaan jika:-
A) Kurang dari 240 km boleh memohon elaun perjalanan kenderaan
Melebihi 240 km (iaitu 241 km dan ke atas)
menggunakan kapalterbang atau keretapi jika ada perkhidmatan tersebut / tambang gantian jika menggunakan kenderaan sendiri
jika tiada perkhidmatan kapalterbang atau keretapi, pegawai boleh menuntut elaun perjalanan kenderaan (tuntutan km)
5. Pegawai yang mengambil tiket kapalterbang sendiri samada di agensi
penerbangan atau Pejabat Bendahari adalah tidak layak menuntut elaun perjalanan kenderaan untuk perjalanan tersebut.
6. Pegawai yang menyewa kenderaan samada dari syarikat atau orang perseorangan semasa bertugas rasmi/berkursus perlu mendapatkan surat kelulusan dari Ketua PTJ untuk berbuat demikian. Resit hendaklah diperolehi untuk tujuan tuntutan.
7. Pegawai, selain dari pegawai atasan yang diberikan kemudahan membeli minyak atau diberi kad petronas, tidak boleh menuntut pembelian minyak. Tiada tuntutan pembelian minyak dibenarkan. Hanya tuntutan KM dibenarkan.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 24
TAMBANG GANTIAN 1. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menuntut tambang gantian ialah:-
a) Menggunakan kenderaan sendiri dan hendaklah bertugas rasmi. b) Bertugas di satu tempat sahaja. c) Jarak yang melebihi 240 km (241 km ke atas) dari tempat kediaman/bertolak ke
tempat yang ditujui. d) Terdapat perkhidmatan terus kapalterbang atau keretapi di antara dua tempat
tersebut.
2. Pegawai yang menuntut tambang gantian tidak boleh menuntut:-
perjalanan pergi dari rumah ke lapangan terbang/keretapi ke tempat penginapan (hotel)
perjalanan balik dari tempat penginapan (hotel) ke lapangan terbang/keretapi ke rumah
bayaran cukai lapangan terbang bayaran tempat tidur dalam keretapi (berth charges)
3. Tuntutan tambang gantian hendaklah berdasarkan perjalanan sehala sahaja iaitu dari
tempat A ke tempat B sebagai satu tambang gantian dan tempat B ke tempat A sebagai satu tambang gantian yang lain. Contoh:-
a) Pegawai A boleh menuntut tambang gantian untuk perjalanan dari Kuching ke Sibu sahaja manakala perjalanan Sibu – Kuching menggunakan perkhidmatan kapalterbang.
b) Pegawai A boleh menuntut RM200 tambang kapalterbang dari Kuching – Sibu dan RM200 tambang kapalterbang dari Sibu – Kuching.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 25
PERJALANAN KE LUAR NEGARA 1. Seseorang pegawai yang bertugas rasmi atau menghadiri kursus dsb nya di luar
negara diberi dua hari untuk pergi sebelum sesuatu tugas rasmi/kursus bermula dan dua hari juga untuk balik selepas tugas rasmi/kursus tersebut tamat dengan menggunakan kadar elaun luar negara.
2. Penerbangan terus ke destinasi luar negara akan menggunakan kadar elaun luar negara pada tarikh dan masa beliau bertolak dari rumah.
3. Pegawai yang perlu singgah/ bermalam di dalam negeri atau di sesuatu tempat di luar negara disebabkan tiada penerbangan akan juga diberikan dua hari sebelum dan dua hari selepas tanpa mengambil kira berapa hari sebenarnya beliau perlu bermalam.
Contoh:-
Penerbangan Terus Bertolak dari rumah pada 13/4 jam 8 am Kuching Australia Pengiraan hari yang layak dituntut oleh pegawai akan bermula pada tarikh dan masa beliau bertolak dari rumah iaitu mulai 13/4 jam 8. Pegawai akan diberi kadar elaun luar negara dari tarikh tersebut. Penerbangan Singgah Bertolak dari rumah pada 13/4 jam 8 am. Penerbangan singgah di KLIA bertolak pada 14/4 jam 10am Kuching KLIA Australia Pengiraan hari yang layak dituntut oleh pegawai akan bermula pada tarikh dan masa beliau bertolak dari rumah iaitu mulai 13/4 jam 8. Pegawai akan diberi kadar elaun luar negara dari tarikh tersebut.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 26
Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan
10/5 Bertolak dari rumah Kuching ke KLIA
1 hari
Sehari sebelum
11/5 KLIA ke Hong Kong
12/5 Hong Kong ke London
1 hari
Sehari sebelum
13/5
14/5 Seminar bermula di London
1 hari
Tarikh rasmi
15/5 Seminar
1 hari
Tarikh rasmi
16/5 Seminar
1 hari
Sehari selepas
17/5
18/5 London ke KLIA
19/5 KLIA ke Kuching Tiba di rumah
1 hari Sehari selepas
Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 6 hari dengan 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik dengan kadar elaun luar negara.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 27
Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan Hari Layak
10/5 Bertolak dari rumah Kuching ke KLIA
1 hari
Sehari sebelum
11/5 KLIA ke Hong Kong
12/5 Hong Kong ke London
1 hari
Sehari sebelum
13/5
14/5 Seminar bermula di London
1 hari
Tarikh rasmi
15/5 Seminar
1 hari
Tarikh rasmi
16/5 Seminar
17/5 Bercuti
18/5 Bercuti 1 hari Sehari selepas
19/5 Bercuti
20/5 London ke Hong Kong
21/5 Tiada penerbangan
22/5 Hong Kong ke KLIA
1 hari Sehari selepas
23/5 KLIA ke Kuching Tiba di rumah
Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 6 hari dengan kadar elaun luar negara. Walaupun pegawai bercuti dan berlaku tiada penerbangan, pegawai hanya layak diberi 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik. 4. Pegawai yang bertugas rasmi/berkursus di dua negara yang berbeza kadar elaun yang digunakan adalah seperti berikut:- Contoh:-
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 28
Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan Hari Layak
10/5 Bertolak dari rumah Kuching ke KLIA
1 hari
Sehari sebelum (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
11/5 KLIA ke Hong Kong
12/5 Hong Kong ke London
1 hari
Sehari sebelum (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
13/5
14/5 Seminar bermula di London
1 hari
Tarikh rasmi (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
15/5 Seminar
1 hari
Tarikh rasmi (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
16/5 Seminar
17/5 1 hari Sehari sebelum/hari perjalanan (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
18/5 London ke Paris
1 hari
Tarikh rasmi (menggunakan kadar elaun dalam kategori V iaitu United Kingdom)
19/5 Mesyuarat di Paris
20/5
21/5 Tiada penerbangan
1 hari Sehari selepas (menggunakan kadar elaun dalam kategori IV iaitu France)
22/5 Paris ke KLIA
23/5 KLIA ke Kuching Tiba di rumah
1 hari Sehari selepas (menggunakan kadar elaun dalam kategori IV iaitu France)
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 29
Contoh di atas menggambarkan pegawai mempunyai dua tujuan perjalanan berbeza. Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 8 hari. Tarikh 18/5 adalah dianggap seperti sehari sebelum atau tarikh perjalanan beliau dari London Ke Paris. Walaupun berlaku tiada penerbangan, pegawai hanya layak diberi 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik sahaja. Contoh:- Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.
Tarikh Perjalanan Hari Layak
10/5 Bertolak dari rumah Kuching ke KLIA
1 hari
Sehari sebelum
11/5 KLIA ke Hong Kong
12/5 Hong Kong ke London
1 hari
Sehari sebelum
13/5
14/5 Seminar bermula di London
1 hari
Tarikh rasmi
15/5 Seminar
1 hari
Tarikh rasmi/hari perjalanan
16/5 London ke Paris
1 hari
Tarikh rasmi/hari perjalanan
17/5 Mesyuarat di Paris
1 hari
Tarikh rasmi
18/5 Paris ke Italy 1 hari
Hari perjalanan/Tarikh rasmi
19/5 Mesyuarat di Italy
20/5 Cuti
21/5 Tiada penerbangan
1 hari Sehari selepas
22/5 Italy ke KLIA
23/5 KLIA ke Kuching Tiba di rumah
1 hari Sehari selepas
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 30
Contoh di atas menggambarkan pegawai mempunyai tiga tujuan perjalanan berbeza. Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 9 hari. Tarikh 16/5 dan 18/5 adalah dianggap seperti sehari sebelum atau tarikh perjalanan beliau dari London Ke Paris dan Paris ke Italy. Walaupun berlaku beliau bercuti dan tiada penerbangan, pegawai hanya layak diberi 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik sahaja. 4. Kadar pertukaran matawang asing hendaklah menggunakan kadar mana-mana bank
atau dari mana-mana punca yang mudah untuk didapati. Kadar yang digunakan adalah kadar Buying Currency/Notes pada hari beliau bertolak (hari pertama) ke luar negara seperti dalam tarikh tiket kapalterbang sekiranya tiada resit/dokumen kadar pertukaran matawang disertakan.
Contoh:- Bertolak pada 13/4 jam 10 am 14/4 jam 8am Kuching KLIA USA Kadar pertukaran matawang asing yang digunakan adalah kadar pada tarikh 14/4 disebabkan beliau bertolak ke USA pada tarikh tersebut.
5. Pegawai yang menuntut kadar pertukaran matawang asing berdasarkan resit, kadar yang digunakan hendaklah mengikut kadar pada hari / kali pertama beliau membuat pertukaran tersebut sekiranya beliau membuat pertukaran matawang lebih dari sekali.
Contoh:-
Bertolak pada 13/4 jam 10 am 14/4 jam 8am Kuching KLIA USA Pegawai membuat pertukaran matawang pada 14/4 di KLIA kemudiannya membuat pertukaran sebanyak dua kali semasa berada di USA. Kadar pertukaran matawang asing yang digunakan adalah kadar pada tarikh 14/4 di KLIA disebabkan ia adalah kali pertama beliau membuat pertukaran.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 31
6. Bayaran pasport dan visa untuk kursus jangka panjang (cuti belajar) adalah ditanggung oleh Universiti (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007)
7. Bayaran paspot dan visa untuk Bertugas Rasmi adalah ditanggung oleh Universiti [Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 perkara 5.5 (h)]
8. Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke selatan) adalah mengikut kadar negara masing-masing iaitu Indonesia dan Thailand.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 32
PENDAHULUAN DIRI
1. Pembelian bahan atau peralatan adalah tidak dibenarkan.
2. Permohonan untuk pendahuluan luar jangka/kontigensi atau sebarang permohonan yang tidak jelas tidak akan dipertimbangkan.
3. Pendahuluan untuk elaun makan dan elaun hotel/lojing hanya diberi untuk hari-hari bertugas rasmi/kursus sahaja. Tiada pendahuluan dibenarkan untuk hari sebelum/hari selepas.
4. Pegawai yang bertugas rasmi/berkursus di beberapa tempat di luar
negara boleh memohon pendahuluan berdasarkan kadar kelayakan di tempat tersebut dan berapa hari rasmi beliau bertugas rasmi/berkursus semasa berada di sana. Contoh:- Pegawai A gred W41 berseminar di Vietnam pada 22 – 24 April, Sepanyol pada 25 – 26 April dan Jerman pada 28 – 30 April. Beliau layak untuk memohon pendahuluan seperti berikut: Elaun makan Vietnam RM100 x 3 hari Sepanyol RM 140 x 2 hari Jerman RM160 x 3 hari
5. Pelajar dan staf tidak layak memohon pendahuluan untuk pembelian kad prabayar telefon atau penyewaan kenderaan.
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 33
KURSUS DALAM NEGERI
1. Perolehan pakej yang berkaitan dengan latihan hendaklah mematuhi kadar kelayakan penginapan dan elaun makan peserta latihan yang berkuatkuasa (iaitu kadar berkursus). Rujuk Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004. Apa-apa tuntutan tidak boleh melebihi dari kadar kelayakan peserta masing-masing. Contoh:-
a. Seorang pegawai N41 berkursus dikenakan yuran sebanyak RM180 termasuk makan dan penginapan. Kelayakan beliau adalah RM45 (makan) dan RM130 (sewa hotel) = RM175. Beliau hanya boleh menuntut sehingga had kelayakan beliau iaitu RM175 sahaja.
b. Seorang pegawai N41 berkursus dikenakan yuran sebanyak RM160
termasuk makan dan penginapan. Kelayakan beliau adalah RM45 (makan) dan RM130 (sewa hotel) = RM175. Beliau boleh menuntut sehingga had kelayakan beliau iaitu RM175.
Kursus Pendek – Tempoh 3 bulan dan kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am
Luar HQ Catatan *Dalam HQ Catatan 1. Sehari sebelum
& sehari selepas Kadar Kursus Elaun makan =
RM15 sehari Untuk hari-hari kursus sahaja
2. Ikut kadar kursus
Hari-hari berkursus
3. Mileage (KM) Rumah – Pusat Pengajian Pusat Pengajian – Rumah
Sekali sehari sahaja. Tidak boleh melebihi tempoh 6 hari
Mileage (KM) Rumah – Pusat Pengajian Pusat Pengajian – Rumah
Sekali sehari sahaja. Tidak boleh melebihi tempoh 6 hari
*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 34
Kursus Panjang – Sepenuh masa tempoh melebihi 3 bulan termasuk hari kelepasan am dan hujung minggu
Luar HQ Catatan *Dalam HQ Catatan 1. Sara hidup =
RM25 sehari
50% - Makan 50% - Penginapan
Sara hidup = RM15 sehari
Untuk hari-hari kursus sahaja
2. Sehari sebelum & sehari selepas
Kadar Kursus
3. Amali/Kajian luar/disangkutkan
Ikut kadar kursus
*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010
Kursus Sambilan – Kursus selepas waktu pejabat
Luar HQ Catatan *Dalam HQ Catatan 1. Sara hidup =
RM10 sehari RM5 - Makan RM5 - Perjalanan
Untuk hari-hari kursus sahaja
Sara hidup = RM8 sehari RM5 - Makan RM3 – Perjalanan
Untuk hari-hari kursus sahaja
2. Mileage (KM) & tambang
Tidak layak
*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 35
KURSUS LUAR NEGARA
Kursus Pendek Catatan Kursus Panjang Catatan 1. Dua hari sebelum
& dua hari selepas
Kadar Kursus Cuti belajar Ikut kadar cuti belajar
2. Ikut Kadar Kursus Luar Negara
Hari-hari berkursus
3. Elaun pakaian panas, passport & visa
Boleh dituntut
4. Mileage (KM) Rumah – Airport Airport - Hotel Hotel – Pusat Pengajian Pusat Pengajian – Hotel
Sekali sahaja. Tidak boleh melebihi tempoh 6 hari
5. Kapalterbang Ikut kelayakan tugas rasmi
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 36
Contoh Lain:-
Encik Ahmad adalah seorang pegawai berjawatan Penolong Pendaftar (Gred 41). Beliau telah diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada 15/4/2005. Beliau bertolak dari rumah pada 14/4/2005 jam 10 pagi dan balik ke rumah pada 16/4/2005 jam 5.25 petang.
PERKARA PENERANGAN PENGIRAAN
Tarikh perjalanan
Tarikh bertolak dibenarkan adalah sehari sebelum tarikh sesuatu urusan bermula dan sehari selepas tarikh urusan tamat
14/4/2005 – Tarikh bertolak 15/4/2005 – Tarikh mesyuarat 16/4/2005 – Tarikh kembali
Masa perjalanan
Bermula dari masa bertolak dari rumah pegawai (sekali sahaja) sehingga pegawai kembali ke rumah (sekali sahaja)
14/4/2005 – 1000 16/4/2005 – 1725
Elaun Makan
Dikira mulai dari masa pegawai bertolak dari rumah sehingga beliau kembali ke rumah untuk setiap tempoh genap 24 jam
Dari contoh di atas, Encik Ahmad layak untuk menuntut elaun makan pada kadar RM45 14/4/2005 Masa bertolak - 1000 15/4/2005 tempoh 24 jam pertama - 1000 16/4/2005 tempoh 24 jam kedua - 1000
Sehari selepas
Sehari sebelum
Masa bertolak dari rumah
Masa tiba ke rumah
1 Elaun Makan x RM45
1 Elaun Makan x RM45
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 37
Elaun Hotel
Untuk setiap tempoh hari pegawai bermalam di hotel
Dari contoh di atas, jika Encik Ahmad bermalam di hotel seperti pada tarikh dan masa tersebut, beliau layak untuk kadar elaun hotel sebanyak RM160 14/4/2005 Bermalam 15/4/2005 Bermalam 16/4/2005 Tarikh kembali Tidak bermalam
Elaun Lojing
Untuk setiap tempoh pegawai bermalam di tempat selain dari hotel
Dari contoh di atas, jika Encik Ahmad bermalam di rumah kawan seperti pada tarikh dan masa di atas, beliau layak untuk kadar elaun lojing sebanyak RM55 14/4/2005 Bermalam 15/4/2005 Bermalam 16/4/2005 Tarikh kembali Tidak bermalam
1 Elaun Hotel x RM160
1 Elaun Hotel x RM160
1 Elaun Lojing x RM55
1 Elaun Lojing x RM55
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 38
Elaun Harian
Diberikan pada hari terakhir untuk tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam sehingga pegawai kembali ke rumah
Dari contoh di atas, berdasarkan tarikh dan masa berikut Encik Ahmad tidak layak menuntut Elaun Harian 14/4/2005 Masa bertolak - 1000 15/4/2005 tempoh 24 jam pertama - 1000 16/4/2005 tempoh 24 jam kedua - 1000 Masa tiba ke rumah 1725
Jika diandaikan Encik Ahmad kembali ke rumah pada tarikh 16/4/2005 jam 6.25 petang, beliau layak untuk menuntut Elaun Harian 14/4/2005 Masa bertolak - 1000 15/4/2005 tempoh 24 jam pertama - 1000 16/4/2005 tempoh 24 jam kedua - 1000 Masa tiba ke rumah 1825
Perbezaan 7jam 25 min. kurang dari 8 jam. Tidak layak Elaun Harian
Perbezaan 8jam 25 min. Melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam. Layak Elaun Harian
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 39
PEKELILING BERKUATKUASA
1. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2006 Mengenai Elaun Perjalanan Kenderaan.
Pindaan Kepada PP 3/2003 Dan PP 4/2003 2. Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Pra-perkhidmatan.
PP 4/1992 adalah dibatalkan
3. Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun,Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis). Dipinda oleh PP 2/2006 PP Bil. 2/1992 adalah dibatalkan
4. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2003
Kelayakan Kemudahan Penerbangan Dan Penginapan Untuk Pegawai Kanan
Yang Menjalankan Tugas Rasmi.
Pindaan Kepada PP 2/1992 dan PP 5/1999
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 40
LAMPIRAN A
KADAR - KADAR
DALAM NEGERI
KADAR ELAUN PERJALANAN UNTUK BERTUGAS RASMI
ELAUN MAKAN LOJING HOTEL
GRED S'jung S&S, Labuan S'jun
g S&S, Labuan S'jung S&S, Labuan
Utama/Khas 'A' dan ke atas 115 165 80 85 Sebenar (std suite) Sebenar (std suite)
Utama/Khas 'B' dan 'C' 100 130 75 80 Sebenar (bilik superior) Sebenar (bilik superior)
53 dan 54 85 115 70 75 Sebenar (bilik biasa) Sebenar (bilik biasa)
45 hingga 52 60 80 60 70 180 200
41 hingga 44 45 65 55 60 160 170
27 hingga 40 40 55 45 50 140 160
17 hingga 26 40 55 40 45 130 150
1 hingga 16 35 50 35 40 120 140
KADAR ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS
ELAUN MAKAN LOJING HOTEL
GRED S’jung S&S, Labuan S’jung S&S, Labuan S’jung S&S, Labuan
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas 90 120 80 85 Sebenar (bilik biasa) Sebenar (bilik biasa)
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ 90 120 75 80 Sebenar (bilik biasa) Sebenar (bilik biasa)
53 dan 54 70 90 70 75 Sebenar (bilik biasa) Sebenar (bilik biasa)
45 hingga 52 60 80 60 70 145 160
41 hingga 44 45 65 55 60 130 140
17 hingga 40 40 55 35 40 80 100
1 hingga 16 35 50 30 35 65 80
KADAR PERBATUAN
KM A B C D E
500 pertama 70 60 50 45 40
501 -1000 65 55 45 40 35
1001 - 1700 55 50 40 35 30
1701 dan seterusnya 50 45 35 30 25
Kelas Gaji CC
A lebih
RM2323.41 1400 ke atas
B lebih
RM2064.60 1000 ke atas
C lebih
RM1611.28 Bawah 1000
D kurang
RM1611.28 lebih 175
E kurang
RM1611.28 bawah 175
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 41
LAMPIRAN B
LUAR NEGARA
ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS ELAUN PERJALANAN UNTUK TUGAS RASMI
ELAUN MAKAN LOJING ELAUN MAKAN HOTEL/LOJING
GRED
Utama/Khas 'A' dan ke atas 300 Bilik Biasa 370 Bilik Suite Biasa
Utama/Khas 'B' dan 'C' 270 Bilik Biasa 340 Bilik Biasa
53 dan 54 240 Bilik Biasa 320 Bilik Biasa
45 hingga 52 200 Bilik Biasa 270 Bilik Biasa
1 hingga 44 Lampiran A2 Lampiran A2 Lampiran A2 Lampiran A2
LAMPIRAN A2 : ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS
KATEGORI NEGARA ELAUN MAKAN SEWA HOTEL LOJING
I 100 200 100
II 120 300 120
III 140 400 140
IV 160 500 160
V 180 600 180
LAMPIRAN A2 : ELAUN PERJALANAN UNTUK TUGAS RASMI
KATEGORI NEGARA ELAUN MAKAN SEWA HOTEL LOJING
I 175 400 100
II 195 440 120
III 215 480 140
IV 235 520 160
V 255 560 180
Panduan Tuntutan Perjalanan 2013
NM24/09/2013 Page 42
LAMPIRAN A2
KATEGORI I
KATEGORI II
KATEGORI III
KATEGORI IV
KATEGORI V
Afghanistan Bangladesh Bolivia Bulgaria Cambodia Chile Colombia Ecuador Fiji India Kiribati Laos Maldives Mauritius Myanmar Nepal North Korea Pakistan Peru Philippines Portugal Samoa Sri Lanka Tanzania Tonga Tuvalu Vietnam
Angola Argentina Botswana Ethiopia Ghana Greece Guinea Hungary Indonesia Lesotho Madagascar Malawi Mali Malta Morrocco Mozambique Namibia Nauru New Zealand Papua New Guinea Paraguay Poland Republik Czech Republik Slovak Senegal Seychelles South Africa Solomon Island Swaziland Taiwan Thailand Tunisia Uganda Uruguay Vanuatu Zimbabwe
Albania Algeria Armenia Australia Austria Azerbaijan Bahrain Balarus Brunei Darussalam China Cuba Cyprus Egypt Georgia Gibraltar Iraq Ireland Jamaica Jordan Kazakstan Kenya Kuwait Kyrgyzstan Lebanon Libya Luxembourg Moldova Mongolia Netherland Norway Qatar Romania Russia Spain Sudan Tajikistan Turkmenistan Ukraine Uzbekistan
Belgium Bosnia- Herzegovina Brazil Canada Croatia Dahomey Denmark France Gambia Germany Guyana Niger Nigeria Saudi Arabia Serbia & Montenegro Singapore Surinam Switzerland Syria Venezuela Yemen Zambia
Barbados Dubai Finland Hong Kong Iran Italy Japan Macau Mexico Oman South Korea St. Lucia Sweden Trinidad & Tobago Turkey United Arab Emirates United Kingdom USA