kertas kerja majlis apresiasi aktiviti ko kurikulum(edit)

Upload: norhayati-shapii

Post on 02-Mar-2016

1.053 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

DAERAH HULU TERENGGANU 20151. Tujuan

Pengusulan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program dan memberi makluman secara teperinci tentang program kepada pihak yang terlibat.2. Pendahuluan

Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid Daerah Hulu Terengganu 2015 merupakan suatu majlis besar yang secara gahnya akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang pada 9 November, 2015. Ungkapan penuh bermakna Kenangan, Anugerah dan Memori dipilih sebagai tema majlis ini. Diharapkan pada penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada guru dan murid yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kokurikulum dan ko akademik sepanjang tahun ini. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama warga pendidikan daerah Hulu Terengganu.

3. ObjektifAntara objektif penganjuran program ini adalah:3.1 Melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelektual dan emosi.

3.2 Membentuk murid dapat menghargai bakat dan seni bangsa tanpa mengira kaum dan batas negara serta memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kesihatan badan dan minda melalui aktiviti yang sihat.

3.3 Memastikan warisan budaya terus kekal diminda generasi muda.

3.4 Membentuk kemahiran lisan seperti kemahiran berinteraksi dengan masyarakat.

3.5 Membina semangat cinta akan tradisi bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia4. Anjuran

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

5. Cadangan Tarikh dan Hari

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh: 09 November 2015Hari

: Isnin

Masa

: 8.00 malam 11.30 malam

5. Cadangan Tempat

Tempat program yang dicadangkan ialah:Dataran Kuala Berang & Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu

6. Tetamu Kehormat/PerasmianYAB Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul RahmanMenteri Besar Negeri Terengganu

YB Dato Jailani bin Johari

Ahli Parlimen Hulu Terengganu

YB Encik Ghazali bin Taib

Pengerusi JK Pendidikan Negeri Terengganui

Merangkap ADUN Ajil

Semua YB Dewan Undangan Negeri TerengganuPengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu7. Aturcara ProgramLampiran A8. Jawatankuasa

Jawatankuasa IndukPenaung

: Yang Berbahagia Dato Wan Mohd bin Wan Ibrahim Pegawai Daerah Hulu Terengganu

Pengerusi

: Encik Jalaludin bin Ismail

Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Timbalan Pengerusi

: Encik Mohd Hasan bin Mat Rahim

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Hulu Terengganu

Naib Pengerusi 1

: Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar

Pen. PPD Pengurusan Pembangunan

Naib Pengerusi 3

: Encik Azman bin Mohd Nor

Pen. PPD Pengurusan Akademik(Sains & Matematik)Setiausaha

: Encik Rashid bin Taib

Kaunselor Organisasi PPD Hulu TerengganuPen. Setiausaha 1

: Cik Nor AlFatihah binti Mazlan

Pegawai SISC+ MM PPD HT

Pen. Setiausaha 2

: Puan Nor Haiti binti Mohamad

Pegawai SISC+ BM PPD HTBendahari

: Puan Zaiton bin Mohd Zaki

Pen. PPD HEM, PPD HTPenyelaras

: Encik Esham bin Busu

Pen. PPD Ko Akademik, PPD HTTimbalan Penyelaras: Encik Hishamudin bin Mustapha

Pen. PPD Pengurusan Kurikulum Bahasa

PPD Hulu Terengganu

Ahli Jawatankuasa

: Semua Ketua Unit PPD Hulu Terengganu

Majlis Pengetua Daerah Hulu Terengganu

Majlis Guru Besar Daerah Hulu Terengganu

Jawatankuasa Pelaksana

Lampiran B9. Anggaran Perbelanjaan

Lampiran C10. Penutup

Diharapkan agar program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru dan murid yang telah sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran. Secara tidak langsung, majlis ini akan dapat melahirkan generasi yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan khususnya kepada semua warga pendidikan daerah Hulu Terengganu.

LAMPIRAN AATURCARA PROGRAM

MAJLIS APRESIASI KEMENJADIAN MURID

DAERAH HULU TERENGGANU 2015MASAPERKARATEMPAT

Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu

8.00 malamKetibaan Tetamu

8.15 malamKetibaan Tetamu Jemputan

8.25 malamKetibaan Perasmi

Jamuan Makan Malam

8.30 malamSemua Tetamu Jemputan memasuki dewan

Nyanyian lagu Negaraku

9.00 malamPersembahan Pembukaan

9.10 malamAlu-aluan Pengacara Majlis.

Bacaan Doa

Ucapan Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Ucapan Perasmi

Gimik Perasmian

9.20 malamPersembahan Murid

11.00 malamBersurai

* Susunan Persembahan akan ditetapkan oleh PPDHT bersama JK Gimik dan Persembahan mengikut kesesuaian.

6