kertas kerja latihan kebakaran
DESCRIPTION
Latihan kebakaran sekolah dengan kerjasama JPAM SibuTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MACHAN96700 KANOWIT, SARAWAK
KERTAS CADANGAN AKTIVITI
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN 2015
ANJURAN: JAWATANKUASA PROGRAM SEKOLAH SELAMAT DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH SIBU1. PUNCA KUASA
Punca kuasa dalam menjalankan aktiviti ini adalah seperti berikut:
i) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2000 Kementerian Pendidikan Malaysia: Mencegah Kebakaran Di Sekolahii) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1978 Kementerian Pendidikan Malaysia: Kawad Kecemasan Kebakaran di Sekolah
2. PENDAHULUAN
Latihan kebakaran amat penting bagi memberikan pengetahuan asas kepada warga sekolah tentang kaedah kesematan apabila berlaku kebakaran di sekolah. Oleh yang demikian, pihak Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Nanga Machan dengan kerjasama pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bercadang untuk mengusahakan latihan kebakaran dan demonstrasi melawan kebakaran bagi tahun 2015.
3. OBJEKTIF
Objektif Latihan Kebakaran (Fire Drill) Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran 2015 ini adalah untuk:
i) Melatih murid dan kakitangan sekolah dalam mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat ke tapak berhimpun kecemasan ketika berlaku kecemasan.ii) Melatih murid serta kakitangan sekolah dalam kaedah mengawal kebakaran.iii) Memberikan pendedahan kepada semua warga SK Nanga Machan tentang bahaya api dan kebakaran.
4. CADANGAN PELAKSANAAN
Tarikh:6 Mei 2015
Tempat:Dewan Terbuka SK Nanga Machan, Kanowit, Sarawak
5. ANJURAN
Latihan Kebakaran (Fire Drill) Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran 2015 ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Keselamatan Sekolah, SK Nanga Machan, Kanowit, Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam daerah Sibu.
6. SENARAI JAWATANKUASA i) Jawatankuasa Program Keselamatan Sekolah
Penaung: Encik Johnson anak Sendal Guru Besar
Pengerusi: Encik Alfancis Joannes Grinang Guru Penolong Kanan HEM
Setiausaha: Encik Sanjay anak Bana
Ahli-ahli: Semua guru Semua kakitangan sokongan sekolah
ii) Jawatankuasa Program
Penasihat: Encik Alfancis Joannes Grinang Guru Penolong Kanan HEM
Penyelaras: Encik Sanjay anak Bana Setiausaha Jawatankuasa Program Sekolah Selamat
Setiausaha: Encik Mohd Syamim Azri bin Mustapa
Disiplin dan Keselamatan murid: Encik Wesley anak Galau Puan Imoi anak Bangau
Jurugambar: Encik Alexander William Jali
Pelaporan danDokumentasi: Cik Fatin Hamamah binti Razali Encik Mohd Syamim Azri bin Mustapa
Persiapan tempatDan Peralatan: Cik Alexandra Jadup anak Nedy (Juruteknik) Anggota pasukan TKRS
Makanan Jemputan: Puan Helen Unjong Encik Andrew Aking anak Upong Encik Johnny anak Imba
Perhubungan dan Jemputan: Encik Digat Meringai Encik Alfancis Joannes Grinang
7. SASARAN
Semua murid, guru dan staf sokongan SK Nanga Machan, Kanowit, Sarawak
8. ANGGARAN BELANJAWAN
BilPerkaraPerbelanjaan (RM)Jumlah (RM)Catatan
1.DokumentasiRM 10.0010.00
2.Perbelanjaan makan dan minum pegawai JPAM11 orang pegawai x RM 10.00110.00
3.Cenderahati kepada pihak JPAMRM 50.0050.00
JUMLAH KESELURUHAN
170.00
* Peruntukan minyak petrol dan diesel serta alat pemadam api adalah dari pihak JPAM
9. PELAN EVAKUASI
Sila rujuk lampiran A
10. CARTA ALIRAN LATIHAN KEBAKARAN 2015
Sila rujuk lampiran B
11. PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya member impak yang positif kepada semua guru dan murid-murid supaya mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.
Disediakan oleh,
..(MOHD SYAMIM AZRI BIN MUSTAPA)Setiausaha,Program Latihan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran 2015
Tarikh:
Disokong oleh,
(ALFANCIS JOANNES GRINANG)Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSekolah Kebangsaan Nanga Machan
Tarikh:
Diluluskan oleh,
(JOHNSON ANAK SENDAL)Guru BesarSekolah Kebangsaan Nanga Machan
Tarikh:
5
LAMPIRAN A
SungaiJetiBilik PemulihanGaleri KKBOSS6M6B4M4BBerekAstakaPRA BMakmal Komputer3M3BMakmal SainsTandasPondok pengawalBerekBerekBerekBerekBerekRumah GuruAsramaLelakiAsramaPerempuanDewan TerbukaGelanggangPADANG BOLA SEPAK
RMT1BDapurTaman PermainanGelanggang TakrawDapurDewan MakanPELAN EVAKUASI SEKOLAH SK NANGA MACHAN, 96700 KANOWIT (YBB3310)TandasTandasTempat Letak KenderaanKolam Ikan5 BiruPSSPusat Akses1M2B2MBilik GuruStor 5MPRA A
LAMPIRAN BCARTA ALIRAN LATIHAN KEBAKARAN 2015
LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKANPdP DIHENTIKAN SERTA-MERTAGURU DALAM KELAS MENGARAHKAN MURID BERATURBERGERAK MENGIKUT LALUAN KE TEMPAT BERKUMPULTEMPOH PERGERAKAN DICATAT OLEH PEGAWAI JPAMSERAHAN BUKU DAFTAR PELAJAR DAN SEMAKAN OLEH GURUPROSES MELAPOR KEPADA PEGAWAI INSIDEN
DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN OLEH PEGAWAI JPAM