kertas kerja kursus

6
1. Rasional Penularan gejala sosial dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membingungkan memerlukan kita untuk berbuat sesuatu bagi berusaha mengawal dan mengubah keadaan yang membimbangkan yang sedia ada. Oleh itu, program Kursus Keibubapaan dan Motivasi Pelajar dirancang sebagai satu langkah untuk melihat dan menangani situasi tersebut dari sudut kekeluargaan bagi membantu pihak sekolah dalam usaha membentuk disiplin terpuji dalam kalangan pelajar. Di samping itu ,kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi dengan teknik kemahiran belajar yang baik dan berkesan. Justeru itu, adalah penting untuk murid, khasnya murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai di berikan pendedahan mengenai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan bersama dengan kemahiran pengurusan masa yang baik bagi memantapkan minda mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. 2. Matlamat -Memperkukuh kesedaran dan keazaman di kalangan ibu bapa akan keperluan memainkan tanggungjawab yang lebih efektif dalam usaha ke arah memastikan pembentukan sahsiah yang unggul dalam kalangan anak-anak sehingga mendapat keredaan Allah S.W.T. -Untuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan kemahiran- kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul dan berkesan, di samping pengurusan masa yang baik, agar tujuan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya kecemerlangan asrama dan sekolah dapat dilaksanakan. 3. Objektif

Upload: malbgn38

Post on 14-Jun-2015

125 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja kursus

1. Rasional Penularan gejala sosial dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membingungkan memerlukan kita untuk berbuat sesuatu bagi berusaha mengawal dan mengubah keadaan yang membimbangkan yang sedia ada. Oleh itu, program Kursus Keibubapaan dan Motivasi Pelajar dirancang sebagai satu langkah untuk melihat dan menangani situasi tersebut dari sudut kekeluargaan bagi membantu pihak sekolah dalam usaha membentuk disiplin terpuji dalam kalangan pelajar. 

Di samping itu ,kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi dengan teknik kemahiran belajar yang baik dan berkesan. Justeru itu, adalah penting untuk murid, khasnya murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai di berikan pendedahan mengenai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan bersama dengan kemahiran pengurusan masa yang baik bagi memantapkan minda mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

2. Matlamat -Memperkukuh kesedaran dan keazaman di kalangan ibu bapa akan keperluan memainkan tanggungjawab yang lebih efektif dalam usaha ke arah memastikan pembentukan sahsiah yang unggul dalam kalangan anak-anak sehingga mendapat keredaan Allah S.W.T. 

-Untuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul dan berkesan, di samping pengurusan masa yang baik, agar tujuan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya kecemerlangan asrama dan sekolah dapat dilaksanakan.

3. Objektif i. Meningkatkan kesedaran ibu bapa akan keperluan pembentukan akhlak anak-anak yang sempurna. 

ii. Mengukuhkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah para pelajar. 

iii. Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang keperluan pendidikan anak-anak yang berada pada tahun peperiksaan.

Page 2: Kertas kerja kursus

iv. Mempraktikkan pelajar kepada kemahiran membaca, mendengar, mencatat nota, dan teknik mengingat semasa proses pembelajaran.v.melatih pelajar menguruskan masa dengan lebih efektif.

4. Kumpulan Sasaran 

i.Ibu bapa ii.Pelajar Tahun 4,5 dan 6 (49 orang murid)

5. Jadual Pelaksanaan 

Tarikh : 20 Jun 2014( Jumaat)Masa : 2.30 pm-6.00 pmTempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Kuala Lipis Pahang

6. Tentatif program

HARI MASA PERKARA

Jumaat

2.30 pm-3.00 pm Pendaftaran

3.00 pm- 3.15 pm Semua mengambil tempat

3.30 pm – 5.30 pm -Ucapan alu-aluan pengerusi majlis-Bacaan doa-Ceramah bermula-Sesi soal-jawab-Cabutan nombor bertuah-Penyampaian cenderahati

5.30 pm Majlis penutup5.30 pm-6.00 pm Jamuan

7. Jawatankuasa pelaksana

Penasihat : En. Mohd Nor Bin Wagino( Guru Besar SK Tg. Gahai)Pengerusi I : Pn Siti Zaleha Bt Mat Yasin (GPK HEM)Pengerusi II : Pn Jamilah Bt Othman( GPK Pentadbiran)Pengerusi III : Pn Maznah Bt Abdul Hamid( GPK Ko-kurikulum)Setiausaha : Pn Sin Sun Bue A/P Sin Yong Eng

Page 3: Kertas kerja kursus

Bendahari : En Sahimi Rodzuan Bin Che Amat

Sambutan dan protokol: En Mohd Nor Bin WaginoEn Yusiniamir Bin Mat AminPn Jamilah Bt OthmanPn Siti Zaleha Bt Mat YasinPn Maznah Bt Abdul Hamid

Bacaan Doa:En Md Fadir Bin Abdullah

Persiapan dewan:En Masharuddin Bin Md KuraishiEn Md Fadir Bin AbdullahEn Mohd Azman Bin Safein

Siaraya:En Haironizam Bin MohamedEn Sahimi Rodzuan Bin Che Amat

Backdrop:Cik Faridah Bt AbasPn Faridah Bt Mohd YusofPn Norbaizura A/P Norgiman

Pengacara:Pn Wan Noor Irianie Bt Wan Mohamed

Jamuan VIP:Pn Azizah Bt MohamedPn Maznah Bt Abdul HamidCik Nordiana Waheda Bt Che Soh

Jamuan Ibubapa:Cik Nur Amalina Bt Ab RahimPn Sapiah Bt Mat SalinPn Rasyidah Bt ShafiePn Nur Izati Sucila Bt Abdullah

Page 4: Kertas kerja kursus

Hadiah dan cenderamata:Pn Rosmah Bt OmarPn Siti Zaleha Bt Mat Yasin

Pendaftaran:Cik Nur Amalina Bt Ab Rahim

Brosur:Pn Sin Sun Bue A/P Sin Yong Eng

Dokumentasi:En Sahimi Rodzuan Bin Che Amat

8. Anggaran Peruntukan

PERKARA KUANTITI JUMLAHBihun 49 49 orang x RM 2.00 = RM 98.00Air sirap 49 49 orang x RM 0.50 = RM 24.50Kuih 98 49 orang x 2 biji x RM 0.40= RM 19.60Hadiah Kuiz-pensil 2 batang-pemadam 1 biji-pembaris 1 batang-Buku nota 2 buah

20 20 soalan x RM 3.00= RM60.00

JUMLAH BESAR RM 202.10

9. Sumber KewanganBimbingan dan Kaunseling

10. PenutupDengan adanya program ini, di harapkan dapat membantu murid melaksanakan proses pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik mereka dan ibubapa sedar akan kecemerlangan anak-anak adalah penting. Seterusnya dapat mencapai kecemerlangan diri anak-anak, keluarga dan juga kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Kuala Lipis Pahang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(SIN SUN BUE)

Page 5: Kertas kerja kursus

SK TANJONG GAHAI PETI SURAT 15, SUNGAI KOYAN

27650 RAUB, PAHANG.

KERTAS KERJA

KURSUS KEIBUBAPAAN DAN

MOTIVASI PELAJAR2014

PENCERAMAH JEMPUTAN:EN. SHAMSI B. HAJI SHAMSUDIN

  JABATAN