kertas kerja kpa 201433

3
KERTAS KERJA PERTANDINGAN ‘INOVASI KITAR SEMULA’ 1.0 PENDAHULUAN Kempen kitar semula giat dijalankan di peringkat kebangsaan pada masa kini bagi memupuk kesedaran kepada pengguna agar mengamalkan amalan kitar semula bagi mengelakkan kepupusan flora dan fauna, mengurangkan penjanaan sampah ke tapak pelupusan sampah dan mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas. Sehubungan dengan itu, Kelab Pencinta Alam telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan menghasilkan produk baru daripada bahan kitar semula bagi menyahut kempen kerajaan yang menggalakkan aktiviti kitar semula dari bahan terpakai. 2.0 RASIONAL Penghasilan produk baru dari bahan terbuang seperti botol-botol minuman, kertas surat khabar, tin-tin minuman dan lain-lain adalah selaras dengan salah satu daripada kempen kerajaan iaitu ‘REUSE’ atau guna semula. Pertandingan seperti ini mampu menggalakkan pelajar mengguna semula bahan buangan dan menghasilkan barangan yang baru mengikut kreativiti pelajar masing-masing. Selain itu, pertandingan seperti ini juga dapat melahirkan generasi muda yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula 3.0 OBJEKTIF Antara objektif pertandingan ini adalah: I. Menggalakkan pelajar mengguna semula bahan buangan ataupun bahan-bahan terpakai II. Menghasilkan produk baru yang lebih menarik untuk kegunaan para pelajar III. Mencungkil kreativiti pelajar dalam penghasilan kraftangan

Upload: zerosakura

Post on 25-Sep-2015

100 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nice

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPERTANDINGAN INOVASI KITAR SEMULA

1.0 PENDAHULUANKempen kitar semula giat dijalankan di peringkat kebangsaan pada masa kini bagi memupuk kesedaran kepada pengguna agar mengamalkan amalan kitar semula bagi mengelakkan kepupusan flora dan fauna, mengurangkan penjanaan sampah ke tapak pelupusan sampah dan mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas. Sehubungan dengan itu, Kelab Pencinta Alam telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan menghasilkan produk baru daripada bahan kitar semula bagi menyahut kempen kerajaan yang menggalakkan aktiviti kitar semula dari bahan terpakai.

2.0 RASIONALPenghasilan produk baru dari bahan terbuang seperti botol-botol minuman, kertas surat khabar, tin-tin minuman dan lain-lain adalah selaras dengan salah satu daripada kempen kerajaan iaitu REUSE atau guna semula. Pertandingan seperti ini mampu menggalakkan pelajar mengguna semula bahan buangan dan menghasilkan barangan yang baru mengikut kreativiti pelajar masing-masing. Selain itu, pertandingan seperti ini juga dapat melahirkan generasi muda yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan amalan kitar semula 3.0 OBJEKTIFAntara objektif pertandingan ini adalah:I. Menggalakkan pelajar mengguna semula bahan buangan ataupun bahan-bahan terpakaiII. Menghasilkan produk baru yang lebih menarik untuk kegunaan para pelajarIII. Mencungkil kreativiti pelajar dalam penghasilan kraftanganIV. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kitar semula

4.0 SASARANSasaran adalah terdiri daripada ahli kelab dan persatuan seperti:

BILKELAB & PERSATUANGURU PENASIHAT

1Kelab Pencinta AlamPn Wan Hasliza Bt Wan Zin

2Persatuan Bahasa MelayuPn Hjh Norlaila Bt Razali

3Persatuan PenggunaPn Hanuni Bt Yusof

4Kelab KebudayaanEn. Mohd Azhar B. Ariffin

5Persatuan MPVCik Farizan Bt Mohamad Yazid

6Kelab Seni KreatifPn Ziteradewi Bt Z. Ismail

5.0 KEWANGANBILPERBELANJAANSUMBERJUMLAH (RM)

1HADIAH :Tempat pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga Peruntukan Kokurikulum

JUMLAHRM 90.00

6.0 PENUTUPPertandingan ini diharapkan berupaya mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan kraftangan yang menarik dari barangan terbuang atau barangan terpakai dan disamping mampu memupuk kesedaran kepada pelajar dalam kepentingn memelihara alam sekitar.